Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 1 / JANUARI 2011

HBEF2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI

740423115023001

NO. KAD PENGNEALAN

740423-11-5023

NO. TELEFON

0199327709

E-MEL

fishbone_ny@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

TERENGGANU LEARNING CENTRE

HBEF2103

1.0 PENGENALAN
Peranan seeorang guru di dalam sesebuah sekolah amat penting. Ini adalah kerana tugas
seseorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga adalah untuk melahirkan
seorang insan yang berakhlak mulia serta bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan
keluarga. Olen yang demikian, seseorang guru perlulah menguasai psikologi manusia dan
ilmu pengetahuan di dalam teori pembelajaran. Dengan memahami psikologi pendididkan ini,
membolehkan guru memahami tentang tingkah laku pelajar yang pelbagai ragam dan karenah
dan membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri. Guru juga dapat meramalkan
tingkah laku pelajar iaitu mengetahui apa yang disukai dan apa yang tidak digemarinya pada
peringkat umur tertentu. Dengan pengetahuan ini dapat membantu guru

merancang

peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam mengawal tingkah laku pelajar dan
memotivasikan pelajar supaya rajin belajar. Melalui kajian tentang pertumbuhan dan
perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi
fizikal,kognitif,sosial dan emosi terutamanya pelajar yang bermasalah. Oleh itu, guru dapat
merancang aktiviti pengajaran yang sesuai

untuk pelajar tersebut dan membantu guru

menyelesaikan masalah pembelajaran dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan


pembelajaran.

HBEF2103

2.0 SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Sepanjang pengalaman saya mengajar selama 14 tahun sebagai seorang guru, saya telah
menghadapi pelbagai karenah dan ragam murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kadangkala masalah pembelajaran ini mencabar kesabaran saya sebagai
seorang guru. Kini, saya mengajar di sebuah sekolah di pedalaman. Sekolah ini
merupakan sekolah kurang murid (SKM). Kelas yang saya ajar ini hanya mempunyai 15
orang murid yang pelbagai kecerdasan. Selama saya mengajar kelas ini, timbul beberapa
masalah pembelajaran yang saya hadapi. Antara masalah tersebut ialah murid tidak boleh
membaca, suka membuat bising di dalam kelas, tidak menyiapkan kerja sekolah dan
sebagainya. Masalah yang paling ketara saya hadapi ialah masalah murid tidak
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Bukan saya sahaja yang menghadapi masalah
ini, malah guru-guru lain yang mengajar kelas ini juga menghadapi masalah yang sama.
Kebanyakan murid yang tidak menyiapkan tugasan kerja sekolah telah memberi beberapa
alasan seperti tertinggal buku kerja di sekolah, tidak memahami tugasan yang diberi,
mengikut ibu bapa pergi ke sesuatu tempat sehingga tidak sempat menyiapkan kerja
sekolah, terlupa dan malas.
Daripada perbincangan dengan rakan-rakan guru dan interaksi dengan murid kelas ini,
faktor yang menyumbangkan masalah ini adalah kerana tiada pengawasan dan perhatian
daripada keluarga. Ibu bapa tidak mengambil berat akan tentang pembelajaran anak-anak
di rumah. Ini kerana ibu bapa sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Malah, sesetengah
ibu bapa murid kelas ini hanya berjumpa dengan anak-anak pada hujung minggu sahaja
kerana bekerja di bandar. Oleh itu, anak-anak ini berada di bawah jagaan datuk dan
neneknya yang telah uzur. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan
mengapa murid ini tidak menyiapkan kerja sekolah. Murid-murid terikut-ikut dengan
rakannya yang pergi bermain dan mengabaikan tugasan yang diberikan. Murid telah
terpengaruh dengan tingkah laku rakan yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang
diberikan. Murid ini kebiasaanya akan meniru kerja sekolah rakan mereka pada awal pagi
waktu persekolahan. Maklumat-maklumat ini saya perolehi daripada interaksi secara
langsung dengan murid dan rakan-rakan guru. Ada juga sesetengah guru memberikan
kerja sekolah yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid. Dengan ini menyebabkan
3

