Anda di halaman 1dari 29

SCHOOL ENRICHMENT PROGRAMME (SEM)

2014
SEGALA APA YANG ANDA INGIN TAHU TENTANG
ADOLF HITLER & NAZI
OLEH
PERSEPAKATAN PENULIS SAINTIFIK MAKTAB 14 (PPSM14):
HASHBIE NAZRAY NAZARINIE BIN MOHAMMAD
AMIRUL IKMAL BIN MOHD. NOOR AZMIR
ROBERTO ANAK SANDAI
MAXTIUS
HAK(C)IPTA 2014-2015 PPSM14 &
MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) MUKAH

ABSTRAK
Buku Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Adolf Hitler & Nazi ditulis bagi
memperluaskan pemahaman masyarakat terhadap pemimpin agung Nazi semasa Perang Dunia
Kedua ini. Ia bertujuan sebagai pembuka mata masyarakat bahawa seteruk-teruk manusia Hitler
tersebut, ada sesuatu yang telah beliau sumbangkan kepada dunia zaman moden ini. Kebanyakan
hasil ciptaan dan inovasi Jerman Nazi telah diplagiat dan diaplikasikan oleh pihak ketiga di
dalam aspek politik, sosial dan ekonomi tanpa disedari umum kerana penghargaan tidak
diberikan kepada pencipta sebenar.
Projek adalah sebuah buku, mempunyai panjang lebih kurang 150 muka surat
mengandungi riwayat hidup bebas bias Adolf Hitler, peristiwa-peristiwa menarik sepanjang
pemerintahan Parti Nazi, inovasi-inovasi sains dan teknologi, fakta-fakta mengenai Perang Dunia
Kedua dan pihak-pihak yang terlibat, konspirasi berputar sekitarnya dan trivia. Pihak penulis
juga bercadang menggabungkan elemen penulisan dengan gambar sebenar untuk memberikan
evidens yang kukuh kepada penyampaian serta meningkatkan minat pembaca terhadap projek.
Di samping itu, penulis juga bakal menyertakan visualisasi peta dengan anak panah
menunjukkan hala tuju sesuatu objek, selari dengan tulisan yang diiringinya.
Projek mendapat inspirasi daripada sebilangan buku-buku bergenrekan sejarah, biografi,
dan sains teknologi seperti The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in the World
oleh ahli astrofizik Michael H. Hart, Pemikiran Tun Dr. Mahathir Bin Mohammad oleh Abdul
Muati @ Zamri bin Ahmad, dan siri _ oleh _.
Sidang penulis telah memanfaatkan kaedah kajian pengumpulan maklumat melalui
Internet keseluruhannya, diikuti pengumpulan maklumat melalui buku-buku ilmiah. Selain
daripada itu, penulis telah memanfaatkan kaedah perbancian ataupun soal selidik bagi
mendapatkan maklum balas masyarakat kajian mengenai bagaimana format ideal bagi projek ini
serta mengapa subjek Sejarah menjadi antara subjek yang dibenci sepanjang masa.
Selepas penghasilan projek berjudul Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Adolf

Hitler & Nazi, pembaca akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai perihal Perang
Dunia Kedua, khususnya di dalam bab Nazi Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, dan tidak
kurang, pemimpin-pemimpin Pakatan Bersekutu. Pembaca juga bakal mendapat tahu sumbangan
Perang Dunia Kedua terhadap pembangunan bangsa zaman moden selain daripada kemusnahan
banyak harta benda dan nyawa.

BAB 1: PENGENALAN
(1.1) PENDAHULUAN
Adolf Hitler terkenal umum sebagai seorang pemimpin berfahaman kuku besi yang zalim dan
tidak berhati perut. Namun benarkah tanggapan yang dianuti masyarakat kita selama ini?
Menjadi di kalangan pemimpin-pemimpin dunia yang dibenci sepanjang zaman, Hitler masih
dikenali sebagai benefaktor utama kepada revolusi perindustrian tanah bapa Jerman dan
masyarakat di seluruh dunia. Tanpa Adolf Hitler dan kepimpinan Parti Nazi-nya, dunia tidak
akan dapat mengecapi kemodenan sebegini, di dalam segenap aspek kehidupan meliputi politik,
sosial dan ekonomi keseluruhannya.
Projek tulisan ini akan menceritakan dengan lebih mendalam riwayat hidup Der
Fuhrer; apakah motivasi-motivasi beliau untuk menjadi seorang pemerintah negara,
bagaimanakah latar belakang beliau yang menjadikan beliau seberjaya di masa dewasa, sebabsebab Hitler bertindak begitu kejam terhadap golongan Yahudi, pencapaian tertinggi pimpinan
Nazi-nya yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana kuasa asing, konspirasi-konspirasi berputar
sekitarnya, peristiwa-peristiwa menarik sepanjang Perang Dunia Kedua, dan rahsia di sebalik
kematian Adolf Hitler yang masih menjadi pertelingkahan di antara sejarawan-sejarawan
pelbagai bangsa.
Perang Dunia Kedua dan Adolf Hitler adalah dua topik yang tidak patut diketepikan di
dalam sejarah kerana ia mengandungi seribu-satu cerita yang menarik dan berbaloi difahami oleh
para pembaca. Perang Dunia Kedua sendiri mengandungi banyak pengajaran di dalamnya,
seperti nilai keberanian, kewibawaan dan kemanusiaan. Setiap tokoh-tokoh sejarah dan individuindividu yang hidup di dalam era ini mempunyai kisah-kisah yang tersendiri untuk diceritakan.
Sebagai sampingan, ia turut

