Anda di halaman 1dari 27

PKG

PUSAT KEGIATAN GURU









KONSEP
DAN
PENGOPERASIAN

1 / 27
PENGOPERASIAN PKG
PKG harus dikelolakan dengan baik untuk membolehkannya memainkan peranan
dengan berkesan. Pengelolaan yang baik membolehkan PKG berkembang dan
melahirkan satu identiti institusi pendidikan setempat yang benar-benar memahami
tentang kekuatan dan kelemahan sekolah kelompok.
Pengoperasian PKG secara umum merangkumi aspek-aspek pentadbiran umum,
struktur pengurusan PKG, serta perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

PENTADBIRAN UMUM
PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.
Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai PKG dan staf sokongan. BTP
menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN. Kecemerlangan
pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada J awatankuasa
Pengurusan Aktiviti dengan konsep kerja berpasukan dan rasa sepunya terhadap
PKG. Keadaan seperti ini memberi kesempatan kepada PKG merancang secara
bersama program yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan.







Rajah 6: Pola Pengoperasian PKG

Pengoperasian

Pentadbiran
Perancangan dan
Pelaksanaan
Aktiviti
Struktur
Pengurusan


STRUKTUR PENGURUSAN
Pengurusan PKG membantu memudahkan perancangan dan pelaksanaan
aktiviti teknologi pendidikan mengikut keperluan setempat. Aktiviti PKG membuka
ruang dan mendorong ke arah usaha bersama guru menyelesaikan masalah dan
keperluan ikhtisas mereka secara lebih terbuka.


2 / 27
Struktur penyelarasan dan pengurusan yang dicadangkan bagi pengoperasian PKG
adalah seperti berikut :-
1. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri
Pengerusi : Pengarah J abatan Pelajaran Negeri
Tim. Pengerusi : Timbalan Pengarah J abatan Pelajaran Negeri
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah BTPN
Ahli J awatankuasa : 1. Semua Ketua Sektor J PN
2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah
3. Wakil J emaah Nazir
4. Wakil Institut Pendidikan Guru
5. Wakil BTPN Cawangan (Sabah dan Sarawak)
6. Wakil PKG Daerah

2. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha : Pegawai PKG
Ahli J awatankuasa : 1. Semua Pengerusi J K Pengurusan Aktiviti PKG
2. Pegawai BTPN Cawangan
3. Pegawai PKG
4 YDP PKPSM
5. YDP Majlis Guru Besar
6. Wakil Majlis Guru Cemerlang






3 / 27
3. Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG
Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Tim. Pengerusi : Pengetua/Guru Besar
Setiausaha : Pegawai PKG
Ahli J awatankuasa : Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah
kelompok
4. Jawatankuasa Kerja
J awatankuasa ini dibahagikan kepada 4 bidang:-
a. J awatankuasa Latihan dan Penghasilan
b. J awatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah
c. J awatankuasa ICT
d. J awatankuasa Sosial dan Kebajikan
Nota :-
i. Adalah digalakkan agar jawatan Pengerusi digilirkan kepada semua
Pengetua dan Guru Besar dalam kelompok berkenaan
ii. Seseorang guru boleh menyertai lebih daripada satu jawatankuasa
berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuannya









4 / 27
BIDANG TUGAS

Sesuai dengan semangat Pusat Kegiatan Guru, tugas dan tanggungjawab berkaitan
dengan perjalanannya adalah dikongsi bersama oleh beberapa J awatankuasa dan individu
seperti berikut:-
J awatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri
J awatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah
J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG
J awatankuasa Kerja PKG
Pegawai PKG
Nota :-
i. Tugas-tugas yang dicadangkan boleh ditambah mengikut keperluan-
keperluan khusus PKG yang berkenaan.

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

J awatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri bertanggungjawab
memastikan matlamat dan objektif PKG terlaksana berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Di antara tugas-tugas J awatankuasa ini adalah seperti berikut:
Mengadakan mesyuarat J awatankuasa Penasihat Teknologi
Pendidikan di peringkat Negeri
Bertindak sebagai badan perhubungan dengan agensi kerajaan,
swasta dan badan berkanun
Menilai keberkesanan pelaksanaan program, rancangan dan aktiviti
PKG
Memberi cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan PKG dari
semasa ke semasa.

