Berdasarkan pemahaman anda terhadap hubungan semantik dalam teks
yang dikaji,huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kelas makna,kelewahan makna,kekaburan makna dan ketaksaan makna dalam semantik
Bapa linguitik moden, Ferdinand de Saussure menyatakan bahawa tanda linguistik (signe linguistique) terdiri dari komponen signifikan dan signifikasi maka sesungguhnya kajian linguistik tanpa disertai dengan kajian semantik adalah tidak ada ertinya sebab kedua komponen itu merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Terdapat banyak faktor yang sering mempengaruhi semantik kerana ianya berkait rapat dengan lingkungan pengguna bahasa itu sendiri , sepanjang hidup seseorang manusia itu merupakan tempoh masa mereka membina kemahiran berbahasa dan mengumpul kosa kata dan semestinya banyak pengaruh telah berkait rapat dengan individu tersebut.Di dalam situasi komunikasi nyata ada sejumlah faktor yang bersama-sama menentukan apa yang sesungguhnya dikatakan oleh si penutur dan bagaimana ucapannya itu difahami atau ditafsirkan oleh pendengar dan pembaca.Faktor-faktor itu ialah pengaruh lingkungan,pengaruh sosial,kemampuan persepsi,keadaan emosi,tahap ingatan dan kemampuan berbahasa(Kempson,1978:8).
Segala huraian faktor-faktor yang mempengaruhi kelas makna , kelewahan,kekaburan dan ketaksaan makna dihurai berasaskan karya di bawah Sebuah Nasoha Yang longlai berjalan sepetangan itu adalah rangka-rangka yang belum tiba rentapan sayu pilu dengan denyut nafas yang terputus bagai suatu pemburuan tanpa simpang dan liku hingga pada detik yang menyentak jangka
Ketika itu hati tertumpu pada seruang nadi ulang mengulang membicara keampunan menadah jua dengan jari-jari geletar kiranya atas ketulusan dan kerapuhan pinta pahit getir yang terahsia kiranya diterima sebuah nasoha
Ismala Antologi Sejambak Kasih PENA Negeri Sembilan
2.(i) Faktor Situasi atau fungsi Pelbagai fungsi bahasa telah sedia ada kita ketahui seiiring dengan laras-laras yang wujud di dalam bahasa namun bagi teks yang dikaji iatu sajak Sebuah Nasoha telah menunjukkan secara jelas fungsi kata-kata ini digunakan iatu sastera. Jika dilihat dalam ayat-ayat dalam petikan sajak ini seperti yang belum tiba rentapan sayu pilu , faktor sastera jelas sekali mempengaruhi kelas makna di mana perkataan rentapan boleh digantikan dengan perkataan perasaan namun bagi menimbulkan kesan sastera dan emosi perkataan rentapan telah dipilih. Aspek kekaburan makna pula dapat dilihat dalam pengunaan perkataan rangka- rangka . Seacara outomatis kita akan tertanya-tanya apabila membaca baris sajak tersebut. Rangka-rangka apa yang ingin disampaikan oleh penulis kerana sifat perkataan tersebut tidak spesifik untuk menyampaikan makna baris kata itu dengan berkesan . Namun sifat penulisan ini sebagai karya sastera membenarkan ini berlaku. Kelewahan juga berlaku atas faktor fungsi sastera dalam karya ini. Yang longlai berjalan sepetangan itu , jika kita melihat perkataan dalam ayat tadi iatu sepetangan , penulis sewenang-wenangnya menambahkan imbuhan se.an bagi kata adjektif petang . Bentuk yang sepatutnya adalah petang sahaja , namun bagi menzahirkan karya sastera ini maka sepetangan telah digunakan oleh penulis. Dalam karya ini ketaksaan makna diperhatikan wujud pada baris dengan denyut nafas yang terputus , persepsi yang wujud di kalangan pembaca adalah adakah nafas itu berdenyut,kenapa penulis tidak menggunakan perkataan helaan untuk menggantikan denyut. Jika dilihat pada pesepsi sastera, ayat ini dimaafkan kerana fungsinya dari sudut sastera.
