Anda di halaman 1dari 2

Teknik Penulisan Karangan

Karangan Respon Terbuka [40 markah]



Sektor pelancongan banyak memberi faedah kepada negara. Tuliskan pendapat anda.

PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA

Perkara Ayat
Isu Kini,ekonomi negara Malaysia banyak bergantung kepada industri
pelancongan.
Ulasan isu Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Kementerian Pelancongan telah
melancarkan pelbagai program untuk menarik pelancong berkunjung ke
negara ini.
Isu masa ini Saban tahun pelancong asing mahupun tempatan akan datang melawat ke
negara ini.
Hala tuju Tentunya pelbagai faedah diperoleh oleh kerajaan daripada sektor
pelancongan ini.


PENGEMBANGAN ISI PERTAMA

Perkara Ayat
Apa(Isi) Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada
pendapatan negara sehingga kini.
Mengapa Hal ini berlaku demikian kerana darmawisata yang datang ke negara ini
akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk berbelanja.
Bagaimana/
Kesan
Secara langsung, situasi ini akan menjana ekonomi negara.
Contoh Sebagai contoh, darmawisata-darmawisata tersebut akan menyewa hotel
dan membeli barangan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara
mereka.
Penegasan Sememangnya kedatangan para darmawisata ini telah merancakkan lagi
kegiatan ekonomi negara.


PENGEMBANGAN ISI KEDUA

Perkara Ayat
Apa Selain itu, sektor pelancongan juga turut akan menjadikan negara kita
terkenal di mata dunia.
Mengapa Hal ini berlaku demikian kerana para pelancong yang berkunjung ke negara
ini pastinya akan menceritakan kepada kenalan mereka tentang
pengalaman mereka ketika berada di negara ini.
Bagaimana/
Kesan
Sehubungan dengan itu, tentulah mereka akan berasa teruja untuk datang
ke negara ini.
Contoh Sebagai contoh, mereka akan turut mempromosikan kepada kenalan
mereka tentang tempat-tempat yang menarik yang telah mereka kunjungi
semasa melancong di negara ini.
Penegasan Melalui promosi secara tidak formal ini tentunya akan secara tidak langsung
mempopularkan nama negara kita dalam kalangan mereka.
PENGEMBANGAN ISI KETIGA

Perkara Ayat
Apa Di samping itu, industri pelancongan telah memberi impak yang besar
kepadapembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan terpencil di
luar bandar.
Mengapa Hal ini berlaku demikian kerana ramai pelancong dari luar negara
khususnya gemar melancong di kawasan yang jauh dari kesibukan kota.
Bagaimana/
Kesan
Dengan ini, banyak kemudahan infrastruktur akan disediakan oleh pihak
pemaju di kawasan tersebut untuk keselesaan para pelancong.
Contoh Tamsilnya, pihak pemaju akan membina chalet, jalan raya, perkhidmatan
telekomunikasi dan sebagainya.
Penegasan Sehubungan dengan itu, kawasan yang dahulu jauh daripada
pembangunan tentunya akan menerima tempias dan sekaligus dapat
membantu penduduk-penduduk sekitarnya merasai nikmat pembangunan.


PENUTUP

Perkara Ayat
Kesimpulan/
Rumusan
Tuntasnya, perkembangan industri pelancongan bagai cendawan tumbuh
selepas hujan ini sememangnya memberi banyak faedah kepada negara.
Cadangan Lantaran itu, pihak berkenaan haruslah mengambil langkah sewajarnya
untuk mengekalkan keunikan yang ada di negara kita supaya terus menjadi
destinasi utama para pelancong.
Harapan Dengan ini, sektor ini akan terus menjadi penyumbang utama kepada
pendapatan negara.
Pendirian Jelaslah bahawa industri pelancongan ini memberikan manfaat yang besar
kepada negara dan juga rakyat di negara ini.