Anda di halaman 1dari 34

PENDEKATAN

MORAL

Pendekatan Tindakan
Sosial

AsalUsul Pendekatan - Albert Bandura
dan Emile Durkheim.
Ia dikenali sebagai pembelajaran sosial
kerana ia menekankan cara kanak-kanak
dan orang lain bertingkahlaku yang betul
dalam
konteks sosial dan juga dalam keadaan yang
berkehendakkan tindakan serta-merta-
melalui pemerhatian dan bukan daripada
pengajaran secara langsung.

Peniruan boleh berlaku dalam tiga bentuk seperti
berikut:
1. Meniru secara langsung.
2. Peniruan melalui sekatlakuan dan
taksekatlakuan
3. Peniruan melalui elisitasi
Prinsip dan pandangan Durkheim terhadap moral
1. Masyarakat sebagai Organisma-masyarakat
mempunyai tujuan dan boleh menjadi justifikasi
kepada segala tindakan moral dan moraliti.
2. Altruisme sebagai punca organisma - Setiap
tindakan moral dilakukan untuk kepentingan
masyarakat.
Durkheim menegaskan bahawa terdapat banyak fungsi
pendidikan, iaitu:
1. Untuk meningkatkan soladiriti (soladirity) sosial
Sejarah: mempelajari tentang individu yang telah melakukan perkara
baik untuk ramai orang akan membuat seseorang berasa tidak
penting.
Sumpah ikatan: membuat seseorang individu merasakan dirinya
sebahagian daripada sesuatu kumpulan dan ini akan membuatkan
mereka tidak melanggar peraturan.
2. Untuk mengekalkan peranan sosial
Sekolah adalah masyarakat kecil. Ia mempunyai hierarki,peraturan,
dan anggapan terhadap dunia luar yang sama. Ia melatih kanak-
kanak dan remaja untuk memenuhi peranan.
3. Untuk mengekalkan pembahagian kerja
Sekolah membahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan
mengikut kemahiran, dan ini menggalakkan pelajar untuk berusaha
mencapai bidang kerja yang bersesuaian dengan keupayaan
mereka.

Ciri-Ciri Utama Pendekatan
(a) Kompetensi fisik (physical competence)- yang dapat
memberikan nilai tertentu terhadap suatu objek.Misalnya:
melukis suatu sesuatu membangun sebuah rumah, dan
sebagainya.
(b) Kompetensi hubungan interpersonal (interpersonal
competence)-yang dapat memberi pengaruh kepada
orangorang melalui hubungan antara sesama.Misalnya:
saling memperhatikan, persahabatan, dan hubungan
ekonomi, dan lain-lain.
(c) Kompetensi kewarganegaraan (civic competence)-yang
dapat memberi pengaruh kepada urusan-urusan masyarakat
umum. Misalnya: proses pemilihan umum dengan memberi
bantuan kepada seseorang calon atau peserta untuk
memperoleh kemenangan, atau melalui kelompok peminat
tertentu, mampu mempengaruhi perubahan kebijaksanaan
umum.

Ciri-ciri
a) Guru melibatkan diri sebagai pakar sumber, kaunselor
dan penggerak dalam projek tindakan sosial
b) pelajar terlibat secara aktif dalam projek yang berorientasikan
masyarakat
Kelebihan
menggalakkan pelajar membayangkan perasaan mereka
mengenai isu-isu moral yang melibatkan diri mereka dan
komuniti.-akan melibatkan diri dalam projek

Kelemahan
-sukar dijalankan- sebahagian dari program-program yang
dikembangkan oleh Newmann dapat digunakan, namun
secara keseluruhannya sukar dilaksanakan.
APLIKASI PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL
Situasi yang sesuai peniruan terhadap tingkahlaku yang
mendapat pujian (akan diikuti) atau hukuman ( akan dijauhi)

Aktiviti yang sesuai - menunjukkan contoh-contoh hasil tangan,
Guru hendaklah menjadi model yang baik, Murid-murid juga belajar
dari gambar, video, tayangan filem dan
Gambar, guru boleh mewujudkan situasi-situasi tertentu bagi
mengajar nilai-nilai murni, melakonkan watak-watak dan
sebagainya.