2.(ii) Faktor Emosi Telah lama manusia menggunakan bahasa sebagai medium menyampaikan emosi yang tersimpan di dalam perasaan mereka . Penulisan juga adalah medium yang popular dalam menyampaikan emosi. Perkataan yang dipilih juga berkait rapat dalam menyampaikan emosi. Biasanya perkataan yang dipilih adalah bersifat berlebih-lebihan untuk menyampaikan emosi secara mendalam . Pengaruh emosi tehadap kelas makna dalam karya Sebuah Nasoha ini dapat dilihat daripada pemilihan perkataan longlai yang terdapat pada ayat Yang longlai berjalan sepetangan itu , Longlai adalah sinonim dengan penat ataupun tak berdaya namun perkataan longlai telah dipilih oleh penulis bagi menyampaikan emosi keletihan yang dirasakan untuk menonjolkan gagasan emosi di dalam karya ini. Pengaruh emosi daari sudut ketaksaan makna pula dapat diperhatikan daripada perkataan denyut nafas , di mana persepsi umum terhadap perkataan itu adalah pelik untuk digunakan, tapi penulis memilih jua perkataan itu bagi menonjolkan emosi kerana jika perkataan helaan nafas digunakan tiada ekspresi perasaan yang jelas muncul dan terzahir pada karya tersebut. Perkataan liku yang terdapat pada baris ayat tanpa simpang dan liku memperlihatkan kekaburan makna kerana kekurangan spefikasi perkataan kerana tiada pelengkap yang cukup untuk menerangkan makna sebenar. Jika lihat kepada pengunaan biasa perkataan liku seperti liku-liku kehidupan, secara jelas kita dapat merujuk lepada cabaran-cabaran kehidupan. Namun dalam karya ini liku yang digunakan kelihatan tergantung dan penulis mungkin memilih perkataan tersebut bagi melengkapkan gagasan emosi lesu dan harapan yang menjadi teras sajak Sebuah Nasoha ini.
2.(iii)Faktor Kemampuan Berbahasa Kemampuan berbahasa adalah suatu kemahiran yang dibina oleh manusia sejak kecil lagi. Semakin dewasa semakin banyak kosa kata yang dikumpul berdasarkan situasi dan pengalaman hidup manusia tersebut. Kemampuan bahasa menjadi faktor akan tahap kemampuan seseorang pembaca atau pendengar untuk mentafsir setiap lambang-lambang atau simbol bahasa yang disampaikan. Makin rendah kemampun seseorang itu berbahasa semakin kurang skopnya untuk mentafsir perkataan atau bunyi bahasa yang ducapkan. Pengaruh faktor kemampuan berbahasa dalam karya ini dapat dilihat daripada pemilihan perkataan seruang daripada baris ayat pada seruang nadi yang menyaksikan kelewahan makna berlaku apabila penulis menambahakan imbuhan se. kepada ruang bagi mewujudkan perkataan seruang. Timbul juga tanda tanya adakah penulis mahu menulis seruang ataupun seruan . Kelewahan ini mendedahkan penulis masih mempunyai kemampuan berbahasa yang kurang dari segi aspek tatabahasa sehingga jelas tepampang di dalam karya beliau . Pengunaan perkataan membicara dalam baris ayat membicara keampunan menimbulkan ketaksaan makna kerna secra amnya persepsi umum masyarakat bahasa lebih selesa menggunakan meminta kemapunan ataupun memohon keampunan, kerana keampunan ditujukan kepada Tuhan . Ketaksaan makna ini muncul kerana kemampuan bahasa penulis yang memilih diksi-diksi yang merendahkan makna ayat tersebut. Rangka-rangka pula mendedahkan kekaburan makna di dalam karya ini kerana sifat spefikasi yang kurang.Ketiadaan inti dan penerang bagi perkataan tersebut jelas terlihat. Jika penulis mempunyai kemampuan berbahasa yang tinggi maka karya ini tidak akan mengalami kekurangan dari aspek begini kerana komponen inti dan penerang adalah perkara asas dalam berbahasa dan dalam memilih ayat.
