Anda di halaman 1dari 47

SIASATAN DALAMAN

SESI SIASATAN DALAMAN


RATIONAL
Di dalam mana-mana Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry),
Pegawai Pendakwa memainkan peranan penting . Ianya ibarat watak
utama atau master mind bagi memastikan Siasatan Dalam berjalan dengan
lancar dan mengikut peraturan. Kejayaan majikan di dalam sesi ini amat
bergantung kepada persediaan Pegawai Pendakwa dan kemahirannya di
dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemerksaan semula.
Bukan itu sahaja Pegawai Pendakwa juga perlu mahir di dala siasatan dan
menyedia / memahami tuduhan

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
Memahami tentang kenapa pekerja perlu di disiplinkan , prosedurnya dan
jika gagal meneruskan proses disiplin seterusnya iaitu prosedur disiplin
besar.
Mempelajari proses melaksanakan siasatan yang kompprehensif dan teknik-
teknik mencadangkan tuduhan-tuduhan salahlaku yang tepat dan sesuai.
Mengetahui tentang prosedur Siasatan Dalaman dan cara-cara
melaksanakannya.
Mempunyai kemahiran didalam membuat pemeriksaan utama, pemeriksaan
balas dan pemeriksaan semula.
Memahami akan cara-cara membuat penghujahan lisan dan penghujahan
balas

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Salahlaku

Siasatan Salahlaku
Menyediakan Tuduhan / Memahami Tuduhan
Siasatan Dalaman Disiplin (SDD) / Domestic Inquiry
Examination in chief (Pemeriksaan Utama)
Cross-Examination (Pemeriksaan Balas)
Re Examination (Pemeriksaan Semula)
Submission (Penghujahan akhir)

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Salahlaku Ringan
Salahlaku ringan merupakan kesalahan oleh seorang pekerja ; kelakuan
yang tidak betul tetapi tidak begitu serius untuk dikenakan hukuman yang
berat. Tidak semua salahlaku pekerja patut mendapat pemecatan. Pihak
Mahkamah harap majikan berpatutan. Mahkamah suka mengatakan
bahawa pekerja bukan malaikat. Mereka mungkin bersalah tetapi sekiranya
mereka dihukum, mereka mungkin akan menunjukkan kelakuan yang lebih
baik dan tidak akan ulangkan salahlaku mereka.
Sekiranya pekerja membuat salahlaku ringan dan dihukum kerananya,
tetapi kemudian mengulangi salahlaku yang sama, kelakuan yang tidak
boleh diterima ini akan menjadi lebih serius dan beliau patut terima
hukuman yang lebih berat. Jika beliau masih juga mengulangi salahlaku itu,
pemecatan sahajalah mungkin penyelesaiannya kerana jelas menunjukkan
bahawa beliau tidak mendapat pengajaran daripada tindakan-tindakan
yang diambil.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Menentukan Sama Ada Buatan Salahlaku itu Ringan atau Serius
Sama ada satu buatan salahlaku dianggap ringan atau serius bergantung
kepada jenis kerja yang pekerja buat dan jenis industri. Anda patut adakan
sesi bersama dengan pengurus kanan anda, periksa peraturan syarikat dan
tentukan sama ada setiap contoh salahlaku itu ringan atau serius. Adalah
mustahil untuk menyediakan satu senarai buatan salahlaku yang ringan
yang berkait dengan semua industri dan pekerjaan.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Berikut adalah beberapa cadangan mengenai kelakuan yang dianggap
salahlaku ringan:

1. Merokok di dalam premis di mana ada peraturan melarang merokok
biasanya adalah salahlaku ringan, melainkan merokok itu berlaku di tempat
yang sangat merbahaya, mungkin senang terbakar disebabkan oleh rokok
yang menyala (seperti dekat dengan bahan mudah terbakar)
2. Tidak hadir untuk satu atau dua hari bekerja tanpa izin manakala tidak
hadir selama 3 hari atau lebih tanpa kebenaran boleh dianggap sebagai
salahlaku serius
3. Sampai lewat di tempat kerja atau pulang awal
4. Tidak berada di stesyen kerja pekerja semasa waktu kerja
5. Menggunakan bahasa kurang sopan kepada rakan sekerja