menjadi perang yang paling pendek pernah dicatatkan yang

mengorbankan begitu ramai nyawa-nyawa yang tidak bersalah.


Selamilah kehidupan Hitler bersama pergerakan pemerintahan Nazi yang diterajuinya;
melihat dengan lebih dekat bagaimana bermulanya empayar Nazi dan zaman kegemilangannya
yang mendapat pujian para sejarawan - Serta penamat kepada gergasi dunia ini yang begitu
tidak dijangka!

(1.2) LATAR BELAKANG KAJIAN


Pihak penulis memilih Adolf Hitler sebagai subjek kajian kerana beliau adalah ikon Perang
Dunia Kedua. Keberanian, kewibawaan, kebijaksanaan dan ketekunan beliau membuahkan
kejayaan bagi Jerman Nazi yang dipimpinnya melalui Parti Nazi. Projek yang bakal dibuat akan
mengisahkan riwayat hidup diktator Jerman ini dan rahsia di sebalik kepimpinan beliau yang
telah menggemilangkan tanah bapa Jerman untuk beberapa tahun setelah penindasan daripada
Perjanjian Versailles. Di samping itu, begitu banyak buku menceritakan perihal kejayaan Pihak
Sekutu mengembalikan keamanan dunia namun sedikit pula, yang memberikan penghargaan
kepada pihak yang kalah semasa Perang Dunia Kedua, Kuasa Paksi. Buku ini menjadi hujah dan
penerang bahawa Kuasa Paksi memiliki sama kepentingan dengan Kuasa Sekutu untuk dikaji
dengan lebih mendalam di dalam bidang sejarah.
Kebanyakkan anggota masyarakat bertanggapan bahawa Adolf Hitler dan Nazi
pimpinannya adalah punca segala permasalahan pada zaman itu. Tanggapan ini tidak boleh
dijadikan pegangan sama sekali kerana ia keseluruhannya berasal daripada golongan yang tidak
berpendidikan ataupun golongan yang sudah digelapkan mata. Pihak Bersekutu juga tidak
kurangnya dalam merosakkan dunia pada ketika itu. Oleh itu, persepektif yang tidak bias
diperlukan dalam memastikan golongan pendidik pada masa hadapan mendapat nilai sebenar di
dalam pengajian sejarah masa lampau.

