Anda di halaman 1dari 12

Contoh proposal buku.

Apa yang perlu ada dalam kertas cadangan anda?

• Judul buku.
• Ringkasan buku.
• Kategori.
• Sasaran pembaca.
• Analisa pasaran.
• Persaingan.
• Rujukan konsep buku.
• Promosi.
• Faedah buku kepada pembaca.
• Penyerahan manuskrip.
• Rangka kandungan.
• Bab contoh.
• Butir-butir diri.

JUDUL BUKU

• Judul utama seharusnya tidak lebih daripada 5 patah perkataan.


• Untuk penerangan lanjut kepada judul utama, bolehlah ditambah judul kecil.
• Judul hendaklah mudah difahami dan elakkan mengguna perkataan negatif.
• Judul hendaklah dapat memberi gambaran tentang buku tersebut ke dalam minda
pembeli dan seterusnya memotivasi dia untuk membeli.

RINGKASAN BUKU
• Sediakan ringkasan buku anda.
• Anggaran muka surat buku anda (langkau dua baris).
• Adakah buku anda mempunyai sebarang ilustrasi, gambar atau rajah?
• Bagaimana perancangan anda untuk menulis?
• Kenapa anda adalah orang yang terbaik untuk menulis buku tersebut?

RANGKA KANDUNGAN

• Sediakan rangka kandungan buku anda (senarai bab).

ANALISA PASARAN

• Siapakah yang akan membeli dan membaca buku anda?


• Berapa ramai yang memerlukan buku anda?
• Dimana boleh dipasarkan buku anda?

PERSAINGAN

• Berapa banyak buku di pasaran (dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang
sama dengan buku yang bakal anda tulis? (senaraikan 3-6 judul jika ada)
• Bagaimanakah jualan buku-buku tersebut?
• Apakah kelebihan buku anda jika dibandingkan dengan buku lain yang sedia ada?

1
PROMOSI

• Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menjual buku anda?
• Contoh:
• Sekiranya anda seorang penceramah/jurulatih, berapa banyak ceramah/ bengkel
dalam setahun yang anda kendalikan dan berapa banyak buku boleh dijual.
• Sekiranya anda mengenali individu/ pertubuhan (network) yang boleh membantu
menjual buku anda, sila senaraikan.
• Sekiranya anda seorang pensyarah dan mengajar subjek yang berkaitan dengan buku
yang ditulis, berapa ramai pelajar dalam satu semester yang akan beli buku tersebut.
• Anda mungkin mempunyai idea-idea menarik bagaimana untuk meningkat jualan
buku anda seperti mengadakan peraduan yang berkaitan dan mempengaruhi
syarikat-syarikat besar untuk membeli buku anda sebagai hadiah kepada pekerja atau
pelanggan. Sila nyatakan.

FAEDAH BUKU KEPADA PEMBACA

• Sila nyatakan apakah faedah buku anda kepada pembaca.

PENYERAHAN MANUSKRIP

• Sila berikan tarikh akhir manuskrip boleh diserah kepada Penerbit.

BAB CONTOH

• Sila sertakan satu bab contoh (lebih kurang 20-30 muka surat/ langkau dua baris)
untuk tujuan penilaian.

BUTIR-BUTIR DIRI

• Sertakan nama, nama institusi, telefon pejabat, H/P


• Wibawa Bidang
• Wibawa Kerjaya
• Latar Pendidikan.
• Anugerah dan Penghargaan
• Maklumat Diri

2
Contoh Kertas Kerja Cadangan

Siri Buku di bawah kategori Perhubungan dan Cinta

Oleh
ZAMRI MOHAMAD

disediakan untuk
PTS MILLENNIA

Pendahuluan

Siri buku dalam kategori ini merupakan siri buku yang ditulis dalam bentuk bantu diri dan
motivasi dewasa. Ia memberikan pembaca pendekatan-pendekatan yang praktikal
menggabungkan pengalaman dan teori dalam penyelesaian isu-isu harian kekeluargaan yang
berbangkit dalam hidup sebagai individu, ahli komuniti, warga organisasi dan pasangan.

