SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH
LANDSKAP DAN NURSERI
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2002
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu
cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
1
PENDAHULUAN
Landskap dan Nurseri ialah satu daripada mata pelajaran elektif
vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini
menguasai kemahiran asas menghasilkan anak benih tumbuhan
hiasan, menyenggara nurseri tumbuhan hiasan dan merancang serta
membina landskap dengan menggunakan teknologi semasa. Landskap
dan Nurseri adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian
Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan
menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam bidang
teknologi pertanian serta memenuhi hasrat negara untuk mewujudkan
Negara dalam Taman.
Dalam mata pelajaran ini, murid terlibat dalam kerja amali di tapak
nurseri dan di kawasan perlandskapan. Mereka perlu merancang,
membina dan menyenggara nurseri dan kawasan landskap. Di antara
kemahiran yang dikuasai oleh murid ialah mengenal pasti tumbuhan
hiasan yang digunakan dalam industri landskap; melakukan
pembiakan tumbuhan; merancang; melukis pelan dan mereka bentuk
landskap; membina landskap lembut dan kejur; menyenggara kawasan
landskap; dan mengurus perniagaan yang berkaitan.
Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai
kecenderongan dan minat untuk berkecimpung dalam bidang
landskap dan nurseri. Prospek kerjaya yang boleh diceburi oleh murid
lepasan sekolah termasuklah menjalankan perusahaan atau bekerja
di nurseri. Mereka juga boleh menawarkan perkhidmatan pembinaan
dan penyenggaraan landskap.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Landskap dan Nurseri adalah untuk
melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam
merancang, menghasilkan, membina dan menyenggara projek
landskap dan nurseri dengan mengamalkan budaya kerja
yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan
sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja
mahir dalam industri landskap.
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
2
OBJEKTIF
Kurikulum Landskap dan Nurseri adalah untuk membolehkan
murid:
1. Mengenal pasti jenis nurseri dan struktur dalam nurseri
serta menubuhkan nurseri
2. Mengenal pasti dan memilih tumbuhan hiasan yang
digunakan dalam industri landskap
3. Menghasilkan bahan tanaman tumbuhan hiasan
4. Memilih dan menyediakan bekas dan medium tanaman
5. Mengurus dan menyenggara nurseri dan kawasan
landskap
6. Mereka bentuk dan menghasilkan pelan landskap
7. Membina landskap lembut dan kejur
8. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi
dengan berkesan
9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.
ORGANISASI KANDUNGAN
Mata pelajaran Landskap dan Nurseri diolah dalam tiga bidang
pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran mempunyai unit
pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan
senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran ini
adalah seperti berikut :
1. Nurseri
Dalam bidang pembelajaran ini murid mengenal pasti jenis
nurseri, struktur yang terdapat dalam sesebuah nurseri,
pengelasan tumbuhan landskap, bekas tanaman dan
medium penanaman serta langkah dalam menubuhkan
sesebuah nurseri. Murid juga mempelajari kaedah
pembiakan tumbuhan, melakukan kerja penanaman dan
penyenggaraan tumbuhan di nurseri.
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
3
1.1 Pengenalan
a. Jenis nurseri
b. Struktur dalam nurseri
c. Faktor penting dalam pembinaan rumah
tumbuhan
1.2 Tumbuhan landskap
a. Pokok naungan
b. Pokok renek
c. Tanaman penutup bumi dan rumput turf
d. Pokok palma
e. Tanaman hiasan dalaman
f. Tanaman semusim
g. Orkid
h. Tumbuhan memanjat dan menjalar
i. Pokok kaktus dan tumbuhan lendair
j. Tumbuh-tumbuhan lain
1.3 Pembiakan tumbuhan
a. Pembiakan seks
b. Pembiakan aseks
1.4 Bekas tanaman dan medium penanaman
a. Bekas tanaman
b. Medium
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
4
1.5 Penanaman dan penyenggaraan tanaman
a. Prosedur menanam
b. Penyenggaraan
1.6 Penyenggaraan tanamanPenubuhan nurseri
a. Pembinaan nurseri
b. Penyenggaraan nurseri
2. Landskap
Dalam bidang pembelajaran ini murid mereka bentuk
projek landskap lembut dan kejur. Murid membuat
analisis tapak atau kawasan yang hendak dimajukan
dengan projek landskap. Mereka dikehendaki
melaksanakan projek pembinaan landskap lembut dan
kejur serta membuat kerja penyenggaraan projek
landskap hingga berjaya.
2.1 Jenis landskap
2.2 Pemilihan tumbuhan landskap
a. Faktor pemilihan tumbuhan landskap
b. Fungsi tumbuhan dalam landskap
2.3 Proses mereka bentuk landskap
a. Inventori tapak
b. Analisis tapak
c. Pelan reka bentuk landskap
2.4 Pelaksanaan landskap
a. Pembinaan landskap lembut
b. Pembinaan landskap kejur
sukatan pelajaran landskap dan nurseri kbsm
5
2.5 Penyenggaraan kawasan landskap
a. Penyenggaraan kawasan landskap lembut
b. Penyenggaraan kawasan landskap kejur
3. Pengurusan dan Keusahawanan
Dalam bidang ini murid didedahkan kepada pengurusan
yang baik di tempat kerja. Mereka mengamalkan kemahiran
komunikasi yang berkesan dan kemahiran membuat
keputusan yang sesuai. Murid menyediakan rancangan
perniagaan dan mencari peluang perniagaan atau
perusahaan dalam bidang nurseri dan landskap.
3.1 Pengurusan di tempat kerja
a. Pengurusan yang baik
b. Etika dan budaya kerja
c. Peraturan dan undang-undang kerja
d. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri
landskap