Anda di halaman 1dari 3

Elak terdedah cahaya matahari

23 0 Google +0 0 1
Cetak
Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD
Cuaca panas dan kurang hujan hampir di seluruh negara ketika ini bukan hanya
menyebabkan mudah berlaku kebakaran, tanaman mati dan catuan air, malah
memberi kesan terhadap kesihatan manusia.
Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan hospital dan klinik di seluruh negara dikunjungi orang ramai
yang mengalami masalah kesihatan seperti batuk, demam dan selesema akibat cuaca tidak
menentu.
Pakar Perubatan Pusat Perubatan Taman Desa Datuk Dr G Selvaraju berkata, fenomena cuaca
panas yang berlaku ketika ini perkara biasa dan bukan musim kemarau seperti didakwa
sesetengah pihak.

Sebagai negara tropika, fenomena ini biasa berlaku setiap tahun. Ia perubahan cuaca yang
berlaku di seluruh dunia. Di Malaysia, hanya berlaku dua perubahan cuaca iaitu panas kering
dan basah sejuk.

JANGAN tunggu hingga dahaga untuk minum air kosong.

Cuaca panas dijangka berterusan hingga April. Gelombang panas ini bukan hanya
menyebabkan tanaman serta sektor berkaitan terjejas, malah mampu memberi kesan terhadap
manusia, katanyadi pusat perubatan itu, baru-baru ini.

Menurutnya, kesan cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap
berpeluh. Kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan, sekali gus menyebabkan individu
terbabit cepat letih dan kurang bertenaga.

Ketika musim panas, pelbagai jenis penyakit boleh berlaku. Misalnya seseorang lebih berisiko
mengalami dehidrasi, malaria, denggi dan cirit-birit.

Kanak-kanak dan warga emas antara mereka yang paling berisiko mendapat penyakit ini
disebabkan sistem imunisasi lemah. Sehubungan itu, orang ramai di nasihatkan minum banyak
air, kurangkan aktiviti di luar dan jika tidak dapat dielak, pakai topi atau payung yang boleh
melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas, katanya.

Pada 1980, gelombang panas di Amerika Syarikat menyebabkan kematian 1,250 orang
manakala apabila fenomena sama melanda Eropah pada 2003, 50,000 pula terkorban.

Gelombang panas yang teruk dikenal pasti sebagai penyebab kematian akibat hipertemia
(suhu badan meningkat menjadi sangat panas) selain punca gangguan bekalan tenaga kerana
peningkatan penggunaan alat penyaman udara.

Orang ramai juga disaran menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes iaitu penyebab
denggi seperti tangki bilik air, tin kosong, tayar dan pasu bunga. Cuaca panas turut
menyebabkan kadar pencemaran udara tinggi.

Buat masa ini, orang ramai dinasihat membuat aktiviti dalam rumah dan elak terlalu kerap
berada di luar. Minum lebih banyak air dimasak.

Anda juga dinasihati tinggal dalam rumah yang mempunyai kelengkapan pendingin hawa atau
pengudaraan yang cukup, katanya.


Kesan cuaca panas pada tubuh

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia.
Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana kepada yang boleh
menyebabkan maut, contohnya akibat strok haba.
Keadaan panas terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak


Simptom penyakit

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot atau kekejangan
Mual dan muntah


Kumpulan berisiko

Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli
sukan, tentera dan polis
Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding yang
lebih muda
Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah
Penghidap penyakit sistem pernafasan
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid

NOTA: Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian tebal dan ketat yang
menghalang haba keluar daripada penyejatan atau pengeringan peluh.


Cara kurangkan kesan

Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal anda lakukan. Jangan
tunggu sehingga dahaga
Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang ketika
berpeluh
Sejauh yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah atau bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau guna kipas angin untuk menyejukkan tubuh
Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar
Pakai topi atau payung besar


Cara atasi masalah

Tanggalkan pakaian ketat
Letakkan kain basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Anda mungkin juga menyukai