Ia adalah gambaran hidup positif pembaca. Jenama yang menggambarkan potensi hidup peribadi
dalam apa yang dilalui dengan menggunakan kebijaksanaan belajar dari keadaan, diri dan
pengalaman orang lain untuk peningkatan gaya hidup dalam hidup berpasangan.

Sebagaimana terdahulu, manuskrip yang sedang menunggu dalam proses editorial seperti
Komunikasi Memikat, Tip Memahami Lelaki Sebagai Kekasih, Resipi Cinta Menawan Hati dan
Dirimu Menarik Hatiku Tertarik serta yang telah terbit Pikat Hati Serlah Peribadi (diubah kepada
Magnet Cinta), tiga buku cadangan dalam kertas cadangan ini masih kekal meneruskan agenda
yang sama.

Senarai tajuk cadangan

Penulis akan mengetengahkan tajuk yang menjadi fokus pembaca hari ini seperti.

Sederhana Tetapi Menawan

Dari masa ke semasa, siri ini akan ditambah dengan tajuk-tajuk baru berdasarkan keperluan baru
mengikut budi bicara penerbit.

Ringkasan Buku.

Sebuah buku komunikasi kewangan yang disediakan bagi mereka yang merancang kehidupan
berkeluarga. Buku ini memberi jawapan kepada satu isu konflik rumahtangga, penceraian dan
salah faham yang timbul. Apabila pasangan sudah tidak serasi dek salah faham komunikasi, ia
memberi bayangan bahawa pasangan sudah tidak ada cinta lagi.

Apabila pasangan sudah tidak sefahaman dalam pengurusan kewangan, ia memberi bayangan
bahawa pasangan sudah menjadi beban. Kuasa persepsi kesan daripada maklumat yang kurang
menjadikan pasangan memilih andaian sebagai asas tindakan mereka.

Sederhana Tetapi Menawan membawa kepada kesederhanaan dalam perbelanjaan dan


sederhana dalam mengatasi kejutan krisis kewangan. Hasilnya perkahwinan dan perhubungan
cinta yang tetap menarik dan menawan di mata pasangan.

Kegawatan ekonomi negara pada tahun 1997 mendedahkan bagaimana dua punca ini membawa
kepada peratusan penceraian yang mendadak. Pada tahun 1999 sehingga tahun 2005, angka
penceraian bersifat konsisten dan mengalami penurunan yang kecil.

3
Tahun 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

Jumlah 13,155 13,536 13,187 13,841 15,543 16,509 13,465


Perceraian
Artikel Perkahwinan Dalam Islam: Jangan Tunggu Lama-Lama!
Siti Fatimah Binti Abdul Rahman
Fellow Kanan
22 Januari 2002

Melalui aplikasi formula kewangan dan komunikasi interpersonal dan intrapersonal dengan
membawa beberapa kes sebenar dalam isu rumahtangga, ia menjadi rujukan terbaik yang
diperolehi pembaca.

Dipersembahkan dalam bahasa Melayu standard tetapi dengan gaya santai sesuai dengan usaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Santai bermaksud isi-sis dan formua
dipermudahkan kaedah penghuraian dengan mengambil kira konteks tempatan.

Ini selari dengan pendekatan kontemporari cendikiawan dan ahli akademik di Eropah dan
Amerika yang menjadikan tesis sarjana mereka kepada bahasa masyarakat.

Analisa Pasaran dan persaingan.

Kewujudan buku-buku kewangan tempatan seperti karya Azizi Ali menunjukkan satu
fanomena baru dalam pengurusan kewangan inidividu. Secara asasnya, penerima pembaca
terhadap buku-buku kewangan sangat jelas apabila adanya buku-buku kewangan lain menyusul
selepas karya Azizi Ali.

