Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK DOKUMENTASI BINA INSAN GURU FASA 3/2013

PROGRAM 1: BENGKEL ETIKET DAN SOSIAL


PROGRAM 2: AKTIVITI KEMASYARAKATAN

AJK Dokumentasi En. Mohd Hafis bin Ismail dan Pn. Siryani binti Abdul
Wahab, telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan
dengan fotografi dan video sepanjang Program Bina Insan Guru ini berlangsung
untuk tujuan laporan selepas program. Saya dan rakan setugas Cikgu Mohd. Hafis,
sangat beruntung kerana ramai rakan-rakan sekuliah yang sudi berkongsi rakaman
gambar yang telah diambil oleh mereka. Oleh yang demikian, bidang tugas kami
menjadi lebih ringan kerana banyak gambar yang dapat dikumpul. Dari sini saya
dapat melihat kerjasama yang sangat erat antara kami hasil daripada ikatan ukhwah
yang terjalin.
Semua aktiviti dapat dirakamkan dalam bentuk foto dan video yang akhirnya
dapat dijadikan kenangan dan bahan rujukan untuk penghasilan portfolio nanti. Cikgu
Mohd Hafis telah berjaya mengumpul semua gambar dari rakan-rakan yang sudi
berkongsi dan tidak bertangguh untuk memberi atau mengedar kepada rakan
sekuliah pada hari itu juga. Ini adalah kerana fail dokumen gambar terlalu besar jika
hendak dikirim melalui e-mel. Saya merasa kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan
oleh Cikgu Mohd Hafis.
Bidang tugas ini sangat menarik kerana dapat merakam peristiwa yang
sedang berlangsung serta mengasah bakat dalam bidang fotografi. Teknik
mengambil gambar yang dipelajari dalam EDU 3105 asas fotografi, dapat
diaplikasikan.
Walaupun bidang ini dilihat seperti tugas yang mudah namun tatacara
mengambil gambar perlu diketahui agar tidak mengganggu perjalanan program yang
sedang berlangsung. Namun dengan kecanggihan alat rakaman digital pada masa
kini, para peserta mahupun hadirin tidak menyedari bahawa mereka sedang
dirakamkan, maka detik seperti inilah menjadi lelucon semasa teknik menjawab
soalan UPSR Sains dan juga di facebook.
Kesimpulannya, dengan adanya semangat kerjasama antara rakan-rakan,
kami AJK Dokumentasi dapat menjalankan tugas dengan lancar. Walaupun ada
rintangan yang terpaksa kami hadapi, namun kami tetap bersama dalam
menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Antara rakan-rakan yang mengambil gambar dengan pelbagai jenis media elektronik terkini.

Anda mungkin juga menyukai