Anda di halaman 1dari 15

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TINGKATAN 1
PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1



MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan J asmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1, murid dapat :

1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan,
kuasa, dan kelajuan;
2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal;
3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama dan
pendidikan pergerakan dengan betul dan selamat;
4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan;
5. Melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan; dan
6. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan menggembirakan.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

3


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Tingkatan I, murid dapat :
1. Memahami kesan malnutrisi;

2. Memahami institusi kekeluargaan dan isu berkaitan;

3. Memahami peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga;

4. Memahami masalah remaja dan cara menghadapinya;

5. Memahami keperluan makanan berdasarkan piramid makanan;

6. Mengklasifikasikan ubat dan dadah; dan

7. Mengaplikasi prinsip dan prosedur Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation ( D.R.A.B.C.).


PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

4

BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Tahu tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan kesukanan
serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

2

Tahu dan faham tentang komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan pergerakan dan
kesukanan serta kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran.

3

Tahu, faham dan boleh melakukan aktiviti dalam komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi,
pendidikan pergerakan dan kesukanan serta boleh mengurus kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat serta
kebersihan dan keselamatan persekitaran.

4

Tahu, faham dan boleh mengaplikasikan komponen kecergasan fizikal, kemahiran sukan dan rekreasi, pendidikan
pergerakan dan kesukanan dalam aktiviti harian dengan betul dan selamat serta membentuk sikap positif terhadap
kesihatan diri dan keluarga, gaya hidup sihat, kebersihan dan keselamatan persekitaran berasaskan pengetahuan
dan pengalaman.

5

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan semasa beraktiviti dalam gaya hidup sihat dan
berkemahiran merancang, berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam
mengurus hidup secara positif, sihat dan selamat.

6

Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda
menjurus kepada gaya hidup sihat serta sejahtera dan berkeupayaan meningkatkan kualiti kehidupan secara
keseluruhan bagi membentuk gaya hidup sihat.
PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1


TUNJANG/BIDANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KECERGASAN:

KECERGASAN FIZIKAL
a) Daya tahan
kardiovaskular
b) Daya tahan otot
c) Kekuatan otot
d) Kelenturan
e) Kuasa
f) Kelajuan
g) Prinsip latihan

1

Menyatakan definisi setiap komponen kecergasan fizikal dengan betul.

2

Mengenal pasti organ /otot utama yang terlibat dalam lakuan aktiviti berdasarkan
komponen-komponen kecergasan fizikal dengan betul

3

Melakukan aktiviti-aktiviti berdasarkan komponen-komponen kecergasan fizikal yang
sesuai.

4

Mengaplikasikan urutan prosedur keselamatan dalam melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan
fizikal dengan menggunakan alatan atau tanpa alatan dengan betul.
5


Menghubungkaitkan faedah dan kaedah melakukan aktiviti berdasarkan komponen
kecergasan fizikal dengan aktiviti fizikal harian dan sukan yang sesuai.


6


Menguasai tatacara dengan membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan aktiviti
kecergasan fizikal dengan betul .

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1


TUNJANG/BIDANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KEMAHIRAN:

SUKAN
Permainan
a) Bola sepak
1

Menyatakan enam kemahiran asas permainan bola sepak dengan betul.
2


Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
bola sepak dengan betul.


3


Melakukan kemahiran-kemahiran asas bola sepak dengan teknik yang betul.

4


Mengenal pasti dengan jelas tindakan atau aksi berbahaya dalam situasi sebenar permainan
bola sepak.

5


Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam
situasi sebenar perlawanan bola sepak.

6


Menguasai dan merancang asas formasi berpasukan yang sesuai dalam situasi
perlawanan bola sepak.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1


TUNJANG/BIDANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KEMAHIRAN:

SUKAN
Permainan
b) Bola jaring

1

Menyatakan enam kemahiran asas permainan bola jaring dengan betul.
2


Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
bola jaring dengan betul.


3

Melakukan kemahiran-kemahiran asas bola jaring dengan teknik yang betul.

4

Mengenal pasti dengan jelas tindakan atau aksi berbahaya dalam situasi permainan bola
jaring.

5

Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan dalam
situasi sebenar perlawanan bola jaring..
6


Menguasai dan merancang asas formasi berpasukan yang sesuai dalam situasi
perlawanan bola jaring.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1


TAJUK/TUNJANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KEMAHIRAN:

SUKAN
Permainan
c) Ping pong

1

Menyatakan lima kemahiran asas permainan ping pong dengan betul.
2


Menyatakan otot-otot utama yang terlibat dalam melakukan kemahiran asas permainan
ping pong dengan betul.


3

Melakukan kemahiran-kemahiran asas ping pong dengan teknik yang betul.

4

Mengenal pasti dengan jelas kesalahan dalam situasi sebenar perlawanan.

5


Mempamerkan aksi kemahiran dan mengaplikasi undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan dalam situasi sebenar perlawanan.


6


Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan kemahiran-
kemahiran asas permainan ping pong dengan betul.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1


TAJUK/TUNJANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KEMAHIRAN:

SUKAN
Olahraga
a) Lari pecut

1


Menyatakan tiga acara lari pecut dalam olahraga dengan betul.


2

Mengenal pasti empat urutan fasa lakuan acara lari pecut dengan betul.

3


Melakukan ansur maju dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam kemahiran acara lari
pecut dengan betul.


4


Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan berpakaian yang sesuai dalam
melaksanakan acara lari pecut.


5


Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi
pertandingan acara lari pecut.