HBEF2103

murid tidak memahami tugasan dan sukar bagi murid untuk menyiapkannya. Oleh yang
demikian, murid-murid ini akan sentiasa dimarahi dan dikritik oleh guru-guru dan juga
ibu bapa mereka. Ini akan menyebabkan murid-murid tersebut hilang keyakinan diri dan
kurang bermotivasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
3.0 HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN DAN TEORI
PERKEMBANGAN
Situasi masalah murid yang tidak menyiapkan kerja sesolah kerana kurangnya perhatian
dan kasih sayang ibu bapa bolehlah dikaitkan dengan Teori Humanisme yang
menyatakan bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai.
Humanisme ini juga melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan
berkeupayaan untuk belajar dan berkembang. Menurut ahli psikologi teori ini, Abraham
Maslow (1908-1970), keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi
untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasikan keupayaan
diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Teori Hieraki
Keperluan Maslow ini mempunyai 5 peringkat kehendak manusia seperti di bawah;

HBEF2103

Maslow membahagikan keperluan manusia ini kepada dua bahagian iaitu Keperluan
Kekurangan dan Keperluan Perkembangan. Keperluan Kekurangan terdiri daripada
Keperluan Asas, Keperluan Keselamatan dan Keperluan Kasih Sayang. Manakala
Keperluan Perkembangan ialah Keperluan Penghargaan dan Keperluan Sempurna
Kendiri.Mengikut Maslow, sekiranya Keperluan Kekurangan ini masih belum dipenuhi,
Keperluan Perkembangan tidak akan bermakna. Oleh itu, dalam masalah ini, murid ini
menghadapi kekurangan Keperluan Kasih Sayang. Murid tidak mendapat perhatian dan
kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa mereka. Justeru, murid ini memerlukan kasih
sayang dan perhatian bagi memenuhi Keperluan Kekurangan bagi mencapai potensi diri
dan memotivasikan murid tersebut untuk mencapai keperluan yang seterusnya.
Konklusinya, situasi murid tidak membuat tugasan ini kerana kurangnya perhatian dan
kasih sayang terhadap mereka di rumah menyebabkan mereka mengabaikan tugasan kerja
sekolah yang diberikan kerana kerja sekolah yang diberikan tidak bermakna bagi mereka.
Masalah murid menerima kerja sekolah yang belum dikuasai sepenuhnya boleh dikaitkan
dengan Teori Pembelajaran Gagne daripada aliran Teori Pembelajaran Kognitif. Ahli
psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif
untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu. Cara individu
berfikir

tentang

keadaan,

termasuk

kepercayaan,

jangkaannya,

perasaannya,

mempengaruhi fakta yang individu pelajari dan cara dia belajar. Ahli psikologi kognitif
juga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran
dan kuasa ilmu yang mendorong seseorang pelajar (Woolfolk,1998). R.M Gagne telah
mengenalpasti

lapan peringkat pembelajaran. Hierarki pembelajaran ini ialah

pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian motor,


pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran
prinsip dan penyelesaian masalah. Menurut Gagne, pemeringkatan pembelajaran ini
penting untuk membantu pembelajaran murid pada setiap peringkat serta penyusunan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran daripada peringkat asas kepada peringkat
kompleks. Pembelajaran peringkat asas ini perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum
mempelajari peringkat yang seterusnya. Peringkat-peringkat ini ditunjukkan seperti di
bawah;
5

HBEF2103

Gagne (1974,1977) dan Gagne dan Briggs (1979) telah mengemukakan satu model
pembelajaran langsung yang berasaskan Model Teori Pemprosesan Maklumat. Di mana,
lapan fasa pengajaran ini disesuaikan dengan lapan fasa pembelajaran (Slavin,1997).
Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut;

