Anda di halaman 1dari 9

Komputer peribadi

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pandangan besar bagi komputer peribadi moden:

1. Monitor

Monitor
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Sebuah Monitor berjenama Philips.

Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya


memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh
komputer dan diproseskan oleh kad grafik.

Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak
berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai
ciri-ciri dan sejarah tersendiri.

Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel
yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik
yang dipaparkan.

Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang
digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana
monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga
elektrik berbanding monitor CRT

2. Papan induk

Papan induk
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem
(systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama
yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.

Komputer biasa dibina dengan mikropemproses, ingatan komputer utama, dan komponen
asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran
(external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian
(peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau
penyambung.

Terdapat maklumat lanjut mengenai komputer peribadi serasi IBM di papan induk PC.
3. Unit pemprosesan pusat (Mikropemproses)

Unit pemprosesan pusat


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Cip CPU

CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang
menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas
perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran
aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi
terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan
operator (operand) dan hasil proses.

Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang
penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada
komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache,
dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.

Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk


merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan
CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.

Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.

4. Ingatan capaian rawak


Ingatan capaian rawak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Ingatan capaian rawak atau random access memory (RAM) ialah gabungan beberapa
cip RAM di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot RAM di
atas papan induk. Jumlah kapasiti pada sesuatu modul RAM itu biasanya gandaan dari
angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur RAM pula ialah
Megabait (MB). 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul
RAM ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai
sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan. Ini membolehkan kita memasukkan beberapa
modul ingatan di atas papan induk (memory banks). Teknologi “dual channel”
berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini
membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki
jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah
lebih cepat berbanding dengan satu memori modul sebanyak 512 MB.

5. Kad tambah
6. Bekalan kuasa
7. Pemacu cakera optik
8. Cakera keras
Cakera keras
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Bentuk cakera keras yang umum pada pertengahan 1990-an.

Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan
data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak
berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-
ROM, atau pita.

Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA
ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

9. Papan kekunci

Papan kekunci
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Papan kekunci jenama BenQ


Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk
memasukkan data ke dalam komputer.

Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan
empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.

• menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU


bergantung kepada kekunci yang ditekan.
• bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
• mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
• menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip
terlalu pantas.

Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan


kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada
baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.

Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana
penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk
memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak
di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat
ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang
lalu.

Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala
yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan)
dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat
sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci

10. Tetikus

Tetikus
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Jenis-jenis tetikus bebola berwayar.

Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi
mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil
yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis
tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan
keupayannya seperti:-

• Tetikus bebola dengan wayar.


• Tetikus bebola tanpa wayar.
• Tetikus optik dengan wayar.
• Tetikus optik tanpa wayar.

Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi
tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan
seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop
publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak
dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut
berada.

Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang
mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem
Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse,
seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan
tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll.
Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4
aktiviti utama iaitu: -

1. Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang
tertentu pada skrin papa
2. Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
3. Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin
komputer.
4. Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada
skrin.

Komputer peribadi ialah komputer yang sesuai digunakan untuk kegunaan peribadi.
Komputer jenis ini boleh didapati di pasaran dengan harga yang pelbagai—bergantung
kepada kehendak pengguna, tetapi amat rendah jika dibandingkan dengan komputer
berkuasa tinggi seperti superkomputer.

Komputer peribadi juga digunakan untuk merujuk kepada komputer komputer peribadi
IBM (IBM Personal Computer) keluaran IBM. Komputer ini merupakan pencetus kepada
perkembangan komputer peribadi sehingga ke hari ini.

Komputer peribadi boleh dikelaskan kepada beberapa kategori mengikut rupa dan saiz:

• Komputer meja
• Komputer riba
• Komputer tablet
• Pembantu digital peribadi atau PDA
• Komputer boleh alih
• Komputer boleh pakai
• Telefon bimbit

Isi kandungan
[sorok]

• 1 Sejarah
• 2 Seni bina dan kad tambah
• 3 Komputer peribadi tak serasi IBM
• 4 Lihat juga

• 5 Pautan luar

[sunting] Sejarah
Komputer peribadi ialah mikrokomputer yang berharga rendah. Pada asalnya
direkabentuk supaya ia hanya boleh diguna oleh seorang pada satu masa, dan juga serasi
IBM PC.

Nadi utama bagi mikrokomputer ialah Unit Pemprosesan Pusat mikropemproses


(microprocesor CPU). Mikropemproses yang pertama ialah Intel4004 yang dikeluarkan
pada 15 November 1971. Generasi pertama mikrokomputer yang mula dikeluarkan pada
tahun 70an. Namun begitu, ia berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding
dengan komputer perniagaan pada waktu itu. Ia hanya diguna oleh peminat komputer,
atau hanya untuk permainan elektronik.

Mikrokomputer menjadi alat perniagaan apabila atur cara hamparan elektronik VisiCalc
dilancarkan untuk mesin Apple II, dan seterusnya untuk IBM PC. Pada sekitar tahun
1980-an, harga komputer peribadi yang rendah menjadi sebab utama kepopularannya
untuk kegunaan di rumah serta perniagaan. Pada tahun 1982, majalah Times memberikan
Komputer Peribadi gelaran "Man of the Year".

Menjelang tahun 1990an, kuasa prestasi Komputer Peribadi meningkat secara drastik,
sehingga ia hampir menyamai kuasa komputer pelbagai pengguna, seperti Mainframe.
Pada hari ini, komputer tahap tinggi (higher-end computer) lebih kerap membezakan
dengan komputer peribadi dari segi kestabilan serta kuasa multitasking yang lebih baik,
daripada hanya bergantung semata-mata pada kuasa CPU.

[sunting] Seni bina dan kad tambah


Kebanyakan Komputer Peribadi moden menggunakan senibina perkakasan yang serasi
dengan komputer peribadi IBM, dan menggunakan pemproses berciri x86 yang
dikeluarkan oleh Intel, AMD, atau Cyrix. Keupayaan komputer peribadi boleh
ditingkatkan lagi dengan penggunaan kad tambah.

[sunting] Komputer peribadi tak serasi IBM


Di sebalik kepopularan komputer peribadi, terdapat juga sejumlah komputer peribadi
yang tidak serasi dengan IBM yang masih menjadi tarikan pengguna. Salah satu
daripadanya ialah Power Macintosh yang dikeluarkan oleh Apple Computer. Komputer
peribadi itu yang mempergunakan seni bina PowerPC digunakan secara meluas dalam
bidang seni bina grafik serta multimedia.