Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Rajah 8.1: Kemahiran pra-vokasional tertumpu pada kemahiran asas vokasional seperti
pertukangan, reka cipta, reka bentuk dan sebagainya. Murid-murid berkeperluan khas
juga perlu diajar tentang kemahiran ini
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
8
8

Kemahiran
Pra
Vokasional
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Melatih murid-murid tentang kemahiran pra-vokasional mengikut
urutan iaitu mudah kepada yang susah dan asas kepada kompleks;
2. Mengenal pasti bentuk kemahiran pra-vokasional yang sesuai bagi
murid-murid khas; dan
3. Menyediakan langkah-langkah keselamatan bagi murid-murid
berkeperluan khas.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL
96
Ya, seperti yang dinyatakan dalam Rajah 8.1 di atas, kemahiran pra-vokasional
perlu di ajar di sekolah tidak kira mereka adalah murid-murid normal atau pun
murid-murid khas. Kita bertemu kembali dalam Topik 8 yang akan
mendedahkan anda kepada kemahiran pra-vokasional. Apa itu kemahiran pra-
vokasional? Pernahkah anda mendengar tentangnya? Secara umumnya,
Kemahiran Pra-vokasional merupakan salah satu cabang dalam kemahiran
Hidup yang bercorak amali yang diajar di sekolah, bertujuan untuk
mengembangkan keupayaan dalam bidang-bidang tertentu. Keupayaan ini
dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta
pemupukan sikap yang positif berasaskan keupayaan pelajar.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pengajaran Kemahiran Pra-vokasional
perlu diberi kepada mereka sebagaimana murid-murid normal yang lain. Antara
kemahiran yang boleh diterapkan dalam kemahiran Pra-vokasional adalah
kreativiti dan reka cipta, reka bentuk dan penghasilan projek, elektrik dan
elektronik, baik pulih dan penyelenggaraan dan tanaman hiasan. Kemahiran ini
perlu diterap dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya demi masa depan murid-
murid khas tersebut.
Jadi bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang kemahiran pra-
vokasional, apa kita tengok subtopik selanjutnya.
MENGAJAR MENGIKUT URUTAN
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan
syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status
tender sah seperti ringgit dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit
kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem
ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Sebagai guru, kita perlu memilih dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti serta
kemahiran-kemahiran dalam Kemahiran Pra-vokasional yang sesuai dengan
kebolehan murid-murid khas. Semasa merancang dan melaksanakan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Pra-vokasional kepada murid-
murid berkeperluan khas, anda tidak perlulah mensasarkan terlalu banyak
objektif pengajaran bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
kerana murid-murid khas tidak mungkin dapat menguasai terlalu banyak
objektif pengajaran dalam sesuatu masa. Dengan menentukan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang sedikit, anda akan dapat memfokuskan
kepada sesuatu kemahiran dengan lebih berkesan. Selain itu, anda perlu juga
mengajar mengikut urutan bersesuaian dengan kebolehan pelajar-pelajar itu
sendiri.
8.1
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA VOKASIONAL
97
8.1.1 Kemahiran mudah kepada susah
Seperti yang anda ketahui, mengajar dan melatih murid-murid khas
memerlukan kesabaran yang tinggi. Anda harus ingat bahawa bagi mengajar
murid-murid khas, anda harus ingat untuk mengajar daripada yang mudah
kepada yang susah. Janganlah anda terus mengajar sesuatu perkara yang sukar
atau susah terus kepada murid-murid khas. Kenapa anda perlu berbuat
demikian? Tujuannya adalah untuk memudahkan murid-murid khas memahami
konsep yang hendak dipelajari sebelum beralih kepada kemahiran yang lebih
kompleks. Selalunya, guru akan menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar
dan keadaan sekeliling untuk menghasilkan satu reka cipta berdasarkan
kreativiti pelajar. Reka cipta ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru.
