P. 1
KERTAS CADANGAN LAWATAN SAINS KE PULAU PINANG

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAINS KE PULAU PINANG

|Views: 5,775|Likes:
Dipublikasikan oleh api-19734902

More info:

Published by: api-19734902 on Nov 27, 2009
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/12/2014

pdf

text

original

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI KELAS RANCANGAN KHAS KE PULAU PINANG

Tarikh : 22 hingga 24 Ogos 2005 Hari : Isnin - Rabu Destinasi: 1. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 2. Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman, P.Pinang 3. Japan-Malaysia Technology Institute

Disediakan oleh:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN

LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI KELAS RANCANGAN KHAS SMART
1.0. PENGENALAN

Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan. Bersempena dengan Karnival Sains & Teknologi Peringkat Kebangsaan tahun 2005 ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMART bercadang untuk menganjurkan ini. Muridmurid juga akan dibawa melawat ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Pulau Pinang iaitu Universiti Sains Malaysia dan sebuah IPTS iaitu Japan Malaysia Technology Institute bagi mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di kampus agar menjadi perangsang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi selepas selesai persekolahan nanti. 2.0. MATLAMAT

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dan menanam minat terhadap Sains & Teknologi yang menjadi fokus utama pendidikan masa kini. 3.0. OBJEKTIF 3.1. Murid-murid dapat pendedahan tentang suasana pembelajaran di IPTA & IPTS (USM & JMTI) 3.2. Menanam minat pelajar terhadap bidang Sains & Teknologi. 3.3. Mendedahkan kepada pelajar tentang bidang kerjaya Sains dan Teknologi 4.0. SASARAN

Pelajar Kelas Rancangan Khas SMART Tingkatan 1 hingga 3 seramai 40 orang. 5.0. JANGKAMASA

Program ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula 22hb. Ogos 2005 hingga 24hb. Ogos 2005. 6.0. KAEDAH PELAKSANAAN 6.1. 6.2. Lawatan Dialog

7.0. JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 : Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat (Pengetua SMART) : En. Mohd. Radzi Bin Ismail (P.K Pentadbiran SMART) : Pn. Samsiah Bt. Raji (P.K HEM SMART) : En. Amin Zaki Bin Mohd. Yusuf (P.K Ko-Kurikulum SMART)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad (Guru Bimbingan & Kaunseling) Encik Ahmad Puad Bin Esa (Guru Bimbingan & Kaunseling) Ahli Jawatankuasa : 1. Cik Ong Peck Ing 2. En. Mohd. Nasir Bin Mohd. Dani 8.0. KEWANGAN

Anggaran Pendapatan Yuran Penyertaan Pelajar RM40.00 x 40orang Peruntukan Bimbingan & Kaunseling Anggaran Perbelanjaan Sewa Bas Makan & Minum @ 40 orang x RM9 x 2 hari Penginapan @ 40 orang x RM5 x 2 mlm Cenderamata JUMLAH RM1400.00 RM 720.00 RM 400.00 RM 80.00 --------------RM2600.00 --------------RM1600.00 RM 1000.00

9.0.

TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI 22/8/2005 ISNIN

MASA

AKTIVITI

7.00 pagi 11.00 tgh 11.30 pg 2.00 ptg 4.00 ptg 6.30 ptg 9.00 mlm 8.00 pagi 2.00ptg 3.30 petang 5.00 petang 7.00 ptg 9.00 mlm

Bertolak Ke Pulau Pinang Tiba di Pulau Pinang Lawatan ke USM Bertolak ke tempat penginapan (S.K Pendidikan Khas, P.P) Bersiar-siar di Pulau Pinang Bertolak ke tempat penginapan Rumusan Lawatan 1 Lawatan ke Karnival Sains & Teknologi di SM. Teknik Tunku Abdul Rahman Lawatan ke JMTI Bertolak ke tempat penginapan Bersiar-siar di Pulau Pinang Bertolak ke tempat penginapan Rumusan Lawatan 2 Bertolak ke Bukit Merah Laketown Tiba di Bukit Merah Laketown Bertolak pulang ke Teluk Intan Tiba di SMART

23/8/2005 SELASA

24/8/2005 RABU

8.00 pagi 9.30 pagi 3.00 petang 6.00 petang

10.0. PENUTUP Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat menjadikan SMART sekolah Harapan Negara menjelang 2008. Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan sumbangan dan kerjasama.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami :SMART.UBK.02/02/05 (15)

Tarikh

: 25 JULAI 2005

Pegawai Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang (U.P : ) Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke IPTA iaitu Universiti Sains Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar kami tentang kursus-kursus yang ditawarkan di USM serta mendedahkan kepada pelajar kami suasana pembelajaran di kampus. 2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 22hb. Ogos 2005/ 11.30pagi 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang 3. Kami berharap agar pihak tuan dapat menjelaskan kepada pelajar-pelajar kami mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi tuan beserta dengan syarat kemasukan ke kursus-kursus berkenaan. 4. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai pendidikan menengah mereka kelak. Untuk itu, sebarang maklumat yang pihak tuan ingin sampaikan berkenaan dengan lawatan tersebut bolehlah menghubungi pegawai kami Encik Roshaimmi Bin Mohamad (012-5563257). 5. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

…………………………………........