5 / 27
JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH

Selaras dengan konsep desentralisasi PKG, J awatankuasa Penasihat Teknologi
Pendidikan Daerah berperanan untuk menyelaras program dan aktiviti teknologi pendidikan
peringkat daerah. Antara bidang tugas J awatankuasa ini adalah seperti berikut:-
Menyelaraskan perancangan jangka pendek dan jangka panjang
aktiviti teknologi pendidikan daerah
Mengadakan mesyuarat penyelarasan program dan aktiviti di peringkat
daerah
Menganjur dan menggalakkan perbincangan dengan Pegawai PKG
untuk meningkatkan peranan PKG dari semasa ke semasa
Bertindak sebagai badan perhubungan di kalangan PKG dan daerah
Menilai keberkesanan pelaksanaan program rancangan dan aktiviti
teknologi pendidikan daerah
Mengemukakan saranan secara bersama untuk mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan untuk murid, guru, dan masyarakat.

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG

J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG bertanggungjawab merancang aktiviti untuk
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan
kesesuaian setempat. Berikut adalah antara tugas-tugas J awatankuasa ini:
Menerima cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri dan daerah
dengan pengubahsuaian mengikut keperluan setempat
Membantu dan memastikan PKG sebagai pusat rujukan yang lengkap
dan berfungsi
Mengenal pasti pakar-pakar yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti
Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan


6 / 27
JAWATANKUASA KERJA

Berdasarkan konsep dari guru, oleh guru, untuk guru, jawatankuasa kerja menjadi
tenaga penggerak utama bagi melaksanakan aktiviti PKG. Tugas-tugas pasukan kerja
antara lain meliputi:
Merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti
yang dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat
Melaksanakan aktiviti yang dirancang hingga selesai
Membuat pengesanan dan laporan terhadap setiap rancangan,
program, dan aktiviti yang dijalankan
Melakukan tindakan susulan bagi mempertingkatkan mutu
perkhidmatan PKG
Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan
sosial
Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti PKG dengan
kerjasama guru dari semasa ke semasa.

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG

Pegawai PKG perlu mahir dalam pelbagai bidang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti
yang dirancang. Selain itu, Pegawai PKG berperanan:
Mengurus PKG dengan cekap dan berkesan bagi melicinkan
pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan
Memberi khidmat nasihat penghasilan, penggunaan bahan dan
peralatan pengajaran dan pembelajaran
Mengambil bahagian dalam sesi perancangan aktiviti secara
berpasukan
Menjadi pemudah cara dalam program peningkatan profesionalisme
yang dijalankan
7 / 27
Menerajui dan mengendalikan aktiviti khas untuk kumpulan yang
mempunyai minat/ keperluan tertentu (special interest group)
Menjadi agen perubahan bagi setiap pembaharuan pendidikan yang
bertujuan untuk disebarkan
Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan kepada
sekolah dan masyarakat setempat.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI
Perancangan Aktiviti
J adual Pelaksanaan Aktiviti
Proses Pelaksanaan Aktiviti
Proses Pelaksanaan Aktiviti di Kawasan Pedalaman
Proses Mengatasi Masalah



PERANCANGAN AKTIVITI
J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menyediakan rancangan tahunan jangka
pendek dan jangka panjang. J awatankuasa ini haruslah memastikan setiap aktiviti dapat
dilaksanakan mengikut perancangan.
Setiap J awatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan kertas cadangan dan
melaksanakan semua aktiviti mengikut keutamaan. Pegawai PKG menyediakan laporan
aktiviti. Langkah-langkah ini diterangkan dalam J adual 1.

