Anda di halaman 1dari 27

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

PELAJARAN 6
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Objektif:
✔ Mendedahkan kepada para pelajar konsep ibadah
dalam Islam supaya mereka memahami makna ibadah
dan bagaimana ia dapat dilaksanakan dalam kehidupan
mereka.
✔ Mendedahkan mereka keindahan ibadah dalam Islam
dan bagaimana konsep ini mampu mencipta sebuah
tamadun yang cemerlang.
✔ Mendedahkan beberapa faedah ibadah yang diperoleh
oleh hamba apabila beribadat kepada Allah S.W.T.
✔ Mendedahkan beberapa salah faham terhadap ibadah
Islam agar para pelajar menghindarinya.

149
PENGAJIAN ISLAM

150
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

KANDUNGAN

• Pendahuluan 153
• Matlamat Kejadian Manusia 154
• Hakikat Ibadah dalam Islam 155
• Salah Faham Terhadap Konsep ‘Ibadah 156
• Ruang Lingkup Ibadah dalam Islam 158
• Matlamat Ibadah dalam Islam 159
• Keistimewaan Ibadah dalam Islam 165
• Hikmah Ibadah-ibadah Islam 165
– Puasa 166
– Zakat 174
– Haji 175
• Penutup 175

151
PENGAJIAN ISLAM

152
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

PENDAHULUAN

Ibadah adalah suatu tuntutan ke atas seorang Mukmin.


Beribadah hanya kepada Allah S.W.T.adalah risalah utama
penciptaan manusia di alam mayaini. Firman Allah S.W.T.

Ertinya: “Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manu-


sia kecuali supaya mereka memperhambakan dirikepada-
Ku.”
(Surah al-Dhariyat :56)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

Er tinya: “ Wahai manusia! Sembahlah Tuhan kamu


yang telah menciptakan kamu dan menciptakan orang-
orang yang sebelum kamu mudah-mudahan kamu ber-
taqwa.”

Firman-Nya lagi:

Ertinya: “Bahaw a sembahlah Allah S.W.T. dan jauhilah


Thaghut.”
(Surah al-Nahl: 36)

Firman-Nya:

153
PENGAJIAN ISLAM

Ertinya: “Sembahlah kamu akan Allah S.W.T.Tidak ada


bagi kamu tuhan selain-Nya.”
(Surah al-A‘raf: 9)

M ATLAMA
AT T KEJ
AT ADIAN
KEJADIAN MANUSIA

Manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. dengan matlamat


yang tertentu, yang telah ditetapkan oleh penciptanya.
Matlamat itu ialah beribadah kepada Allah S.W.T.Hal ini
dinyatakan dalam surah al-Zariyaat,ayat 56 yang berert i
:
“Dan tiadalah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali
supaya mereka memperhambakan dirikepada-Ku.”
Seseorang manusia sepatutnya bertanyakan dirinya
sendiri: Kenapa aku diwujudkan? Apakah tugasku di alam
maya ini? Apakah pula visiku dalam kehidupan ini? Ia adalah
soalan yang wajib atas seorang manusia agar dia bertanya-
kan dirinya dan berfikir sejenak untuk mencarijawapannya
(al-Qardhawi 1985:11).
Seseorang manusia harus mengetahui dengan jelas ja-
wapan soalan-soalan berikut:
Soalan Pertama: Siapakah aku? Dari manakah aku datang?
Atau dalam ungkapan lain, siapakah yang
menciptakan aku?
Soalan Kedua: Apakah kesudahanku selepas kewujudan-
ku ini? Dan ke manakah aku akan pergi
selepas maut?
Soalan Ketiga: Kenapakah aku diwujudkan? Untuk apa?
Atau apakah visi kehidupanku ini?

Apabila ketiga-tiga soalan ini dapat dijawab dengan


baik, maka seseorang manusia akan mampu menjalani ke-
hidupan ini dengan baik dan jaya. Sebaliknya kegagalannya
menjawab persoalan ini akan mengakibatkannya gagal men-
jalani kehidupan ini dengan baik dan penuh berert i
.

154
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

HAKIKAT IB
AT IBAAD AH DALAM ISLAM
DAH

Makna Ibadah
Ibadah dari segi bahasa: Menurut al-Qamus (‘abada): Ke-
taatan. Menurut kamus al-Shihah: Asal-usul ‘Ubudiyyah
ialah ketundukan dan kehinaan.
Asal Ibadah: al-tazlil (penghinaan).
Ibadah dari segi istilah syara’: Menurut Syeikh Mu-
hammad Abduh ibadah ialah: Ketaatan dengan kemuncak
ketundukan. (Tafsir al-Manar: al-Fatihah)
Ibn Taimiyyah menyatakan ibadah dalam Islam itu me-
ngandungi unsur ketundukan/ ketaatan yang digabungkan
dengan unsur kecintaan. Ibadah dalam Islam mengandungi
makna kemuncak ketundukan, kemuncak ketaatan dan
kemuncak kecintaan. Beliau berkata lagi: Sesiapa yang tun-
duk kepada seseorang manusia dengan keadaan benci, dia
tidak menjadi hambanya. Begitu juga jika dia mencintai se-
suatu tanpa ketundukan kepadanya, ia juga bukan ibadah,
seumpama cinta seseorang kepada anaknya dan kawan-ka-
wannya. Oleh itu salah satu dari dua unsur tersebut (tunduk
dan cinta) tidak cukup untuk dipanggil ibadah kepada Allah
S.W.T. Seorang hamba mestilah mencintai Allah S.W.T.
mengatasi segala kecintaan yang lain. Firman Allah S.W.T. :

Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika ibu bapa


(nenek moyang) kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara
kamu (adik beradik), isteri-isteri kamu, harta-harta yang
kamu kumpulkan, perniagaan yang kamu takut kerugiannya

155
PENGAJIAN ISLAM

dan tempat kediaman yang kamu redhai terlebih kasih


kepada kamu berbanding Allah dan Rasul-Nya dan juga
jihad Fi Sabillah, maka tunggulah sehingga Allah S.W.T.
mendatangkan titah perintah-Nya.”
(Surah al-Taubah: 24)

SALAH FAHAM TERHADAP KONSEP ‘IBADAH

Terdapat dua golongan yang salah faham atau salah tanggap


tentang konsep ibadah Islam yang sebenar. Ada golongan
yang hanya menganggap ibadah dan ubudiyyah itu tercapai
dengan hanya unsur kecintaan, manakala golongan lain
menganggap ia tercapai hanya dengan unsur ketundukan
dan ketakutan semata-mata tanpa sebarang cinta.
Golongan Pertama: Melampaui had dalam mendakwa
mencintai Allah S.W.T., sehingga mendorongnya melaku-
kan sesuatu yang terkeluar daripada garisan makna ibadah,
dan memasukkan manusia dalam lingkungan Rububiyyah
(ketuhanan) yang tidak layak bagi manusia. Ada yang men-
dakwa melebihi batasan anbiya dan para Rasul, seperti men-
dakwa sesuatu yang tidak layak bagi hak ketuhanan Allah
S.W.T., atau menghilangkan hak Allah S.W.T., atau men-
dakwa dakwaan-dakwaan yang batil. Contoh yang boleh
diketengahkan ialah sepert i
:
(1) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan
untuk mengeluarkan semua pengikutnya daripada
neraka memasuki syurga.
(2) Dakwaan mempunyai kemampuan atau kewibawaan
untuk menghalang (menyelamatkan) semua pengikut-
nya daripada memasuki neraka.
(3) Dakwaan mendapat kelonggaran melaksanakan ke-
wajipan syara’ kerana ia dianggap hanya untuk go-
longan awam.

156
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

(4) Dakwaan mencintai Allah S.W.T.sehingga Allah S.W.T.


dianggap berada di dalam poketnya atau dalam jubah-
nya. Ini lantaran kemesraan yang keterlaluan dengan
Allah S.W.T.sehinggakan Allah S.W.T.dianggapnya ber-
ada bersamanya sepanjang masa dan di dalam poketnya.

Golongan kedua: Golongan orientalis cuba menggam-


barkan ibadah dalam Islam sebagai ibadah yang berdiri atas
dasar ketundukan dan ketaatan semata-mata tanpa digan-
dingkan dengan perasaan cinta dan rela. Mereka mengata-
kan bahawa umat Islam tidak mengenali unsur kecintaan
dalam ibadah, kecuali hanya apabila golongan Tasawwuf
mengimportnya daripada sumber asing (agama Kristian dan
agama-agama budaya).
Pandangan ini juga menyimpang daripada hakikat
ibadah Islam. Dalam al-Quran dijelaskan unsur kecintaan
antara muslim dan Allah S.W.T. dalam banyak tempat, di
antaranya ialah firman Allah S.W.T.:

Ertinya: “Dia (Allah) mencintai mereka dan mereka men-


cintai Allah S.W.T.”
(Surah al-Maidah: 54)

Ertinya: “Dan orang-orang yang beriman terlebih hebat ke-


cintaan mereka kepada Allah S.W.T.”
(Surah al-Baqarah: 165)

Dalam hadis pula, Rasulullah s.a.w. bersabda:

†‰«ÍƒÂʆšÕœ„Â†Õ È†Í„Ëʆ«‰‰Á†Ë—”ˉÁ†šÕ»†³‰ÍÁ†Â«†”Ë«Á«

157
PENGAJIAN ISLAM

Ertinya: “Tidak beriman (iaitu tidak sempurna iman) salah


seorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul-Nya terlebih
kasih kepadanya lebih daripada segala sesuatu selain kedua-
duanya ”
[Hadis Muttafaq ‘alaihi]

Menguatkan hal ini, Ibn al-Qayyim (Madarij al-Sali-


kin: 99) berkata:
Asal-usul ibadah itu ialah kecintaan kepada Allah S.W.T.,
bahkan mentauhidkan-Nya dengan kecintaan, dan bahawa
segala cinta itu hanya bagi Allah S.W.T., maka janganlah
dia (mukmin) mencintai orang lain selain-Nya. Sesungguh-
nya dia hanya boleh mencintai (orang lain) kerana-Nya dan
pada-Nya (pada perkara yang diredhai Allah S.W.T.).