(1.3) MASALAH KAJIAN


Adolf Hitler merupakan seorang pemimpin Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Semasa
pemerintahan diktator beliau melalui Parti Nazi, negara Jerman mengecapi kemerdekaan
daripada Perjanjian Versailles yang digubal oleh kuasa Berikat serta kemajuan dalam ketiga-tiga
aspek politik, sosial dan ekonomi.
Riwayat hidup Hitler, berserta kisah kejayaannya perlu disebarkan kepada masyarakat.
Mengetepikan aspek rasialis dan sifat negatif lain, Hitler adalah seorang pemimpin yang hebat
dengan keberanian, kewibawaan dan kebijaksanaannya. Pencapaiannya menakluk hampir
keseluruhan Eropah dan Afrika Utara menjadikan beliau setara dengan pemimpin-pemimpin
agung lain seperti Alexander the Great dan Napoleon Bonaparte.
Masyarakat memiliki tanggapan dasar di dalam fikiran bahawa Hitler adalah seorang
yang kejam dan zalim. Segala simbol kejahatan akan diasosiasikan dengan pemimpin Jerman ini.
Oleh itu, pihak penulis mengambil beberapa langkah berjaga-jaga bagi memastikan karya masih
dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pertama, pihak penulis perlu menulis dengan
sejelas-jelas penjelasan bagi memastikan pembaca tidak terkedu di pertengahan pembacaan dan
mula membuat spekulasi melulu. Kedua, pihak penulis perlu memastikan bahawa hasil penulisan
adalah seimbang dan tidak berat sebelah, berbeza dengan kebanyakan penulis sejarah di luar
sana.
Adolf Hitler mempunyai banyak cerita untuk diceritakan. Contohnya, riwayat hidup dan
kisah kejayaannya menjadikan Jerman sebuah kuasa besar suatu ketika dahulu. Di samping itu,
pergerakan Nazi yang dipimpinnya menyediakan suatu cerita yang lain pula. Nazi telah
mengimprovisasi dan memberikan nafas baharu kepada dunia sains, teknologi, militari, sosial,
politik, ekonomi, arkitektur, fesyen dan segenap aspek lainnya. Persekitaran Perang Dunia
Kedua, mengenai Kuasa Paksi lain yakni Itali dan Jepun, mengenai Kuasa Berikat dan kempenkempen yang dilaksanakan boleh disertakan untuk mencukupkan segala isi kandungan di dalam
projek.
Adolf Hitler dikenali umum sebagai pemerintah berfahaman totalitarianisme yang kejam

dan zalim. Salah satu risiko adalah karya ini tidak akan mendapat sambutan sewajarnya di
pasaran ataupun diboikot keseluruhannya. Ini adalah kerana membincangkan topik bahawa
Hitler bukanlah jahat bukan sahaja mendapat kecaman oleh masyarakat setempat, bahkan
masyarakat dunia.

(1.4) TUJUAN KAJIAN


Projek Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Adolf Hitler & Nazi dihasilkan untuk
mengubah tanggapan masyarakat bahawa Adolf Hitler dan Jerman Nazi pimpinannya adalah
keseluruhannya negatif. Sebenarnya, semua pihak berada di atas landasan yang benar, cuma
perspektif dan doktrin pegangan yang menyebabkan kita cenderung mengatakan sesuatu pihak
lebih kebenarannya. Projek ini berfungsi sebagai pembuka mata kepada masyarakat setempat
bahawa, Adolf Hitler adalah seorang tokoh yang layak menerima sanjungan juga. Di samping itu,
projek ini berfungsi untuk memberi penerangan yang lebih lanjut kepada pembaca mengenai
Nazi dan Adolf Hitler.

(1.5) OBJEKTIF KAJIAN


Projek ini positif dalam melahirkan masyarakat pelajar MRSM yang gemar akan sejarah. Ini
berlandaskan fakta bahawa, keputusan-keputusan bagi ujian-ujian selaras dan semester maktab di
dalam subjek Sejarah bagi beberapa tahun kebelakangan kurang memberangsangkan. Sejarah
merupakan antara subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia semenjak tahun 2013.
Sekiranya pelajar-pelajar, khususnya pelajar-pelajar dari kalangan MRSM gagal di dalam subjek
ini, ia bakal memberi impak yang besar terhadap masa hadapan pelajar, sekolah yang
menempatkan pelajar tersebut dan negara.
Projek ini akan mengubah tanggapan pelajar-pelajar MRSM terhadap Adolf Hitler. Ini
disebabkan kebanyakan tanggapan pelajar terhadap Hitler adalah negatif. Adolf Hitler berjaya
membuktikan kepada dunia bahawa selemah-lemah sesuatu negara itu, negara itu berupaya
menjadi kuat jika digerakkan dengan kepimpinan yang mantap dan adanya masyarakat yang
bekerjasama. Penulis ingin membuktikan bahawa Hitler dan Nazi juga telah menyumbang
kepada pembangunan dunia zaman moden ini, merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi.
Namun begitu, kebenaran ini tidak diketahui oleh kebanyakan anggota masyarakat disebabkan
dakyah-dakyah politik antarabangsa yang berkepentingan.