Namun begitu buku-buku tersebut membincangkan mengenai pengurusan kewangan


peribadi dan perihal isu mengukuhkan kewangan melalui hartanah dan pelaburan. Namun masih
tidak membincangkan isu komunikasi kewangan dalam keluarga yang menjadi teras kepada
kerjasama keluarga.

Bayangan buku Barat yang boleh memberi konsep yang sama bagi buku Sederhana Tetapi
Menawan ini ialah buku Robert T Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad.

Buku ini mengetengah konsep keluarga sebagai isu pendidikan kewangan dan setiap bab
membincangkan bagaimana konfigurasi minda individu dapat mengkonfigurasi sikapnya
terhadap wang.

Buku Sederhana Tetapi Menawan memasuki kategori kewangan dan pengurusan yang
sudah diterima ramai, tetapi dengan konsep komunikasi kewangan, ia menjadi sesuatu yang baru
dan perlu dibaca oleh masyarakat tempatan.

Rujukan konsep buku.

Konsep buku diambil melalui buku.

The Surrendered Wife : A Practical Guide to Finding Intimacy, Passion, and Peace with Your Man
by Laura Doyle

The Proper Care and Feeding of Husbands by Laura Schlessinger

Men Are from Mars, Women Are from Venus: The Classic Guide to Understanding the Opposite
Sex by John Gray

4
Kategori

Motivasi Remaja perempuan dan wanita dewasa

Sasaran pembaca.

• Perempuan dari umur 18-35 tahun


• Sedang dalam proses mendirikan rumahtangga
• Sudah mendirikan rumah tangga
• Remaja perempuan bekerja dan belajar di IPTA

Cara penulisan

• Berbentuk tip bantu diri dengan setiap tip dalam lingkungan satu hingga tiga mukasurat.
• Sasaran sekurang-kurangnya 50-70 tip bagi setiap buku.
• Mempunyai doa-doa untuk kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan
• Isu-isu komunikasi, kesihatan, di sebalik sejarah perkahwinan para Rasul dan tokoh-tokoh
hari ini.
• Buku akan mengandungi kes contoh, perbandingan, tip-tip dan catatan rekod yang
dikumpul dari akhbar, majalah, temubual dan pemerhatian.

Penghasilan manuskrip dan buku

• Penulis bersama (co-author).


• Manuskrip dihasilkan dalam 80 halaman, single spacing (1.0) font 12, Times New Roman
• Sasaran buku dicetak dengan ketebalan 150 muka surat pada harga jual sekitar RM15.90.

Promosi.

Setiap buku akan mempunyai laman weblognya tersendiri menggunakan khidmat weblog
wordpress. Ia akan dijadikan medium untuk menambah lebih banyak tip-tip melalui sumbangan
pembaca buku-buku ini melalui perkongsian pengalaman, pemerhatian dan pengetahuan
mereka.

Sebagai contoh urusmasa.wordpress.com adalah weblog khusus untuk buku Tip Urus Masa Untuk
Muslimah Moden

Beberapa tip buku akan digunakan semula ke dalam weblog. Weblog ini akan digunakan bagi
tujuan edisi semak dengan menambah atau mengubah mana-mana tip buku dalam cetakan
awalnya bagi keperluan ulang cetak jika ia menjadi keputusan pihak penerbit.

Sebahagian tip-tip akan dijadikan artikel bersiri dalam akhbar dan majalah atas inisiatif penulis
sebagai cara mempromosikan buku ini.

Selain itu promo buku 40 saat akan disebarkan ke dalam YouTube sebagaimana buku Memahami
Bahasa Cinta Lelaki dan 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Ia boleh dicari melalui kata kunci carian
motivasi

5
Faedah buku kepada pembaca

• Buku ini menjadi guide kepada pasangan baru mendirikan rumahtangga bagaimana
menguruskan bajet mereka.
• Persediaan kepada keluarga membantu anak-anak mereka bagaimana mengurus bajet
sebelum dan selepas berumahtangga.
• Sebagai senarai semak bagi mengenalpasti pendekatan-pendekatan lain bagi
meningkatkan efisien perbelanjaan dan simpanan pasangan.

