Anda di halaman 1dari 8

Berasaskan kemahiran ICT, sediakan

satu klip video berkaitan Ujian


Kemahiran di peringkat sekolah rendah
yang melibatkan spesifikasi ujian
tersebut.
ISL MINGGU 18
Ujian Beam Balance Test
Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance
Test)
Ujian ini menguji keseimbangan seseorang
individu semasa berjalan di sepanjang batang
titian yang ditinggikan.
Peralatan dan kemudahan :
Jam randik, batang titian gimnastik, pencatat,
juri (pemberi skor).
Kelebihan :
Keseimbangan aktif seseorang individu dapat
diketahui.
Kekurangan :
Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya
kurang memuaskan hati individu yang diuji.
Prosedur :
i) Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri
dalam keadaan yang seimbang dan mula berjalan
sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh.
ii) Peserta diberi tiga kali percubaan di mana
peserta yang diuji akan diberikan skor oleh
beberapa orang juri . Skor daripada beberapa
orang juri akan diambil purata skornya dan skor
tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan.
Skor keseluruhan adalah purata skor daripada
ketiga-tiga percubaan.
Skor :
5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar
tanpa berhenti dan dilakukan dalam masa 6
saat atau kurang.
4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang
stabil dan dilakukan dalam masa 6 saat atau
kurang.
3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang
stabil, berhenti sekali atau lebih dan dilakukan
dalam masa lebih daripada 6 saat.
2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat
tidak stabil sehingga hampir jatuh, berhenti
sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebih
daripada 6 saat.
1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat
selesai berjalan.
0=Jatuh dari batang titian serta-merta.
Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test)

Sekian, Terima Kasih..