RUANG LINGKUP IBADAH DALAM ISLAM

1. Syumul Ibadah Merangkumi Agama Seluruhn


Syumul ya
Seluruhny
Ruang lingkup ibadah dalam Islam amat luas. Oleh kerana
manusia dicipta supaya beribadah kepada Allah S.W.T. ,
maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia
adalah ibadat kepada Allah S.W.T. Ibn Taimiyyah ( al-
‘Ubudiyyah: 38) berkata: Ibadah ialah kata-nama yang me-
rangkumi segala sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T.dan
yang diredhai-Nya sama ada perkataan, perbuatan, yang
zahir dan batin. Justeru itu, sembahyang, zakat, puasa, haji,
jujur dalam kata-kata, menunaikan amanah, melakukan
kebajikan kepada dua ibubapa, menunaikan janji, amar
maaruf, nahi mungkar, berjihad menentang orang-orang
kafir dan munafiqin, melakukan ehsan kepada jiran te-
tangga, anak yatim, orang fakir miskin dan musafir juga
hamba-hamba abdi dan binatang, doa, zikir dan bacaan al-
Quran, semuanya adalah ibadah.”

158
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

2. Ibadah Merangkumi Seluruh Aspek Kehidupan


Kehidupan
Ibadah Islam memenuhi seluruh ruang hidup Muslim dan
mengatur kehidupan mereka seluruhnya, berm ula dengan
cara atau adab makan minum, buang air, hinggalah kepada
cara membina negara, politik pemerintahan, polisi kewa-
ngan dan ekonomi, urusan muamalat dan undang-undang,
serta dasar perhubungan antarabangsa sama ada semasa
aman mahupun zaman peperangan.

3. Ibadah Merangkumi Seluruh Anggota Man


Anggota usia
Manusia
Di antara keistimewaan ibadah Islam ialah bahawa ia me-
rangkumi seluruh anggota manusia.
a. Ibadah Hati.
b. Ibadah Lidah.
c. Ibadah Pendengaran (Telinga).
d. Ibadah Penglihatan (Mata).
e. Ibadah Deria Rasa (Lidah/ Tangan).
.
f Ibadah Deria Hidu.
g. Ibadah Tangan dan Kaki.
h. Ibadah Kemaluan.

M ATLAMA
AT T IB
AT IBAAD AH
DAH DALAM ISLAM

Mungkin ada orang akan bertanya: “Kenapakah kita harus


beribadah kepada Allah S.W.T.? Kenapakah Allah S.W.T.
memfardhukan ke atas manusia supaya beribadah kepada-
Nya? Sedangkah Dia adalah Tuhan terkaya daripada ibadah
itu, dan Dia tidak memerlukan khidmat manusia terhadap-
Nya? Apakah faedahnya kita beribadah kepada Allah
S.W.T.?”
Sesungguhnya, Allah S.W.T. langsung tidak meng-
ambil faedah daripada hamba-Nya. Dia juga tidak akan

159
PENGAJIAN ISLAM

term udharat akibat keengganan hamba-Nya daripada me-


nyembah-Nya. Keagungan kerajaan-Nya tidak bertambah
dengan sebab ibadah manusia, zikir dan tahmid mereka
kepada-Nya. Dia adalah Tuhan yang Maha Kaya, dan kita
adalah hamba-hamba-Nya yang fakir.
Firman Allah S.W.T.:

Ertinya: “Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesung-


guhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barang-
siapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya
dan Pemurah.”
(Surah al-Naml: 40)

Apabila Allah S.W.T. adalah Tuhan yang Kaya secara


mutlak, maka mengapakah Dia mentaklifkan hamba-Nya
supaya menyembahNya? Sesungguhnya jawapan kepada
persoalan ini tersembunyi dalam tabi‘at diri manusia itu
sendiri, tabi‘at tugasnya di muka bumi dan matlamat yang
jadikan tujuan di sebalik kehidupan dunia ini.
Berikut dinukilkan sedikit faedah yang mungkin kita
dapati di sebalik ibadat kepada Allah S.W.T. Al-Imam
Fakhruddin al-Razi pernah berkata:
Ketahuilah bahawa barangsiapa yang mengetahui faedah-
faedah ibadah, nescaya lazatlah dia beribadah, dan beratlah
hatinya mahu melakukan perkara-perkara lain selain
ibadah.

Faedah tersebut dapat disingkapi daripada beberapa


bentuk:
Pertama: Bahawa al-kamal iaitu sifat kesempurnaan
dicintai, dilobai dan dituntut. Hal keadaan manusia yang
paling sempurna ialah apabila dia sibuk dengan beribadah

160
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

kepada Allah S.W.T.,kerana hatinya akan bersinaran dan


bergemerlapan dengan cahaya Ilahiyyah. Lidahnya akan
mendapat kemuliaan dengan kemuliaan zikir dan bacaan,
iaitu bacaan al-Qur’an. Anggota-anggotanya akan kelihatan
indah dengan keindahan berkhidmat akan Allah S.W.T.
Maka keadaan-keadaan begini adalah merupakan semulia-
m ulia martabat insaniyyah dan darjat kemanusiaan. Terca-
painya martabat dan darjat ini adalah ke muncak kebahagia-
an manusia di dunia ini. Apabila kemuncak kebahagiaan di
dunia ini sudah diperolehi, maka sudah tentu ia juga akan
memperolehi kebahagiaan yang paling sempurna di akhi-
rat. Oleh demikian, barangsiapa yang telah mengecapi mar-
tabat dan darjat ini, hilanglah segala kepenatan dan keberat-
an beribadah, dan nescaya dia akan memperolehi halawah
atau kemanisan ibadah yang amat lazat di dalam hatinya.

Kedua: Ibadah adalah suatu amanah. Firman Allah


S.W.T.yang bermaksud:

Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah bentangkan amanah ke


atas langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka tidak
sanggup memikulnya, dan mereka takut menerimanya, lalu
manusia memikulnya.”