(1.6) SOALAN KAJIAN


Buku ini ingin menyampaikan mesej bahawa bukan semua individu yang pernah dilahirkan di
dunia itu adalah jahat. Semua individu merupakan insan yang terbaik sekali bagi dirinya; hal ini
hanyalah subjektif terhadap orang di sekeliling kerana sifat dan pembawaannya.
Semua orang mempunyai belah putih dan hitamnya, jadi perspektif yang bebas bias penting
untuk melihat diantara kedua-duanya.
Di samping itu, buku ini ingin menyampaikan mesej bahawa hanya pemimpin yang betul
akan memimpin sesuatu masyarakat ke arah yang betul. Pemimpin yang betul dimaksudkan di
sini sebagai pemimpin yang memiliki sifat-sifat kewibawaan dan nilai-nilai terpuji, antonim
kepada pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri, berpeluk tubuh dan memakan duit
rakyat. Masyarakat yang betul akan mengecapi kemajuan dalam segenap aspek seperti politik,
sosial, agama dan ekonomi hasil sifat pemimpinnya.
Buku ini turut berkehendakkan dalam mengutarakan falsafah 'berani kerana benar, takut
kerana salah.' Pemimpin Adolf Hitler ingin menegakkan keadilan di mana kuasa Berikat
menindas tanah air Jerman melalui Perjanjian Versailles dan kemudian melalui perlaksanaan
kempen-kempen di dalam Perang Dunia Kedua. Pemimpin yang berani bangun dengan
megahnya menyuarakan kepentingan yang dipimpinnya bila mana mereka ditindas dan hasilnya,
rakyat mengecapi keamanan dan kestabilan dalam sosial.

(1.7) HIPOTESIS KAJIAN


Projek ini bakal mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, terutamanya pihak yang menerima
terlebih pendedahan ideologi Barat. Golongan pasifis dan agama juga bakal menentang apa yang
bakal disampaikan oleh projek ini disebabkan tindakan Hitler yang terang-terangan melampau.
Bagi memastikan buku ini tidak diboikot ataupun disekat pengeluarannya, penulis bakal
menggunakan pendekatan penulisan berbentuk bebas bias.
Buku ini mungkin tidak akan menerima sambutan yang begitu baik oleh golongan
masyarakat sasaran. Ini disebabkan genre-nya adalah sejarah. Buku sejarah begitu terkenal
dengan penekanan terhadap isi kandungan tulisan tangan mengatasi gambar-gambar berkaitan,
meskipun gambar amat penting untuk menceritakan apa yang disampaikan oleh tulisan. Untuk
menangkis kebarangkalian ini, projek menetapkan matlamat untuk mengutamakan kedua-dua
kualiti tulisan dan gambar supaya penceritaan menjadi lebih menarik.
Berkemungkinan tinggi buku ini bakal menjadi projek yang begitu mahal bagi jenisnya.
Ini disebabkan penyertaan banyak visualisasi seperti gambar, peta dan ilustrasi untuk membantu
penceritaan. Bagi memotong kos pengeluaran, gambar akan diskalakecilkan sekecil yang boleh
dan hanya dakwat hitam terlibat sepanjang penghasilan projek (kecuali kulit buku).

(1.8) KEPENTINGAN KAJIAN


Baru-baru ini, keperluan terhadap karya-karya berputar sekitar genre sejarah meningkat
mengambil kira permintaan pembaca yang kian meningkat. Contohnya, siri biografi tokoh yang
dihasilkan oleh karyawan ulung negara, Abdul Latip Talib dan "Art of Deception" oleh penulis
Amerika yang menetap di Indonesia, Michael D. Hart, menggabungkan genre penulisan
konspirasi, agama dan sejarah. Buku-buku sejarah keagamaan turut mendapat tempat di hati
pembaca disebabkan kaedah penyampaiannya yang menarik dan mudah difahami, layout per
muka suratnya yang mesra pengguna dan harga sesuai dengan kandungannya. Pihak penulis
yakin genre sejarah dapat bertahan lama di pasaran disebabkan isi kandungannya yang
kompatibel untuk dibaca dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian, audiens yang ramai,
serta kisah yang menarik bagi memastikan pembaca membaca sehingga ke akhirnya.
Pihak penerbit perlu menyokong pembangunan projek ini kerana kerajaan Nazi adalah
kerajaan yang pernah berjaya suatu ketika dahulu, seperti tamadun China, Rom, Yunani dan
India dan kisah kejayaannya perlu disebarkan kepada khalayak ramai. Meskipun pada masa
kasar, ideologi Nazi membawa gambaran yang begitu gelap dan dahsyat, kemajuan dari aspek
militari, sosial dan ekonomi Nazi tidak dapat dinafikan kehebatannya. Sebagai pewaris bumi
yang seterusnya, kita bertanggungjawab memanfaatkan ilmu pengetahuan yang sudah terhidang
di hadapan mata, tinggal kita untuk mengkajinya dengan lebih mendalam. Ilmu pengetahuan
yang telah dikaji akan memberikan manfaat kepada diri, masyarakat, bangsa dan agama.
Pihak penerbit perlu menyokong perlaksanaan projek ini bagi memajukan industri
pengkaryaan tanah air khususnya dalam bidang penulisan sejarah. Ini berlandaskan fakta bahawa
jumlah naskah sejarah di pasaran tempatan masih belum cukup untuk dibanggakan. Komuniti
pembaca lebih cenderung untuk membaca karya asing yang kualitinya jauh lebih tinggi,
perisiannya yang menarik dan pada masa yang sama padat dengan maklumat dan reka bentuknya
yang

memudahkan

pengguna.