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Mengambil Tindakan ke atas Salahlaku Ringan
Dalam kes-kes di mana pekerja membuat salahlaku ringan pihak penyelia patut diberi kuasa
untuk mengambil tindakan ke atas pekerja berkenaan. Mereka mesti dilatih untuk tugas ini
supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk lakukannya. Mereka mesti
tahu apakah hukuman yang boleh di kenakan.
Amaran Lisan
Hukuman yang biasa dikenakan untuk salahlaku ringan adalah amaran. Kali pertama seorang
pekerja membuat salahlaku ringan, beliau patut diberi amaran lisan. Ini bermakna penyelia beliau
mesti:
1. Tanya beliau sama ada beliau mempunyai penjelasan mengenai kelakuan beliau
2. Ingatkan beliau bahawa kelakuan tersebut tidak dapat diterima, dan
3. Beri amaran kepada beliau supaya tidak mengulangi salahlaku tersebut atau salahlaku yang
lain

Amaran ini, sungguh pun ia adalah amaran lisan, mesti direkodkan oleh penyelia. Sekiranya tidak,
beliau tidak akan ingat sama ada beliau telah keluarkan apa-apa amaran sebelumnya. Pihak
penyelia mesti simpan nota bertulis, dan bertarikh, menyatakan jenis salahlaku dan sebarang
komen atau keterangan yang diberi oleh pekerja kepada beliau.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Amaran Bertulis
Sekiranya seorang pekerja mengulangi perbuatan salahlaku di mana amaran lisan telah diberi
kepadanya, amaran bertulis mesti dikeluarkan. Amaran bertulis boleh diberi dalam bentuk surat
biasa kepada pekerja. Surat amaran patut ditandatangani oleh penyelia pekerja berkenaan,
dengan salinan kepada pegawai HR supaya satu salinan dimasukkan ke dalam fail peribadi
pekerja.
Kandungan surat amaran adalah:
1. Satu kenyataan menerangkan salahlaku yang dibuat oleh pekerja
2. Masa, tarikh dan tempat di mana kelakuan salahlaku dibuat
3. Rujukan kepada polisi atau peraturan syarikat yang telah dilanggar
4. Rujukan kepada amaran terdahulu yang diberi (lisan atau bertulis)
5. Satu peringatan bahawa peraturan organisasi telah diberi kepada pekerja dan beliau telah
setuju mematuhinya
6. Satu kenyataan bahawa sekiranya pekerja mengulangi perbuatan salahlaku atau mana-mana
kelakuan salahlaku yang lain beliau boleh dipecat

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Sebelum amaran bertulis dikeluarkan, adalah penting pengurus semak semua fakta untuk
mempastikan pekerja betul-betul telah melakukan kesalahan.
Ia dianggap sebagai amalan yang adil bagi pihak majikan mengeluarkan sehingga tiga amaran
bertulis sebelum penalti yang lebih berat dipertimbangkan. Apabila surat amaran dikeluarkan,
pekerja berkenaan mesti tandatangan satu salinan menunjukkan bahawa beliau telah terima
surat itu. Sekiranya beliau enggan menandatangan penerimaan surat itu (ini adalah kelakuan
mengingkari perintah), penyelia beliau patut bacakan surat itu kepada beliau di hadapan seorang
pengurus yang akan tandatangan surat sebagai saksi bahawa ia telah dibacakan kepada pekerja
tersebut.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Salahlaku Serius
Sekiranya seorang pekerja disyaki melakukan satu perbuatan salahlaku yang serius, atau jika
beliau telah diberi amaran terakhir kerana melakukan perbuatan salahlaku ringan beberapa kali,
satu prosedur yang berbeza daripada yang digariskan di atas perlu diikuti.
Prosedur untuk diikuti apabila seorang pekerja dituduh melakukan perbuatan salahlaku serius
adalah seperti berikut:
Setiap 4 langkah dalam prosedur tersebut akan diterangkan dengan ringkas.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Menyiasat
Sebelum mengenakan apa-apa penalti ke atas pekerja kerana perbuatan salahlaku serius,
keperluan pertama adalah menjalankan penyiasatan teliti. Siapa yang layak sekali untuk
menjalankan penyiasatan bergantung kepada jenis tuduhan ke atas pekerja tersebut. Misalnya,
salahlaku yang melibatkan wang organisasi patut disiasat oleh pegawai audit, sekiranya wujud
dalam syarikat anda. Kecurian atau berkelahi mungkin boleh disiasat oleh pegawai sekuriti;
ketidakhadiran biasanya disiasat oleh HR dan seterusnya.
Penyiasatan mesti menjawab soalan berikut:
1. Salahlaku apa yang telah dilakukan?
2. Peraturan atau polisi apa yang dilanggar?
3. Siapa yang terlibat?
4. Bila dan di mana salahlaku terjadi?
5. Bukti apa yang menunjukkan kesalahan telah berlaku? Adakah saksi, gambar atau dokumen
yang membuktikan kesalahan pekerja yang dituduh?