LANGKAH-LANGKAH KETERANGAN
8 / 27
1.Mewujudkan J awatankuasa
Pengurusan Aktiviti PKG

J awatankuasa terdiri daripada Pengetua dan
Guru Besar sekolah kelompok; Guru-guru
dan masyarakat sebagai ahli ; KPP BTPN
sebagai Penasihat;
2.Menyediakan Rancangan Tahunan
J angka masa pendek/panjang
J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG,
J awatankuasa Kerja, guru setempat
Pegawai PKG sebagai Setiausaha
3.Menetapkan J awatankuasa Kerja

Dipertanggungjawabkan kepada
J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.
Pengerusi J awatankuasa Kerja dilantik
daripada Ahli J awatankuasa Pengurusan
Aktiviti PKG.
4.Kertas Kerja rancangan setiap
jawatankuasa Kerja

Mengandungi:-
Matlamat, sasaran, aktiviti, perbelanjaan,
tenaga, pakar, jangkamasa
5.Kelulusan oleh J awatankuasa
Pengurusan Aktiviti PKG

Pengerusi J awatankuasa Kerja
membentangkan Kertas Kerja kepada
J awatankuasa Pengurusan Aktiviti,
Pengerusi J awatankuasa Pengurusan Aktiviti
dan memaklumkan kepada PPD/J PN/BTPN
6. Pelaksanaan Program






a. Persediaan


b. Menjalankan aktiviti

c. Penilaian
Pengerusi J awatankuasa Kerja
membentangkan Kertas Kerja kepada
J awatankuasa Pengurusan Aktiviti,
Pengerusi J awatankuasa Pengurusan Aktiviti
dan memaklumkan kepada PPD/J PN/BTPN

Tanggungjawab Pengerusi J awatankuasa
Pengurusan Aktiviti dan Pegawai PKG
Pegawai PKG dengan kerjasama
J awatankuasa Kerja
J awatankuasa Kerja
7. Laporan kepada J awatankuasa Pegawai PKG
9 / 27
Pengurusan Aktiviti PKG,
J awatankuasa Penasihat Teknologi
Pendidikan Daerah, dan BTPN


J adual 1: Perancangan Aktiviti PKG


PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI
Dalam pelaksanaan aktiviti PKG [lihat Gambar rajah 6], semua aktiviti tersebut
adalah hasil dari keperluan guru yang diselaraskan dengan aktiviti yang dijalankan oleh
pihak J abatan Pendidikan Negeri (J PN), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP ) dan
rangkaian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan bahagian-bahagian lain Kementerian
Pelajaran.

Pada peringkat permulaan, guru mengadakan sesi sumbang saran di PKG bagi
mengemukakan cadangan aktiviti mengikut keperluan. Khidmat pakar perlu diambil kira
supaya setiap pelaksanaan program memenuhi matlamatnya. Cadangan aktiviti yang
dipersetujui bersama ini diikuti dengan pengagihan peranan dan penetapan kerja yang akan
dilaksanakan untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.Setiap pelaksanaan aktiviti diteliti dan dikaji melalui proses pengesanan untuk
pengubahsuaian bagi menentukan keberkesanan atau kejayaan aktiviti seterusnya.


10 / 27


Gambarajah 7: Proses Pelaksanaan Aktiviti PKG






JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

Untuk merangka perancangan aktiviti sama ada di peringkat negeri, daerah, atau
PKG adalah disyorkan supaya disediakan satu jadual pelaksanaan aktiviti. Berikut ialah satu
contoh jadual pelaksanaan aktiviti bagi tempoh satu tahun:

11 / 27
BULAN
JAWATANKUASA AKTIVITI
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Menyelaras
perancangan dan
pelaksanaan
aktiviti

Menilai program
dan aktiviti yang
dijalankan

J awatankuasa
Pengurusan PKG
Merancang
program aktiviti

J awatankuasa Kerja
Latihan dan
Penghasilan
Memberi latihan
lanjutan kepada
Kakitangan
Sumber

J awatankuasa
Pengurusan Pusat
Sumber
Program Khidmat
Bantu Pusat
Sumber Sekolah

J awatankuasa
Teknologi Maklumat
Program Galak
guna ICT

J awatankuasa Sosial
dan Kebajikan
Majlis Anugerah
Kecemerlangan
Teknologi
Pendidikan


J adual 2: J adual Pelaksanaan Aktiviti

J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menggariskan semua aktiviti yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun, di samping memilih guru-guru berpotensi untuk dilantik
sebagai kakitangan sumber dan ahli pasukan kerja.