Sebelum mencipta sesuatu, murid perlu mengenal pasti apa yang hendak
dicipta.
Contoh kemahiran yang mudah ialah memberi pendedahan kepada bentuk asas
reka bentuk. Dalam reka bentuk, pengetahuan tentang bentuk asas sangat
penting. Terdapat pelbagai rupa bentuk yang berlainan di sekeliling kita seperti
segi empat, segi tiga, bulatan atau bujur. Ada juga objek yang berbentuk kiub,
kuboid, prisma, piramid, silinder, kon dan sfera. Banyak objek yang ada di
sekeliling kita terdiri daripada gabungan bentuk-bentuk asas geometri.
Contohnya, botol air mineral adalah gabungan daripada bentuk silinder, kuboid
dan piramid.
Dengan memberi beberapa contoh yang lain, pelajar-pelajar akan berfikir dan
cuba menghasilkan bentuk-bentuk tersebut dengan sendiri. Proses tersebut akan
menjadi sukar kerana pelajar akan menggunakan ideanya sendiri untuk
menghasilkan sesuatu bentuk. Contohnya, pengetahuan melakar bentuk-bentuk
asas akan membolehkan murid-murid membuat lakaran mencantumkan bentuk.
Cantuman bentuk-bentuk ini akan menghasilkan corak atau bentuk-bentuk objek
yang menarik jika dibuat secara kreatif. Contoh lakaran objek dengan cantuman
bentuk asas secara 2D dan secara 3D juga dapat dihasilkan oleh pelajar-pelajar.
Anda juga boleh melatih murid-murid khas dengan meminta mereka membina
objek yang dilakar dengan menggunakan bahan-bahan seperti kertas, plastik,
span dan tanah liat.
8.1.2 Kemahiran asas kepada kompleks
Pengajaran dan pembelajaran ini berpandukan kepada kemahiran mudah
kepada susah yang telah dipelajari. Murid-murid khas juga perlu didedahkan
kepada kemahiran asas kepada yang lebih kompleks. Contoh daripada aktiviti
yang telah dilakukan seperti di atas, pelajar boleh mengembangkan potensi
dirinya dengan menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna. Objek yang telah
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL
98
siap dilakar dan dibina perlu dipersembahkan untuk dinilai oleh guru dan rakan
sekelas. Setiap kumpulan harus menerangkan secara lisan maklumat yang
berkaitan dengan objek yang telah dibina. Kaedah membuat persembahan ini
dinamakan komunikasi tampak.
Antara isi kandungan komunikasi tampak yang perlu diterangkan ketika
membuat persembahan adalah nama objek, bentuk-bentuk asas yang terdapat
pada objek, bentuk lakaran objek, fungsi objek, bahan-bahan yang digunakan
untuk membina objek dan komen berkaitan projek yang telah dipersembahkan
yang diberikan oleh murid atau guru. Ahli kumpulan perlu mencatatkan segala
komen yang diberikan oleh murid dan guru. Seterusnya, pelajar juga perlu
membuat kajian sekiranya terdapat komen yang diberi itu dapat digunakan
untuk meningkatkan mutu projek. Aktiviti ini akan melatih pelajar supaya
bersikap bertanggungjawab, berani dan bersedia menerima teguran.
8.1.2 Memberi peluang murid mencuba
Murid-murid perlu diberikan peluang untuk mencuba sesuatu yang telah
dipelajari. Sifat ingin tahu kanak-kanak selalunya tinggi dan mereka ini akan
cuba membuat sesuatu untuk menarik perhatian guru-guru. Oleh itu, anda
hendaklah memberikan peluang kepada mereka untuk mencuba dan
menghasilkan sesuatu berdasarkan kreativiti masing-masing. Sebagai contoh,
kanak-kanak berkeperluan khas sangat seronok jika diberi peluang untuk
menghasilkan sesuatu barangan contohnya terdapat pelbagai jenis kotak binaan.