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
1.Menyiasat2.Persiapan untuk siasatan dalaman3.Menjalankan siasatan dalaman
4.Tindakan susulan
Adalah tersangat penting supaya ada bukti yang mencukupi bahawa pekerja tersebut telah
melakukan perbuatan salahlaku. Sekiranya beliau dituduh oleh seorang, sedangkan beliau tidak
mengaku bersalah dan tidak ada bukti bebas yang lain untuk menunjukkan beliau bersalah, maka
kes tersebut tidak boleh diteruskan.
Surat Tunjuk Sebab
Ia adalah satu amalan yang wajar untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pekerja
yang dituduh, sama ada di awal penyiasatan atau selepas penyiasatan awalan tamat. Surat
tunjuk sebab akan senaraikan tuduhan-tuduhan keatas beliau dan mengarahkan beliau menjawab
tuduhan tersebut sebelum tarikh tertentu, biasanya dalam tempoh 3-5 hari.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Penggantungan
Semasa penyiasatan ke atas tuduhan salahlaku, pihak majikan berhak untuk menggantung
pekerja berkenaan. Hak pekerja bergantung sama ada beliau dilindungi oleh Akta Pekerjaan atau
tidak, seperti diterangkan dalam Ruang bertajuk PERSEKITARAN PERUNDANGAN DALAM
PEKERJAAN.
Pekerja yang berada dalam skop Akta Pekerjaan boleh digantung kerja dengan mendapat
separuh gaji, sehingga dua minggu semasa beliau disiasat kerana disyaki bersabit dengan
salahlaku. Sekiranya dengan sebab apa sekali pun, penyiasatan mengambil masa lebih daripada 2
minggu, penggantungan pekerja boleh dipanjangkan tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh.
Jikalau diputuskan bahawa tidak ada bukti yang kukuh bahawa pekerja bersalah, atau jikalau
beliau didapati tidak bersalah oleh panel siasatan dalaman, separuh gaji yang ditahan mesti
dibayar kepada beliau.
Sekiranya seorang pekerja yang dituduh membuat salahlaku tidak dilindungi oleh Akta Pekerjaan,
beliau masih boleh digantung kerja semasa penyiasatan, tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh
dalam tempoh tersebut.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Persiapan untuk Siasatan Dalaman
Sekiranya satu penyiasatan mendedahkan bukti bahawa pekerja itu bersalah, satu siasatan
dalaman mesti diadakan. Persiapan yang diperlukan untuk siasatan dalaman termasuk:

Lantik seorang Pendakwa
Lantik Panel Siasatan

Sediakan Bilik Siasatan Dalaman
Lantik seorang Setiausaha

Keluarkan Notis Siasatan & Tuduhan kepada Pekerja
Siasatan dalaman (Domestic inquiry atau DI) ialah satu perbicaraan dalaman untuk menentukan
sama ada pekerja yang dituduh membuat salahlaku bersalah atau tidak. Pihak majikan mesti
melantik seorang pendakwa daripada kalangan eksekutif kanan. Pendakwa mewakili syarikat.
Peranan beliau ialah untuk membuktikan kepada ahli DI bahawa pekerja yang dituduh adalah
bersalah.