J awatankuasa kerja berperanan menggerakkan aktiviti mengikut bidang yang telah
ditetapkan dan sentiasa mendorong guru-guru ke arah mencapai matlamat PKG melalui
pelbagai aktiviti.

12 / 27
Setiap pelaksanaan aktiviti PKG harus diikuti dengan pengesanan dan penilaian
untuk menentukan tahap pencapaian. Pegawai PKG menyediakan laporan dan
dokumentasi untuk diteliti bagi menentukan arah, dasar dan perkembangan aktiviti
seterusnya.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah juga tertakluk kepada pertimbangan dari
segi faedah yang dapat diperoleh oleh guru dan murid, waktu dan jangka masa yang sesuai,
isi kandungan, tenaga mahir untuk menjalankan aktiviti, bilangan peserta dan kewangan.

PROSES MENGATASI MASALAH

Guru berusaha secara kolektif dalam mengatasi apa jua masalah pengajaran dan
pembelajaran di peringkat sekolah. Ruang penyelesaian masalah dibuka lebih luas mengikut
peringkat. Sebarang masalah yang sukar di atasi di peringkat sekolah akan dikemukakan
untuk tindakan selanjutnya kepada J awatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Sekiranya
masalah di peringkat PKG masih belum dapat diatasi maka dimajukan pula ke peringkat
J awatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah dan begitulah seterusnya sehingga
ke peringkat Kementerian Pelajaran. Di Peringkat ini usaha penyediaan program dirangka
oleh bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan
aktiviti penyelesai masalah dan dapat pula melahirkan motivasi baru serta peka kepada
perubahan di kalangan guru.
Pegawai PKG akan terus memantau ke setiap sekolah untuk mewujudkan hubungan
terus serta memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan. Pihak sekolah pula akan
menghantar laporan kepada Pegawai PKG serta mengadakan perbincangan bagi
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.





13 / 27




















Masalah di peringkat sekolah
Dapat

Bincang di peringkat J awatankuasa
Pengurusan Aktiviti PKG
Bincang di peringkat J awatankuasa
Penasihat Teknologi Pendidikan
Daerah
Dapat
diselesaikan
Dapat
diselesaikan
Bincang di peringkat J awatankuasa
Penasihat Teknologi Pendidikan
Negeri
Dapat
diselesaikan
Bawa ke pihak Bahagian
Kementerian Pelajaran yang
berkenaan
Tidak
Ya
Ya
Ya
Tidak
Tidak
Tamat
Ya
Tidak
Carta alir 1: Proses mengatasi masalah
14 / 27
AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

Setiap PKG dikehendaki memberi perkhidmatan dan menjalankan aktiviti yang dirancang
pada setiap tahun berdasarkan fungsi dan peruntukan. Keputusan mengadakan aktiviti
haruslah berdasarkan perkembangan pendidikan semasa dan keperluan sekolah dalam
kelompok bagi meningkatkan profesionalisme guru.

Aktiviti dan perkhidmatan PKG boleh dilaksanakan mengikut keperluan ikhtisas Kurikulum,
Pusat Sumber Sekolah, kegiatan Sosial / Komuniti, sebagai agen perubahan, sebagai agen
penyelesaian masalah, sebagai pemangkin kecemerlangan guru dan sebagai B-Inkubator (
showcase inisiatif ICT )