Bagi

menarik

lebih

ramai

pembaca,

penulis

telah

menginkorporasikan aspek sains dan teknologi, militari, adventur dan humor. Reka bentuk muka
surat dan buku keseluruhannya yang mesra pengguna dan egronomik akan dihargai oleh semua
pengguna produk ini.

Pihak penerbit perlu memberi sumbangan kepada proses penghasilan projek kerana
kurangnya buku sejarah antarabangsa yang ditulis oleh penulis tempatan menggunakan buah
pemikiran asli dan bahasa ibunda sebagai pengantar di pasaran. Meskipun ada ramai tokoh-tokoh
hebat yang berasal dari dalam negara, tidak dapat dinafikan, lebih ramai jumlah tokoh-tokoh
lebih hebat yang berasal dari luar negara. Rakyat negara kita ingin mengetahui kisah-kisah
tokoh-tokoh hebat tersebut, namun terhalang kerana memiliki penguasaan bahasa Inggeris yang
rendah atau lebih senang membaca apabila menggunakan bahasa Melayu. Projek biografi Adolf
Hitler ini diharapkan akan memberikan nafas baru kepada penulisan sejarah tempatan yang
masih berusia muda.

(1.9) DEFINISI ISTILAH/OPERASI


Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) ialah seorang ahli politik Jerman berbangsa Austria
dan pemimpin bagi Parti Nazi. Beliau merupakan Cansellor (ekuivalen kepada Perdana Menteri)
Jerman pada tahun 1933 sehinggalah tahun 1945. Beliau adalah Diktator Nazi mulai tahun 1934.
Hitler merupakan pusat kepada Nazi Jerman, Perang Dunia Kedua di Eropah dan Holocaust.
(Sumber: Wikipedia)
Perang adalah perkelahian (pertempuran dll) menggunakan senjata antara negeri dengan negeri
dll. (Sumber: Wikipedia)
Perang dunia adalah perang yang besar antara beberapa buah negara besar di dunia. (Sumber:
Kamus Dewan, Edisi Keempat)
Perang Dunia Kedua adalah satu perang antarabangsa yang berlangsung dari tahun 1939
sehingga 1945, walaupun konflik-konflik berkaitan bermula lebih awal daripada tahun
dinyatakan. Perang ini melibatkan hampir keseluruhan bangsa-bangsa dunia, termasuk kesemua
kuasa-kuasa besar dunia, membentuk dua pakatan militari yang bersaing sesama sendiri: Pihak
Sekutu dan Pihak Paksi. (Sumber: Wikipedia)
Parti politik adalah satu golongan orang yang bergerak untuk tujuan (dasar dll) yang sama dalam
politik. (Sumber: Kamus Dewan, Edisi Keempat)
Sosialisme adalah teori atau sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber
kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk
dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.
Parti Buruh Nasional Sosialis Jerman (National Socialist German Workers' Party (NSDAP),
dikenali umum dalam Inggeris sebaga Parti Nazi, adalah sebuah parti politik di Jerman yang
aktif sekitar tahun 1920 sehingga 1945. Asal-usul parti ini sebelumnya adalah Parti Pekerja
Jerman (German Workers' Party (DAP)), wujud sekitar tahun 1919 ke 1920. (Sumber:
Wikipedia)

Jerman Nazi dan Reich Ketiga adalah gelaran kerap bagi Jerman semasa selang waktu 1933
sehinggalah 1945, apabila tampuk kerajaan dipegang oleh Adolf Hitler dan Parti Pekerja
Nasional Sosialis Jerman pimpinannya yang lebih dikenali sebagai Parti Nazi. Di bawah
pemerintahan Hitler, Jerman muncul sebagai sebuah negara berfahaman fasis totalitarian yang
mengongkong hampir keseluruhan kehidupan. Jerman Nazi dilenyapkan setelah kejayaan Kuasa
Bersekutu mengalahkan Jerman pada bulan Mei 1945, menamatkan Perang Dunia Kedua di
Eropah. (Sumber: Wikipedia)
Diktator ialah pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut
perlembagaan dan menggunakannya secara zalim. (Sumber: Kamus Dewan, Edisi Keempat)
Totalitarianisme adalah fahaman bahawa sistem pemerintahan sepatutnya membenarkan
kewujudan satu parti sahaja. (Sumber: Kamus Dewan, Edisi Keempat)