Menunaikan ibadah adalah suatu sifat daripada sifat-


sifat kesempurnaan yang disukai oleh jiwa. Menunaikan
ibadah kepada Allah S.W.T. adalah penunaian separuh dari -
pada amanah, dan ia akan menjadi sebab kepada penunaian
separuh kedua lagi. Diceritakan, bahawa seorang sahabat
berkata: Saya melihat seorang Arab kampung datang ke

161
PENGAJIAN ISLAM

pintu masjid, lalu turun daripada untanya, lalu ditinggalkan


untanya dan memasuki masjid dan terus sembahyang de-
ngan penuh ketenangan dan khusyu’, berdoa dengan segala
apa yang dikehendakinya sehingga kami merasa takjub.
Apabila dia keluar, didapati untanya telah hilang, lantas dia
berkata: Aku telah menunaikan amanah-Mu maka di mana-
kah amanahku? Perawi cerita ini berkata: Kami bertambah
hairan. Tidak lama dia duduk di situ, sehingga datanglah se-
orang lelaki menunggang untanya dan menyerahkan unta
itu kepadanya.
Al-Imam al-Razi berkata: Iktibarnya, ialah apabila dia
telah menjaga amanah Allah S.W.T.(iaitu beribadah kepa-
danya dengan sempurna), Allah S.W.T. menjaga amanah-
nya. Inilah yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. dalam
hadith yang dituturkan kepada Ibn Abbas:

†«Õ·ÿ†«‰‰Á†ÍÕ·ÿ„
Ertinya: “Jagalah (peliharalah) Allah S.W.T., nescaya Dia
akan menjagamu (memeliharamu).”

Ketiga: Kesibukan beribadah atau keasyikan beribadat


adalah suatu perpindahan daripada alam al-ghurur kepada
alam al-surur, ialah perpindahan daripada alam tipu-daya
kepada alam suka-ria. Ia juga merupakan perpindahan dari -
pada kesibukan bersama makhluk kepada kesibukan ber-
sama Allah S.W.T. Hal ini sudah tentulah membawa kepada
kelazatan dan kegembiraan yang sempurna.
Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah r.h., baha-
wa seekor ular telah terjatuh dari siling dan orang ramai lari
bertempiaran. Abu Hanifah r.h. ketika itu di dalam sem-
bahyang, dan beliau tidak tersedar apa yang terjadi.
Perkara ini bukanlah suatu perkara ganjil. Sesiapa yang
meraguinya, maka hendaklah dia merujuk ayat al-Qur’an
yang menceritakan kisah Nabi Yusuf:

162
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Ertinya: “Apabila perempuan-perempuan itu melihatnya


(iaitu Yusuf), mereka hairan terpegun, sehingga mereka me-
motong tangan-tangan mereka.”
(Surah Yusuf: 31)

Perempuan-perempuan yang terpegun melihat Nabi


Yusuf, lantaran kekacakan dan ketampanan baginda,
sebenarnya hati mereka telah dikuasai oleh perasaan asyik
dengan kekacakan Nabi Yusuf,yang mana membaw a
kepada hal tidak sedar diri, sampai mereka terpotong jari -
jari tangan mereka. Apabila hal ini (iaitu keterpegunan dan
keasyikan sampai tidak sedar diri) boleh berlaku pada
hak seorang makhluk, maka tentulah lebih aula hal yang
sama, (iaitu keasyikan yang amat mendalam dalam hati
hamba) boleh berlaku terhadap Allah S.W.T. Demikianlah
kupasan Imam al-Razi dalam percubaan beliau untuk
menerangkan faedah ibadah bagi seorang hamba Allah
S.W.T.
Seseorang yang merasai kelazatan iman yang sebenar,
dan hatinya diselubungi cahaya keyakinan, dia tidak akan
memandang ibadah sebagai ketundukan, atau kepatuhan
kepada titah perintah semata-mata, bahkan dia akan dapati
pada ibadah itu kelazatan. Lazat dengan munajat kepada
Allah S.W.T. dan lazat dengan usaha merebut keredhaan
Allah S.W.T., di mana dia pasti akan merasai suatu
kebahagiaan yang tidak dapat ditolok-bandingkan dengan
kebahagiaan orang yang hidup mewah di istana mewah,
atau dalam timbunan harta benda, dan emas perak. Keba-
hagiaan orang yang beribadah jauh lebih istimewa dan
unik.

163
PENGAJIAN ISLAM

Jika kita toleh kepada Rasulullah s.a.w.kita dapati ba-


hawa baginda s.a.w.menanti saat-saat ketibaan waktu sem-
bahyang bagaikan penantian seorang yang haus dahaga
akan setitis air yang sejuk.. Baginda menerpa berlari meluru
ke arah solat, seumpama melurunya seorang yang ber-
musafir di padang pasir ke arah lembah wadi yang kehijau-
an. Baginda seringkali berkata kepada Bilal apabila tiba
waktu sembahyang, dalam keadaan yang rindu dan meng-
harap, dengan sabda baginda s.a.w. :

†š—ÕÊ«†»Á«†Í«†»‰«‰

Ertinya: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan


sembahyang) wahai Bilal.”
[Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi]

‘Aisyah juga pernah menceritakan, di mana kata be-


liau: ‘Telah adalah Rasulullah s.a.w. bercakap-cakap dengan
kami dan kami bercakap-cakap dengan baginda. Apabila
tiba waktu sembahyang, baginda seolah-olahnya tidak me-
ngenali kami lagi, kami tidak mengenali baginda. Maka
tidak hairanlah jika baginda s.a.w. bersabda:

†ÃŸ‰ †‚—…†ŸÍÊ͆·Í†«‰’‰«…

Ertinya: “Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sem-


bahyang.”

