Anda di halaman 1dari 2

Perhatikan KATAKUNCI (short forms) berikut:

WTC - WHAT IS CHANGED (PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN)


- Apa yang dibezakan pada awal eksperimen

WTO - WHAT IS OBSERVED / MEASURED (PEMBOLEHUBAH BERGERAK BALAS)
- Lihat keputusan pada akhir eksperimen / penyiasatan.

WTS - WHAT IS KEPT THE SAME (PEMBOLEHUBAH DIMALARKAN /DITETAPKAN)
- apa yang sama dalam eksperimen / penyiasatan

1. Pemerhatian (Observation)
- nyatakan pemerhatian anda berdasarkan keputusan pada rajah.
-contoh: Roti X mempunyai bilangan kulat lebih banyak berbanding roti Y.

2. Tujuan penyiasatan (Purpose / aim)
- Untuk menyiasat hubungan di antara (WTC) dengan (WTO)


3. Pola perubahan / corak perubahan (Trend of change / patern)
- biasanya untuk soalan2 graf atau jadual
- gunakan perkataan Bertambah (increase) / Berkurang (decrease) / Tetap (unchange)

4. Ramalan (Predict)
- Apakah yang berlaku jika? Ramalkan apakah yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian atau
eksperimen.
Contohnya, ramalkan bilangan (5cm, 10kg, 15 orang) atau ramalkan situasi (persaingan akan menjadi
lebih hebat
5. Membuat Inferen (Inference)
- pemerhatian (WTO, Pola) + sebab (kaitkan dengan topik yang terlibat)
Contoh: Bilangan ikan Yu berkurang kerana tidak mendapat makanan yang mencukupi.
WTO POLA SEBAB

6. Hubungan / hipotesis (relationship / hypothesis)
-(WTC) (POLA) , (WTO) (POLA)
Contoh: pertambahan bilangan guli, meningkatkan jumlah isipadu air
- Semakin (POLA) (WTC), semakin (POLA) (WTO)
Contoh: Semakin banyak anak pokok ditanam dalam pasu, semakin kecil saiz pokok yang tumbuh.
- Apabila (WTC) (POLA) , maka (WTO) (POLA)
Contoh: Apabila persaingan terhadap kawasan bertambah , maka saiz anak-anak pokok yang
tumbuh dalam pasu akan menjadi lebih kecil


7. Kesimpulan (Conclusion)
- (WTC) (POLA) atau ((WTO) (POLA)
- Atau anda boleh menggunakan isi utama dalam sesuatu topik
Contoh: Kesimpulannya, matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis lurus semasa berlakunya
gerhana matahari.

.

Beberapa tips yang perlu kamu pastikan:-
Memahami langkah dan panduan menjawab soalan Sains
Menggunakan teknik dan kaedah yang tepat memperolehi markah maksima Sains
Mempunyai keyakinan dan kesungguhan bagi memperoleh A dalam Sains UPSR
Mencari kata kunci dalam setiap soalan
Memahami semua tajuk sains dari tahun 4, 5 dan 6.
Tulis semula isi-isi penting / setiap tajuk dari tahun 4, 5 dan 6. Kamu boleh tulis dalam
bentuk peta konsep atau nota ringkas kamu sendiri tanpa melihat mana-mana buku
nota.
Semasa menjawab soalan bahagian A, garis isi-isi penting. Fahami kehendak soalan.
Jika perlu ulang membaca soalan yang keliru.
Sekiranya ada soalan yang susah, tinggalkan. Teruskan soalan seterusnya, INGAT!,
bulatkan soalan yang ditinggal tadi dan kembali semula menjawab.
Pastikan jangan membazir masa ketika menjawab soalan bahagian A.
Soalan bahagian B pula, kamu hendaklah membaca semua soalan. Gariskan isi-isi
penting dan cari maklumat di dalam soalan yang diberikan.
Kenalpasti dahulu pembolehubah-pembolehubah (PM,PB,PDM) @ (WTC,WTO,WKS).
Fahami kehendak soalan (cth : 1(a) Tujuan. 1(b) Dua (2) Maklumat 1(c)
Pemerhatian lain )
INGAT dan IKUTI segala tips yang telah diajar oleh cikgu anda.
Kamu masih belum terlambat. Jika masih ada kekeliruan ketika membuat ulangkaji,
berbincang dengan rakan ataupun paling selamat berjumpa dengan guru Sains kamu.

Anda mungkin juga menyukai