Anda di halaman 1dari 2

Akhlak mencorak tingkah laku

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang.
Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat
di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : "Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan
kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan
kepadanya".Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan
tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.
Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan
Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai
sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana
kesahihan neraca yang dipegangnya.
Akhlak mencerminkan keimanan
Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan
memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-
mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W : "Di kalangan mu'minin
yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.
Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber
peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam
melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah
kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak
jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya.
Contohnya tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu
kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.
Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang
utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai
mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai
"tongkat perubahan". Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan
kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.Begitulah pentingnya akhlak dalam
membantu proses perubahan walaupun di saat-saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah
Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan.
Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting
perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di
antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan
pemerintah dan tentera-tenteranya.

Kesimpulan
Dapatlah kita nyatakan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat
manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan
atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya.

Anda mungkin juga menyukai