Anda di halaman 1dari 7

SK SERI ISKANDAR

32610 SERI ISKANDAR , PERAK




KERTAS KERJA
PROGRAM WARISAN SEPANJANG ZAMAN
TAHUN 2014


PELAKSANA
PANITIA PENDIDIKAN SIVIK
DAN KEWARGANEGARAAN


TARIKH
21 APRIL 2014 HINGGA 02 MAY 2014


TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR







1


1.0 PENGENALAN

1.1 Program Warisan Sepanjang Zaman merupakan salah satu
projek yang dirangka bagi memberi pendedahan kepada
warga sekolah khususnya murid-murid yang berada di
tahap 2 berkenaan dengan nilai-nlai sivik dan
kewarganegaraan . Tujuan utama program ini diadakan
ialah untuk melahirkan warganegara yang bersifat patriotik,
perihatin dan bertanggungjawab serta menghormati semua
budaya dan bangsa yang ada di Malaysia. Tanggungjawab
yang dilaksanakan itu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi
meliputi seluruh keluarga , masyarakat dan sekolah
khususnya.

1.2 Pelaksanaan program ini memerlukan penglibatan yang aktif
dari semua murid khususnya pelajar-pelajar tahap 2 ( tahun
4, 5 dan 6) dalam penghasilan folio-folio berkaitan dengan
mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan .
Murid - murid akan melibatkan diri dalam proses
pengumpulan sumber maklumat serta bahan-bahan yang
berkaitan yang akan dipersembahkan dalam bentuk folio.
Oleh itu program ini memerlukan tempoh 2 minggu untuk
dilaksanakan .

2.0 MATLAMAT

2.1 Mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan nilai sivik
dan kewarganegaraan dalam diri pelajar.

2.2 Menjadikan pelajar pelajar SK. Seri Iskandar warganegara
yang patriot , prihatin dan bertanggungjawab terhadap diri ,
keluarga dan masyarakat.


2


2.3 Melahirkan generasi yang sentiasa menjaga dan
memelihara warisan bangsa serta memupuk semangat
cintakan tanah air Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membentuk generasi sekolah yang berpengetahuan tentang
budaya negara Malaysia.

3.2 Mempunyai kemahiran asas dalam mengendalikan tugasan
mengumpul dan laporan berbentuk ilmiah.

3.3 Meningkatkan nilai sivik dan kewarganegaraan di kalangan
murid untuk menjadi warganegara yang patriot , prihatin
dan bertanggungjawab terhadap diri , keluarga dan
masyarakat.

3.4 Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong-menolong serta
mewujudkan suasana muhibah dalam perhubungan.

3.5 Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid
pelbagai kaum di sekolah ini.

4.0 TENTATIF PELAKSANAAN
Tarikh Program
21 April 2014
Pelancaran program Warisan
Sepanjang Zaman
21 April 2014 02 May 2014

Pelaksanaan program - penyediaan
folio oleh murid.

05 May 2014
Majlis penyampaian hadiah kepada
pemenang.

3


5.0 TEMA
Hargai Warisan Budaya Kita

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Perancangan

6.1.1. Pembahagian Folio :
Tahun 4 : Pakaian Tradisional
Tajuk : Pakaian Tradisional
Projek ini bertujuan :
Mengenali jenis-jenis pakaian tradisional di Malaysia.
Berbangga dengan warisan budaya Malaysia.
Bahan :
Maklumat bergambar mengenai pakaian tradisional.

Tahun 5 : Makanan Tradisional
Tajuk : Keunikan Makanan Tradisional
Projek ini bertujuan :
Mengenali jenis-jenis makanan tradisional yang terdapat
dalam pelbagai kuam di Malaysia.
Berbangga dengan kekayaan warisan budaya Malaysia.
Bahan :
Maklumat bergambar mengenai makanan tradisional.

Tahun 6 : Tarian Kebudayaan
Tajuk : Keunikan Tarian di Negaraku
Projek ini bertujuan :
Mengenali jenis-jenis tarian kebudayaan di Malaysia.
Berbangga dengan warisan budaya Malaysia.
Bahan :
Maklumat bergambar mengenai tarian tradisonal.