HBEF2103

Oleh itu, prinsip pengajaran dan pembelajaran Gagne memberi penekanan kepada dua
perkara iaitu sistem pembelajaran harus bermula daripada mudah kepada susah. Dengan
itu, guru mestilah memastikan murid menguasai kemahiran asas dahulu sebelum
mengajar kemahiran yang lebih tinggi.Untuk pembelajaran yang lebih berkesan, Gagne
juga mencadangkan supaya guru merancang pengajaran dengan mengikuti lapan fasa
pengajaran yang berinteraksi dengan lapan fasa pembelajaran. Jadi, jelaslah di sini
bahawa kerja sekolah yang diberikan oleh guru belum dikuasai sepenuhnya oleh murid
menyebabkan murid sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Guru mestilah
memberikan sesuatu kerja mengikut aras kemampuan murid dan pastikan kemahiran
tersebut telah dikuasai oleh murid sepenuhnya. Oleh yang demikian, masalah murid tidak
menyiapkan kerja sekolah tidak akan timbul.
Teori Pembelajaran Behaviorisme juga boleh dikaitkan dengan masalah ini. Teori yang
lebih menjurus ke arah masalah ini ialah Teori Pelaziman Operan Thorndike.Mengikut
pendapat Thorndike, pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R iaitu
Stimulus (rangsangan) dan Response (gerak balas). Hubungan rangsangan dengan gerak
balas akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Sekiranya kesan
tindakan adalah negatif, hubungan S-R akan menjadi lemah dan tingkah laku tersebut
tidak akan berulang. Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal
oleh hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.
Hukum Kesediaan
Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Kesediaan belajar
termasuklah kesediaan kognitif (pengetahuan/pengalaman lepas), kesediaan afektif
(kecenderungan dan minat), serta kesediaan psikomotor (kemahiran fizikal). Mengikut
pendapat Thorndike, gangguan atau halangan kepada pencapaian matlamat akan
mengakibatkan kekecewaan.
a) Sekiranya individu telah bersedia untuk bertindak, dia dibimbing dan dibantu,
kesannya amat memuaskan.

HBEF2103

b) Sekiranya individu sudah bersedia untuk bertindak tetapi dihalang, kesannya


mengecewakan.
c) Sekiranya individu belum bersedia untuk bertindak tetapi dipaksa, kesannya
juga mengecewakan.
Oleh yang demikian, murid yang mempunyai masalah tidak menyiapkan kerja sekolah
kerana tidak memahami kehendak soalan atau kemahiran tugasan tersebut belum dikuasai
sepenuhnya ada persamaan dengan hukum kesediaan dalam teori ini. Murid ini belum
bersedia untuk melakukan tugasan tersebut kerana belum dikuasainya. Oleh itu kesannya
sungguh mengecewakan iaitu murid tidak menyiapkan kerja sekolah tersebut. Lantaran
itu, guru hendaklah memastikan murid tersebut mempunyai kesediaan yang diperlukan
untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Murid akan dapat mengikuti
pembelajaran dengan baik dan mencapai kejayaan sekiranya apa yang dipelajarinya
selaras dengan keupayaan mereka.
Hukum Latihan
Thorndike berpendapat bahawa hubungan rangsangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh dengan adanya pengulangan dan latihan yang banyak. Seseorang individu akan
menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menegaskan bahawa manusia
belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak
digunakan atau dibuat lagi. Untuk menjamin kelancaran dalam pembelajaran, latihan
dalam pelbagai bentuk, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Latihan dan penggunaan pengetahuan serta
kemahiran yang dikuasai akan mengukuhkan lagi pembelajaran. Oleh itu, murid yang
belum menguasai sesuatu kemahiran mestilah diberi latihan pengulangan yang kerap di
bawah bimbingan guru sebelum murid tersebut melakukan tugasan itu sendirian. Dengan
latihan yang banyak akan menyebabkan murid tersebut cepat menguasai sesuatu
kemahiran dan seterusnya bolehlah guru memberi tugasan untuk diselesaikan di rumah.
Oleh yang demikian, masalah murid tidak menyiapkan kerja sekolah tidak akan berlaku.

