Anda di halaman 1dari 5

Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di

merata- rata tempat , menunjukkan bentuk bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang
berbeza . Semasa zaman neolitik terdapat perbezaan perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan
manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan .
Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan kemajuan teknologi dan pengetahuan
manusia pada tahap neolitik . Ini memberikan suatu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang
jauh lebih kompleks daripada perkampungan sebelumnya .
Isi

A)Konsep Tamadun
Tiada satu konsep dan takrifan yang muktamad . Salah satunya takrifnya oleh Gordon Childe ,
seorang ahli arkeologi Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya ,
tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian dari dan
persekitarannya . Pada tahap itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak
mereka iaitu untuk memperbaiki tahap kehidupan , interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan
pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk
kehidupan yang lebih sempurna , pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan , kegiatan
pertanian serta pertumbuhan seni , sains dan teknologi
Contohnya masyarakat Mesir dan Sumeria menjadi lebih teratur apabila suatu bentuk kerajaan
timbul dengan munculnya golongan paderi / pendeta yang dianggap sebagai pelindung masyarakatnya
manakala agama di gunakan sebagai kuasa untuk mengawal golongan ramai dan perkembangan corak
ekonomi.
Selain itu , terdapat pula ahli arkeologi menjelaskan konsep tamadun melalui pembinaan
bangunan - bangunan untuk memenuhi fungsi agama , sosial , politik dan ekonomi dan tulisan untuk
merekodkan pengalamannya untuk kegunaan jangka masa panjang . Proses perbandaran membolehkan
manusia menghadapi cabaran cabaran fizikal dengan lebih berkesan dan menggunakan kebolehannya
untuk menentukan takdir mereka

B). Cara ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal manusia

1. Melalui kaedah cari gali
Ahli arkeologi dapat membuktikan kewujudan tamadun tamadun awal melalui kaedah cari gali
atau ekskavasi ( Excavation) . Ini dapat dilihat melalui kaedah tinjauan dan kaedah cari gali di tapak- tapak
yang di kenal pasti sebagai tapak arkeologi . Kaedah cari gali ini adalah melalui plot atau trench 2 x 2
meter , penggunaan alat seperti scraper , penapis , berus ,dan sebagainya .
Melalui kaedah cari gali ahli arkeologi dapat menemui artifak-artifak seperti serpihan tembikar ,
tulang binatang , rangka manusia , bangunan lama dan sebagainya . Bagi menentukan usia atau tempoh
artifak sebagai bukti kewujudan tamadun , ahli arkeologi menggunakan kaedah atau sejenis alat yang
dikenali sebagai radio carbon dating atau C14.



2. Penemuan arkeologi
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tinggalan
tinggalan arkeologi . Penemuan arkeologi ini adalah bukti yang paling penting dan jelas dapat menentukan
di satu- satu tempat itu pernah wujud . Penemuan arkeologi dapat dibahagikan kepada 3 jenis seperti
artifak , inskripsi dan monument.
Artifak merupakan tinggalan sejarah yang kecil atau halus yang di temui di tapak arkeologi
seperti serpihan tembikar , manik manik , fosil fosil , kapak batu dan lain-lain . Inskripsi pula
merupakan tinggalan arkeologi yang bersifat sederhana besar dan mempunyai catatan yang tertentu
seperti batu nisa , perkuburan , batu bersurat dan sebagainya . Monumen pula merujuk kepada tinggalan
sejarah yang berbentuk bangunan seperti runtuhan istana , kuil atau rumah berhala , tugu peringatan dan
sebagainya.
Contohnya kewujudan tamadun Mesir melalui penemuan artifak dan monument purba seperti
pyramid , kuil kuil , istana firaun , sphinx dan sebagainya

3. Penemuan sains dan teknologi
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun awal adalah melalui tinggalan
tinggalan sains dan teknologi yang di capai oleh masyarakat lampau . Kebanyakan masyarakat lampau
sudah menguasai ilmu Sains tinggi seperti dalam bidang kejuruteraan bangunan, perubatan , matematik ,
astronomi , fizik,kimia dan sebagainya
Ini secara tidak langsung mereka berjaya menghasilkan ciptaan ciptaan sains dan teknologi
untuk meningkatkan tamadun mereka yang kemudian menjadi lambang atau simbol kehebatan sesebuah
tamadun
Misalnya Orang Mesir terkenal dalam kimia , perubatan , kejuruteraan dan astronomi yang
membolehkan ahli sejarah menemui tinggalan seperti pyramid , sphinx dan mumia. Tamadun Hwang Ho
dibuktikan melalui penemuan sains dan teknologi seperti tinggalan bangunan purba , kertas , jade ,
kompas dan sebagainya.