Antaranya ialah LEGO, Kit Fisher Teknik dan sebagainya. Kanak-kanak ini boleh
memasang model berpandukan manual yang diberi.
Manual adalah panduan tentang cara memasang, menggunakan, menyenggara
dan membaiki sesuatu produk. Manual digunakan sebagai panduan untuk
membuat pemasangan set binaan. Manual set binaan mengandungi maklumat
tentang sesuatu model. Tanpa manual, kita mungkin tidak dapat membuat
pemasangan set binaan atau model. Selain set binaan, produk lain juga
mempunyai manual.
Murid-murid anda boleh membuat aktiviti ini dalam bentuk individu atau
kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang ahli. Selepas anda
menyerahkan set binaan kepada murid, anda hendaklah mengingatkan mereka
untuk memeriksa kandungan komponen set binaan. Pastikan manual
pemasangan terkandung di dalamnya. Ahli kumpulan hendaklah mengenal
pasti komponen set binaan yang diperlukan. Arahkan mereka untuk pasangkan
komponen mengikut manual yang diberikan. Kemudian uji model yang telah
dibina dan terangkan fungsi set binaan di hadapan kelas. Setelah selesai, anda
ingatkan mereka untuk mengemas tempat kerja serta membuka komponen
binaan dan menyimpannya semula ke dalam bekasnya.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA VOKASIONAL
99
MENYEDIAKAN LANGKAH KESELAMATAN

Seterusnya kita melihat pula persediaan langkah-langkah keselamatan bagi
murid-murid anda. Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem
pengurusan bengkel. Dalam sistem ini murid akan menjalankan tugas mereka
dalam kumpulan secara bergilir-gilir.
Apakah langkah keselamatan yang perlu dipraktikkan? Mari kita lihat di bawah
ini.
8.2.1 Langkah-Langkah Keselamatan
Amalan 4M dipraktikkan di dalam bengkel bagi memupuk semangat
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan murid. Amalan 4M adalah
seperti yang dapat anda lihat dalam Jadual 8.1.


Jadual 8.1: Amalan 4M

No. Amalan Penerangan
1 Membersih Kebersihan dari segi fizikal dan mental.
2 Menyusun
atur
Alatan dan bahan hendaklah disusun di tempat yang telah
ditetapkan.
3 Menilai Penilaian diri mengenai mutu kerja dan proses kerja.
4 Mendisiplin Sentiasa mempraktikkan peraturan keselamatan.
8.2.2 Peraturan Keselamatan Diri
Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi untuk menjaga keselamatan
diri. Mari kita senarainya di bawah ini.
(a) Berbaju lengan pendek atau melipat baju yang berlengan panjang.
8.2
AKTIVITI 8.1
Dalam usaha mengajar kemahiran pra-vokasional kepada pelajar
pendidikan khas, seorang guru perlu melengkapi beberapa kemahiran dan
perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu. Dalam kumpulan anda,
bincangkan dan senaraikan kemahiran-kemahiran dan ciri-ciri tersebut.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL
100
(b) Menanggalkan tali leher dan memasukkannya ke dalam baju.
(c) Memakai kasut untuk mengelakkan kemalangan.
(d) Menggunakan pelindung mata dalam kerja-kerja tertentu.
(e) Memakai apron jika perlu.
(f) Mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin.
(g) Mengikut arahan guru semasa berada di dalam bengkel.
(h) Berambut pendek dan mengikat rambut yang panjang.