HBEF2103

Hukum Kesan
Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan memuaskan,
kebarangkalian tindakan itu berlaku akan bertambah dan sebalikmya. Apabila gerak balas
terhasil, hubungan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika adanya
kesan menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan hubungan
rangsangan dan gerak balas. Kesimpulannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan,
tingkah laku itu akan berulang. Tetapi jika tingkah laku diikuti dengan kesakitan, tingkah
laku itu akan lenyap. Oleh itu, sekiranya murid dapat menguasai pembelajaran atau
mendapat pujian, murid akan berasa puas hati dan gembira. Keadaan ini menyebabkan
murid tersebut akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus berjaya. Sebaliknya, jika
murid tidak dapat menguasai pembelajaran itu dikritik, dimarahi atau dikecam akan
menyebabkan murid itu berasa kecewa dan hilang belajar. Situasi ini adalah sama dengan
murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah ini, di mana murid ini sentiasa dimarahi oleh
guru dan ibu bapa mereka kerana tidak menyiapkan tugasan. Apabila murid ini sentiasa
dikecam dan dikritik, maka murid ini akan hilang minat untuk belajar dan secara tidak
langsungnya mereka tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.
Masalah ini boleh dijelaskan lagi mengikut Teori Perkembangan Psikososial Erikson.
Mengikut Erikson (1902-1994), seseorang kanak-kanak akan melalui lapan tahap
perkembangan sepanjang hidupnya yang penuh dengan krisis. Erikson berpendapat
bahawa setiap individu berbeza dalam mengatasi krisis pada setiap tahap peringkat
perkembangan. Teori yang dikemukan oleh Erikson ini adalah berdasarkan lima prinsip,
iaitu;
i)

Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.

ii)

Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap


keperluan asas.

iii)

Perkembangan manusia mengikut tahap yang tertentu.

iv)

Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum
individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.

v)

Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan


perkembangan tahap yang berikutnya.
9

HBEF2103

Di bawah ini merupakan Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson


Tahap
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
Keenam
Ketujuh
Kelapan

Peringkat Umur
0 18 bulan
18 bulan 3 tahun
3 tahun 6 tahun
6 tahun 12 tahun
12 tahun 20 tahun
20 tahun 40 tahun
40 tahun 60 tahun
60 tahun ke atas

Konflik
Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya
Tahap autonomi lawan rasa malu/sangsi
Tahap inisiatif lawan rasa bersalah
Tahap industri lawan rasa rendah diri
Tahap identiti lawan kekeliruan peranan
Tahap intimasi lawan pengasingan diri
Tahap generativiti lawan stagnasi (pemusatan kendiri)
Tahap integriti ego lawan putus asa

Murid tahun 6 ini berada di tahap empat iaitu peringkat umur 6 12 tahun. Pada
peringkat ini, individu mengalami krisis industri lawan rasa rendah diri. Pada tahap ini,
kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan di sekolah rendah. Guru-guru dan rakan
sebaya mempunyai pangaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak ini kerana
sebahagian besar masa kanak-kanak ini dihabiskan di sekolah. Pemikiran mereka mula
mencapai tahap operasi konkrit dan mereka berupaya membuat transformasi dan
hubungan antara dua keadaan. Mereka juga mula berfikiran logik. Kanak-kanak pada
tahap ini akan melakukan sesuatu tugasan yang diberikan dengan penuh minat dan
ketekunan. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlulah sentiasa membimbing dan memberi
galakkan supaya sikap rajin ini dapat dipupuk di dalam diri kanak-kanak tersebut. Tetapi
jika kanak-kanak ini sentiasa dimarahi dan dikritik dan kerja-kerja yang dilakukan
mereka tidak dihargai, kanak-kanak ini akan berasa rendah diri dan kurang yakin kepada
kebolehannya. Lantaran itu, masalah murid yang sentiasa dimarahi dan dikritik kerana
tidak menyiapkan kerja sekolah ini telah mengalami konflik perkembangannya. Oleh
sebab itulah murid ini tidak menyiapkan tugasannya kerana berasa rendah diri dan tidak
mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Situasi murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru kerana
terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya boleh dikaitkan dengan Teori
Pembelajaran Sosial. Teori Pembelajaran Sosial merupakan teori sosial kognitif oleh
Albert Bandura (1986). Menurut Albert Bandura, manusia secara semula jadi belajar
10

