Anda di halaman 1dari 8

Draf awal huraian - jangan salin bulat-bulat.

ini cadangan saya sahaja



1. Tajuk rencana - Perpaduan kaum di Malaysia

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan
nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat
merupakan antara aspek yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang perpisahan .


Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah dan
perintah terutama membiarkan penduduk negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing
mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang
pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara
India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan
mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza .
Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu
lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara
ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan
sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di
dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran Melayu. Kesan langsung
wujudnya sistem pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh
memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang
mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula
mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan
menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu.
Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga
atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan
sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya keganasan 14 hari seperti membunuh,
menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan
berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan
adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu
kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayusebagai (Bumiputera) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin
mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah
gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal
ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang
dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada
66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan
kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan
isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif
berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu,
melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian
besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakanyang menang, mendapatkan permit
polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun
perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak
penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai
simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tengelamnya kapal Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung.
Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan
darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969. Kepanasan isu ini cepat menular
sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak
kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya
dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha
mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja
tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada
masa sekarang.

(b) Kepentingan perpaduan kaum

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin
keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah
untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang
telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita
yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak akan
berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan
kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan
patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah
air dan sanggup berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan
dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam negara. Warganegara yang
memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada
campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan
negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara
satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota
masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota masyarakat memiliki
sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.


(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana
peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada tindakan luar batasan
dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi
iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa
memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih
sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan
kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota
masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan
dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi
sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna;
dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan
keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan
Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri
Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke
arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan
keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham,
membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972
menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk
masyarakat yang berbilang kaum


Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula
melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC
pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan
UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang
politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai
1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk
bagi menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu
sama lain.


Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaansebagai landasan mewujudkan masyarakat yang
bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak
semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961
merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar
yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah,
mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )

Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu politik perkauman boleh menimbulkan perasaan
kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat
kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama,
kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke
arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan
ideologi Malaysian Malaysia bagi mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara
ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan
kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.


Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British.
Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan
mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini
mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan
di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih
timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala
masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-
tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini
diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini
telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.
Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di
mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi
tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana
masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang
sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.
Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di
antara sesama kaum terbabit.


Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran
kebangaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.
Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan
sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang
memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem
persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di
antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan
pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di
dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik
berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world view)
yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu
dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi
pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga
dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan
blog serta face book menyebabkan timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif
. Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di
samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di
negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang.
Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa
antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi. Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga
menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah
dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya menyebabkan berlaku pertentangan pendapat
dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam
masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campurtangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu yang
dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha
mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa
pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu
hubungan sesama jenis dan hak golongan lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota
masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu
ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( pilih 3 sahaja
)

Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan
memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah
dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu
dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan
integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti
strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi
Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan,
Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan
Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa
Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan
Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan
dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara
rakyat di negara ini.
Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan
di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.
KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah
supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka
maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum
dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat
diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk
menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah
lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan
persembahan pentas.


Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun
ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya
bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang
merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum
berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui
aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa
PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum
mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama
dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam
di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di
bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk
semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan
seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut
supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi
wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring
dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa
mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa.
Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia
terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari
perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun
Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,
Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysiakeenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu
bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama
menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta
formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan
terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir
Mohamad dan TunAbdullah Ahmad Badawi
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama
lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan
bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan
dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada
perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah
melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini
mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

(f) Rumusan

Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju
menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan
kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar
semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang
terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini
tidak lagi akan berlaku .

Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat
bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak
terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

(g) sumber rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUP
Dicatat oleh CI KGU RAZAK di I snin, J un 30, 2014
Reaksi:
8 ulasan:
Label: SEJ PT 3
Tugasan PT 3 Sejarah
Draf awal/ kerangka awal ( kena buat dan hantar kepada cikgu ) yang ini 30 markah



Jadual kerja

1. Objektif kajian

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia
2. Menetapkan kaedah kajian
Membaca akhbar tempatan
Merujuk buku teks atau rujukan
Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

3. Menetapkan tajuk perpaduan kaum di Malaysia

4. Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal

a. Tajuk rencana- Perpaduan kaum di negara ini
b. Nama penulis nama awak
c. Isi kandungan

Pengenalan isu perpaduan secara umum
Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman british
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei

Kepentingan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja)
- mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
- memelihara kedaulatan Negara
- mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotism
- meningkatkan imej Negara di mata dunia
- membangunkan ekonomi negara
- mengekalkan kestabilan politik
- membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja )
Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan


Cabaran mengekalkan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja )
kewujudan pelbagai aliran sekolah
- parti politik berasaskan kaum
- kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar


Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia ( huraikan 3 aja )
Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

Membuat rumusan
- Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
- Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( ) kita wajar ........
- Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Meletakkan rujukan
Akhbar
Buku- Buku teks sejarah tingkatan 3 , KPM, DBP , 2007, KL
Majalah
Internet

Pelaksanaan kerja
Bil Tarikh Huraian/ perkara/ aktiviti Catatan
1 30/6/2014 Mendengar taklimat daripada guru
2 Membuat rujukan lanjut ke laman web
kementerian Pendidikan/ LPM


3 Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan
4 Menentukan tajuk tugasan
5 Membuat kajian perpustakaan
6 Membuat kajian internet
7 Membuat kerangka kasar
8 Merujuk guru tentang huraian tugasan
9 Membuat draf akhir
10 15/7/2014 Menulis rencana ikut format
11 16/7/2014 Menyemak tugasan
12 17/7/2014 Menghantar laporan


http://cikgurazak.blogspot.com/2014_06_01_archive.html