Selain apa yang dibentangkan di atas, di sana masih


banyak matlamat ibadah Islam yang ingin dicapai. Di an-
taranya sebagaimana yang digariskan oleh Prof.Dr.Yusuf
al-Qardhawi ialah (1985: 95–129):

• Ibadah sebagai makanan ruh


• Ibadah dan ‘Ubudiyyah jalan pembebasan manusia

164
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

• Ibadah sebagai ujian


• Ibadah adalah hak Allah S.W.T.ke atas hamba-Nya
• Ibadah sebagai cara mendapat pahala
• Ibadah adalah matlamat bukan hanya cara(W asail)
• Ibadah sebagai cara pembersihan jiwa (bukan ‘Illah
kepada ibadah)
• Ibadah sebagai akhlak dan akhlak sebagai ibadah

KEISTIMEWAAN IB
WAAN IBAAD AH DALAM ISLAM
DAH

Ibadah Islam adalah ibadah yang istimewa dan unik, serta


amat berbeza daripada ibadah dalam agama lain. Ia bersifat
Rabbani, syumul, berseimbangan dan lain-lain ciri yang
agung. Berikut dinukilkan beberapa keistimewaan terse-
but:
1. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.
2. Pembebasan ibadah daripada perhambaan kepada tokoh
agama
3. Ikhlas hati asas makbul ibadah
4. Ibadah hanya dengan kaifiyyat yang disyara‘kan
5. Perimbangan antararuh dan jasad
6. Mudah dan menghapuskan kepayahan

HIKMAH IBADAH-IBADAH ISLAM

1. Sembahyang
Di sini, dipaparkan secara ringkas beberapa rahsia sembah-
yang. Di antaranya ialah:

• Sembahyang sebagai penyuci dosa


• Sembahyang sebagai cara menjaga kebersihan dan ke-
cantikan

165
PENGAJIAN ISLAM

• S e mbahyang sebagai Riadah Badaniyyah (senaman


badan)
• Sembahyang sebagai sumber kekuatan roh
• Sembahyang kekuatan akhlak

Peranan Sembahyang berjemaah


• Sembahyang jemaah sebagai kelab masyarakat
• Sembahyang jemaah sebagai latihan askar

Masjid dan peranannya dalam kehidupan


a. Masjid sebagai universiti awam
b. Masjid sebagai dewan parlimen tetap
c. Masjid sebagai dewan muktamar
d. Masjid sebagai medan latihan amali
e. Kebebasan
.
f Persaudaraan
g. Persamaan

Puasa
Antara hikmah puasa ialah:

(1) Meninggikan roh


Roh adalah hakikat sebenar kejadian manusia. Manusia
dinamakan manusia lantaran dia mempunyai roh, atau jiwa.
Manusia tidak dinamakan manusia kerana tulang-belulang-
nya, atau anggota zahirnya, daging, darah, urat dan lendir-
nya semata-mata. Manusia hanya dipanggil manusia oleh
kerana rohnya dan jiwanya. Apabila nyaw anya sudah ter-
cabut keluar daripada tubuh-badannya, maka dia tidak di-
panggil manusia lagi.
Tubuh-badan, kerangka, tulang-belulang, daging, da-
rah, urat dan lendir hanya merupakan sarang tempat roh
bertenggek buat sementara waktu. Tubuh-badan adalah ru-
mah kediaman roh. Tuan ru mah yang sebenarnya ialah roh.
166
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Alangkah hairan apabila didapati rumah dihiasi dan


diperindahkan dengan segala perhiasan dan dilengkapi de-
ngan perabut yang beraneka rupa, sedangkan tuan rumah-
nya kurus kering, kusut masai, lesu tidak berm aya serta
tidak terurus.
Begitulah perbandingan yang jelas tentang sikap ma-
nusia yang hanya menjaga tubuhbadan lahirnya dengan
segala makan minum yang lazat lagi berzat. Mereka hiasi
tubuh-badan mereka dengan pakaian yang cantik dan
mahal. Mereka menjaga kebersihan tubuh-badan mereka
dengan mandi-manda, bersabun, bersyampu dan dikenakan
pula dengan segala macam bau-bauan. Mereka sanggup
berhabis wang lantaran membeli ubat, pil vitamin dan ubat
kuat. Mereka sanggup bersenam dan bersukan, demi mem-
pastikan agar jasad yang fana ini kelihatan segar bugar dan
sihat sentiasa, sedangkan jasad ini akhirnya akan hancur
luluh ditelan bumi.
Tetapi, berapa ramai di kalangan manusia yang meng-
ambil berat soal rohnya, atau jiwanya yang bakal hidup
kekal abadi? Sedangkan hakikat kejadiannya, hakikat ke-
manusiaannya hanya bergantung kepada roh dan jiwanya?
Mereka biarkan roh mereka kurus kering, kusut-masai, se-
lekeh, berbau busuk dan hanyir dan terlantar kelesuan atau
terbaring kesakitan. Manusia sering melupakan rohnya. Dia
tidak sudi memberikan rohnya makanan yang lazat, atau
membelikannya ubat-ubatan roh yang boleh menguatkan
tenaga rohnya yang tidak berm aya.
Oleh yang demikian, antara hikmat besar diwajibkan
umat Islam berpuasa, ialah agar roh mereka yang lesu kem-
bali ceria, sihat, segar dan bugar. Puasa adalah sebahagian
daripada makanan roh yang amat lazat. Puasa mampu me-
ringankan roh seseorang manusia. Roh orang yang berpuasa
akan dekat dan hampir kepada Allah S.W.T.
Oleh demikian, ‘ulama berkata: “Bulan Rejab untuk
membersihkan tubuh-badan, bulan Sya‘aban untuk mem-