6
Rangka Kandungan Buku

Dedikasi
Prakata
Berkongsi Cerita Bersama Kami

Bahagian 1

 Mulakan hidup dengan belajar.


 Belajar daripada kesilapan diri sendiri.
 Belajar daripada kesilapan orang lain.
 Berkahwin dengan buku.
 Banyak bertanya kurang mengkritik.
 Jangan jadi keluarga si Ali Baba.

Bahagian 2

 Hidup yang selamat.


 Dilema seorang pekerja – Risiko hidup sebagai pekerja.
 Pekerja dan budaya rakan sepejabat.
 Pekerja dan tuntutan keluarga.
 Buat keputusan sendiri.
 Sediakan payung sebelum hujan.
 Jangan bergantung Sepenuhnya.
 Awas Kad Ajaib.
 Menjadi Mat Jenin yang was-was atau berwawasan.

Bahagian 3

 Hidup dengan senang.


 Mengurus duit poket – Biaya daripada ibu dan ayah, biasiswa,
pinjaman PTPTN dan pinjaman negeri.
 Mengurus wang gaji – bermula gaji pertama.
 Mengurus mengikut kaedah sampul surat.
 Menjana bonus empat bulan secara sendiri.
 Bedah siasat bajet peribadi.

Bahagian 4

 Hidup dengan tenang.


 Bebas dari bebanan hutang.
 Bebas dari menangung kesilapan
 Bebas dari masalah yang tidak perlu
 Berkomunikasi dengan diri sebagai kawalan.
 Urus matlamat hidup, urus duit.
 Berbicara dengan minda, positifkan hidup
 Kuasa Law of Attraction

Bahagian 5

 Teknik membincangkan isu wang sebelum berkahwin.


 Bernegosiasi sebelum 'Aku terima Nikahnya....”
 Persiapan Hari Bahagia Raja Sehari
 Wang untuk bertunang
 Wang untuk hantaran
 Perjanjian bertulis mesti ditandatangani
 Memilih rumah sewa
 Wang deposit rumah sewa

7
 Perabot dan peralatan rumah sewa

Bahagian 6

 Rumahtangga, mahligai yang teguh.


 Bahasa wang bahasa cinta.
 Rumah ganti hantaran tunai.
 Buku ganti hantaran barangan.
 Ekonomi kukuh rumahtangga teguh.
 Libatkan ahli keluarga dalam bajet .

Bahagian 7

 Siapa dominan dalam keluarga.


 Mengapa perempuan lebih mudah merungut berbanding lelaki.
 Apabila cadangan lelaki mengecewakan perempuan.
 Lelaki dan obsesi terhadap kuasa dan pencapaian
 Apabila masalah dihadapi dengan tangisan.
 Gambaran besar dan gambaran kecil dalam minda.
 Komitmen, sudut pandang lelaki dan perempuan

Bahagian 8

 Baru berkahwin sudah bergaduh


 Bernegosiasi cara si isteri
 Bernegosiasi cara si ibu
 Konflik itu bukan pergaduhan, tetapi jalan selesai
 Kenalpasti gaya mendengar pasangan.
 Respon gembira tanpa dilukai.
 Selalu ambil hati si dia, mudah bawa bicara.
 Mempengaruhi pasangan dengan keputusan bijaksana
 Anak-anak kempen pilihanraya keluarga
 Ceria waktu senang, tenang waktu bencana

Bahagian 9

 Muda senang tua tenang.


 Jangan tiru perangai syaitan.
 Jangan tiru macam saya.

Mengenai Penulis
Bibliografi

8
Cadangan bermula

• Sederhana Tetapi Menawan. Cadangan bersama penulis bersama. Jangkaan projek


November-Disember

Bab Contoh

Sediakan payung sebelum hujan.