8.2.3 Aspek Keselamatan dan Penggunaan Elektrik
Apabila menggunakan peralatan atau perkakas elektrik, perkara-perkara berikut
haruslah dipatuhi bagi menjamin keselamatan:
(a) Memastikan alatan elektrik dibumikan dengan betul
(b) Memastikan suis elektrik dimatikan apabila menukar mentol atau
mencabut plag
(c) Tidak mencuba membaiki sendiri peralatan elektrik
(d) Tidak menyentuh wayar elektrik yang terdedah
(e) Tidak menggunakan sesuatu alatan elektrik jika didapati penebat
wayarnya telah rosak
(f) Tidak mengendalikan peralatan elektrik dengan tangan yang basah
(g) Tidak meletakkan terlalu banyak beban pada satu soket elektrik
(h) Memastikan tamatan plag adalah betul apabila membuat pendawaian plag
(i) Sekiranya berlaku kejutan elektrik suis utama mestilah dimatikan dengan
serta-merta
(j) Tidak menarik mangsa kejutan elektrik dengan tangan sebaliknya asingkan
mangsa dengan bahan kering atau bahan bukan logam
8.2.4 Peraturan Penggunaan Alatan
Beberapa peraturan penggunaan alatan adalah seperti berikut:
(a) Menggunakan alatan tangan mengikut kegunaan yang betul
(b) Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan
(c) Menyimpan semua alatan dan bahan di tempat asalnya
(d) Menyimpan bahan yang mudah terbakar di tempat yang selamat
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA VOKASIONAL
101
(e) Memastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang
baik
8.2.4 Kotak Pertolongan Cemas
Rajah 8.2: Kotak pertolongan perlu diletakkan di tempat yang selamat
Anda perlu ingat yang kotak pertolongan cemas perlu disediakan di bengkel,
tempat kediaman, dalam kenderaan dan tempat-tempat lain yang didapati
sesuai. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2, kotak pertolongan cemas juga
perlu diletakkan di tempat yang selamat dan jauh dari kanak-kanak.
Kotak pertolongan cemas lazimnya mengandungi:
(a) Iodin
(b) Ubat antiseptik
(c) Kapas
(d) Gunting
(e) Plaster
(f) Pin
(g) Pembalut luka
AKTIVITI 8.2
Dalam kumpulan anda, bincangkan langkah-langkah keselamatan yang
perlu diambil oleh guru semasa mengajar kemahiran pra-vokasional
kepada pelajar pendidikan khas di bengkel pra-vokasional.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL
102
MENILAI KANDUNGAN PRA-VOKASIONAL
YANG SESUAI
Mata pelajaran pra-vokasional pendidikan khas untuk murid-murid
berkeperluan khas membekalkan murid-murid dengan pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Pelaksanaan mata pelajaran ini
merupakan usaha ke arah meningkatkan kemahiran praktis dan menanam minat
pelajar dalam bidang pra-vokasional. Daya kreativiti dan kebolehan murid
berkeperluan khas perlu diberi penekanan dalam menentukan dalam
menyediakan kandungan yang sesuai bagi mata pelajaran ini. Komponen-
komponen mata pelajaran ini perlu dirancang khas untuk murid yang
mempunyai kebolehan, keupayaan dan minat menceburkan diri mempelajari
bidang pra-vokasional tertentu.
Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh, murid boleh menjalankan
latihan dan kerja praktis untuk memperkasa lagi kemahiran yang dipelajari
supaya ia dapat membantu dirinya untuk mengalami kehidupan yang sempurna
tanpa bergantung kepada orang lain.
8.3.1 Berkaitan dengan Kehidupan Seharian
Antara komponen-komponen pra-vokasional yang boleh didedahkan kepada
pelajar-pelajar berkeperluan khas adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
8.2.
Jadual 8.2: Komponen-komponen Pra-vokasional
Komponen Matlamat
Penyediaan
Makanan
Melahirkan murid yang berkemahiran dan berketerampilan
dalam aspek penyediaan dan penyajian makanan di samping
mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat sebagai
asas ke arah kerjaya.
8.3
SEMAK KENDIRI 8.2
Dalam kumpulan anda, bincangkan langkah-langkah keselamatan yang
perlu diambil oleh guru semasa mengajar kemahiran pra-vokasional
kepada pelajar pendidikan khas di bengkel pra-vokasional.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA VOKASIONAL
103
Kraf tangan Melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam
menghasilkan projek kraf tangan asas dengan berpandukan
budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjurus ke
arah kerjaya atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja
dalam perusahaan kraf tangan.