167
PENGAJIAN ISLAM

bersihkan hati, sementara bulan Ramadhan pula untuk


membersihkan roh.
Sesungguhnya, gabungan ibadat puasa di siang hari,
bacaan ayat suci al-Qur’an, sembahyang terawih dan witir,
qiyaamullail dan I‘tikaf di masjid pada 10 malam terakhir,
serta ibadat pada malam lailatul-qadr mampu mengem-
balikan kekuatan roh, jika kita benar-benar menjadikan
Ramadhan pesta ibadat yang beraneka ragam. Malangnya,
umat Islam lupa dan lalai. Mereka hanya tahu menjadikan
Ramadhan sebagai pesta kuih-muih dan beraneka sajian
makanan.

(2) Memulihkan Kesihatan


Hikmah puasa yang seterusnya ialah memulihkan kesihatan
tubuh badan zahir. Rasulullah s.a.w. semenjak 14 kurun
yang lampau telah bersabda:

†’ËÂË«† ’ÕË«

Ertinya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu akan sihat.”

Dalam hadith yang lain, baginda s.a.w. bersabda:

«†Â‰š†«»Ê†¬œÂ†ËŸ«¡†‘—«†Âʆ»•ÊÁ¨†»Õ”»†«Íʆ¬œÂ†š„͉«†Í‚ÂÊ
’‰»Á¨†·³Ê†„«Ê†‰«ÂÕ«‰…¨†·À‰À†‰•Ÿ«ÂÁ¨†ËÀ‰À†«‘—«»Á¨†ËÀ‰À
‰Ê·”ÁƱ

Ertinya: “Tidak ada sesuatu bekas yang diisikan oleh anak


Adam yang terlebih buruk daripada mengisi uncang perut-

1 Hadith riwayat at-Tirmizi, dan beliau mengkategorikannya sebagai


hadith hasan. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan lafaz yang
hampir sama, juga oleh Ibn Hibban dalam sohihnya.

168
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

nya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah 1/3 untuk


makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk na-
fas.”

Kata-kata Rasulullah s.a.w.ini adalah wahyu. Baginda


tidak menuturkannya mengikut selera hawa nafsu. W alau-
pun baginda tidak mempelajari ilmu perubatan dan kesi-
hatan, namun ilmu perubatan moden telah tampil di akhir
zaman untuk membuktikan kebenaran kata-kata baginda
itu. Pakar perubatan telah mengiyakan kenyataan bahawa
berpuasa adalah suatu cara terbaik untuk menjaga kesihatan.
Atau atau istilah yang lain, berpantang. Mereka juga meng-
iyakan bahawa makanan yang beraneka ragam adalah punca
kebanyakan penyakit manusia.
Sebuah majalah perubatan barat pernah menyiarkan
berita tentang 300 kes pesakit kencing manis telah dapat
disembuhkan menerusi program berpuasa. SubhaanalLah!
Maha suci Engkau Ya Allah! Sebenarnya, puasa mampu me-
nyembutkan berbagai-bagai jenis penyakit yang berpunca
daripada makanan, seperti darah tinggi, kegemukan, keta-
gihan rokok, dan lain-lain.

(3) Mengawal Perasaan Menahan Kemahuan Hawa Nafsu


Suatu hikmat puasa yang tidak kurang pentingnya, ialah
sebagai latihan diri dengan tarbiyyah mengawal perasaan
dan menundukkan desakan kemahuan nafsu. Seseorang
Muslim yang berpuasa, dia sanggup tidak menjamah ma-
kanan yang ada di hadapannya, demi kerana taatkan Allah
S.W.T.,walaupun makanan itu adalah makanan kegemaran-
nya yang paling lazat.
Seorang Muslim tidak sanggup meminum air, walau-
pun ketika dia keseorangan, tidak ada orang yang melihat-
nya. Dia sanggup menahan kehausannya semata-mata
kerana ketaatannya kepada Allah S.W.T.

169
PENGAJIAN ISLAM

Demikian pula seorang Muslim, sanggup mengenepi-


kan kemahuan syahwatnya dan menundukkan desakan
nafsu seksnya, walaupun isterinya yang cantik jelita terba-
ring di sebelahnya, walaupun dalam keadaan yang meng-
giurkan, sedangkan dia mampu memuaskan nafsunya yang
sedang meronta-ronta itu. Semuanya ditinggalkan, diketepi-
kan dan ditundukkan semata-mata kerana taatkan Allah
S.W.T.
Sebab itulah, Allah S.W.T. menyediakan pahala yang
amat besar kepada orang yang berpuasa. Allah S.W.T.ber-
f
i
rman Allah S.W.T.berfirman dalam hadith qudsi yang ber-
bunyi:

†„‰†ŸÂ‰†«»Ê†¬œÂ†‰Á†³‰«†«‰’ˆ·³ÊÁ†‰Í†ËšÊ«†šÃ“͆»Á

Ertinya: “Semua amalan anak Adam adalah baginya, kecuali


puasa. Ia adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan membalas-
nya.”