(1.10) RUMUSAN
Adolf Hitler adalah seorang pemimpin yang hebat kerana telah banyak mengimprovisasi
dunia yang kita duduki sekarang ini. Amat tidak wajar bagi segelintir pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk menyorokkan perihal ini dari mata dunia. Sebuah buku sepatutnya
dikarang bagi menyebarkan teladan yang dapat diambil daripada kisah Adolf Hitler manakala
pada masa yang sama, keburukan-keburukan beliau perlulah dikikis daripada diri masyarakat
dalam proses pembentukan masyarakat menjadi lebih baik.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR


(2.1) Pendahuluan
(2.2) Literatur Berkaitan
(2.3) Kajian Berkaitan
(2.4) Rumusan
(2.1) PENDAHULUAN
Penulis telah mengambil petikan kenyataan daripada beberapa orang penulis ternama berhubung
Adolf Hitler, Nazi dan Perang Dunia Kedua. Penulis-penulis ini memiliki status bangsa,
kewarganegaraan, fahaman politik dan kepentingan yang berbeza-beza untuk mengekalkan
kesahihan fakta dan mengelakkan kejadian bias.
(2.2) LITERATUR BERKAITAN
Penulis telah mengambil petikan kenyataan-kenyataan daripada sumber yang diperakui
kesahihannya seperti Wikipedia. Selain daripada itu, penulis telah memetik kenyataan daripada
penulis-penulis buku biografi ataupun sejarah yang menyentuh hal Hitler dan Nazi seperti "Adolf
Hitler" oleh John Willard Toland, "The Mind of Adolf Hitler" oleh Walter C. Langer dan "The
Rise and Fall of the Third Reich" oleh William L. Shirer.
(2.3) KAJIAN BERKAITAN
"I am one of the hardest men Germany has had for decades, perhaps for centuries, equipped with
the greatest authority of any German leader... but above all, I believe in my success. I believe in
it unconditionally." (M.N.O. 871)
Hitler bertanggapan bahawa dirinya tidak dapat dikalahkan dan merupakan paling suprem di
kalangan semua pemimpin dunia. Keyakinan yang begitu tinggi ini sangat membantu Hitler dan
Tanah Jerman mencapai pembangunan di peringkat awal. Testimoni ini juga bermaksud
psikologi Hitler yang berpendapat bahawa pendapatnya seratus-peratus betul dan tidak boleh
dipertikaikan kebenarannya, menjurus kepada pemerintahan ala diktator itu.
"When I first met him, his logic and sense of reality had impressed me, but as time went on he

appeared to me to become more and more unreasonable and more and more convinced of his
own infallibility and greatness ..." (Henderson, 129)
Kehebatan Hitler sangat tinggi namun tidak bertahan untuk masa yang lama. Ini
dimanifestasikan melalui Jerman dipimpinnya mencapai kemajuan teragung di dalam semua
aspek namun, untuk masa yang sekejap sahaja, yakni 5 tahun lebih kurang.
"When, at the climax, he sways from one side to the, other his listeners sway with him; when he
leans forward they also lean forward and when he concludes they either are awed and silent or on
their feet in a frenzy." (Stanley High)
Hitler terkenal sebagai seorang pemimpin dengan kemahiran berpidato yang mengagumkan.
Beliau berupaya menghipnosis audiens hanya dengan ucapannya yang disampaikan dengan
begitu bertenaga dan gerak-geri yang seiiring. Diceritakan di atas, para audiens 'mengayun ke
tepi' apabila 'Hitler mengayun ke tepi', 'membongkok ke hadapan' apabila 'Hitler membongkok
ke hadapan' dan 'menjadi kagum, terkedu ataupun meracau' apabila 'Hitler menamatkan
syarahannya.

BAB 3: METODOLOGI
(3.1) PENDAHULUAN
Sepanjang proses penghasilan projek, pihak penulis telah menggunakan pelbagai kaedah kajian.
Antaranya termasuklah menggunakan rujukan Internet, rujukan buku-buku ilmiah, rujukan
akhbar, dan soal-selidik.

(3.2) REKA BENTUK KAJIAN


Projek adalah sebuah buku dengan kepanjangan lebih kurang 150 muka surat bersaiz A5. Kulit
buku adalah paperback, bermaksud kulit yang terhasil daripada kertas. Kertas bagi muka surat
yang digunakan adalah daripada kertas kitar semula yang membantu mengurangkan pencemaran
alam sekitar. Kertas-kertas muka surat terjalin kuat oleh tali dan gam bagi meningkatkan jangka
hayat produk. Fon yang digunakan sepanjang penulisan teks adalah Palatino Linotype 12/14.5,
bagi menggalakkan pembacaan yang egronomik.