Apakah simpton-simptom yang boleh memberitahu kita bahawa hutang peribadi


sudah pada peringkat kritikal? Adakah kita tahu tanda-tanda hutang sudah terlalu
banyak? Dari sehari ke sehari rakyat Malaysia terperangkap dengan masalah hutang yang
terlalu banyak. Jika dibiarkan berterusan, akhirnya satu demi satu rebah di bumi muflis.

Seperti penyakit, kita dapat mengesan sesuatu penyakit itu melalui tanda-
tandanya. Iaitu seorang yang menghidapi penyakit kencing manis dapat dikesan atau
dilihat apabila dia kerap bangun tengah malam untuk membuang air kecil, berat badan
menurun dengan mendadak dan hilang selera makan. Begitu juga dengan orang yang
terlalu banyak menangung hutang. Tanda-tanda yang di bawah dapat membantu kita
mengesan sama ada kita mempunyai hutang yang terlalu banyak dan kritikal.

 Tidak tahu berapa jumlah keseluruhan hutang

Kita tidak mengetahui berapa banyak jumlah yang berhutang. Ini berlaku apabila
kita membuat pinjaman hampir setiap bank dan merebut segala jenis peluang untuk
membeli barangan dan perkhidmatan melalui skim bayaran mudah dan berhutang
dengan sesiapa sahaja yang sanggup memberi hutang kepada kita demi mencapai tujuan
peribadi.

Kita menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh bank A, B, C atau D tetapi
tidak pasti berapakah jumlah sebenar hutang. Kita tidak tahu sebanyak mana jumlah
hutang melalui pembelian perabut dan peralatan elektrik rumah menggunakan skim
bayaran mudah.

 Apabila mengeluarkan duit dari kad kredit

Selain daripada gaji yang kita terima dalam bentuk wang pada setiap hujung
bulan, kita tidak ketinggalan untuk mengeluarkan duit menggunakan kad kredit. Ini
berlaku kerana keperluan untuk menggunakan duit tunai melebihi dari apa yang kita
terima pada setiap bulan daripada pekerjaan tetap.

Ada ketika kita tidak mampu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
menggunakan kad kredit seperti di gerai dan kedai runcit. Oleh itu jalan penyelesaian
yang telah kita ambil ialah meminjam wang tunai menggunakan kad kredit di mesin ATM
yang terpilih. Pengeluaran wang juga dibuat untuk membayar bil-bil yang tidak
menerima bayaran melalui kad kredit.

 Apabila tidak Mempunyai Simpanan

Sepanjang tempoh anda bekerja kita masih tiada simpanan wang kecuali dalam
tabung yang nilainya hanya mampu membeli dua beg lampin pakai buang anak.

Ke mana semua wang yang kita perolehi dari sumber pekerjaan dan lain-lain.
Masa berjalan, gaji semakin meningkat, umur semakin tua, tetapi duit semuanya
dihabiskan, tiada simpanan langsung. Ini menunjukkan kita tidak duit untuk di simpan
walaupun bukan secara tetap.

 Kita sudah belanja mencecah had kredit

9
Sehingga kini, setiap kad kredit kita hampir atau sudah mencecah had hutang
yang dibenarkan. Ini bermakna, jika kad kredit kita mempunyai had kredit sebanyak RM
5,000, maka kita sudah berhutang sebanyak RM 5,000. Itu belum termasuk faedahnya.

Tiada satu sen pun hutang ketika kita menerima kad kredit iaitu dua tahun lepas.
Tetapi dari bulan ke bulan, kita tidak pernah terlepas untuk menggunakan kad kredit ini.
Akhirnya kita tersedar bahawa kad itu telah mencecah had kredit dan sekarang kita
menanggung hutang yang lebih besar dari dua bulan gaji kasar kita.

