Anda di halaman 1dari 3

PAKAIAN TRADISI ORANG RUNGUS

Masyarakat Rungus merupakan salah satu


kumpulan etnik yang mendiami bahagian atau
daerah Kudat merangkumi Pitas dan Kota
Marudu. Masyarakat Rungus menggunakan
bahasa Isoglot iaitu salah satu rumpun bahasa
Dusun. Masyarakat Rungus pada asalanya
merupakan masyarakat petani yang menanam
padi, jagung, segala jenis ubi kayu dan pelbagai
sayur-sayuran. Sehubungan itu, masyarakat
Rungus juga menternak binatang seperti ayam,
babi dan kerbau.
Mereka juga terkenal dengan hasil-hasil kerja
tangan atau kraftangan terutamanya dalam
menghasilkan barangan yang diperbuat daripada
tembaga, seramik, gong dan manik.
Sebagai contohnya pinakol. Pinakol
merupakan satu susunan, manik-manik halus
yang diselimpangkan didada si pemakai. Ia
memiliki corak atau motif manusia, bunga dan
binatang seperti seekor cicak.
Corak yang terdapat pada pinakol ini
sebenarnya mempunyai cerita atau sejarah yang
unik. Corak itu mengisahkan mengenai seorang
pahlawan yang gagah pada suatu masa dahulu.
Menurut mitos, pada zaman dahulu masyarakat
Rungus sentiasa berada dalam keadaan
merbahaya kerana sering dimusnakah oleh
seekor binatang yang seakan-akan seperti
seekor cicak besar. Kumpulan binatang tersebut
mengakibatkan masyarakat Rungus tidak cukup
sumber atau bekalan makanan. Oleh itu mereka
memusnahkan binatang berkenan.
Pelbagai usaha dilakukan namun mereka
tidak menemui kejayaan. Ditakdirkan pada satu
hari seorang pemuda yang sedang mengembara
singgah di perkampungan Rungus itu. Pemuda
itu berjaya membantu masyarakat Rungus
membunuh binatang tersebut dengan mencipta
satu senjata yang unik.
Oleh kerana kepakaran dan kehandalan
pemuda itu, menganggap pemuda itu adalah
bantuan yang diutuskan oleh Tuhan mereka.
Maka masyarakat Rungus mengabadikan
keberanian dan kepakarannya pada susunan
manik-manik dan dijadikan sebagai pakaian
harian mereka sehingga ke hari ini untuk
mendapat semangat keberanian kepahlawanan
pemuda itu.
Pakaian tradisional masyarakat Rungus
mempunyai pelbagai warna yang mampu
menambahkan seri si pemakai. Bagi kaum
wanita Rungus banat yang merupakan pakaian
yang ketat dari paras bahu hingga ke paras
pinggang dan dijahitkan sehelai kain empat segi
serta diletakkan butang. Pada bahagian tengah
kain itu dibuat satu belahan untuk memudahkan
bahagian kepala memasuki banat berkenaan.
Kain empat segi pula dibiarkan jatuh
menutupi bahagian bahu. Corak banat
merangkumi pelbagai jenis motif dan ini
termasuklah seperti corak berlian, segi tiga,
cangkuk dan zigzags. Pada bahagian tengah
banat pula biasanya diletakan motif bentuk
manusia lelaki dan manusia wanita dalam satu
kotak berbentuk segi tiga. Pada setiap sudut segi
tiga itu pula diletakkan motif berbentuk cicak
hitam di atas padang yang berwarna putih.
Selain daripada banat, tapi juga merupakan
pakaian tradisional suku kaum wanita Rungus.
Tapi adalah kain panjang yang melepasi paras
lutut dan berwarna hitam. Ia diperbuat daripada
benang kapas yang ditenun sendiri oleh kaum
wanita Rungus. Tapi terbahagi kepada dua jenis
iaitu tapi sinambitan dan tapi tinongkupan. Tapi
sinambitan hanya dipakai oleh kaum wanita
Rungus yang memiliki status atau darjat sosial
yang tinggi.
Manakala tapi tinongkupan dipakai oleh
golongan wanita dari kalangan orang
kebanyakan. Bagi paderi wanita (Priestessess)
mereka memakai tapi dengan lonceng tembaga
yang berat dan dijahitkan pada tapi. Ikuti
sambungan mengenai suku kaum Rungus pada
keluaran depan.