Anda di halaman 1dari 5

PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PENDIDIKAN MUZIK
TINGKATAN 1

PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1
2


MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK

Kurikulum Pendidikan Muzik menengah rendah bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
muzik untuk memperkembang aptitud mereka dalam seni muzik di samping mempertingkat cita rasa muzikal yang membolehkan
pelajar menikmati, menghargai, dan mereka cipta muzik ke arah melahirkan insan yang seimbang, kreatif, berdisiplin dan harmonis.




OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK

Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik di peringkat menengah rendah, pelajar

1. mempunyai pengetahuan dan kefahaman konsep muzik
2. mempunyai pengetahuan dan kefahaman sistem notasi dan konvensi penulisan muzik
3. berkebolehan membaca dan menotasi muzik
4. berkebolehan menyanyi secara solo dan ensembel dengan mengamalkan teknik yang betul
5. berkebolehan bermain muzik instrumental secara solo dan dalam ensembel muzik konvensional dan tradisional dengan
mengamalkan teknik yang betul
6. berkebolehan meneroka dan mengeksperimen kesan bunyi daripada pelbagai alat muzik dengan teknik yang tidak konvensional
7. berkebolehan membuat improvisasi dan mereka cipta bahan muzik
8. berkebolehan menilai dan membuat rumusan hasil karya dan persembahan muzik
9. dapat mengamalkan etika sebagai performer dan sebagai audien persembahan muzik
10. dapat mengamalkan sikap bertoleransi, bertanggung jawab, berinisiatif, bekerjasama dan beretika


Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah 2003.

PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1
3


BAND PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui asas muzik dan nilai sahsiah

2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep muzik serta menerapkan nilai sahsiah

3

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai
nilai sahsiah

4

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul serta
mengamalkan nilai sahsiah

5

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan
tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalam nilai sahsiah

6

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya secara kreatif dalam aktiviti muzikal serta
menjadi contoh dan boleh menunjuk cara dengan betul dan tepat serta berkeperibadian mulia dalam nilai
sahsiah












PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1
4

KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR
1
Menyatakan asas mengenai konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni,Warna ton, Tekstur, Bentuk, Ekspresi, Tanda
isyarat dan Terminologi
2
Menjelas dan menerangkan mengenai konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni,Warna ton, Tekstur, Bentuk,
Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminology dengan betul
3
Membaca dan menulis konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni, Bentuk, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminologi
dengan sederhana
4
Membaca dan menulis konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminologi dengan
betul
5
Membaca dan menulis konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminologi dengan
lancar dan betul

KOGNITIF
( TEORI )
6
Membaca dan menulis konsep muzik Irama, Melodi, Harmoni, Ekspresi, Tanda isyarat dan Terminologi dengan
lancar, kreatif, betul dan tepat
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR
1 Menyatakan teknik- teknik nyanyian
2 Menjelas dan menerangkan teknik-teknik dalam nyanyian
3 Mengaplikasikan teknik nyanyian dengan bimbingan
4 Mengaplikasikan teknik nyanyian dengan betul tanpa bimbingan
5 Mengaplikasikan kemahiran nyanyian dengan betul dan tepat tanpa bimbingan

NYANYIAN
6 Mengaplikasikan kemahiran nyanyian secara kreatif, betul, tepat dan konsisten
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR
1 Menamakan dan menyatakan mengenai alat muzik konvensional dan tradisional
2 Menjelas dan menerangkan mengenai teknik permainan serta sejarah alat muzik tradisional dan konvensional
3 Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan bimbingan
4 Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul tanpa bimbingan
5
Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan betul dan tepat tanpa
bimbingan

ALAT MUZIK
6
Mengaplikasikan teknik permainan alat muzik konvensional dan tradisional dengan kreatif, berkeyakinan serta
teknik yang betul, tepat dan konsisten
KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR
1 Menyatakan mengenai etika persembahan
2 Menjelas dan menerangkan tentang etika persembahan
3 Mengamalkan nilai-nilai murni semasa dalam persembahan
4 Mengamalkan nilai-nilai murni semasa latihan dan persembahan
5 Mengamalkan nilai-nilai murni semasa latihan dan persembahan dengan baik dan bertanggung J awab

ETIKA
6 Sentiasa menghayati nilai-nilai murni dalam persembahan dan pengurusan dengan baik dan bertanggung jawab

PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 1
5

Anda mungkin juga menyukai