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Panel DI, biasanya mengandungi 3 orang ahli termasuk seorang pengerusi, dikehendaki mendengar
kenyataan yang dibentang oleh pendakwa dan apa-apa keterangan oleh tertuduh, dan ambil
keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak ke atas tuduhan terhadapnya. Sekurang-
kurangnya seorang eksekutif atau pengurus kanan patut dilantik sebagai ahli panel bersama dua
orang yang lain.
Sebuah bilik yang sesuai patut ditempah untuk DI.
Seorang setiausaha mesti dilantik. Setiausaha diperlukan untuk merekod kata demi kata
perjalanan DI, iaitu menulis semua yang dikatakan semasa DI, yang dikendalikan mengikuti
format soal dan jawab.
Satu notis mesti disampaikan kepada pekerja berkenaan memberitahu beliau bila dan mana
siasatan akan diadakan. Bersama-sama dengan notis tersebut, tuduhan ke atas pekerja tersebut
akan disertakan.
PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN
Menjalankan Siasatan Dalaman
Siasatan dalaman (DI) tidak perlu merumitkan atau terlalu formal. Walau bagaimanapun,
sekiranya seorang pengurus kanan dituduh membuat salahlaku, mungkin elok dapatkan nasihat
daripada pihak perunding atau daripada seorang peguam. Jikalau staf HR belum pernah
menghadiri DI, mereka patut ikuti satu program latihan mengenai topik ini. Pihak penyedia
latihan ada menawarkan banyak latihan seumpamanya.
Perjalanan pendakwaan dalam siasatan dalaman adalah seperti berikut:


GARIS PANDUAN TAMBAHAN MENGENAI SIASATAN DALAMAN
Tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat ucapan semasa DI, melainkan
semasa penggulungan akhir.
Pastikan rekod kata demi kata dibuat. Jangan bergantung kepada rakaman pita.
Benarkan tertuduh membaca mana-mana dokumen yang dibentangkan sebagai
bukti menuduh beliau

1. Pengerusi panel siasatan, yang bertanggungjawab mempastikan DI dilaksanakan dengan licin,
semak siapa yang hadir dan buat pengenalan jika perlu. Beliau terangkan tujuan DI kepada
tertuduh dan menggariskan beberapa peraturan bagaimana DI akan dijalankan.
2. Pendakwa (atau Pengerusi panel siasatan) bacakan tuduhan kepada pekerja tersebut dan
minta sama ada beliau mengaku salah atau tidak bersalah.
3. Sekiranya pekerja mengaku tidak bersalah, Pendakwa, yang mewakili majikan, akan mulakan
kes dengan memanggil saksi beliau yang pertama. Soalan akan ditanya dan pihak saksi mesti
menjawab.
4. Apabila Pendakwa telah tamat menyoal saksi pertama, tertuduh dibenarkan menyoal balas
saksi tersebut, iaitu bertanya soalan kepada beliau.
5. Pendakwa mungkin ingin menyoal semula, atau bertanya soalan tambahan kepada saksi untuk
menjelaskan beberapa perkara. Sesudah itu, saksi lain akan dipanggil.
6. Proses memanggil saksi untuk disoal, soal balas dan soal semula akan berterusan sehingga
Pendakwa tidak ada saksi lagi.


7. Sebaik sahaja Pendakwa habis memanggil saksi-saksi beliau, pekerja yang dituduh boleh
panggil saksi dia, jika ada, dan proses yang sama akan diulang tetapi terbalik.
8. Sebaik sahaja pekerja habis dengan saksi-saksinya, kedua-dua Pendakwa dan pekerja boleh
membuat penggulungan akhir mengenai bukti-bukti mereka.
9. Selepas penyerahan terakhir, panel siasatan akan adakan perbincangan bersama untuk
membuat keputusan sama ada pekerja berkenaan bersalah atau tidak bersalah ke atas tuduhan-
tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka akan tulis satu laporan mengenai keputusan
mereka dan serahkan laporan itu kepada pengurus yang melantik mereka.