(3.3) POPULASI & SAMPEL KAJIAN


Populasi tempat penulis menyiapkan kajian adalah di Maktab Rendah Sains Mara Mukah,
Mukah, Sarawak. Masyarakat terdiri daripada para pelajar dari tingkatan satu sehingga lima,
guru-guru yang berpendidikan Sarjana Muda dan Sarjana serta pekerja-pekerja pentadbiran.
Sampel kajian utama adalah para pelajar MRSM Mukah. Mereka adalah golongan intelektual
sebagai bukti mereka sekurang-kurangnya mendapat kelulusan 3A di dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) ataupun 7A di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) termasuk
subjek Sains dan Matematik. Sampel kajian berupaya menganalisis sesuatu maklumat dengan
tepat serta berfikir secara kritis.

(3.4) TATACARA PEMEROLEHAN DATA


Sepanjang proses penghasilan projek, pihak penulis telah menggunakan pelbagai kaedah kajian.
Antaranya termasuklah menggunakan rujukan Internet, rujukan buku-buku ilmiah, rujukan
akhbar, dan soal-selidik.
Melalui kaedah kajian rujukan Internet, penulis mengumpulkan data berkenaan Adolf
Hitler, Nazi dan Perang Dunia Kedua di laman-laman web yang dipercayai kesahihannya seperti
Wikipedia, History Museum dan Jewish Virtual Library. Di samping itu, penulis mengumpulkan
data daripada blog-blog persendirian.
Melalui kaedah rujukan buku-buku ilmiah, penulis mengumpulkan data berkenaan tajuk
kajian di Pusat Sumber Pelajaran (PSP) tempat penulis menyiapkan kajian. Penulis juga merujuk
buku-buku genre sejarah, biografi, autobiografi serta sains dan teknologi.
Melalui kaedah rujukan akhbar, penulis mengumpulkan maklumat daripada berita-berita
dari seluruh dunia. Berita-berita ini diperolehi melalui rujukan Internet.
Melalui kaedah soal selidik, penulis mengedarkan kertas menepatkan beberapa soalan
berkaitan kepada para pelajar dan guru di tempat kajian. Soalannya sedikit sebanyak menyentuh
sebab mengapa pelajar kurang berminat terhadap subjek Sejarah dan mengapa ramai orang
membenci Adolf Hitler. Di samping itu, tujuan soal selidik dijalankan adalah untuk mendapat
tahu reka bentuk buku ideal bagi menjamin masa depan pengkaryaan nasional yang lebih cerah.

(3.5) TATACARA PENGANALISAAN DATA


Melalui kaedah kajian rujukan Internet, penulis-penulis mengambil isi-isi penting yang diperakui
kesahihannya daripada artikel-artikel laman-laman web informasi. Bagi pemerolehan maklumat
daripada blog-blog persendirian pula, saringan dijalankan dengan memastikan informasi di
dalam sesuatu blog bertindih dengan dua blog yang membincangkan perihal sama, sebelum fakta
tersebut dimuatkan di dalam projek.
Melalui kaedah rujukan buku-buku ilmiah, penulis mengambil isi-isi penting, kenyataan
peribadi penulis mengenai sesuatu tajuk untuk meningkatkan kesahihan sesuatu keterangan dari
sesuatu perspektif dan inspirasi bagi menentukan format ideal projek. Contoh buku yang menjadi
rujukan penulis adalah buku rujukan "Sejarah Tingkatan 5" terbitan Pelangi, The 100: A
Ranking of the Most Influential Persons in the World oleh Michael H. Hart, dan Pemikiran Tun
Dr. Mahathir Bin Mohammad oleh Abdul Muati @ Zamri bin Ahmad.
Melalui kaedah rujukan akhbar, penulis memetik kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh
ternama daripada akhbar yang berasal daripada seluruh dunia, timur dan barat. Contoh akhbar
adalah BBC News dan The Times.
Melalui kaedah soal selidik, penulis mengedarkan kertas menepatkan beberapa soalan
berkaitan kepada para pelajar dan guru di tempat kajian. Para responden yang terpilih berasal
daripada pelbagai latar belakang, pencapaian akademik, kokurikulum dan pemikiran. Soalannya
sedikit sebanyak menyentuh sebab mengapa pelajar kurang berminat terhadap subjek Sejarah
dan mengapa ramai orang membenci Adolf Hitler. Di samping itu, tujuan soal selidik dijalankan
adalah untuk mendapat tahu reka bentuk buku ideal bagi menjamin masa depan pengkaryaan
nasional yang lebih cerah.