Apakah di sana ada suatu kuasa yang lebih besar yang


mampu menundukkan nafsu makan, minum dan nafsu seks
manusia, dalam keadaan yang dia mampu melakukan se-
muanya itu dengan mudah? Sesungguhnya puasa adalah
suatu kekuatan. Kekuatan untuk menahan dan menunduk-
kan runtunan haw a nafsu. Sesungguhnya menundukkan
hawa nafsu adalah suatu perkara yang amat sukar,kecuali
oleh orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T.
Oleh itu, puasa adalah suatu latihan agung untuk
menundukkan kemahuan hati, mematahkan runtunan diri
dan memaksa hawa nafsu agar tunduk menyerah kalah
kepada undang-undang dan peraturan puasa.
Seorang ahli psikologi Jerman telah menjalankan suatu
kajian berhubung dengan kekuatan manusia untuk me-
nahan diri daripada runtunan hawa nafsu dan menewaskan

170
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

pujuk-rayunya. Beliau akhirnya membuat keputusan ilmiah-


nya dengan menyatakan, bahawa puasa adalah satu-satunya
cara terbaik dan paling mampu melatih manusia menun-
dukkan nafsu dan kemahuan diri.
Kita umat Islam seringkali merasa seronok apabila
orang bukan Islam yang membuat kajian tentang Islam dan
memuji Islam. Namun dalam masa yang sama, kitalah
orang yang paling alpa dan lalai dalam melaksanakan ke-
baikan Islam yang telah dibuktikan secara ilmiah itu. Kita
kadang-kadang, tidak merasakan kehebatan Islam, melain-
kan apabila ada kajian orang barat yang membuktikan kehe-
batan Islam. Sepatutnya, kita merasa yakin akan kehebatan
Islam, walaupun tanpa apa-apa pembuktian saintifik. Se-
sungguhnya, semua ajaran dan anjuran yang dibawa oleh
Islam, adalah yang terbaik dan paling cemerlang, kerana ia
adalah garapan wahyu daripada Allah S.W.T. Sesungguhnya
Allah S.W.T. tahu apa yang baik untuk manusia dan apa
yang buruk untuk hamba-Nya.

(4) Mengingatkan Nikmat Makanan Dan Minuman


Hikmah puasa yang seterusnya ialah mengingatkan nikmat
makanan dan minuman serta nikmat kenyang. Manusia
seringkali tidak dapat menilai sesuatu nikmat, dan lupa pula
untuk bersyukur,terutamanya apabila nikmat itu datang
selalu mencurah-curah pagi dan petang. Dia hanya tahu
akan nilai nikmat itu apabila nikmat itu sudah hilang. Kita
tidak tahu nikmat sihat yang kita nikmati sepanjang tahun,
kecuali semasa sakit, walaupun sehari dua. Kita tidak menilai
nikmat siang, kecuali apabila malam menjelma. Demikian
juga nikmat makan minum. Oleh kerana kita selalu makan,
pagi petang, siang dan malam, kita menganggap makan
minum itu perkara biasa. Semua orang makan dan minum.
Kita kadang-kadang terlupa untuk bersyukur.Oleh itu, ma-
nusia tidak akan mengingati nikmat makan minum kecuali

171
PENGAJIAN ISLAM

apabila nikmat itu hilang. Oleh kerana itu, Allah S.W.T.


mensyari‘at puasa, agar kita dapat mensyukuri nikmat
makanan dan minuman, walaupun sedikit. Setengah orang
tidak bersyukur jika makan minum ala kadar. Dia hanya
mengucap al-hamdulillah dan bersyukur jika makan besar
sahaja. Tetapi, semasa berpuasa, dia akan terasa betapa
besarnya nikmat makanan, walaupun seketul kuih, atau
seteguk air. Dengan itu, dia akan mengingati kebesaran Tu-
han yang menciptakan makanan dan minuman.
Sebab itulah, Nabi kita Muhammad s.a.w. apabila
Allah S.W.T. membentangkan kepada baginda supaya lem-
bah Makkah dijadikan emas, baginda menjaw ab: “Tidak
wahai Tuhanku! Biarlah aku kenyang sehari, dan lapar se-
hari
. Apabila aku lapar, aku akan merengek kepada-Mu dan
mengingati-Mu, dan apabila aku kenyang, aku akan men-
syukuri-Mu dan memuji-muji-Mu.

(5) Mengingati Kesengsaraan Orang Miskin


Seterusnya puasa mempunyai hikmah agar dengan kela-
paran sepanjang hariyang dilalui oleh orang yang ber-
puasa itu, dia dapat mengingati kesengsaraan orang-orang
yang lapar.Agar dia akan terpanggil untuk sama-sama me-
ngasihi orang fakir miskin yang masih melata di bumi Allah
S.W.T.ini. Mereka terpanggil sedemikian, bukan kerana
khutbah yang berapi, atau pidato, atau ceramah agama,
tetapi dia tersedar dari lamunan hidup mewahnya dengan
berkat suara perutnya yang ‘bercerut dan menyanyi’ tatkala
dia lapar berpuasa. Suara perutnya yang sayu, nyanyian un-
cang perutnya yang mendayu, diharapkan menjadi daya
panggilan untuk dia segera insaf tentang bagaimana orang-
orang miskin hidup sepanjang tahun, tanpa makanan yang
cukup.
Kadang-kadang, manusia yang dibesarkan dalam sua-
sana senang dan mewah, mereka menyangka semua manusia

172
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

macam dirinya. Makan minum senang dan hidup senang.