Berikut adalah berberapa garis panduan mengenai isu-isu biasa berhubung dengan pengendalian
DI.
Staf HR tidak boleh dilantik sebagai ahli panel DI. Mereka boleh menjadi Pendakwa atau
Setiausaha.
Ahli-ahli panel DI, seboleh-bolehnya, orang yang berkecuali dan tidak terlibat secara langsung
sama sekali dengan kes berkenaan.
Sekiranya pekerja tersebut gagal untuk hadir DI, tangguhkannya dan cuba dapatkan sebab
kenapa dia tidak hadir. Tetapkan tarikh baru untuk DI setelah memberitahu pekerja
mengenainya. Jika dia masih tidak hadir, siasatan dalaman akan dijalankan tanpa dia.
Panel DI tidak sepatutnya diberi taklimat atau diberi maklumat mengenai kes terlebih dahulu.
Tertuduh tidak berhak untuk diwakili oleh peguam semasa DI. Jangan benarkan ini. Sekiranya
dia ahli kesatuan sekerja, dia berhak untuk diwakili oleh seorang pegawai kesatuan.


Sekiranya ada pihak, termasuk pekerja yang dituduh berkelakuan penuh emosi semasa DI,
perbicaraan patut berhenti rehat.
Panel DI tidak boleh menyoal pekerja yang dituduh. Peranan mereka adalah mendengar
kenyataan yang diberi dan menilainya.



Tindakan Susulan
Selepas DI dijalankan, beberapa tindakan perlu diambil termasuk:
1. Sekiranya panel DI mendapati bahawa pekerja bersalah, pihak pengurusan atasan syarikat
mesti tentukan penalti yang sesuai. Pilihan penalti adalah turun pangkat, penggantungan kerja
tanpa gaji (untuk maksimum 14 hari), atau pemecatan. Penalti mesti sepadan dengan salahlaku
tersebut.
2. Pekerja tersebut mesti dimaklumkan mengenai hasil proses DI. Sekiranya beliau didapati tidak
bersalah, beliau akan kembali bekerja (jika beliau telah digantung).

PROSES PENGENDALIAN
SESI SIASATAN DALAMAN

1.1

Sesi Siasatan Dalaman dijalankan apabila pihak Syarikat , berdasarkan
kepada siasatan awalan yang dijalankan, berpendapat bahawa
seseorang pekerja telah melakukan salah laku yang serius.

Semasa sesi SiasatanDalaman, pekerja terbabit yang dikenali sebagai
Tertuduh akan didakwa terhadap salah laku yang dipercayai telah
dilakukan. Pembentangan kes akan dijalankan oleh pegawai yang
dilantik oleh Syarikat yang dikenali sebagai Pegawai Pembentang Kes.

1.2 Panel Siasatan Dalaman merupakan pihak ketiga yang
dipertanggungjawabkan untuk mendengar pembentangan kes oleh

Pegawai Pembentang Kes dan juga pembelaan daripada Tertuduh
Seterusnya, Panel Siasatan akan membuat keputusan samada Tertuduh
Bersalah atau tidak terhadap dakwaan yang dikemukakan.



1.3 Panel Siasatan ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang
ahli Panel lain.


Job-worth and Market-Driven
Approaches
1.4 Pada dasarnya, tujuan Siasatan Dalaman diadakan adalah untuk;
-Mencari kebenaran
-Menegak kebenaran
-Untuk menentukan samada kebenaran tersebut menyokong
perlakuan yang dilakukan oleh Tertuduh samada salah atau betul.
-Menentukan siapa yang melakukan salah laku tersebut.
-Menambil kira faktor-faktor yang boleh meringankan
hukuman


1.5 Untuk mencapai tujuan Siasatan Dalaman, Panel Siasatan hendaklah;
-menjalankannya dengan semangat yang adil dan berhati murni.
-Memberi Tertuduh peluang yang secukupnya untuk membela diri dan

memperdengarkan hujahnya.
-Meneliti setiap dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak
sebagai
bahan bukti.
-Tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya berpandukan
kepada
fakta-fakta yang dinyatakan dalam sesi tersebut.



2.0 PERMULAAN SIASATAN DALAMAN


2.1 Sebelum memulakan suatu Siasatan Dalaman secara rasminya,
Pengerusi
hendaklah memastikan bahawa semua ahli Panel telah hadir dan
memastikan bahawa Tetuduh, Pegawai Pembentang Kes dan pencatat minit
juga telah berada
di tempat yang diteteapkan. Lampiran 1 adalah contoh kedudukan sesi
Siasatan Dalaman.Pengerusi juga perlu memastikan bahawa keadaaan
tenang sebelum Siasatan tersebut dimulakan.



