Anda di halaman 1dari 3

TAJUK 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN,

KEMATANGAN DAN PRESTASI


(Factors affecting growth, maturation and performance)
1 Faktor aktiviti fizikal
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya penurunan aktiviti fizikal
antara 2 5 tahun dan antara lelaki dan perempuan.
Secara puratanya, lelaki mempunyai aktiviti fizikal yang lebih berbanding
perempuan. Walau bagaimanapun, lelaki akan mengalami penurunan yang lebih di
peringkat lewat remaja berbanding perempuan.
Tahap aktiviti lazimnya meningkat dari peringkat pertengahan kanak-kanak ke
awal remaja, tetapi akan menurun. Penurunan ini biasanya berlaku di peringkat
lewat remaja kerana permintaan sosial remaja dan kerjaya.
Kanak-kanak lazimnya lebih aktif dalam musim panas apabila cuti persekolahan
bermula. Pada remaja, aktiviti fizikal menurun pada waktu ini kerana mencari
pengalaman pekerjaan.
Aktiviti fizikal bukannya sama dengan latihan senaman. Latihan senaman
melibatkan aktiviti fizikal yang kerap dan sistematik seperti kalistenik, bebanan,
berlari dan permainan atau aktiviti sukan yang dilakukan pada tahap intensiti tertentu
untuk tempoh tertentu.
Oleh yang demikian, kita tidak boleh anggapkan perbezaan pertumbuhan dan
kematangan antara atlet muda dan bukan atlet adalah disebabkan oleh latihan
kerap.
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang kerap tidak
mempunyai sebarang kesan terhadap pertumbuhan ketinggian.
Aktiviti fizikal yang kerap adalah faktor penting dalam mengekalkan berat
badan. Latihan kerap akan mengakibatkan penurunan lemak dan peningkatan jisim
bebas lemak.
Dapatan kajian telah menunjukkan tiada kesan yang signifikan latihan kerap ke
atas somatotaip semasa pertumbuhan.
Adalah dianggapkan bahawa kandungan mineral yang tinggi dalam tisu tulang di
peringkat awal dewasa menggambarkan kesan positif aktiviti fizikal yang kerap ke
atas proses mineralisasi tulang semasa pertumbuhan.
Walau bagaimanapun, dalam perempuan, latihan bertahap tinggi dalam sukan
daya tahan telah menyebabkan proses nyahmineralisasi tisu tulang dan ini ada
kaitannya dengan fungsi haid yang telah berubah akibat latihan yang mendadak, lalu
menyebabkan kekurangan hormon estrogen.
Latihan kerap telah didapati membawa kepada hipertrofi otot rangka dan
peningkatan penguncupan protein dan kepekatan enzim.
Latihan kerap juga memberi kesan positif ke atas lemak badan, walaupun ini
bergantungan pada tempoh lakuan.
Bukti kajian ke atas dewasa telah menunjukkan bahawa penurunan lemak hasil
daripada latihan adalah disebabkan oleh penurunan saiz sel lemak dan bukannya
perubahan dalam bilangan sel lemak.
Aktiviti kerap tidak memberi sebarang kesan terhadap peningkatan atau
penurunan kematangan rangka.
Latihan rintangan untuk membentuk kekuatan tidak digalakkan untuk kanak-kanak
prabaligh. Ini adalah kerana kuantiti hormon androgen dalam peredaran tidak
mencukupi untuk memberi kesan positif. Selain dari ini, faktor keselamatan dalam
latihan rintangan juga diambil kira.
Kajian telah menunjukkan bahawa sebelum, semasa dan selepas pertumbuhan
pesat remaja, lelaki yang aktif mempunyai kuasa aerobik yang lebih berbanding
yang lain.
2 Faktor sosial
Keadaan di mana seseorang kanak-kanak dilahirkan dan dipelihara akan
membawa kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan.
Status sosioekonomi keluarga seseorang kanak-kanak adalah faktor yang
signifikan dalam pertumbuhan dan kematangannya.
Saiz keluarga juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan kematangan kanak-
kanak dan ini bergantungan dari tempat ke tempat. Walau bagaimanapun, kesannya
adalah tidak ketara dan jelas.
Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kerap merokok sewaktu hamil lazimnya
mempunyai berat badan dan ketinggian yang rendah.
Menyedut asap rokok daripada ibu bapa yang merokok juga memberi kesan
terhadap saiz anak.
Kawasan tempat tinggal juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan
kematangan kanak-kanak.
Pengaruh psikologi dan emosi juga memberi kesan terhadap pertumbuhan dan
kematangan kanak-kanak.
3 Faktor kaum dan etnik
Kaum adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkait secara biologikal
satu kumpulan dengan peratusan baka yang sama dan tinggi.
Etnik adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkait dengan budaya.
Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa dalam kanak-kanak prasekolah dari
pelbagai kumpulan kaum dan etnik, perbezaan berat badan dan ketinggian antara
kelas sosial dalam kumpulan adalah besar berbanding variasi antara kumpulan.
4 Faktor pemakanan dan penyakit
Malnutrisi tenaga protein yang kronik semasa hamil lazimnya mengakibatkan
kelahiran anak yang kurang berat. Bayi kelihatan kecil berbanding tempoh masa
kelahirannya, dan sering kalinya terencat.
Keadaan ini melambangkan status pemakanan yang rendah.
Kebanyakan kerencatan pertumbuhan berlaku semasa awal kanak-kanak dan
berterusan ke pertengahan kanak-kanak dan remaja.
Akibat daripada keadaan ini, penyakit yang bahaya dan berjangkit dalam kanak-
kanak menjadi faktor kepada kerencatan pertumbuhan.
Antaranya adalah demam campak, masalah pernafasan seperti pneumonia dan
sakit kerongkong, dan parasit usus seperti protozoa, cacing dan sebagainya.
5 Faktor cuaca
Kepanasan, kesejukan dan altitud tinggi boleh mempengaruhi pertumbuhan dan
kematangan.
Masalah fisiologi utama bagi penduduk yang bercuaca panas adalah pembebasan
haba yang berlebihan manakala bagi penduduk yang bercuaca sejuk adalah
penyimpanan haba.
Penduduk yang tinggal di altitud tinggi menghadapi masalah mengekalkan oksigen
dalam darah.
Dewasa di kawasan cuaca panas lazimnya mempunyai bentuk badan yang lurus,
dan kurang berat berbanding mereka yang tinggal di kawasan cuaca sejuk.
Bagi penduduk di altitud tinggi, mereka mungkin menghadapi hipoksia (keadaan di
mana oksigen berkurangan di dalam tisu badan). Kebanyakan mereka mempunyai
bentuk badan yang kecil, rendah dan kematangan lewat berbanding mereka di paras
laut. Walau bagaimanapun keadaan ini bergantung pada paras ketinggian yang
didiami oleh penduduk.