HBEF2103

melalui proses peniruan atau pemerhatian iaitu dengan cara melihat perlakuan orang lain
yang mendapat ganjaran daripada perlakuan tersebut atau melihat orang lain menerima
hukuman daripada perlakuannya.Individu meniru bukan sahaja tingkah laku yang baik
tetapi juga tingkah laku yang tidak diterima oleh masyarakat.Pembelajaran sosial menurut
Bandura melibatkan hubungan pengaruh persekitaran, individu (kognitif) dan tingkah
laku (Ormrod,2008). Oleh itu, murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah itu telah
meniru tingkah laku yang tidak baik rakan sebayanya yang tidak membuat kerja sekolah.
Rakan sebaya juga mempengaruhinya supaya sama-sama tidak menyiapkan kerja
sekolah. Oleh itu, murid tersebut mengabaikan tugasannya itu dan mempunyai motivasi
untuk tidak membuat kerja sekolah kerana ada juga rakannya yang tidak menyiapkan
tugasan tersebut. Hal ini menyebabkan kemungkinannya akan ramai lagi murid lain yang
akan meniru tingkah laku ini sekiranya guru tidak mengenakan hukuman terhadap
mereka. Sekiranya guru mengenakan hukuman terhadap tingkah laku itu, ini akan
menyebabkan murid-murid lain tidak akan mengikuti atau meniru tingkah laku tersebut.
Begitu juga sekiranya ibu bapa dan guru tidak mengambil apa-apa tindakan atau
membiarkan tingkah laku itu terus berlaku , sudah pastinya tingkah laku tidak
menyiapkan kerja sekolah ini akan menjadi lebih teruk dan makin ramailah murid yang
tidak menyiapkan kerja sekolah tersebut. Proses peniruan ini berlaku melalui peniruan
secara langsung dan peniruan melalui elisitasi iaitu peniruan yang timbul apabila melihat
orang lain melakukan dan mendapat kepuasan atau ganjaran.

4.0 PELAN MENGATASI MASALAH BERLANDASKAN TEORI


PEMBELAJARAN.
i)

Implikasi Teori Humanisme:


11

HBEF2103

Andaian : Murid tidak menyiapkan kerja sekolah kerana kurang mendapat


perhatian dan kasih sayang.
Implikasi pengajaran :
1. Guru hendaklah melayani pelajar sebagai insan terlebih dahulu
sebelum melayani mereka sebagai pelajar.
2. Hubungan antara guru dan murid mestilah berbentuk mesra dan
berasaskan penerimaan tanpa syarat.
3. Guru haruslah memberikan pujian dan gerak balas kepada perasaan
murid.
Apabila murid menghadapi masalah ini, guru hendaklah memastikan keperluan
fisiologi telah dipenuhi iaitu pelajar tidak lapar semasa belajar, ada masa rehat dan
pengudaraan bilik darjah yang baik. Ini akan memberi keselesaan kepada murid
untuk mengikuti pembelajaran. Guru juga perlulah melayani murid tersebut
dengan perasaan kasih sayang seperti menganggapkan murid itu anak guru
sendiri. Hubungan antara guru dan murid hendaklah mesra dan guru menerima
setiap murid itu tanpa syarat, mengikut potensi dan keupayaan masing-masing.
Guru perlulah melayani perbezaan individu murid tersebut. Ini akan menyebabkan
murid itu akan menjadi rapat dan selesa untuk berinteraksi dengan guru. Secara
tidak langsungnya, murid tersebut menghormati guru dan segan untuk melakukan
tingkah laku yang tidak diigini oleh guru. Guru juga haruslah memberi pujian dan
gerak balas terhadap perasaan murid seperti guru menyelami dan mendekati
masalah murid yang kelihatan sedih dan cuba membantunya. Di dalam kelas juga
guru bolehlah melibatkan murid dengan gerak kerja kumpulan terutamanya
pembelajaran koperatif. Ini akan dapat membina hubungan sosial dan kemahiran
emosi terhadap murid tersebut. Apabila murid telah mesra dan mempunyai
hubungan sosial yang baik dengan guru, ini dapat mengatasi masalah murid tidak
menyiapkan kerja sekolah ini kerana murid akan berasa malu dan segan dengan
tingkah laku itu.