2.2 Pengerusi perlu memulakan siasatan tersebut dengan memperkenalkan diri
selaku Pengerusi dan ahli Panel, dan seterusnya menyatakan tujuan siasatan pada
hari tersebut. Contoh pengenalan adalah seperti berikut.


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya, (nama Pengerusi) selaku
Pengerusi siasatan padahari ini, dan akan di Bantu oleh dua ahli Panel iaitu En
(nama) dan En (nama). Tujuan kita mengadakan Sesi Siasatan Dalaman pada hari ini
adalah untuk mendengar kes terhadap (nama Tertuduh) yang telah dituduh
melakukan salah laku yang bercanggah dengan peraturan-peraturan syarikat.

Collecting and Analyzing Labor-
Market Data
2.3 Pengerusi seterusnya, hendaklah bertanya kepada Tertuduh , samada beliau
mempunyai apa-apa bantahan terhadap perkara-perkara berikut;
-Pemilihan Panel Siasatan
-Tempat/ Masa siasatan tersebut dijalankan.

Contoh penyataan adalah seperti berikut;

Sebelum saya mulakan Siasatan Dalaman pada hari ini, saya ingin
bertanya Tertuduh samada anda mempunyai apa-apa bantahan
terhadapperlantikan kami selaku Panel pada hari ini dan juga apa-apa
bantahan terhadap tempat dan masa Siasatan Dalaman ini dijalankan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang bantahan sila nyatakan sekarang
berserta sebab-sebab atau alasan anda membuat bantahan tersebut.
Sekiranya tiada bantahan yang dibuat kita akan teruskan siasatan ini

Decide on Survey Source(s)
Sekiranya ada bantahan yang dibuat, Pengerusi hendaklah eminta Tertuduh
memberikan penjelasanterhadap sebab atau asas bantahan tersebut dibuat
dan seterusnya berbincangbersama ahli Panel yang lain. Pengerusi boleh
juga meminta pendapat Pegawai Pembentang Kes dan pemerhati Syarikat
sebelum membuat sebarang keputusan. Selepas perbincangan Pengerusi
boleh membuat keputusan-keputusan berikut;
-meneruskan juga siastan Menangguhkan siasatan ke suatu tarikh yang
lain.
-Menangguhkan seketika siasatan bagi mendapatkan pendapat dari pihak-
pihak yang lain.


Decide on Survey Source(s)
2.4 Sekiranya tiada apa-apa bantahan yang dibuat, Pengerusi
bolehlah meneruskan sesi Siasatan Dalaman tersebut dengan
memulakan pembacaan pertuduhan-pertuduhan.Pertuduhan-
pertuduhan adaterdapat di surat Notis Siasatan Dalaman
yang diserahkan kepada Panel.



Characteristics of Good Salary
Surveys
3.0 PEMBACAAN PERTUDUHAN


3.1 Pembacaan pertuduhan hendaklah dibuat dengan jelas dan terang supaya
ianya mudah difahami oleh Tertuduh. Selepas setiap pembacaan pertuduhan,
Pengerusi hendaklah bertanyakan kepada Tertuduh samada ia mengaku bersalah
atau tidak. Contoh pembacaan pertuduhan adalah seperti berikut;

En (Tertuduh), saya akan bacakan pertuduhan satu persatu dan
anda hendaklah menjawab samada anda mengaku bersalah atautidak
terhadap pertuduhan apabila saya selesai membaca setiap satu
pertuduhan.
Tuduhan pertama(rujuk kepada pertuduhan)
Adakah anda mengaku bersalah?
Tuduhan kedua(rujuk kepada pertuduhan)
Adakah anda mengaku bersalah ?


Safe Harbor Guidelines
3.2 Bagi setiap jawapan yang diberikan ke atas
setiap pertuduhan, Pengerusi dan Panel
hendaklah membuat catatan terhadap jawapan
tersebut samada bersalah atau tidak


Collecting and Analyzing Labor-
Market Data
4.0 SEKIRANYA TERTUDUH MENGAKU BERSALAH


4.1 Sekiranya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang
dibacakan,Pengerusi hendaklah memastikan bahawa Tertuduh faham
terhadap perakuan tersebut. Pengerusi juga perlu memastikan bahawa
Tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuan tersebut; yang mana
pihak Syarikat boleh mengenakan tindakan disiplin yang tegas kepada
Tertuduh;yang merangkumi pembuangan kerja.


