Anda di halaman 1dari 5

Pemeliharaan

Makanan
Pellet yang mengandungi 30-35% protein.
Sisa gandum yang diadun bersama fish meal,
diberi 2 kali sehari.
Makanan hidup adalah makanan terbaik bagi ikan
emas, tetapi ia mempunyai risiko memindahkan
penyakit kepada ikan dan akuarium. (udang air
garam, cacing tanah)
Ikan yang diternak di dalam tangki simen
biasanya diberi makanan yang tidak mengotorkan
air seperti pellet timbul, Moina sp, cacing
tubifex atau cacing darah (blood worm).

Makanan diberikan pada masa yang sama
setiap hari. (pada waktu pagi dan waktu
petang)
Jangan memberi makanan berlebihan kepada
ikan.
Jangan memberi makanan kepada ikan jika
tiada di rumah. Mereka boleh hidup sehingga
3 minggu tanpa makan.
Pembiakan
Sebelum pembiakan, ikan jantan dan betina diasingkan
selama seminggu.
Pembiakan biasanya dijalankan pada waktu pagi.
Tangki 2m x 2m dan kedalaman 0.3m diisi air yang
telah disimpan selama 3 hari.
Kiambang (Eichornia crassipes) dijadikan media untuk
mengumpul telur.
Akar kiambang tersebut dibersih dan
direndamkan dalam 20ppm larutan metilene biru
selama 10-15 minit sebelum digunakan.
Di dalam tangki pembiakan, 10 pasangan ikan
dilepaskan.
Ikan mulai mengawan pada waktu malam atau awal
pagi.
Telur yang dihasilkan terlekat pada akar kiambang.
Keesokannya ikan-ikan dikeluarkan daripada
tangki pembiakan.
Telur tersenyawa ditetaskan dengan diberi
pengudaraan dan aliran air.
Ia menetas dalam tempoh 30 - 35 jam.
Anak-anak yang baru menetas yang masih di peringkat
yolk sac bergantung pada akar kiambang sehingga 3
hari dan tidak perlu diberi makan.