Pertanian Melahirkan murid yang berkemahiran dan produktif.
Penekanan juga diberi kepada pengamalan budaya kerja yang
baik dan selamat serta penerapan ciri-ciri keusahawanan asas
supaya murid berkeperluan khas juga berupaya menjadi
penyumbang tenaga kerja di dalam bidang pertanian.
Perkhidmatan Melahirkan dan menyediakan murid yang berkemahiran dan
berpengetahuan serta mampu mengamalkan budaya kerja
yang baik yang akan menyediakan peluang kerja yang luas
kepada murid-murid berkeperluan khas ini.
Penyelenggaraan Melahirkan murid yang berketerampilan dalam kerja asas
mekanik seperti mekanik basikal dan motosikal, kerja
menerap bata, melepa, kerja kayu dan perpaipan dengan
mengamalkan peraturan keselamatan dan budaya kerja yang
baik serta boleh berdikari dan menjadi penyumbang tenaga
kerja.
Asas Ketukangan Melahirkan murid yang berkebolehan dalam kerja
pertukangan, mematuhi dan sentiasa mengamalkan langkah
keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Murid dapat dilatih
menjalankan kerja-kerja ketukangan yang ringan seperti
membaiki meja dan kerusi paku memaku dan lain-lain.
Kerja Paip Membolehkan murid mempelajari dan mempraktikkan kerja-
kerja ringan yang berkaitan pemasangan dan
penyelenggaraan paip di rumah dan tempat kerja serta
belajar mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan
menguruskan kerja dengan berkesan.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL
104
8.3.2 Dapat dilakukan Tanpa Bantuan Orang Lain
Dalam usaha mengajar dan mendedahkan pelajar berkeperluan khas
mempelajari dan menguasai mata pelajaran pra-vokasional, anda perlu
memastikan bahawa kemahiran yang dipelajari oleh murid berkeperluan khas
akan membolehkannya melakukan aktiviti atau kerja tanpa bantuan orang lain.
Di antara penekanan aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan secara berdikari bagi
beberapa komponen mata pelajaran pra-vokasional adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 8.3.
Jadual 8.3: Aktiviti-aktiviti yang Boleh Dilakukan Bagi beberapa Komponen Mata
Pelajaran Pra-vokasional
Komponen Aktiviti
Penyediaan Makanan Menyedia, memasak serta menghidangkan sarapan pagi,
minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan
malam.
Kraf tangan Dapat melakukan kerja-kerja melipat, menggulung,
menggunting, mencarik, menggubah bahan-bahan
berasaskan kertas.
Menghasilkan sesuatu hasilan yang sesuai sebagai hiasan.
Melibatkan proses mengumpul helaian kertas tunggal atau
kertas lipatan menjadi jilid buku.
Memproses dan mengeringkan bunga untuk menghasilkan
kraf tangan yang sesuai.
Pertanian Menyediakan bahan dan peralatan perkebunan.
Menyediakan tapak semaian.
Memilih benih dan menanam.
Menjaga tanaman yang diusahakan dengan betul.
Menjaga pemakanan dan kebersihan haiwan peliharaan.
Memungut dan menjual hasil.
Perkhidmatan Melaksanakan kemahiran asas dalam bidang perkhidmatan
seperti organisasi tempat kerja, pembantu stor, mencuci kereta,
atendan bilik, mendobi, solekan dan dandanan rambut.
Penyelenggaraan Menyelenggara basikal.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA VOKASIONAL
105
Menservis sistem enjin motosikal satu silinder.
Menservis sistem elektrik motosikal.
Asas Ketukangan Membina tembok.
Membina tiang bata.
Melepa tiang dan tembok.
Membina projek asas kerja kayu.
Kerja Paip Penyambungan paip.