Gather Valid Data
4.2 Pengakuan bersalah hendaklah disebut tanpa meletakkan sebarang
syarat.
4.3 Setekah pengesahan tersebut dibuat, dan tertudh tetap dengan
pengakuan bersalah;ini bermakna perbicaraan untuk kes tersebut telah
selesai. Pengerusi tidak perlu meminta Pegawai Pembentang Kes untuk
membentangkan kes dengan sepenuhnya seperti memanggil saksi-saksi,
tetapi Pengerusi handaklah mengarahkan Pegawai Pembentang Kes
menyatakan ringkasan fakta kes sahaja.

4.4 Pengerusi seterusnya meneruskan sesi tersebut dengan memberi
peluang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang
bakal dikenakan. Semasa sesi ini, Tertuduh sudah tidak boleh lagi
mempersoalkan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan
kapadanya. Pengerusi perlu memastikan bahawa Tertuduh menumpukan
kepada isu-isu rayuan sahaja.


How to Handle Incomplete Job
Matches
5.0 SEKIRANYA TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH


5.1 Sekiranya Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan
yang dikenakan, ini bermakna pembicaraan pada hari tersebut diteruskan
dan Pengerusi akan meminta Pegawai Pembentang Kes untuk
membentangkan kes. Contah penyataan adalh seperti berikut;

Memandangkan Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap
kesemua /tuduhan pertama/kedua(dan seterusnya);Panel dengan
ini meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan
kes


6.0 PEMBENTANGAN KES OLEH PEGAWAI PEMBENTANG
KES



6.1 Untuk membentangkan kes, Pegawai Pembentang Kes
biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil saksi
untuk memberikan keterangan. Jumlah saksi syarikat berubah-
berubah bergantung kepada jenis kes dan kesalahan. Pegawai
Pembentang Kes juga biasanya akan membawa dokumen-dokumen
bukti yang akan ditender sebagai eksibit.

Collecting and Analyzing Labor-
Market Data
6.2 Apabila Pegawai Pembentang Kes memanggil saksi, beliau akan
menyoal saksi tersebut bagi mengaitkan bahawa Tertuduh adalah bersalah
terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan kepada kenyataan-
kenyataan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil. Pegawai
Pembentangan Kes juga akan menyerahkan dokumen-dokumen bukti
melalui saksi tersebut; yang mana dokumen-dokumen tersebut akan
ditandakan mengikut turutan. Pengerusi dan Panel hendaklah meyemak
dokumen-dokumen tersebut; meminta penjelasan sekiranya perlu dan
seterusnya mengesahkan penerimaan dokumen-dokumen tersebut sebagai
eksibit. Contoh penyataan penyerahan dokumen bukti yang dilakukan oleh
Pegawai Pembentang Kesc adalah seperti berikut;


Complete data analyses

Panel, saya ingin menyerahkan rekd perubatan ini sebagai eksibit
PO3

Pengerusi dan Panel setelah menyemak dan meneliti dokumen
tersebut;menerima dokumen tersebut sebagai eksibit dengan mengatakan:

Panel dengan ini menerima rekod perubatan ini sebagai eksibit
PO3

Satu salinan dokumen bukti tersebut akan diserahkan kepada tertuduh.