12

HBEF2103

ii)

Implikasi Teori Behaviorisme:


Andaian : Murid sering dimarahi dan dikritik apabila tidak menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru.
Implikasi pengajaran :
1. Guru

mengaplikasikan peneguhan yang sesuai, dendaan, prinsip

premack dan pelupusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


2. Guru juga boleh menggunakan kaedah hukum pembelajaran Thorndike
iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan.
3. Guru menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra seperti
amalan rutin belajar, peraturan bilik darjah yang positif dan
sebagainya.
Bagi mengatasi masalah ini, guru boleh mengaplikasikan peneguhan yang sesuai
semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ada peneguhan positif dan
peneguhan negatif. Contoh peneguhan positif yang boleh guru berikan ialah
apabila murid telah menyiapkan kerja sekolah dengan baik dan tepat pada masa
yang ditetapkan, guru memberikan pujian ataupun hadiah. Ini akan menyebabkan
murid tersebut akan menyiapkan tugasan seterusnya dengan baik dan menepati
masa.Contoh peeneguhan negatif ialah guru sentiasa menegur murid setiap kali
murid tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Apabila murid tersebut
berasa jemu dengan teguran itu, maka murid tersebut akan menyiapkan kerja
sekolahnya. Peneguhan ini mestilah dijalankan peneguhan berkala berubah dan
peneguhan berkala nisbah berubah. Ini kerana murid akan sentiasa bermotivasi
dan memberi perhatian kepada aktiviti pembelajaran kerana murid tidak dapat
menjangkakan bila mereka akan diuji. Selain itu, guru juga boleh menggunakan
kaedah dendaan sekiranya murid tidak menyiapkan tugasan. Dendaan ada dua
jenis iaitu dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran. Dendaan
persembahan ialah dendaan yang tidak melibatkan fizikal tetapi menakutkan
murid seperti berlari keliling padang, guru memberi kerja tambahan,

dan

sebagainya. Manakala dendaan penyingkiran pula ialah dendaan menarik balik


13

HBEF2103

sesuatu yang digemari murid seperti tidak boleh bermain komputer, keluar rehat
lewat dan sebagainya. Walaubagaimana pun adayang

berpendapat bahawa

dendaan boleh menghasilkan gangguan emosi sekiranya dendaan itu bersifat


deraan. Ini akan menyebabkan murid akan mengalami tingkah laku negatif seperti
pengasingan diri,rasa rendah diri dan mengganggu perkembangan emosi dalam
jangka masa panjang. Oleh itu, guru mestilah bijak dalam mengenakan dendaan
terhadap murid. Konsep Primack juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah
ini iaitu dengan mengaitkan aktiviti kurang diminati dengan aktiviti yang lebih
diminati untuk mengukuhkan aktiviti yang kurang diminati. Contohnya, murid
yang menyiapkan kerja sekolah yang diberi akan dapat bermain komputer selepas
mengakhiri sesuatu mata pelajaran. Dengan itu, murid akan lebih bersemangat
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kerana aktiviti bermain komputer
merupakan aktiviti yang paling diminati oleh mana-mana murid. Di samping itu,
guru juga boleh menggunakan hukum kesan Thorndike iaitu dengan mengadakan
rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokan. Ini
kerana mengikut hukum kesan Thorndike, sekiranya sesuatu tindakan diikuti oleh
perubahan persekitaran yang menyeronokan, kemungkinan tindakan itu berlaku
akan meningkat dan sebaliknya. Oleh itu, bolehlah guru mereka satu rangsangan
yang menyeronokkan seperti murid yang menyiapkan kerja sekolah boleh
mengikuti rombongan lawatan ke zoo atau pun guru memberi rangsangan yang
menyakitkan kepada murid seperti merotan untuk menghapuskan tingkah laku
tidak menyiapkan kerja sekolah tersebut.

