Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBPE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI
SEMESTER MEI 2014
________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / I NSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.

2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12
Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan
arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi
had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung
tugasan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang
dihantar mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI
TERKINI yang BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line
sebelum tamat tempoh penghantaran.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 24hb Jun 6hb Julai 2014. Serahan selepas 6hb Julai
2014 TIDAK akan diterima.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.



PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.





























SOALAN TUGASAN


Pada tahun 2014 ini, pelaksanaan KSSR Pendidikan Jasmani telah dilaksanakan bagi Tahun 4.
Untuk memantapkan penglibatan dan sokongan antara sekolah dan ibu bapa, Program
Pendidikan Jasmani KSSR ini perlu dimaklumkan kepada semua pihak.

Selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani, anda telah diminta oleh Guru Besar untuk
menyediakan satu Buku Panduan Pendidikan Jasmani Sekolah bagi panduan ibu bapa.
Buku Panduan Pendidikan Jasmani Sekolah ini harus merangkumi perkara-perkara berikut:
A. Kulit hadapan

B. Maklumat Pendidikan Jasmani (masukkan unsur grafik di mana sesuai)
Apa itu Pendidikan Jasmani?
Mengapa Pendidikan Jasmani penting?
Apakah faedah-faedah yang diperoleh daripada Pendidikan Jasmani?
Penilaian Pendidikan Jasmani
Pakaian Pendidikan Jasmani
Ketidakhadiran murid
Masalah kesihatan murid

C. Aktiviti Pendidikan Jasmani berkonsepkan Teaching Games for Understanding
(TGfU) 2 aktiviti berserta lakaran aktiviti untuk setiap aspek di bawah
Jaring dan Dinding (Net & Wall)
Memadang (Batting & Fielding)
Serangan (Invasion)
Mencari perkataan Pendidikan Jasmani
Teka silang kata Pendidikan Jasmani

D. Rujukan (sekurang-kurangnya 5 artikel penyelidikan / buku / e-book / dll)
[Jumlah: 40 markah]


RUBRIK TUGASAN

HBPE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI / SEMESTER MEI 2014


Kriteria
Wajaran
Tiada Item Lemah Baik Kepujian Cemerlang
Markah
Maksimum
0 1 2 3 4
Kulit
hadapan
buku
panduan
1 Tiada kulit
buku
panduan
disediakan.
Kulit buku panduan
yang tidak menarik,
tidak jelas, tidak
lengkap, dan tidak
sempurna.
Kulit buku panduan yang
kurang menarik, kurang
jelas, kurang lengkap,
dan kurang sempurna.
Kulit buku panduan
yang menarik, jelas,
lengkap, dan sempurna.

Kulit buku panduan
yang sangat menarik,
jelas, lengkap, dan
sempurna.
Kulit buku yang boleh
dicontohi.

4
Maklumat
Pendidikan
Jasmani
(PJ)

(5-6 aspek)

3.5 Tiada
maklumat
disediakan.
Maklumat yang
yang disediakan
kebanyakannya
tidak lengkap dan
tidak berfaedah.
Kebanyakan
maklumat tidak
mudah difahami
dan sukar diikuti.
Unsur grafik
kebanyakannya
tidak memantapkan
maklumat.
Beberapa maklumat
yang disediakan
lengkap dan
berfaedah.
Beberapa maklumat
mudah difahami dan
diikuti. Beberapa
unsur grafik
memantapkan
maklumat.
Kebanyakan
maklumat yang
disediakan lengkap
dan berfaedah.
Kebanyakan
maklumat mudah
difahami dan diikuti.
Kebanyakan unsur
grafik memantapkan
maklumat.
Semua maklumat yang
disediakan sangat
lengkap dan sangat
berfaedah.
Semua maklumat
mudah difahami dan
diikuti. Semua unsur
grafik yang
memantapkan
maklumat.
14
Aktiviti
Pendidikan
Jasmani
(TGfU)

(5-6 aspek)
5 Tiada
huraian
disediakan.

Kebanyakan
huraian aktiviti
tidak sesuai dari
segi
perlaksanaannya.
Kebanyakan
cadangan aktiviti
tidak menarik.
Beberapa huraian
aktiviti tidak sesuai
dari segi
perlaksanaannya.
Beberapa cadangan
aktiviti tidak
menarik.
Kebanyakan huraian
aktiviti sesuai dari
segi
perlaksanaannya.
Kebanyakan
cadangan aktiviti
menarik.
Semua huraian aktiviti
sesuai dari segi
perlaksanaannya.
Semua cadangan
aktiviti menarik.
20


Rujukan

5 rujukan
0.5 Tiada
rujukan
disenaraikan
.

Kebanyakan rujukan
yang disenaraikan tidak
sesuai dengan tajuk.
Beberapa rujukan yang
disenaraikan tidak sesuai
dengan tajuk.
Kebanyakan rujukan
yang disenaraikan sesuai
dengan tajuk.
Semua rujukan yang
disenaraikan sesuai dengan
tajuk.
2
JUMLAH MARKAH 40
* Wajaran adalah berat sesuatu bahagian bergantung pada kepentingan maklumat yang diperlukan



PANDUAN PELAJAR
Anda dinasihatkan:
1. Menyiapkan tugasan ini secara individu.

2. Merujuk kepada buku teks dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam laman
sesawang yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau
organisasi yang mempunyai reputasi yang baik), yang berupaya memberi bantuan
bernilai ke arah penyiapan tugasan ini.

3. Membuat pencarian di laman sesawang berkaitan permainan mini bola baling untuk
mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

4. Melakukan lawatan ke sekolah rendah bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan,
jika perlu.

5. Berbincang dengan guru pendidikan jasmani sekolah bagi mendapatkan pengetahuan dan
gambaran tentang aktiviti permainan mini.

6. Mencatat dalam bentuk APA segala sumber rujukan dari mana-mana yang perlu dengan
merujuk kepada Publication Manual of the American Psychological Association Edisi ke-
6.




PANDUAN TUTOR

Tutor dinasihatkan:

1. Membimbing para pelajar dalam menyiapkan tugasan ini dengan mencadangkan format
yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

2. Mencadangkan bahan rujukan utama dan/atau laman sesawang yang berkaitan sebagai
rujukan pelajar.

3. Selain berbincang dengan tutor, galakkan pelajar menggunakan forum yang disediakan
oleh OUM dalam MyVLE untuk berbincang dengan e-Tutor mengenai tugasan.

Anda mungkin juga menyukai