Common Measures of Central
Tendency
6.3 Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal
saksinya, Panel seterusnya akan memberi peluang kepada Tertuduh
untuk menyoal-balas saksi tersebut. Panel hendaklah memastikan
bahawa soalan-soalan yang diajukan oleh Tertuduh adalah
berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan sahaja. Contoh
penyataan Panel adalah seperi berikut

Sekarang saya beri peluang kepada tertuduh untuk menyoal-
balas saksi ini

Percentiles
6.4 Apabila Tertuduh telah selesai menyoal-balas saksi syarikat, Panel
hendaklah memberi peluang kepada Pegawai Pembentang Kes untuk
menyoal semula saksi tersebut. Contoh penyataan Panel adalah seperti
berikut;

Sekarang saya memberi peluang semula kepada Pegawai
Pembentang Kes untuk menyoal semula saksinya atau untuk meminta
penjelasan lanjut, dipersilakan


Sekiranya tiada apa-apa soalan daripada Pegawaqi Pembentang Kes, atau
telah selesai dengan soal-balasnya, ini bermakna saksi tersebut telah
selesai memberi keterangannya, dan Pengerusi seterusnya membenarkan
saksi untuk meninggalkan bilik Siasatan Dalaman. Contoh penyataan adalah
seperti berikut;

Terima kasih (nama saksi) diatas kerjasama yang telah anda berikan.
Sesi ini telah selesai mendengar keterangan anda dan anda dibenarkan
untuk keluar


6.5 Pegawai Pembentang Kes akan seterus nya
memanggil saksi kedua untuk memberikan
keterangan dan seterusnya sehingga kesemua
saksi-saksi bagi pihak syarikat selesai memberi
keterangan. Proses memberi keterangan,
penyerahan dokumen bukti sebagai eksibit dan
soal-balas adalah serupa bagi kesemua saksi dan
semua dokumen

6.6 Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal kesemua
saksinya, pihak Tertuduh pula akan diberikan peluang untuk memanggil
saksi-saksinya, iaitu saksi bagi pihak Tertuduh. Proses memberi keterangan
oleh saksi Tertuduh adlah serupa saperti saksi syarikat, cuma untuk kali ini.
Tertuduh akan memulakan soalan-soalannya dahulu. Setelah selesai,
Pegawai Pembentang Kes pula akan duberikan peluang untuk menyoal-
balas dan seterusnya diatas. Contoh penyataan adalah seperti berikut:

Pegawai pembentang Kes telah selesai memanggil saksi-saksi bagi
pihak syarikat sekarang adalah giliran pihak Tertuduh untuk memanggil
saksi-saksi Tertuduh bagimemberi keterangan kepada sesi ini, dipersilakan

Aging Data
6.7 Semasa proses saksi memberi keterangan ini, Pengerusi dan
Panel dibenarkan untuk menyoal soalan dan meminta penjelasan
samada dari saksi, Pegawai Pembentang Kes atau Tertuduh; terhadap
apa-apa jua isu-isu yang berkaitan


Aging Survey Data
6.8 Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen
bukti masin-masing; kedua-dua pihak akan diminta untuk meggulung
kes. Penggulungan akan dibuat olieh Pegawai Pembentang kes dan di
ikuti oleh Tertuduh. Contoh penyataan adalh seperti berikut;

memandangkan kedua-dua piahk telah selesai dengan kes
masing-masing dan juga telah selesai memenggil saksi masing-
masing; Panel Siasatan Dalaman dengan ini meinta kedua-dua pihak
untuk menggulung kes masing-masing. Kita mulakan penggulungan
kes oleh Pegawai Pembentang Kes dahulu, dipersilakan

sekarang Panel Siasatan Dalaman meminta pihak Tertuduh
untuk meggulung kesnya, dipersilakan.




6.9 Setelah kedua-dua pihak melakukan
penggulungan masing-masing; ini bermakna sesi
Siasatan Dalaman tersebut telah sampai ke
penghujungnya.

6.10 Sebelum brsurai Pengerusi hendak memberitahu kepada
Tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan diberitahu
secara bertulis dalam jangkamasa terdekat.

6.11 Sesi Siasatan Dalaman bersurai.


SELEPAS SIASATAN DALAMAN
DI
1- Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan bersama
dan menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai keputusan
mereka, kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/ PENGERUSI syarikat akan
membuat keputusan hukuman yang patut dijatuhkan (mengambil kira
pendapat HR advisor/ practitioner) dan menandatangani persetujuan
tersebut.
2- Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan surat
kepada tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan dan hukuman
yang dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan berkuatkuasa. HR akan
menyerahkan surat kepada tertuduh dan tertuduh perlu menandatangani
penerimaan surat tersebut.
Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang ada untuk DI ni?
Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik untuk persediaan
sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.

Anda mungkin juga menyukai