Peranan guru dan murid - murid untuk melakukan perbuatan
moral, baik secara perseorangan mahupun secara bersama-sama,
Guru memberikan kesempatan kepada murid untuk melakukan
perbuatan-perbuatan moral.
Pendekatan Perkembangan
Moral Kognitif
berdasarkan kepada teori perkembangan
kognitif yangtelah dikaji oleh beberapa
ahli psikologi perkembangan seperti
Piaget (1932) dan Kohlberg (1975).
- pelajar biasanya membuat penaakulan
moral pada peringkat yang mampu
dikuasainya, tetapi ia lebih cenderung
untuk membuat penaakulan moral pada
satu peringkat yang lebih tinggi daripada
keupayaan tersebut.
Ciri-ciri utama

(a) Jean Piaget- respon kanak-kanak terhadap masalah moral boleh
dibahagikan kepada dua peringkat, pertama- kanak-kanak melihat
peraturan sebagai sesuatu yang telah ditetapkan dan dikawal oleh
pihak yang lebih berkuasa, kedua - mereka mula menitikberatkan
diri sendiri daripada membenarkan orang lain menekankan
perlakuan moral tertentu. Piaget membahagikan empat peringkat
perkembangan intelek yang dilalui oleh kanak-kanak iaitu:
1. Peringkat sensorimotor (daripada lahir hingga 11/2 tahun)
2. Peringkat pra-operasi (11/2 - 7 tahun)
3. Peringkat operasi konkrit (7 - 11 tahun)
4. Peringkat operasi formal (11 tahun keatas)
(b) Lawrence Kohlberg
Tahap Prakonvensional
Peringkat 1: Orientasi dendaan dan kepatuhan.
Peringkat 2: Orientasi instrumental relativis.
Tahap Konvensional
Peringkat 3: Orientasi persetujuan antara individu
atau good boy nice girl.
Peringkat 4: Orientasi undang-undang dan
peraturan.
Tahap Poskonvensional
Peringkat 5: Orientasi contract-legalistic.
Peringkat 6: Orientasi prinsip etika sejagat.
Kelebihan
- boleh mendorong pelajar berfikir secara
rasional dan logik dalam membuat sesuatu
keputusan berasaskan nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia. Dalam
mengendalikan pendekatan ini guru harus
menerima pendapat pelajar dengan fikiran
terbuka dan membimbing mereka
maningkatkan tahap penaakulan moral.
Kelemahan
- (Piaget ) tidak menitikberatkan tentang proses
identifikasi dan
peniruan kanak-kanak dengan ibubapa mereka.
Kurang memberi perhatian secukupnya kepada
perbezaan individu atau perbezaan seks, kelas
sosial mahupun kebudayaan.
- ( Kohlberg ) menumpukan perhatian hanya kepada
satu aspek perkembangan moral, kumpulan yang
gagal diselidikinya ialah tentang aspek tingkah
laku dalam perkembangan moral.
APLIKASI PENDEKATAN PERKEMBANGAN MORAL
KOGNITIF

Situasi - 1. Memberi kepekaan kepada pelajar terhadap nilai-nilai
moral diri sendiri serta orang lain;
2. Menyelesaikan konflik yang bermoral berdasarkan kepada
sebabsebab;
3. Menimbangkan hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain;
dan
4. Mengaitkan penaakulan, emosi dan tingkahlaku.

Aktiviti - guru disaran menggunakan beberapa episod dilema
moral. Episod dilema moral merujuk kepada satu keadaan di
mana terdapatnya konflik nilai dan memerlukan seseorang
menimbang beberapa pilihan sebelum membuat keputusan.

Dilema -Memahami masalah- meneliti memberipandangan
menguji pandangannya.
Pendekatan Penjelasan
Nilai