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/05 (16)

Tarikh

: 25 JULAI 2005

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Pentadbiran), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Negeri Pulau Pinang, 11800 Pulau Pinang, Tuan, LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE WISMA NEGERI PULAU PINANG Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke Wisma Kerajaan Negeri. Tujuan lawatan ini adalah mendedahkan kepada pelajar kami tempat berlangsungnya sidang dewan rakyat dan mengenali dengan lebih dekat lagi struktur jentera pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman. 2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 23hb. Ogos 2005/ 9.00pagi 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang 3. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan pelajar-pelajar kami . 4. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

…………………………………...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/05 (19)

Tarikh

: 29 JULAI 2005

Guru Besar, S.K. Pendidikan Khas, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Tuan, PERMOHONAN PENGINAPAN DI ASRAMA SEKOLAH

Saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sehubungan itu, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang sempena Karnival Sains & Teknologi Kebangsaan di Pulau Pinang.
Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 22hb. Ogos 2005 hingga 24hb. Ogos 2005 (2 malam) 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang ( Lelaki : 20 , Perempuan : 20) 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang (Lelaki : 2, Perempuan : 2) 3. Kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk menyediakan penginapan untuk peserta kami seperti bilangan di atas. Sebarang pertanyaan mengenai lawatan tersebut, pihak tuan boleh hubungi pegawai kami, Encik Roshaimmi Bin Mohamad (012-5563257) 4. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………….....

R.1

UNDANG-UNDANG LAWATAN SEKOLAH 1957 1. 2. 3. 4. Nama Nama Nama Nama Sekolah Pengetua Sekolah Guru yang Mengetuai Guru-guru Pembantu : SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, 36000 TELUK INTAN : TN. HJ. MAT NOH BIN SUPAAT : EN. ROSHAIMMI BIN MOHAMAD a. EN. AHMAD PUAD BIN ESA b. EN. MOHD. NASIR BIN MOHD. DANI c. CIK ONG PECK ING : LAWATAN SAINS & TEKNOLOGI : BAS SEKOLAH : USM PULAU PINANG, JMTI DAN KARNIVAL SAINS KEBANGSAAN DI SM. TEKNIK TUNKU ABDUL RAHMAN, DAN BUKIT MERAH LAKETOWN. Tarikh Dari/Hingga 22 OGOS 2005/11.30 pagi 23 OGOS 2005/ 9.00Pg 23 OGOS 2005/2.00ptg 24 OGOS 2005/ 9.00pagi Nama dan Alamat Tempat Bermalam S.K. Pendidikan Khas, Tanjung Bungah, P.Pinang.

5. Tujuan Lawatan 6. Jenis Kenderaan 7. Tempat-tempat lawatan

Nama Tempat /Masa UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SM. TEKNIK, TUNKU ABDUL RAHMAN JMTI, JURU BUKIT MERAH LAKETOWN

8. Nama dan Alamat Guru yang dibenarkan memungut dan menggunakan wang: Nama Guru : EN. ROSHAIMMI BIN MOHAMAD No. Kad Pengenalan : 710408-12-5031 Umur : 34 Alamat : SMK. Abdul Rahman Talib, 36000 Teluk Intan, Perak. 9. Sumber Kewangan Kutipan dari murid seramai 40 orang Setiap seorang murid sebanyak RM40.00 x 40 Peruntukan Bimb.& Kaunseling Kutipan dari guru : Anggaran Perbelanjaan Sewa bas selama 3 hari 2 malam Lain-lain (Makan,minum, penginapan) 10. Kenderaan yang digunakan : a. Bas No. : WCS 292 = RM1400.00 = RM1200.00

= RM1600.00 = RM 1000.00

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB JALAN CHANGKAT JONG 36000 TELUK INTAN PERAK TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami :SMART.UBK.02/02/05 (15)

Tarikh
Japan-Malaysian Technology Institute, Juru Pulau Pinang (U.P : ) Tuan,

: 25 JULAI 2005

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke IPTS iaitu JapanMalaysian Technology Institute Pulau Pinang. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar kami tentang kursus-kursus yang ditawarkan di JMTI serta mendedahkan kepada pelajar kami suasana pembelajaran di IPTS. 2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: 2.1. Tarikh/Masa : 23hb. Ogos 2005/ 9.00pagi 2.2. Bilangan pelajar : 40 orang 2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang 3. Kami berharap agar pihak tuan dapat menjelaskan kepada pelajar-pelajar kami mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi tuan beserta dengan syarat kemasukan ke kursus-kursus berkenaan. 4. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut demi menambah pengetahuan pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran selepas selesai pendidikan menengah mereka kelak. Untuk itu, sebarang maklumat yang pihak tuan ingin sampaikan berkenaan dengan lawatan tersebut bolehlah menghubungi pegawai kami Encik Roshaimmi Bin Mohamad (012-5563257). 5. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

…………………………………........

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->