 Membuat bayaran minimum untuk kad kredit

Setiap bulan, kita tidak pernah terlewat untuk membuat bayaran kepada bank bagi
bayaran minimum yang wajib kita bayar sebelum atau pada tarikh matang. Sejak dari hari
pertama kita memiliki kad kredit, kita hanya menjelaskan bayaran minimun yang
dikenakan.

Iaitu ketika pertama kali menggunakan kad kredit, kita telah cajkan pembelian
baju bernilai RM 90. Apabila kita menerima penyata, tertera disitu transaksi yang kita
buat di sebuah pasaraya bernilai RM 90. kita dibenarkan sama ada untuk menjelaskan RM
90 atau membayar RM 50 sebelum atau pada tarikh matang (seperti tertera di dalam
penyata itu). Kita memilih untuk membayar RM 50.

 Jumlah baki hutang masih tidak berkurang

Jumlah baki hutang masih tidak berganjak atau berkurangan walaupun


pembayaran telah dibuat pada setiap bulan. Bagaimana hutang hendak berkurangan, jika
kita mempunyai hutang sebanyak RM 4,800 dan hanya membayar RM 500 dan kita
membuat hutang baru sebanyak RM 600. Bukan setakat hutang kita tidak berkurangan
malah semakin meningkat dari RM 4,800 menjadi RM 4,900 akibat daripada pembayaran
sebanyak RM 500 tetapi perbelanjaan baru sebanyak RM 600.

 Mempunyai lebih daripada satu kad kredit

Cuba buka dompet atau beg tangan kita, keluarkan semua kad kredit yang kita
ada. Satu…Dua….Tiga….Lima. Kirakan bilangan kad yang sudah tidak boleh digunakan
iaitu kredit sudah sampai had maksimun. Tiga keping kad kredit tidak dapat digunakan.
Hanya dua keping kad kredit yang masih boleh digunakan.

Di sini, kita dapat perhatikan, pertambahan kad kredit yang kita miliki dari satu
kad kepada lima kad. Apa akan terjadi jika kedua-dua kad yang masih boleh digunakan
itu juga mencecah had kredit ? “Pastinya Kiamat hidup aku”. Jika kita memerlukan kad
kredit untuk mengelakkan dari membawa wang yang banyak dalam poket seluar kita
kenapa sampai ada lebih dari satu kad ?

 Bil baru sudah sampai, yang lama belum bayar.

Penyata atau bil untuk bulan ini sudah sampai, tetapi bil-bil bulan yang lepas belum
dibayar.

Contohnya, kita sudah menerima bil elektrik terkini, tetapi kita masih tidak
menjelaskan bil yang terdahulu. kita masih belum membayar ansuran kereta untuk bulan
ini, malah ansuran bulan lepas pun sudah matang dan masih tertunggak. Penyata kad
kredit pun sudah sampai dan perlu dibayar tetapi hutang dalam penyata bulan lepas
belum pun dibayar.

 Gagal untuk mendapatkan pinjaman dari bank.

Kita terkejut dan tertekan apabila menerima surat keputusan tentang permohonan
untuk membuat pinjaman peribadi bagi membayar hutang.

10
Sebelum ini setiap dari surat permohonan pinjaman termasuk surat keputusan
temuduga pekerjaan berbunyi “Sukacita di maklumkan….” tetapi kini sudah beralih wajah
kepada “Dukacita dimaklumkan….”

Kini kita sedar bahawa selama ini kita tidak pernah menghiraukan tentang setiap
pinjaman yang telah di ambil sehingga merosakkan rekod bersih kita di kaca mata bank.

Jika seribu jenis pinjaman yang telah ambil, rekod kita akan tetap bersih jika kita
tidak pernah melanggari mana-mana terma yang terdapat di dalam setiap perjanjian.

Tetapi, jika kita hanya mengambil satu pinjaman dan melanggari terma-terma
(syarat-syarat) perjanjian, maka rekod kita sudah menjadi buruk. Nama kita telah
disenarai hitam dan kita tidak lagi layak untuk mendapat kelulusan mana-mana pinjaman.