KEPERLUAN IKHTISAS KURIKULUM

Untuk meningkatkan taraf profesionalisme keguruan serta kualiti pengajaran dan
pembelajaran, PKG boleh mengelolakan aktiviti ikhtisas seperti:

memberi khidmat bantu tentang pedagogi kurikulum dan instruksi
memberi khidmat nasihat tentang pemilihan media dan kaedah pengajaran yang
berkesan
menganjur seminar, forum atau diskusi tentang pendekatan baru dalam pengajaran
dan pembelajaran
mengadakan bengkel pembinaan alat dan bahan bantu mengajar
mengadakan bengkel tunjuk cara penggunaan, kaedah dan teknologi baru dalam
pengajaran dan pembelajaran
menyediakan kemudahan sumber untuk menjalankan penyelidikan tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
menyediakan peluang kepada guru untuk mencuba pendekatan baru dalam usaha
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
membantu guru menyediakan data bank tentang soalan peperiksaan
menyediakan kemudahan kepada guru untuk membina item ujian atau soalan
peperiksaan
menjalankan aktiviti ikhtisas melalui J awatankuasa Pengurusan Aktitiviti PKG



15 / 27
Strategi, Kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran:

mengenalpasti dan membina koleksi bahan untuk mengatasi masalah pengajaran
dan pembelajaran
merancang dan mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan
pembelajaran
menjalankan program inovasi bagi mencari kaedah pengajaran yang lebih sesuai
mengikut keperluan dan perkembangan pendidikan
mengenalpasti dan menyebarkan maklumat tentang amalan pengajaran terbaik dari
sesebuah sekolah untuk dicontohi
mendokumentasikan kaedah dan amalan pengajaran pembelajaran terbaik untuk
disebarkan


Mendapatkan maklumat dan pengetahuan :

aktiviti mengakses, mengguna dan menyebar maklumat, kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek-aspek pelaksanaan kurikulum
Menambahkan kepekaan guru terhadap isu-isu semasa dan strategi pengajaran dan
pembelajaran terkini


Mengesan pencapaian matlamat meningkatkan prestasi / kualiti PKG :

menjalankan pemantauan, pengujian, pengumpulan data ke atas sumber
pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumbalas tentang
keberkesanannya
mengenalpasti PKG yang aktif dan berkualiti untuk dijadikan penanda aras dalam
bidang-bidang tertentu

Penggunaan Inisiatif ICT dan Pembestarian Sekolah

menjalankan khidmat konfigurasi rangkaian di makmal komputer
memantau penggunaan dan galak guna inisiatif ICT sekolah
membantu pelaksanaan program pembestarian Sekolah
menjalankan tugas sebagai meja bantuan (help desk) aras satu



16 / 27
KEPERLUAN PUSAT SUMBER

Untuk membolehkan guru mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bahan bantu pengajaran
dan pembelajaran dengan berkesan, PKG harus mempunyai pusat sumber yang berkesan
untuk:-

membantu guru membuat rakam salin audio dan video
menyediakan kemudahan pra tayang sebagai persediaan untuk menggunakan
bahan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
menyediakan kemudahan untuk penerbitan bahan pengajaran video atau multimedia
membantu dan memberi khidmat nasihat dan menilai bahan media untuk
pembinaan koleksi PSS
memberi khidmat nasihat teknikal tentang pembelian alat media untuk kegunaan
PSS
menyebar maklumat tentang peralatan dan bahan bantu mengajar yang terdapat di
PKG
menyebar maklumat atau perkembangan tentang reka bentuk pengajaran dan
teknologi instruksional
menyedia kemudahan pinjaman peralatan dan bahan media di PKG

mengadakan pertandingan bahan mengajar atau perisian multimedia
membantu Guru Perpustakaan dan Media menilai bahan media untuk
koleksi PSS
mengadakan pameran dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru

Membina Koleksi Bahan Yang Lengkap

bahan cetak
bahan bukan cetak

Penghasilan Bahan

menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membina bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti mesin cetak, alat menjilid, mesin photostat, laminator dan lain-
lain.
Mengenalpasti dan menggunakan kepakaran guru setempat dalam penghasilan
bahan pengajaran dan pembelajaran.



