Anda di halaman 1dari 18

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan
sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Prinsip-prinsip pertolongan cemas:

1. Menyelamatakan nyawa
2. Mengurangkan kesakitan
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:


1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.

4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:


1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
 

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat
panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:

5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]


6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar. [R]

7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]

8. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
9. Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR
[Cardio Pulmponary Resuscitation].
 

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas


Luka/Pendarahan

1.    Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti
[darah membeku]
2.    Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas
kawasan yang luka
3.    Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan
otak. Praktikkan teknik RICE.
4.    Tenangkan mangsa.
5.    Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan

Tanda-tanda:

10. maklumat dari mangsa


11. mangsa sakit dengan tiba-tiba
12. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
13. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
 

Rawatan:
1.    Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-
tanda sawan.  JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
2.    Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
3.    Segera hubungi hospital
4.    Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut

Tanda-tanda:

14. badan berpeluh


15. pucat
16. rasa nak pengsan
17. resah
18. nafas kerap tapi tipis
19. kadar nadi bertambah tapi lemah

Rawatan

20. Baringkan mangsa


21. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
22. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
23. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki
ditinggikan
24. Selimutkan jika suhu badan menurun
25. Segera hantar ke hospital
 

Terbakar

Klasifikasi terbakar
1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja
        a. Kemerah-merahan atau hilang warna
        b. bengkak sedikit dan rasa sakit
        c. cepat sembuh

2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf


        a. merah
        b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
        c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
        d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3.    Third Degree


        a. kerosakan tisu lebih dalam
        b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
        c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Important!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10%
permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan

26. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk


27. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
28. baringkan mangsa
29. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
30. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
31. hantar segera ke hospital

Melecur

Rawatan

32. sejukkan dengan air sejuk


33. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
34. rawat seperti mangsa terbakar

Kejutan Elektrik

35. putuskan hubungan elektrik


36. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
37. rawat bagi terbakar jika ada

Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta
lutut.

Rawatan:   RICE

38. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]


39. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
40. Balut tempat yang cedera [Compression]
41. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
42. Hantar ke hospital
Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat
benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti
dengan bengkak.

Rawatan:   RICE

Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya
di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-
tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota
tersebut.

Rawatan:
1.    Berikan rawatan renjatan.
2.    Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3.    Jangan lakukan banyak pergerakan.
4.    Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera.
5.     Hantar segera ke hospital.

Pengenalan

Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang


diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan
atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus
tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang
diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada
masa itu.

 Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan


mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan
pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut.
Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika
berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar
dijalankan.

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas


 
Matlamat Pertolongan Cemas

menyelamat nyawa
mengurangkan atau melegakan kesakitan
mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk
 

Keutamaan

Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka
pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi
rawatan.

Perhatian

Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa
menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan.

Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.

Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

 mangsa tidak sedarkan diri


 disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman jika memerlukan pembedahan

 Dapatkan bantuantelefon ambulan – 994

Asfiksia (terhenti pernafasan)

Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh
kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima
bekalan oksigen yang mencukupi.

Punca-punca asfiksia.

 Lemas
 keracunan gas dan asap yang merbahaya

 tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing
lain.

 tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak
sedarkan diri.
 disambar petir atau kilat

 terhimpit dada - runtuhan tanah

 serangan penyakit

 termakan racun

Tanda-tanda
 pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti
 bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.

 kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan asfiksia:


A - Airways (saluran Pernafasan)
 terbuka atau tersekat
 keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah
daripada mulut jika ada.

B - Breathings (pernafasan)
 Boleh bernafas atau tidak
 jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C - Circulation (peredaran darah)


 pastikan adakah denyutan nadi atau tidak
 jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation)
(pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)

Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan


 Pemulihan pernafasan mulut ke mulut
 Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
 Pemulihan pernafasan mulut ke hidung
 Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac
compression)
 Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR

Lemas di dalam air


Tindakan untuk menyelamat:
 jaga keselamatan diri
 usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu

 lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang
masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang
terikat kepada objek itu.

 anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang
baik.

Rawatan
 keluarkan air daripada perut atau paru-paru
 bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan

 mulakan bantuan pernafasan

 periksa pernafasan dan denyutan nadi

 jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia

 apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat


terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya
tidak memuaskan.

Pendarahan
Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian
luar atau dalam tubuh.

Jenis-jenis Pendarahan.

Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari.

Arteri memancut merah terang kapilari menitis merah vena meleleh perlahan merah tua

Tanda-tanda dan gejala-gejala

Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau
dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan:

 denyutan nadi bertambah cepat serta lemah


 kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh

 muka dan bibir kelihatan pucat


 pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap

 mangsa berasa pening, pitam dan pengsan

 mangsa mungkin merasa dahaga

 berasa resah dan gelisah

 pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan

Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah


 angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan
menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.