4. Penemuan tapak tapak kota atau bandar purba
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan tapak- tapak kota
atau bandar purba yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kelengkapan . Antaranya seperti Istana ,
rumah ibadat , kubu pertahanan , bangunan pentadbiran , tugu peringatan dan sebagainya .Tapak- tapak
kota ini adalah berbentuk monument yang lengkap. Bahkan penemuan ini, mengikut ahli arkeologi
sebagai lambang keagungan sesebuah tamadun awal seperti Mesir , Sumeria , Indus dan lain lain
Contohnya arkeologi menemui tapak kota purba Harappa dan Mohenjo daro sebagai bukti
wujudnya tamadun Indus di Lembah Sungai Indus pada tahun 300sm. Tamadun Sumeria melalui tapak
kota purba Babylon di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.



5. Sistem tulisan
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal juga melalui penemuan sistem tulisan
yang terdapat pada tinggalan arkeologi seperti batu bersurat , tugu peringatan , istana ,kuil , surat
perjanjian dan sebagainya. Tulisan mengikut Darcy Riberio adalah lambang dan manifestasi sesuatu
bangsa.
Bentuk tulisan yang terawal adalah dari bentuk simbol simbol atau lambang yang di cantumkan
menjadi maksud tertentu .Antaranya tulisan yang terawal seperti hieroglif (Mesir) Cuneiform ( Sumeria)
Ideogram(Hwang Ho) Phoenicia (Yunani) dan sebagainya . Bentuk tulisan purba ini ditemui pada batu-
batu bersurat , tugu peringatan , rumah -rumah ibadat , kubur , bangunan dan sebagainya .
Contohnya ahli arkeologi dapat mengkaji perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu
bersurat yang dikenali sebagai Rosetta Inscription dan tulisan- tulisan yang terdapat pada dinding
pyramid.

6. Aktiviti Ekonomi
Ahli arkeologi dapat juga membuktikan kewujudan sesebuah tamadun melalui penemuan
tinggalan-tinggalan yang berkaitan dengan ekonomi masyarakat purba .Antaranya melalui sistem
pertanian , perdagangan, mata wang , pengangkutan dan sebagainya
Contohnya tamadun Sumeria sering dikaitkan dengan aktiviti perindustrian tekstil dan senjata ,
kejayaan mencipta kenderaan beroda yang dikenali chariot , penggunaan kapal layar dan lain- lain.
Tamadun Rom dapat di kesan melalui penemuan artifak yang ada kaitan dengan ekonomi seperti wang
syiling emas dan perak dan sebagainya.

7. Agama dan Kepercayaan
Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun melalui agama dan kepercayaan . Ini kerana
setiap tamadun atau masyarakat awal mempunyai agama masing -masing . Biasanya mereka juga akan
meninggalkan kesan -kesan ekonomi yang dapat menjadi bahan kajian kewujudan tamadun
mereka .Antaranya seperti tinggalan rumah ibadat seperti kuil , berhala , patung dewa atau tuhan ,
tempat pemujaan dan penyembahan , alat- alat penyembahan dan sebagainya . Kebanyakan bukti- bukti
dijadikan bahan rujukan utama kepada ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran budaya , cara hidup , nilai
sosial , adapt dan sebagainya.
Contohnya Tamadun Sumeria dapat di kaji penemuan rumah berhala yang dikenali sebagai
ziggurat yang merupakan bangunan berbentuk pIramid tujuh tingkat , tamadun Mesir melalui
penemuan kompleks kuil dan patung dewan di bandar keagamaan purba Mesir di Kernak dan Memphis
dan sebagainya.






KONSEP BUDAYA

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'.
Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan
'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika
dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau
kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)

Dictionary of Philosophy (1996) memberikan maksud budaya sebagai

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception,
and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to
be readily noticed from within"

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),
berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya
kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang
Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan.
Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak
perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pehak perempuan
kepada pihak lelaki. Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap
sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang
meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat komunikasi. Adat resam juga
mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan
berbudaya.

Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara kearah
mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu
kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu
keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan
yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan
keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)



Buday mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah
dipelajari
dikongsi
bersifat sejagat
diwarisi
berubah-ubah
mempunyai unsur simbolik, dan
adanya pandangan semesta

Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya
satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut
kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan
pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang
telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan
perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001)
Posted by sabree hussin at 5:39 AM
Labels: konsep-konsep asas hubungan etnik

Anda mungkin juga menyukai