17 / 27
Bimbingan dan Khidmat Bantu

memberi bimbingan nasihat dan rundingcara dalam penggunaan sumber pengajaran
dan pembelajaran
memberi latihan dan bimbingan pengurusan sumber pendidikan kepada Guru
Perpustakaan dan Media (GPM)
mengendalikan program khidmat bantu penggunaan sumber pendidikan mengikut
keperluan guru
memberi khidmat pinjaman buku dan sumber pengajaran dan pembelajaran


KEPERLUAN KEGIATAN SOSIAL / KOMUNITI

Penganjuran hari keluarga guru , hari terbuka PKG dan program gotong-royong bersama
masyarakat dapat :

membina semangat kesepasukan, kesefahaman, kekitaan dan tanggungjawab
dalam pendidikan
memberi peluang guru-guru berkumpul secara informal dan formal untuk berbincang,
menggunakan kemudahan rekreasi dan membuat kerja-kerja secara bergotong-
royong
membina kemahiran sosialisasi di antara pembuat dasar, perancang dan pelaksana
kurikulum
mewujudkan hubungan yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta
dan sekolah
menggunakan kepakaran dari komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai
matlamat PKG.


18 / 27
SEBAGAI AGEN PERUBAHAN


menjadi agen perubahan teknologi pendidikan yang aktif supaya matlamat
pelaksanaan perubahan kurikulum yang baru tercapai.
mengakses dan melaksanakan idea/inovasi baru atau amalan baru untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
menyebar idea atau amalan baru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran
menjadi perintis kepada perkembangan atau amalan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran
bekerjasama dengan guru pakar, panitia sekolah atau PPD untuk mencetuskan
perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran


SEBAGAI AGEN PENYELESAIAN MASALAH

membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah
mengembling tenaga kepakaran setempat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah pengajaran dan pembelajaran.


SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU

meningkatan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan dan ICT
meningkatkan kemahiran merekabentuk pengajaran ( Classroom Instructional Design )








19 / 27
SEBAGAI B-INKUBATOR ( Showcase Inisiatif ICT )

Melalui B-Inkubator sekolah-sekolah akan mendapat garis panduan yang betul untuk
melaksanakan program pembestarian sekolah.

mewujudkan ruang pameran bagi memaparkan model pembestarian sekolah.

Perubahan ke arah peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menuntut kepekaan guru
terhadap perkembangan pendidikan semasa. Guru perlu juga mempunyai sikap positif,
kreatif dan terarah kendiri. Semua ini merupakan cabaran kepada PKG dalam menjalankan
peranannya sebagai agen perubahan dan peningkatan profesionalisme keguruan.

J usteru itu seharusnya setiap pihak yang terlibat mempunyai sikap positif serta bersedia
menggembeling tenaga dan mencurah idea bagi mencapai matlamat dan objektif
penubuhan PKG, agar ia dapat bergerak seiring dengan institusi pendidikan yang lain,
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
20 / 27



LAMPIRAN



A. Cadangan Pelan Bertindak bagi mengatasi Masalah Kurikulum.


B. Surat Pekeliling KP(BTP) 8804/23 J ld. 1/(54)


C. Pelan lantai bangunan PKG


D. PKG Bilangan dan Lokasi ( 1991 )

21 / 27
LAMPIRAN A

CADANGAN PELAN BERTINDAK BAGI MENGATASI MASALAH KURIKULUM

Masalah pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid dalam pembelajaran boleh
dilihat dari sudut sikap, kepemimpinan, kemahiran/ketrampilan dan kemudahan.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi sebahagian daripada masalah-masalah
yang mungkin timbul.

SIKAP CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Sikap . menyebarkan maklumat tentang inovasi kurikulum
Profesionalisme melalui buku panduan, rancangan TV Pendidikan dan motivasi
guru VCD Amalan Pengajaran Terbaik.
. mengadakan kursus latihan motivasi
. menyebarkan hasil inovasi guru supaya dicontohi.
. penilaian dan pengesahan kemahiran secara berterusan dan
tindaksusulan
. mengadakan seminar dan kumpulan dinamik.

22 / 27
KEPIMPINAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH
Kepimpinan . mengadakan bengkel penerangan klinikal yang berterusan
Pengetua,
guru besar
guru . mengadakan kursus kepeminpinan
. mengadakan lawatan ke PKG Contoh
. mengadakan sesi sumbangsaran antara guru,
pengetua dan guru besar untuk penyelesaian
masalah kurikulum


KEMAHIRAN/ CARA MENYELESAIKAN MASALAH
KETRAMPILAN

Peningkatan . mengadakan program peningkatan pengajaran dan
Kemahiran/ pembelajaran
Ketrampilan
. mengadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang dikenalpasti.