BAB 4: ANALISIS DATA


(4.1) PENDAHULUAN
Penulis telah menjalankan soal selidik terhadap sasaran kajian bagi mendapat tahu mengapa
ramai pelajar kurang berminat terhadap subjek Sejarah serta apa yang mereka ingin tahu
terhadap Adolf Hitler.

(4.2) PROFIL RESPONDEN KAJIAN


NAMA:
TING:
1) Adakah anda bersetuju dengan perjuangan Adolf Hitler? Kenapa?
YA

TIDAK

...........................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
2) Pihak kami sedang mengusahakan satu buku fakta berkaitan Adolf Hitler dan Nazi. Apakah
aspek berkaitan yang anda ingin pihak kami tekankan?
KETENTERAAN

TEKNOLOGI

TOKOH-TOKOH

PERUBATAN

SUKAN

AKAUN

BIOLOGI

FESYEN

PSIKOLOGI

3) Mengapa Sejarah subjek paling membosankan dalam kebanyakan subjek?


-..............................................................................................................................................
-..............................................................................................................................................
-..............................................................................................................................................
Terima kasih kerana telah mengambil bahagian di dalam sesi soal-selidik ini. Pihak kami akan
berusaha memberikan segala yang terbaik di dalam proses penghasilan projek ini.

BAB 5 PENUTUP
(5.1) PENDAHULUAN
Seluruh sidang penulis bersepakat untuk menulis berkenaan Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu
Tentang Adolf Hitler & Nazi yang merupakan sebuah buku paperback bersaiz A5 sepanjang
lebih kurang 100 muka surat. Ia mengandungi fakta-fakta menarik serta segala apa yang wajib
diketahui jika anda perlu mengkaji mengenai Hitler dan Nazi.

(5.2) RINGKASAN KAJIAN


Seluruh sidang penulis bersepakat untuk menulis berkenaan Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu
Tentang Adolf Hitler & Nazi yang merupakan sebuah buku paperback bersaiz A5 sepanjang
lebih kurang 100 muka surat. Buku ini mempunyai kos yang murah serta kualiti yang tinggi
untuk meningkatkan tahap ketersamapaiannya kepada para pembaca. Isi kandungan buku ini
adalah riwayat ringkas hidup Hitler, sejarah Perang Dunia Kedua, tokoh-tokoh sejarah pada
waktu itu, pencapaian-pencapaian oleh Jerman Nazi, konspirasi-konspirasi yang berputar sekitar
Jerman Nazi dan implikasi perang tersebut kepada dunia.

(5.3) CADANGAN KAJIAN LANJUTAN


Sekiranya penulis diberi peluang, penulis merancang untuk menghasilkan buku bagi semua pihak
di dalam Perang Dunia Kedua, "Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Hideki Tojo dan
Empayar Krisanthemum Jepun", "Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Benitto Musollini
dan Kerajaan Fasis Itali" dan "Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Franklin D. Roosevelt
dan Gargantua Amerika Syarikat". Ia memiliki format dan reka bentuk buku yang sama seperti
buku "Segala Apa Yang Anda Ingin Tahu Tentang Adolf Hitler" dengan sedikit improvisasi hasil
daripada kritikan para kritik dan masyarakat pembaca.

RUJUKAN
Hart, Michael H. (1992). "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History".
United States. Carol Publishing Group.
Langer, Walter C. (1972). The Mind of Adolf Hitler: The Secret Wartime Report. New York.
Basic Books.
Shirer, William L. (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. United States. Simon &
Schuster.
Toland, John W. (1976). Adolf Hitler: The Definitive Biography. United States. Anchor.
"Adolf Hitler" (http://en.wikipedia.org/wiki/Adolf_Hitler). Wikipedia, the free encyclopedia.
Dipetik 25 April 2014.
"Adolf Hitler - Biography of World War II Figures"
(http://history1900s.about.com/cs/hitleradolf/p/hitler.htm). About.com. Dipetik 22 Jun 2014.
"Nazi Germany" (http://en.wikipedia.org/wiki/Nazi_Germany). Wikipedia, the free
encyclopedia. Dipetik 22 Jun 2014.
"World War II" (http://en.wikipedia.org/wiki/World_War_II). Wikipedia, the free encyclopedia.
Dipetik 22 Jun 2014.

Anda mungkin juga menyukai