iii)

Implikasi Teori Sosial Bandura


Andaian : Murid terpengaruh atau terikut-ikut dengan tingkah laku murid yang
tidak menyiapkan kerja sekolah.
14

HBEF2103

Implikasi pengajaran:
1. Guru perlu memuji pelajar yang menyiapkan kerja sekolah dan jadikan
pelajar tersebut ketua kumpulan.
2. Guru hendaklah memaparkan hasil kerja terbaik yang dihasilkan oleh
murid.
Untuk memberi motivasi kepada murid, guru perlulah mengukuhkan tingkah laku yang
hendak dijadikan tiruan dengan memuji murid yang telah menyiapkan kerja sekolah
tersebut. Guru juga mestilah melantik murid tersebut sebagai ketua kumpulan dalam
kelas berkenaan. Ini akan menyebabkan murid lain akan lebih bermotivasi untuk
mengikut perlakuan murid tadi. Selain itu, guru hendaklah memaparkan hasil kerja
terbaik yang dihasilkan oleh murid. Ini kerana untuk membolehkan murid berkenaan
terus berusaha dan merangsang murid lain supaya berusaha sebagaimana murid
berkenaan. Secara tidak langsungnya, akan timbul keinginan murid lain agar hasil
kerjanya dipaparkan di dalam kelas. Oleh yang demikian, masalah murid yang tidak
menyiapkan kerja sekolah dapat di atasi.

JUMLAH PERKATAAN : 3063 PATAH PERKATAAN

5.0 KESIMPULAN

15

HBEF2103

Dengan kajian-kajian dan pendekatan teori-teori psikologi, wujudnya tingkah laku


seseorang pelajar itu ada sebabnya dan masalah itu ada penyelesaiannya. Dengan
wujudnya masalah-masalah pembelajaran sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
ini telah menyokong pendapat-pendapat ahli psikologi seperti Ivan Pavlov, B.F Skinner,
Abraham Maslow, Albert Bandura, Robert M.Gagne, Erik Erikson dan lain-lain lagi.
Penyelesaian masalah pembelajaran ini dapat di atasi dengan menggunakan pendekatanpendekatan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi ini. Walaubagaimanapun,
penyelesaian masalah ini perlu melihat faktor perbezaan individu pelajar tersebut iaitu
dari segi faktor baka dan faktor persekitaran. Komitmen guru juga amat penting untuk
melahirkan pelajar yang kamil dan berbudi pekerti. Oleh itu, sifat-sifat seperti kesabaran,
keikhlasan dan ketekunan di dalam diri guru perlu ada dalam menyampaikan ilmu bagi
membantu perkembangan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang
seimbang. Konklusinya, ilmu psikologi pendidikan ini dapat membantu guru dan ibu
bapa dalam menangani masalah pembelajaran ini

APENDIKS
16

HBEF2103

RUJUKAN
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan.(2011). Modul
HBEF2103 Psikologi Pendidikan.(Edisi Kedua). Open University Malaysia.
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2009).Murid dan
Alam Belajar.(Edisi Pertama).Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Azlina Abu Bakar @ Mohd.(2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam. Karisma
Publication.
Rohaty Mohd Majzub.(1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
EE Ah Meng (1992). Psikologi Perkembangan Aplikasi Dalam Bilik Darjah.
Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Syukur,

Fakrul,

Aliff.

Teori

Pembelajaran

Kognitif.(Online).Available:

http//syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-gagne_7014.html.(2011,Mei,1)
Along.Teori Pembelajaran.(online). Available:http://www.scribd.com/doc/4875845/teoripembelajaran.(2011,Mei,1)

17

Anda mungkin juga menyukai