Jadi tepatlah Allah S.W.T. menjadikan puasa ini sebagai
suatu cukai hidup kemasyarakatan yang adil, tidak kira kaya
atau miskin, semuanya mesti membayar cukai ini. Orang
kaya dan memiliki harta berbillion ringgit atau dollar wajib
berpuasa. Orang miskin merempat, yang tidak ada apa-
apapun untuk dimakan, dia juga wajib berpuasa. Ia adalah
proses pembaikan sosial, agar jangan ada orang kaya yang
lupa daratan, lupakan golongan fakir miskin.
Oleh kerana itu, diriwayatkan bahawa Nabi Yusuf a.s.
terlalu banyak berpuasa, sedangkan baginda memegang ja-
watan Menteri Kewangan kerajaan Mesir purba, yang kaya
raya. Apabila ditanya tentang hal itu, baginda menjawab:
Aku takut jika aku kenyang, aku akan lupakan kelaparan
orang-orang yang fakir dan miskin!.
Marilah kita mengenang kesusahan orang yang susah,
kelaparan orang yang lapar,kesejukan orang yang tidak
berpakaian tebal di negara berm usim sejuk. Lembutkanlah
hati kita untuk sama-sama kita berkongsi kesusahan dan
kepedihan mereka. Ketahuilah, bahaw a harta kita adalah
harta Allah S.W.T.Ia hanya milik sementara jua, yang diberi
pinjam sahaja. Gunakanlah untuk membantu fakir miskin,
terutamanya di bulan puasa ini. Untuk mengetahui bagai-
manakah pemurahnya Rasulullah s.a.w.di bulan puasa,
dinukilkan di sini hadis yang meriwayatkan bahawa baginda
s.a.w.adalah seorang manusia yang amat pemurah, dan ke-
m urahan baginda di bulan Ramadhan bertambah-tambah
lagi, seumpama angin yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.:

«‰—«ÕÂËʆ͗ÕÂÁ†«‰—ÕÂʨ†«—ÕÂË«†·Í†«‰š—÷†Í—Õ„†Âʆ·Í
«‰”¡
«

Ertinya: “Orang-orang yang membelas-kasihan, akan

173
PENGAJIAN ISLAM

dibelas kasihan oleh Tuhan yang bernama al-Rahman.


Kesianilah orang yang berada di muka bumi, nescaya kamu
akan dibelas-kesiani oleh orang yang berada di langit.”

Zakat
• Zakat sebagai sistem inovatif Allah S.W.T.
• Zakat hak wajib orang kaya bukan sukarela
• Hak fakir miskin
• Hak masyarakat
• Hak Allah S.W.T.

Rahsia Zakat:
1. Rahsia pembersihan.
• Perbersihan jiwa orang kaya daripada sifat kede-
kut.
• Pembersihan jiwa fakir miskin daripada hasad
dengki terhadap orang kaya.
• Pembersihan masyarakat daripada faktor-faktor ke-
hancuran, perpecahan dan pertembungan.
• Pembersihan harta itu sendiri .
2. Menyuburkan harta.
• Penyuburan jiwa oranga kaya.
• Penyuburan jiwa dan keperibadian fakir miskin.
• Penyuburan harta itu sendiri .
3. Pemeliharaan terhadap harta. Nabi bersabda:

†Õ’ÊË«†šÂË«‰„†»«‰“„«…

Ertinya: “Pertahankanlah (Bentengilah) harta-harta kamu


dengan mengeluarkan zakat.”

4. Mewujudkan masyarakat penyayang.


5. Zakat sebagai cara mendekatkan jurang kekayaan dan
kemiskinan.

174
KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Haji
a. Hubungan muslim dengan Baitullah al-Haram dan
pengasasnya
b. Kaabah lambang perpaduan umat
c. Haji sebagai penjaga kekuatan ruh
d. Haji sebagai latihan
e. Haji dan perniagaan
. Persamaan, perpaduan Dan keamanan
f
g. Haji muktamar sedunia umat
h. Penyatuan Umat:
• Penyatuan perasaan.
• Penyatuan syiar/lambang.
• Penyatuan perkataan.
• Penyatuan matlamat.
• Penyatuan amal.
• Haji muktamar sedunia umat

PENUTUP

Ibadah dalam kehidupan seorang Mukmin adalah kehidup-


an keseluruhannya, kerana setiap kegiatan hariannya adalah
dikira ibadah kepada Allah S.W.T. Dia hanya memerlukan
niat dan pelaksanaannya yang tidak bertentangan dengan
syarak untuk melayakkan setiap kegiatannya dianggap setiap
ibadah. Oleh kerana itu, adalah amat benar sekali bahawa
Islam adalah way of life atau cara hidup kerana kemampuan
Islam menukarkan seluruh bentuk kegiatan kehidupan
manusia menjadi ibadah atau kegiatan keagamaan.

175