6


Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan dalam acara
lari pecut dengan betul.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

10


TAJUK/TUNJANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KEMAHIRAN:

SUKAN
Olahraga
b) Lontar peluru







1

Menunjuk cara teknik asas pegangan peluru dengan betul.
2


Mengenal pasti dengan jelas tiga urutan fasa lakuan acara lontar peluru.


3


Melakukan ansur maju dengan tertib dalam fasa-fasa pergerakan asas dalam acara lontar
peluru.


4


Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam salah satu teknik
lakuan acara lontar peluru.


5

Mengaplikasikan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam situasi
pertandingan acara lontar peluru.

6


Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan teknik dan fasa-fasa lakuan dalam acara
lontar peluru dengan betul.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

11


TAJUK/TUNJANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KEMAHIRAN

Pendidikan
Pergerakan

Rekreasi

1


Menyatakan dengan betul empat disiplin dalam pendidikan pergerakan.
Melakar dan menamakan jenis-jenis khemah dengan betul.



2



Mengenal pasti dengan betul komponen-komponen kecergasan fizikal yang
diaplikasikan dalam kemahiran pendidikan pergerakan.
Menerangkan dengan jelas tiga ciri utama pemilihan tempat perkhemahan dan,
Menjelaskan dengan tepat cara-cara mendiri dan mengemaskan khemah.

3


Melakukan aktiviti secara tertib ansur maju pergerakan-pergerakan asas dalam
pendidikan pergerakan.

4


Mengaplikasikan langkah-langkah keselamatan yang sesuai dalam melaksanakan
kemahiran pendidikan pergerakan.
Melakar pelan lokasi perkhemahan yang sesuai berdasarkan ciri-ciri pemilihan lokasi
dan aspek keselamatan.


5


Membimbing rakan sebaya dalam melaksanakan fasa-fasa dan teknik lakuan dalam
pendidikan pergerakan dengan betul.


6

Mereka cipta persembahan aktiviti kemahiran dalam pendidikan pergerakan.
PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

12


TAJUK/TUNJANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KESUKANAN

Pengurusan

Isu-isu dalam
sukan

Etika

1


Mengenal pasti dengan jelas alatan sukan dan permainan mengikut saiz, bentuk
dan berat
objek .
Menyenaraikan dua isu dalam sukan dan permainan.


2


Menerangkan dengan betul cara penyusunan alatan sukan dan permainan mengikut saiz,
bentuk dan berat objek.


3


Memilih dan membuat laporan berkaitan satu isu sukan dan permainan daripada keratan
akhbar.


4


Menyusun atur secara terancang alatan sukan dan permainan mengikut saiz, bentuk dan
berat objek.


5


Mengurus, dan mengawal susun atur peralatan sukan dan permainan secara efisyen.


6


Menyatakan kesan rasuah dan amalan yang tidak jujur dalam sukan dan permainan.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

13


TUNJANG/BIDANG BAND

DESKRIPTOR BAND


KESIHATAN DIRI DAN
KELUARGA
Kesihatan diri
Kekeluargaan

1

Mengetahui maksud malnutrisi dengan betul.

2

Mengenal pasti dengan jelas tanda, simptom dan kesan penyakit malnutrisi.

3

Menyatakan maksud perkahwinan dengan tepat.

4

Menjelaskan cara-cara yang sesuai dalam menghormati orang yang lebih tua, ahli
keluarga yang sakit dan orang berkeperluan khas..

5


Menerangkan cara-cara penjagaan warga tua, ahli keluarga yang sakit dan berkeperluan
khas yang sesuai.
6


Membincangkan dengan jelas peranan setiap ahli keluarga untuk mencapai ciri-ciri
keluarga bahagia.

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

14

TUNJANG/BIDANG BAND

DESKRIPTOR BAND


GAYA HIDUP SIHAT
Pemakanan
Pengurusan konflik
dan stress
Penyalahgunaan
bahan
1


Menyatakan kumpulan makanan dalam piramid makanan dengan tepat.
Menyatakan maksud stres dengan jelas.
Menyatakan dengan jelas definisi penyalahgunaan bahan iaitu dadah dan ubat.

2


Melabel dengan betul kumpulan makanan pada setiap aras dalam piramid
makanan.
Menjelaskan tiga cara menguruskan stres yang sesuai.

3


Menjelaskan dengan tepat kepentingan setiap kumpulan makanan dalam
merancang hidangan makanan seimbang.
Membezakan kesan stres positif dengan kesan stres negatif.

4


Merancang hidangan makanan seimbang yang berkualiti.
Memerihalkan secara jelas bahaya dadah kepada individu dan negara.


5


Mengklasifikasikan contoh-contoh dadah dan ubat dengan betul .

6


Mengamalkan daya hidup sihat melalui pengambilan makanan seimbang berdasarkan
Indeks
J isim Badan ( IJ M / BMI)

PENDIDIKAN J ASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

15


TUNJANG/BIDANG BAND

DESKRIPTOR BAND



KEBERSIHAN DAN
KESELAMATAN
PERSEKITARAN

Keselamatan
Pertolongan cemas



1

Mengetahui hak dan tanggungjawab pengguna dengan betul.

2

Menjelaskan dengan tepat peranan agensi yang terlibat dalam hal ehwal pengguna.
3


Menerangkan dengan betul tatacara pengguna boleh menggunakan perkhidmatan agensi
yang terlibat.


4


Menyatakan maksud akronim D.R.A.B.C dengan tepat dan menerangkan dengan jelas
prinsip dan prosedur D.R.A.B.C


5

Melakukan dengan tertib amali D.R.A.B.C
6


Mengaplikasi pengetahuan keselamatan dan pertolongan cemas dengan nenunjuk cara
prosedur pertolongan cemas D.R.A.B.C.

Anda mungkin juga menyukai