Menyembunyikan penyata kad kredit dari ahli keluarga.

Setiap kali kita menerima penyata kita akan menyembunyikannya agar ia tidak
diketahui oleh keluarga kita. Ini kerana kita tidak sanggup membuat ahli keluarga
(terutama ayah) terkejut atau diserang lemah jantung selepas melihat angka-angka yang
terdapat di dalam penyata itu.

kita juga tidak mahu isteri kita yang merupakan seorang suri rumah tertekan kerana
kitalah satu-satunya sumber pendapatan keluarga. Jika dia mengetahui lagi banyak
bebanan pemikiran yang akan tanggungnya dan boleh menyebabkan perkara-perkara
yang tidak diingini akan berlaku. Rumit

 Tidak membuka penyata kad kredit.

Kita bukan sahaja menyembunyikan penyata tersebut daripada pengetahuan ahli


keluarga kita juga tidak tahu isi kandungannya kerana kita tidak membukanya. kita tidak
ingin menambahkan lagi bebanan di otak kita disebabkan belengu hutang yang sudah
melarat.

Jika dibuka penyata itu, bukan penyelesaian yang akan lahir tetapi hutang yang
semakin menggunung akan timbul. Ini akan membuat fikiran kita lebih terganggu dan
tidak mampu untuk menumpukan pemerhatian pada kerja-kerja lain.

Satu arus tekanan yang kuat melulu ke otak sejerus mata melihat penyata kad
kredit di dalam peti surat rumah. Mahu tidak mahu, surat penyata itu diambil dan
dicampakkan di suatu tempat yang terperosok atau disimpan di dalam laci yang paling
jarang digunakan. Jika tekanan yang melampau, kita mungkin mencampakkan penyata itu
terus ke tong sampah.

 Mendapat Panggilan daripada pemberi pinjaman

Ketika perjalanna ke pejabat telefon kita sudah berdering dan yang pasti ia adalah
dari bank yang mahukan kita menjelaskan ansuran yang tertunggak atau menghadapi
surat saman.

Bukan sekali dua, tetapi hampir setiap hari telefon kita berdering. Hutang kad
kredit, ansuran rumah, skim bayaran mudah dan banyak lagi. Pada sebelah petang telefon
bimbit kita berbunyi lagi, kali ini dari bank ABC menanyakan tentang pembayaran
minimun kad kredit yang belum dibuat dan sudah 3 bulan tertunggak.

Kita juga dikejutkan dengan ketukan dari luar rumah, apabila diintai seorang
posmen berdiri tegak untuk memberikan kita sepucuk surat. Berdebar-debar kita untuk
membuka surat berdaftar itu. Selepas dibuka apa yang kita takutkan telah terjadi. Surat
saman dari bank.

11
 Waktu Malam dirasakan Terlalu Singkat

Waktu menunjukkan jam lima petang, hati kita meronta-ronta terlalu gembira
disebabkan masa deringan telefon akan terhenti seketika waktu si pemungut hutang akan
berakhir. Ini kerana hanya waktu malam sahaja yang masih memberikan kita kenikmatan
hidup.

Pada waktu siang kita sentiasa dikejutkan oleh deringan telefon menanyakan
hutang yang belum dibayar, penyata hutang dan juga surat peringatan. Oleh itu kita
merasakan waktu malam yang paling selamat. kita akan merasa gelisah kerana waktu
malam terlalu singkat, kita tidak mampu untuk masuk tidur awal demi mengelakkan hari
siang cepat menjelma.

Biodata Diri.

ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan
graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam
pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah
majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan
meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui
ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik,
Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi dan menjadi kolumnis
bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama
sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV. Menjadi pembantu
koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di
Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media,
Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi
sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur.
Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau
melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food
and Beverages) melalui kenyataan media.

Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus,


bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia
tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang
bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

Nombor untuk dihubungi 019 2880451


E-mel zamrimohamad@gmail.com

12