2.(iv) Faktor Sosial Manusia hidup di dalam lingkungan sosial yang berbeza bagi setiap insan , ini merupakan faktor asas dalam komunikasi melibatkan bahasa . Lingkungan kehidupan sepanjang usia pengguna bahasa akan banyak mempengaruhi kemampuan berbahasa mereka. Kelewahan makna terhasil akibat pengaruh sosial , sebagai contoh penulis sajak ini menggunakan perkataan Nasoha yang merupakan kata pinjaman bahasa arab namun cara ejaan yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah Nasuha bukannya Nasoha seperti yang digunakan oleh penulis. Kelewahan ini terhasil kerana pengaruh Dialek negeri Sembilan kerana puisi atau sajak ini dipetik daripada Antologi puisi Sejambak Kasih terbitan PENA Negeri Sembilan yang menghimpunkan karya-karya puisi hasil sentuhan penulis Dari negeri Sembilan .Sepatutnya kelewahan makna tidak boleh berlaku bagi puisi yang secara keseluruhannya menggunakan dialek standard bahasa Melayu namun hanya satu perkataan ini sahaja yang dipengaruhi oleh dialek Negeri Sembilan. Kekaburan makna juga wujud kerana perkataan nasoha sahaja tanpa dilengkapkan dengan penerang supaya cukup sifat spesifik perkataan tersebut . Secara umumnya perkataan taubat digunakan sekali bagi melengkapi perkataan nasuha. Inti nya adalah Taubat dan penerang ialah Nasuha yang membawa erti keinsafan dan keampunan yang sebenar-benarnya dan takkan mengulangi perlakuan dosa lagi. Pengaruh bahasa asing dapat dilihat apabila karya ini sekali lagi mengunakan kata yang mengandungi kelewahan makna serta ketaksaan kata dimana imbuhan ditambah pada perkataan yang tidak memerlukan imbuhan seperti sepetangan , penulis mungkin dipengaruhi oleh tatabahasa bahasa inggeris yang menambahkan imbuhan bagi membezakan masa dan fungsi perbuatan itu dilakukan seperti read,readed dan reader.
2.(iv) Faktor kognitif atau kemampuan persepsi. Bahasa mempunyai persepsi berbeza bagi setiap manusia jika satu ungkapan dilafazkan pelbagai andaian boleh wujud pada diri pendengar yang berbeza- beza latar belakang dan pendengar atau pembaca juga boleh dipengaruhi oleh emosi,kamampuan berbahasa,situasi serta budaya. Wacana ilmiah dan akademik kebanyakannya akan menimbulkan persepsi yang lebih kurang sama bagi setiap pembaca dan penutur manakala karya sastera dibolehkan mempunyai pelbagai persepsi atas dasar karya kreatif . Perbezaan Ketaksaan makna di dalam karya sastera diterima asalkan disokong oleh bukti yang sahih dan kuat. Kekaburan makna terhasil daripada pemilihan perkataan jangka dalam baris ayat yang menyentak jangka. Apakah makna sebenar jangka itu bagi persepsi umum . Mungkin bagi khayalak pembaca yang mempunyai persepsi sastera atau perkataan yang tinggi maka mereka memahami apakaha makna perkataan jangka itu. Namun bagi khayalak orang biasa mungkin sukar meneka makana sebenar kerana biasanya pengguna menggunakan jangkaan daripada jangka sahaja. Penulis sememangnya merupakan golongan yang dapat mentafsir dan memberikan persepsi sendiri daripada sudut pandangan beliau sekaligus beliau memelih perkataan yang sebegini.