Kerja penyelenggaraan paip.
8.3.3 Dapat meningkatkan fungsi dan kecekapan
Mata pelajaran pra-vokasional dapat melatih seorang pelajar berkeperluan khas
berdikari dan juga mereka dapat meneruskan kehidupan dalam masyarakat tanpa
bergantung kepada orang lain. Terdapat enam fungsi dan kecekapan yang boleh
diperoleh melalui penguasaan sesuatu kemahiran mata pelajaran pra-vokasional.
Fungsi mata pelajaran pra-vokasional adalah seperti berikut:
(a) Peningkatan kendiri
(b) Pengenalan alam perniagaan
(c) Mempelajari asas keusahawanan
(d) Peluang kerjaya dalam bidang berkenaan
(e) Mempelajari peraturan, etika dan budaya kerja
(f) Mengamalkan pemeliharaan alam sekitar dan alam semula jadi
8.3.4 Dapat memberikan hasil / pulangan
Bidang pembelajaran ini membolehkan murid memperoleh hasil atau memperoleh
pemulangan daripada amalan dan pelaksanaan kemahiran yang dipelajari dan
dikuasai. Antara aspek-aspek yang dapat membantu pemerolehan hasil adalah
seperti berikut:
Mengadakan pameran dan promosi hasilan produk
Menjual hasilan produk secara sendiri atau melalui ejen jualan
Membuka gerai jualan yang sementara atau kekal di arked-arked jualan dan
pusat-pusat membeli-belah
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA-VOKASIONAL
106
Mengiklankan perkhidmatan yang ditawarkan
Mengadakan roadshow di pusat-pusat jualan, pusat-pusat membeli-belah
berkenaan perkhidmatan yang disediakan seperti masakan, dandanan dan
hasil kraf tangan
Menyertai Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk mengembangkan lagi potensi
penghasilan produk atau perkhidmatan
Memperoleh kontrak-kontrak kecil daripada jabatan-jabatan kerajaan dan
agensi-agensi bukan kerajaan
Memperoleh lesen perniagaan
Memperoleh lesen kontraktor
Kemahiran pra-vokasional merupakan mata pelajaran yang bertujuan untuk
mengembangkan keupayaan murid-murid khas dalam bidang-bidang
tertentu.
Kanak-kanak berkeperluan khas digalakkan membuat hasil kerja secara
berkumpulan.
Murid-murid pendidikan khas perlu dilatih dan diajar supaya mereka juga
dapat memainkan peranan mereka dalam usaha menghasilkan sesuatu reka
cipta berdasarkan kreativiti masing-masing.
Keupayaan yang terpendam dalam diri murid-murid khas perlu dilatih
supaya dapat digunakan untuk memenuhi keperluan mereka dan
melaksanakan tugas-tugas harian.
Guru pendidikan khas perlu memainkan peranan penting dalam
menentukan murid khas mengaplikasikan kemahiran pra-vokasional dalam
kehidupan seharian.
TOPIK 8 KEMAHIRAN PRA VOKASIONAL
107
Berdikari
Kemahiran Pra-vokasional
Kiub
Komunikasi Tampak
Kreativiti
Manual
Menyelenggara
Piramid
Prisma
Reka bentuk
Reka cipta
Silinder
Friend, M. (2005). Special Education: Contemporary Perspectives For School
Professionals. Boston: Pearson Education, Inc.
Gargiulo, R. (2003). Special Education In Contemporary Society: An
Introduction To Exceptionality. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson
Learning.
Hallahan, D. & Kauffman (2003). Exceptional Children: Introduction To
Special Education. Boston: Allyn and Bacon.
Heward, W. (2003). Exceptional Children: An Introduction To Special
Education. Upper Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.
Rosli Ibrahim, Salomah Ahmad (2006) Ulangkaji Total Kemahiran Hidup
Tahun 4,5,6. Petaling Jaya: Sasbadi.