Anda di halaman 1dari 4

POTENSI DAN MOTIVASI DIRI

MASA 2 jam

PENGENALAN Manusia dijadikan Tuhan dengan sebaik-baik kejadian. Ia


dilahirkan seperti seorang JAGUH. Namun begitu potensi diri
anugerah Tuhan itu akan terpendam dan seterusnya luput jika
tidak diketahui dan digunakan dengan sepenuhnya.

OBJEKTIF Setelah menjalankan aktiviti ini murid-murid akan dapat:


1. memahami maksud potensi diri.
2. mengenali potensi yang ada pada diri mereka.
3. mengenalpasti perkara-perkara yang dianggap sebagai
peluang atau pendorong untuk mengembangkan potensi
diri bagi meningkatkan prestasi mereka.

BAHAN Bahan aktiviti Bingo (Lampiran 1)


Borang aktiviti klasifikasi potensi diri (Lampiran 2)
Borang Potensi Diri (Lampiran 3)
Bahan (Disket) cermah/rumusan Potensi dan Motivasi Diri

AKTIVITI Mengandungi lima aktiviti seperti berikut:


1. Saya dan Rakan Baru
2. Bingo
3. Klasifikasi Potensi Diri
4. Mengenali Potensi Diri
5. Rumusan / Ceramah Potensi dan Motivasi Diri

1
AKTIVITI 1 : SAYA DAN RAKAN BARU

MASA : 15 minit
ALATAN : Tiada

LANGKAH-LANGKAH:

1. Semua ahli duduk dalam bentuk bulatan yang kemas.


2. Fasilitator memberi kata-kata aluan dan memperkenalkan diri.
3. Fasilitator minta setiap ahli memperkenalkan diri masing-masing seorang
demi seorang sehingga semua ahli terlibat, mengikut sususan jam atau
sebaliknya atau mengikut apa cara giliran sekalipun.
Contoh: Nama saya Rohani bin Husain. Panggil saya Ani.
4. Fasilitator minta semua ahli dapat mengingat nama-nama dan mengenali
ahli-ahli kelompok.
5. Seterusnya fasilitator membincangkan peraturan kelompok seperti;
- penglibatan yang aktif
- menghormati ahli-ahli lain
- ketepatan masa
- dan sebagainya yang sesuai.

AKTIVITI 2 : BINGO

MASA : 25 minit
ALATAN : Bahan aktiviti Bingo (Lampiran 1)

LANGKAH-LANGKAH:

1. Fasilitator mengedarkan bahan aktiviti Bingo kepada semua ahli.


2. Fasilitator memberi penerangan bagaimana aktiviti Bingo ini dijalankan.
3. Fasilitator memberi masa 10 minit untuk ahli-ahli mencari nama rakan-
rakan yang bersesuaian dengan pernyataan-pernyataan tersebut.
4. Fasilitator memaklumkan hanya ahli yang sudah menyiapkan semua
aktiviti itu dibenarkan duduk.

PROSES:

Fasilitator meminta maklumbalas ahli-ahli terlebih dahulu berkenaan


aktiviti itu. Kemudian menjelaskan kepada ahli-ahli mengenai bagaimana tingkah
laku serta usaha dan kemampuan mereka berinteraksi untuk menyiapkan
tugasan tersebut. Apakah faktor pendorong tersebut? Bincangkan.

2
AKTIVITI 3 : KLASIFIKASI POTENSI DIRI

MASA : 20 minit
ALATAN : Borang Klasifikasi Potensi Diri (Lampiran 2)

LANGKAH-LANGKAH:

1. Fasilitator mengedarkan borang Klasifikasi Potensi Diri kepada semua ahli.


2. Fasilitator memberi penerangan bagaimana aktiviti ini dijalankan.
3. Ahli-ahli diminta menyusun pernyataan-pernyataan yang telah digunakan
dalam aktiviti Bingo tadi ke dalam kotak-kotak klasifikasi potensi diri,
dengan betul. Masa yang diberikan 5 minit.
4. Fasilitator meminta ahli-ahli berpasangan dan bertukar kertas aktiviti
dengan pasangan masing-masing. Minta mereka bincang jawapannya.
5. Fasilitator mengajak ahli-ahli membincang jawapannya.
6. Kemudian fasilitator mengajak pula ahli-ahli membincangkan potensi-
potensi tersebut dan kaitkan dengan diri sendiri.

PROSES:

Adalah penting setiap orang mengetahui dan memahami apa itu potensi
diri supaya dia dapat mengenali dirinya sendiri.

AKTIVITI 4 : MENGENALI POTENSI DIRI

MASA : 30 minit
ALATAN : Borang Mengenali Potensi Diri (Lampiran 3)

LANGKAH-LANGKAH:

1. Fasilitator mengedarkan borang Mengenali Potensi Diri kepada semua ahli.


2. Fasilitator memberi penerangan bagaimana aktiviti ini dijalankan.
3. Ahli-ahli diminta duduk dengan relaks sambil menariik nafas panjang.
Pejamkan mata rapat-rapat dan cuba fokuskan fikiran sepenuhnya kepada
diri sendiri.
(Suara fasilitator perlu lembut nadanya, jelas dan perlahan tutur katanya).
Bayangkan segala kekuatan diri seperti bakat……kemudian bayangkan
kejayaan-kejayaan dalam bidang bakat masing-masing. Tahniah atas
kehebatan anda itu.
Bayangkan segala kekuatan diri seperti kehebatan otak……kemudian
bayangkan kejayaan-kejayaan kehebatan otak khususnya kecemerlangan

3
akademik. Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda itu.
Bayangkan segala kekuatan diri seperti kepemimpinan……kemudian
bayangkan ciri-ciri kepemimpinan yang menonjol dalam diri anda.
Gilapkan kepemimpinan anda.
Bayangkan segala kekuatan diri dari segi fizikal……kemudian bayangkan
kejayaan-kejayaan dalam telah dicapai dalam aktiviti kokurikulum.
Tahniah. Anda sememangnya hebat. Anda JUARA.
Tarik nafas perlahan-lahan (ulang 3 kali) dan bukalah mata anda.
4. Fasilitator meminta ahli-ahli menulis potensi diri masing-masing seperti
mana yang difikirkan sebentar tadi mengikut klasifikasinya di dalam
borang tersebut.
5. Perbincangan potensi diri dibuat dengan semua ahli.

PROSES:

Setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri. Jadi setiap


ahli perlu mengenali diri masing-masing. Gilapkan potensi diri untuk membaiki
kelemahan yang ada supaya kecemerlangan sentiasa tercipta.

AKTIVITI 5 : CERAMAH / RUMUSAN POTENSI DAN


MOTIVASI DIRI

MASA : 30 minit
ALATAN : Disket Potensi dan Motivasi Diri

LANGKAH-LANGKAH:

1. Fasilitator meminta pandangan ahli-ahli tentang aktiviti-aktiviti tadi


khususnya berkaitan potensi diri.
2. Kemudian fasilitator memberi ceramah/rumusan potensi dan motivasi diri.

# Adalah digalakkan Aktiviti 5 ini dijalankan dalam kelompok masing-masing


dengan penggunaan LCD (Sebuah LCD bagi setiap kelompok).
Sekiranya LCD tidak mencukupi, bolehlah dikumpulkan semua kelompok
di dalam dewan untuk sesi rumusan/ceramah.

Anda mungkin juga menyukai