4

6.1.2 Cara Pengumpulan Maklumat :
1. Senarai semak
2. Temu bual
3. Pencarian di Internet
4. Perbincangan Kolaboratif
5. Rujukkan di Pusat Sumber

6.1.3 Tempoh Pelaksanaan
Tempoh pelaksanaan : 21 April 2014 02 may 2014
Bahan :
1. Kertas A4 ( 3 rim )
2. Kertas warna ( 2 rim )
3. Marker pen ( 5 Kotak )

6.2. Kaedah Pelaksanaan

6.2.1 Berkumpulan
Setiap kelas akan dibahagikan kepada kumpulan yang
terdiri daripada 8/9 orang murid . Penghasilan folio ini akan
melibatkan 5 kumpulan bagi setiap kelas tahap 2. Aktiviti ini
dijalankan pada waktu mata pelajaran PSK di setiap kelas
tahap 2.Hasil akan dipersembahkan dalam bentuk folio yang
akan dipamerkan di pusat sumber sekolah

7.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap 2 ( Tahun 4, 5 & 6)

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Tn. Hj Mohd Noor bin Harun
Pengerusi : Pn. Azalinawati bt Salleh
Timbalan Pengerusi 1 : En. Ishak bin Adnan
Timbalan Pengerusi 2 : En. Salleh bin Ahmad

5

Pengurus Projek : Pn. Rohani bt Sidek
Setiausaha : En. Arzahar bin Ismail
Bendahari : Pn. Salmah bt Ahmad
Ahli Jawatankuasa : Pn. Ros Siah bt Ngah Abdul Rahman
Pn. Norlia bt Zambri
En. Tajul Amini bin Zahran
Tn. Hj. Rabii bin Ahmad Judin
Hakim Pertandingan : Pn. Azni bt Abdul Rashid
Pn. Nor Azizah bt Abdul Moin
Pn. Nor Azizah bt Yahya
En. Tan Shean Long
En. Hani b. Ngah Mat Ali
Hadiah : Pn. Norhayati bt Abd Ghani
Pn. Nosaadah bt Abd Aziz
Pn. Rohani bt Sidek
Pengacara majlis : Pn. Mazni bt Omar
Dokumentasi : En. Arzahar bin Ismail

9.0 KEWANGAN
9.1 Anggaran perbelanjaan

Perkara Anggaran Perbelanjaan Jumlah
Banner Perasmian RM 50.00 x 1 RM 50.00
Hadiah pertandingan
( Hamper )
RM 25 x 12 ( pertama )
RM 20 x 12 ( kedua )
RM 15 x 12 ( ketiga )
RM 300.00
RM 240.00
RM 180.00
Ink Printer RM 60 x 1 RM 60.00
Kertas warna ( 2 rim )
Kertas A4 ( 3 rim )
Marker pen ( 5 Kotak )
RM 15.00 x 2
RM 10.00 x 3
RM 12.00 x 5
RM 30.00
RM 30.00
RM 60.00
Cenderamata RM 10.00 x 5 RM 50.00
Jumlah RM1000.00


6

10.0 PENUTUP
Kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah adalah tunggak
kepada kelancaran program ini. Oleh yang demikian keperihatinan
pihak sekolah adalah amat diharapkan begitu juga kerjasama
semua pihak secara lansung atau tidak langsung adalah amat
dialu-alukan bagi menjayakan program ini. Adalah menjadi harapan
panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan agar program
dapat dijalankan dengan jayanya atas bantuan semua warga
sekolah.

Disediakan oleh :

( ROHANI BT SIDEK )
Ketua Pelaksana Projek/Ketua Panitia PSK
SK. Seri Iskandar.

Disahkan oleh :


( HJ. MOHD NOOR BIN HARUN )
Guru Besar,
SK. Seri Iskandar.

Anda mungkin juga menyukai