L. Raths, M. Harmin
dan S. B. Simon
diaplikasikan daripada Teori
Pembelajaran Humanistik - pelajar
dapat mengetahui kehendak utama
mereka dan meningkatkan potensi
mereka sebagai individu berguna.
- Pendekatan Penjelasan Nilai memerlukan guru untuk
menjelaskan setiap nilai kepada murid.
- definisi individu yang sihat.
1. Keterbukaan kepada pengalaman - kemampuan untuk
menerima realiti, sekali lagi termasuk perasaan seseorang.
2. Kehidupan yang wujud - kita tidak hidup di masa lepas
atau masa depan. Masa sekarang adalah realiti yang kita ada.
3. Kepercayaan organismik- mempercayai diri kita, membuat
apa yang dirasakan benar, dan apa yang terjadi dengan
semulajadi
4. Kebebasan - mengetahui tentang perasaan kebebasan,
dan bertanggungjawab atas segala pilihannya.
5. Kreativiti melakukan yang terbaik dalam sesuatu kerja.
Ciri-Ciri Utama Pendekatan
1. memilih daripada alternatif;
2. memilih secara bebas;
3. membuat pilihan sendiri;
4. memahami pilihan sendiri;
5. bertindak ke atas pilihan sendiri; dan
6. bertindak secara berulang-ulang,
mengikut masa.
Kelebihan - lebih menitikberatkan proses
pembuatan keputusan menggunakan
kognitif dan afektif dalaman untuk
menentukan nilai yang baik atau buruk.
Kelemahan - ia lebih bersifat individualistik ,
terdapat segelintir murid yang
berkemungkinan mengganggap bahawa
pilihan yang mereka ambil sepatutnya betul
dan tidak salah, padahal ianya adalah
salah.
APLIKASI PENDEKATAN PENJELASAN
NILAI
Situasi memberi penekanan pada usaha
membantu murid dalam mengkaji perasaan
dan perbuatannya sendiri, untuk
meningkatkan kesedaran mereka tentang
nilai-nilai mereka sendiri.
Aktiviti
Penumpuan - Penumpuan kepada aspek-aspek
kehidupan samada dalam dirinya sendiri atau
hubungannya dengan orang lain.
Penerimaan - Sesuatu pandangan, fikiran, sikap
dan keputusan orang lain seadanya.
Refleksi - Menggalakkan seseorang membuat
refleksi dan penaakulan kendiri supaya dia sedar
akan adanya pilihanpilihan dalam membuat
keputusan.
Menghargai keputusan - Menghargai keupayaan
sendiri dalam membuat keputusan dan bertindk
mengikut keputusan yang diambil.
Proses memilih:
- memilih secara bebas;
- dari pelbagai pilihan yang sedia ada; dan
- menimbangkan secara refleksi dan rasional setiap
pilihan yang ada.
Proses menghargai:
- menghargai setiap keputusan yang telah diambil;
dan
- menyatakannya secara terbuka.
Proses bertindak:
- Bertindak ke atas keputusan yang telah diambil;
dan
- sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara
tekal.
Peranan Guru dan murid
- Guru perlu menerima segala keputusan
yang telah diambil oleh pelajar tanpa
memihak kepada sesiapa pun. Pelajar
melibatkan diri sepenuhnya di dalam
proses pembelajaran dan mempunyai hak
keatas haluan dan kemahuannya.
Pendekatan Analisis Nilai
Satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat
dikaji secara jelas dan teratur serta dapat
dibincangkan secara logik apabila
klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan
pelajar mengumpul dan menimbangkan
fakta-fakta yang relevan sebelum membuat
sesuatu keputusan.
Ciri-Ciri Utama Pendekatan
(a) Kebolehan Membuat Penaakulan - sikap yang
berupaya menggunakan minda secara logik dan
berdasarkan bukti nyata serta munasabah dalam
usaha melaksanakan sesuatu perkara.
(b) Anggota Masyarakat yang Berupaya Melakukan
penaakulan
(c) Kebolehan Berfikir Logik dan Terbuka
(d) Anggota Masyarakat yang Berupaya Berfikir
Logik dan Terbuka
Kelebihan
- mudah digunakan dalam proses pendidikan
di sekolah, kerana pendekatan ini
memberikan penekanan pada aspek
perkembangan kemampuan berfikir.
Aplikasi
Situasi - Pendekatan ini boleh dirancang dalam
bentuk projek dan dilaksanakan secara
berterusan sepanjang tahun atau dalam beberapa
siri pembelajaran.

Aktiviti
(a) Mengenal pasti jenis-jenis nilai, menjelaskannya
dan
mencari perhubungan antara nilai tersebut.
(b) Membentuk pernyataan di mana pelajar akan
mengaitkan pegangan nilai kendiri dengan nilai-
nilai yang lebih umum dan yang diterima oleh
masyarakat demokrasi.
(c) Menganalisis nilai di mana pelajar
menimbangkan kesan dan akibat yang mungkin
berlaku ke atas keputusan moral yang diambil.
(d) Membuat justifikasi kepada keputusan moral
yang diambil dengan menyatakan kriteria dan
keutamaan serta membandingkan dengan
pegangan niali orang lain.
(e) Mengembangkan komitmen emosi moral pelajar
supaya dapat hidup lebih harmonis dalam
masyarakat demokrasi.
Teknik yg sesuai - (a) perbahasan (b) pidato
(c) forum (d)projek (e) perbincangan
Peranan guru - membantu setiap pelajar memberi
pertimbangan yang rasional dan dapat digunakan
untuk mempertahankan sesuatu nilai objek, Murid
perlu diperkenalkan dengan pelbagai isu
mengenai moral untuk mereka bijak dalam
membuat pilihan dan keputusan.
(a) Memilih isu moral yang ingin dianalisis.
(b) Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat di
dalam isu.
(c) Mengenalpasti dan membezakan antara nilai
objek dan
pertimbangan nilai yang terdapat dalam isu moral.
(d) Memberi markat kepada nilai objek.
(e) Menggunakan pertimbangan nilai untuk menganalisis nilai
objek
samada positif, negatif, neutral atau tergolong dalam kelompok
seperti estetika, pertimbangan moral dan akonomi.
(f) Menguji pertimbangan nilai dengan sokongan fakta-fakta
yang relevan dan hujah-hujah yang meyakinkan.
(g) Menguji pertimbangan nilai kendiri dengan:
-mengambilkira pertimbangan orang lain;
-situasi yang berbeza;
-mengumpul maklumat baru untuk meyakinkan atau mengubah
pendiriannya; atau
-meletakkan dirinya dalam situasi sebenar.
(h) membuat keputusan yang objektif setelah menimbangkan
segala
langkah di atas.
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai