Anda di halaman 1dari 5

CGPA BUKAN HANYA DI ATAS KERTAS

Buat apa nak join program-program ni.. Buang masa jer.. Kita ni student ok? Bukan
kerja kita nak berprogram ni. Kita duduk dalam rumah, baca buku cukuplah!, kata
seorang sahabat.

Assignment, Test, Kuiz, Presentation, Tutorial dan Kuliah.

Perkara biasa untuk seorang pelajar universiti. Kerja hakikinya adalah belajar, skor
dalam peperiksaan dan membawa pulang segulung ijazah ke rumah. Bagi seorang
pelajar, menerima segulung ijazah pada hari konvokesyen adalah kemuncak kejayaan.
Benar.. Saya bersetuju dengan idealogi ini, mungkin juga anda.

Apa!? Ko join persatuan? Kerja ko study je tau! Kalau tak dapat Dekan sem ni, siap
ko!, gertak seorang ibu apabila mengetahui anaknya ingin melibatkan diri dalam
aktiviti persatuan. Jangan kata tidak, ada kes seperti ini dan saya pernah
mendengarnya.

Lain pula yang terjadi kepada saya. Kat sana (kampus) tak join apa-apa ke? Aktif la
sikit. Jangan jadi orang yang tak aktif yang duduk bawah tempurung, kata Bapak
kepada saya. Mungkin sudah terbiasa dengan aktiviti dan berpersatuan, beliau juga
ingin melihat saya dapat memimpin suatu hari nanti. Dan bukan bermakna apabila aktif
dalam persatuan, pelajaran diketepikan.

Benarkah menumpukan 100% masa kepada pelajaran dapat menjadikan seseorang itu
lembap? Mungkin ada yang setuju dan mungkin juga ada yang tidak setuju dan
menentang dengan sekeras-kerasnya. Kenapa saya katakan lembap? Sebab orang
seperti ini tidak mahu bersosial (tidak bercampur dengan orang dan terlibat dalam
aktiviti luar),

Mungkin orang yang fokus ini dapat skor dalam peperiksaan, setiap kali lecturer
bertanyakan soalan pasti dia dapat menjawab. Tetapi bagaimana dengan softskill nya?
Kehebatan yang sebenar bukan hanya di atas kertas, kerana ramai yang saya jumpa, di
atas kertas memang tip-top, bila buat praktikal sangatlah mendukacitakan. Senang
cerita teori hebat, praktikal hampeh. Saya lebih respect kepada mereka yang ahli dalam
kedua-dua bidang. Teorinya mantap, praktikalnya ok, dan sosialnya baik.

Saya berani berkata begini kerana saya banyak menjumpai orang seperti ini. Bukan
kerana saya dengki dengan pencapaian akademik seseorang, tetapi terfikir tentang
kehidupan di masa depan. Bolehkah kita hanya menjaja sijil kita di merata-rata tempat
tetapi tidak ada kualitinya itu?

SAYA TAK AKAN AMBIL STUDENT DEGREE

Korang belajar FANUC (mesin CNC) tak dalam kelas? Auto CAD?, tanya seorang
Technician kepada kami sewaktu kelas praktikal di Lab Computer Numerical Control
(CNC).

Tak.. Kami belajar Solid Work je.., jawab kami.

Macam mana korang nak bersaing masa mintak kerja nanti? Budak-budak Poli dengan
ILP lagi banyak belajar dari korang tau. Walhal diorang tahap sijil je, kata Technician
itu. Apa yang kami mampu buat, itu sahaja yang kami belajar, bukan tidak mahu
belajar sendiri, tetapi alat, masa dan bebanan assignment yang banyak menyempitkan
peluang itu.

Maaf cakap dik.. Bukan tak nak ambil budak degree, tapi tengoklah Ijazah je besar
(kejuruteraan), tapi cuba suruh bukak tayar, menggigil nak buat, kata seorang
supervisor di sebuah kedai membaiki kereta ketika rakan saya membuat lawatan ke
kedai itu.

Itulah yang dikatakan lembap bagi pendapat saya. Kehebatan menjawab soalan dan
membuat assignment hanya membantu dalam soal teori semata-mata. Ianya hanya di
atas sehelai kertas dan tidak bermakna jika ilmu itu tidak dapat dipraktikkan dalam
kehidupan.

Cara belajar di universiti banyak menekankan soal teori. Bagi bidang kejuruteraan,
pihak universiti mahu melahirkan seorang jurutera dan bukannya seorang juruteknik,
itu yang saya dengar dari seorang lecturer beberapa tahun lepas. Benar, tetapi teori itu
perlulah disertai dengan praktikal dan bukannya hanya menghafal nota, jawab dan
skor. Jika bidang sejarah atau bahasa mungkin boleh, tapi tidak untuk bidang
kejuruteraan.

Jika di negara seperti Jepun. Mereka yang agak kurang dalam bidang akademik akan
diserap masuk ke dalam bidang teknikal. Tetapi tahap pelajaran pelajar praktikal dikira
setaraf dengan pelajar-pelajar di bidang akademik. Macam ada dua jenis universiti,
universiti belajar akademik dan universiti teknikal, dua-duanya dikira ijazah. Disebabkan
itulah negara Jepun maju dengan teknologinya yang hebat, juruteranya mampu buat
apa yang pekerja bawahan boleh buat.

Tidak di negara kita, pelajar yang kurang berjaya dalam akademik dilabel sebagai
pelajar bermasalah dan tidak cerdik. Bagi saya mereka bukannya tidak cerdik, tetapi
sistem pembelajaran yang berorentasikan peperiksaan di negara kita ini yang
menyebabkan perkara ini berlaku.

Kerana itulah terjadinya fenomena pelajar perempuan lebih ramai di universiti
berbanding pelajar lelaki kerana perempuan dapat menumpukan diri dalam soal
akademik dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Pelajar lelaki pula ramai
yang berminat dalam bidang ternikal. Mereka bukannya tidak bijak, tetapi diasak
dengan asakan akademik yang merimaskan.

ATTITUDE DAN SOFTSKILL FAKTOR UTAMA

Terpampang kertas majong yang tertulis Ciri-Ciri Graduan Harapan Majikan.

Attitude Mempunyai Softskill yang mantap Boleh dipercayai.. Boleh bekerja di
bawah tekanan.. Kreatif dan Inovatif.. Dan terakhir, kelulusan yang cemerlang. Inilah
antara ciri-ciri graduan yang menjadi rebutan majikan. Hal ini saya bincangkan bersama
rakan-rakan semasa LDK di sebuah kem kepimpinan Mahasiswa.

Ternyata, kelulusan akademik hanyalah dikira sebagai syarat sahaja, dan bukannya
satu faktor penentu kejayaan seseorang. Berapa ramai orang yang tidak masuk
universiti tetapi berjaya dalam perniagaannya? Dan berapa ramai yang mempunyai
ijazah tetapi bekerja sebagai pekerja buruh sahaja? Bukan kelulusan yang dilihat, tetapi
perangai yang baik menjadi idaman.

Bayangkan jika seorang graduan yang cemerlang memohon kerja dengan sebuah
syarikat, tetapi keadaannya kusut-masai dan datang lewat ke sesi interview, adakah
beliau akan diterima bekerja dengan kelulusannya itu?

Bayangkan pula seorang yang tiada sijil tetapi rajin bekerja, peramah, jujur dan
disenangi oleh semua orang, adakah mungkin dia boleh berjaya menjadi seorang
manager suatu hari nanti? Bill Gate tidak berjaya dalam pelajarannya, tetapi kini beliau
kini telah menjadi antara orang yang terkaya di dunia. Apakah faktornya?

Jawapannya Attitude mengubah segalanya.

Selain dari itu, softskill juga amat penting dalam menentukan kejayaan seseorang.
Selain dari ilmu yang diperolehi, ilmu-ilmu lain juga amat perlu seperti ilmu komunikasi
yang berkesan. Bagaimana anda hendak berjaya jika tidak pandai berkomunikasi
dengan orang lain? Beraktiviti adalah jawapannya.

Untuk rakan-rakanku yang tidak mahu bersosial ataupun tersilap bersosial (gejala yang
tidak elok), marilah kita melengkapkan diri kita dengan ilmu berpersatuan. Kerana
dengannya banyak memberi pengalaman dan mendapat ilmu yang sangat berguna
sewaktu bekerja nanti. Tetapi apabila berpersatuan, jangan dilupa dengan pelajaran ye.

Sebuah cerita untuk dikongsi :

Seorang Professor mengupah bot seorang nelayan untuk memancing di laut dalam. Di
dalam perjalanan, Professor itu pun berbual-bual dengan Si Nelayan itu.

Kamu boleh berbahasa Inggeris?, tanya Prof. kepada Si Nelayan. Tidak tahu tuan,
saya hanya bersekolah rendah sahaja, jawab Nelayan itu.

Aduh.. Kamu telah kehilangan 50% dari hidupmu, dengan Bahasa Inggeris kamu boleh
menjadi kaya-raya seperti saya. Kamu tahu Matematik?, tanya Prof. dengan
angkuhnya. Tidak tuan, saya tidak tahu, jawab Si Nelayan itu.

Haha.. Kamu telah kehilangan 70% hidupmu. Patutlah senang ditipu orang. Rugi-rugi..
Haha.., angkuh Si Professor lagi.

Tiba-tiba cuaca berubah dan angin bertiup dengan kencang. Ombak tinggi menghayun
bot di tengah lautan. Bot itu bakal karam!

Apa yang perlu kita lakukan? Adakah kita akan selamat?, tanya Si Professor dengan
gelabahnya.

Ooo.. Jangan risau. Kita perlu berenang beratus meter dari sini untuk sampai ke
daratan. Tuan tahu berenang?, tanya Si Nelayan. Tidak tahuuuuu, tergetar
Professor menjawabnya.

Tadi tuan cakap saya telah kehilangan 70% dari hidup saya kerana tidak tahu
berbahasa Inggeris dan Matematik. Tapi tuan telah kehilangan 100% hidup tuan kerana
tidak tahu berenang.

----------------------------------------------------

Ada apa dengan CGPA di atas kertas? Jika tidak hebat mengemudi hidup. Apa guna
CGPA di atas kertas jika CGPA kehidupan tidak secemerlang mana. Sekadar perspektif
dan pendapat dari saya. Salah dan silap harap dimaafi. Teruskan perjuangan dalam
pelajaran dan teruskan hidup untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Jamal Rafaie

[Youth Issues]

Anda mungkin juga menyukai