Cara-cara menghentikan pendarahan

Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure)


 Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek
atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas
dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada
mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan
pelapik tambahan dan balut sekali lagi.

Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)

 Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau
dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh
gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point).
Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang
dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.
 
 
Kecederaan Otot, sendi dan ligamen
Terseliuh
Tanda-tanda dan gejala
 rasa kesakitan pada sendi itu
 bengkak

 lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera rawatan

 letak beg ais pada sendi yang cedera

 tinggikan bahagian yang tercedera

 letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa

 ampu bahagian yang tercedera


 hantar ke hospital jika keadaan memerlukan

 Terkehel

Tanda-tanda dan gejala

 rasa amat kesakitan pada sendi


 berubah kedudukan sendi

 berubah rupa

 bengkak

 lebam

rawatan
 jangan betulkan tulang yang terkehel
 anggota yang cedera tidak boleh digerakkan

 letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa

 ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.

Kejang Otot (cramp)

Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot
tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh

a. kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair


dalam tubuh
b. sejuk kerana berenang

Rawatan:

Memanjangkan otot-otot yang kejang

 tangan - luruskan jari-jari dengan cermat


 jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan
¼ sudu the garam dengan satu gelas air

Gigitan dan Sengatan:


Gigitan ular
Tanda-tanda dan gejala

 bengkak dan lebam di bahagian yang digigit


 rasa kesakitan

 mangsa sukar bernafas dan bercakap

 renjatan (shock)

Rawatan

 Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu.


 baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang

 jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan

 bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan

 ikat dengan ikatan ‘tourniquet’ atau ikatan yang erat di sebelah atas gigitan

 longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit

 balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat

 letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang

 hantar ke hospital jika perlu

Keselamatan Diri
Punca Kemalangan
 kelalaian dan kecuaian
 kurang pengetahuan

 kepenatan

Keselamatan di air
 mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan
 jangan berenang secara bersendirian

 hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja

 mematuhi arahan dan peraturan yang ada

 tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan

 menyedari kemampuan diri untuk berenang


 berenang dalam jarak yang selamat

 meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan

 jika dibawa aurs jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus.
Berenang selari dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke
arah pantai

Peti Pertolongan Cemas:


Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan
 plaster - berbagai saiz dan bentuk
 dreassing sterill - berbagai siaz

 kapas

 kasa sterill serta swab kasa

 dressing khas untuk kes terbakar

 bandage 3 segi

 bandage crepe penggulung

 pita lekat

 pad mata

 termometer

 gunting hujung tumpul

 penyepit

 pin penyelamat

 kertas tisu

 losyen antiseptik

 losyen kalamin

 beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan

 lampu suluh

 pensil dan kertas


Sumber bantuan kecemasan
polis
bomba
hospital
klinik
pasukan sukarela
penduduk setempat

POLITEKNIK TUANKU SYED


SIRAJUDDIN

(POLIBRIGED R1001)
ASSIGNMENT
PERTOLONGAN CEMAS

NAMA: BANU A/P RAWINDRAN


NO.PEND: 18DIP09F1075

POLITEKNIK TUANKU SYED


SIRAJUDDIN

(POLIBRIGED R1001)
ASSIGNMENT
KAYAK
NAMA: BANU A/P RAWINDRAN
NO.PEND: 18DIP09F1075

JENIS-JENIS KAYAK

Di zaman ini terdapat terlalu banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Walaupun
begitu, pengeluar-pengeluar ini masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut
aktivitinya. Di sini saya cuba paparkan beberapa jenis gambar kayak hasil kefahaman
saya.

1) Kayak jenis Creek Boat


Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang
kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi
dan mudah untuk dikendalikan.

2) Kayak jenis Polo

Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini
hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper
ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini
juga dinukan oleh pemain polo berkayak.

3) Kayak jenis inflatable

Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini
mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum
digunakan.

4) Kayak jenis Squirt

Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan
catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya
boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal
yang demikian ia mampu menyelam.

5) Kayak jenis Sprint

Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah
kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan
pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.

6) Kayak jenis Slalom

Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz
pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang.
Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh
hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi.

7) Kayak jenis Downriver.

Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan
deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di
pagar slalom

8) Kayak Sea

Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa
mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk
navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi
menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula
terdapat alat kemudi.

9) Kayak Sit on Top

Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar
untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak
ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubang-
lubang khas untuk menghindarkan takungan.
Posted by WORLD OF SPORTS at 6:33 PM

Anda mungkin juga menyukai