. berkongsi bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

. bersama mencari kaedah alternative yang sesuai dari sesuatu daerah
atau kelompok PKG ( untuk dijadikan contoh )

. memberi peluang kepada guru mengembangkan idea yang telah diuji
keberkesanannya kepada guru lain

. merekabentuk model tertentu bersama ibubapa bagi mengatasi
masalah pengajaran dan pembelajaran
23 / 27
KEMUDAHAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kemudahan fizikal . memberi kemudahan fizikal untuk menjalankan
Peralatan dan seminar/kursus/bengkel
Kepakaran
. memberi pinjaman buku, perkakasan dan perisian yang berkaitan
dengan kurikulum

. memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan, direktori pakar dalam
bidang yang tertentu, direktori alat/dokumen tertentuhudungan
rangkaian antara PKG

. mengadakan kemudahan perkhidmatan kepakaran tempatan untuk
membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

















24 / 27
LAMPIRAN B

Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
J alan Ampang Tel : 03 - 2483422
50604 Kuala Lumpur Fax : 03 2480459

Ruj. Kami ; KP(BTP) 8804/23 J ld. 1 (54 )
Tarikh : 14 Ogos 1990

Semua Perngarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg . Datuk/Tuan,
Pusat Kegiatan Guru ( PKG )
Sukacita Bahagian ini menarik perhatian Y. Bhg Datuk/Tuan mengenai perkara di
atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa J awatankuasa Perancangan Pendidikan
(J PP) atau Education Planning Committee (EPC) di dalam mesyuaratnya
pada 26 J ulai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan
Daerah (PSPD) ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tarikh
penguatkuasaan penggunaan nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah
serta merta.

3. Penuduhan nama pusat Pendidikan Daerah (PSPD) kepada Pusat
Kegiatan Guru (PKG) adalah seperti alasan-alasan berikut :-

a) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) memberi satu gambaran yang
sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Nama
Pusat Sumber Pendidikan Daerah adalah terlalu umun dan
kegiatannya terlalu luas.

b) Pusat Kegiatan Guru (PKG) mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada peringkat awal (
Problems could be solved at source).

c) Pusat Kegiatan Guru (PKG) ini adalah merupakan pusat logistic bagi
hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai
satu pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di
atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan.

d) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) mencerminkan satu yang
neutral. Ini akan membolehkan lain-lain Unit di Pejabat Pendidikan
Daaerah untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Pusat
25 / 27
Kegiatan Guru itu. Ini bermakna iannya tidak terhad penggunaanya
kepada sebuah unit sahaja.

e) Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah sebenarnya satu lanjutan
daripada konsep Pusat Sumber Sekolah, iaitu mana-mana
kemudahan yang tidak terdapat di Pusat Sumber Sekolah,
kemudahan-kemudahan itu dapat disediakan oleh Pusat Kegiatan
Guru. Dengan cara ini alat-alat dan bahan-bahan boleh diperolehi
dengan cara yang lebih ekonomik dan penggunaan yang lebih
meluas.

f) Istilah Daerah yang digunakan kepada nama Pusat Sumber
Pendidikan Daerah sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah
pentadbiran (administrative district) kerana di dalam sesuatu daerah
lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Oleh yang
demikian nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah lebih sesuai dan
boleh mengelakkan sebarang kekeliruan.

4. Sila maklumkan pertukaran nama ini kepada semua yang
berkenaan di dalam negeri Y. Bhg. Datuk/Tuan.
Sekian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Y. Bhg. Datuk/Tuan.
Terima kasih,
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
t.t.
TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD
Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia
s.k.
Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia.
Y.B. En. Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan
Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan
Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha I dan II
Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
26 / 27
Ketua Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
Pegawai Perhubungan Awam,
Kementerian Pendidikan Malaysia.


27 / 27

Anda mungkin juga menyukai