Anda di halaman 1dari 2

LIBERALISME DI MALAYSIA

Sejajar dengan perkembangan liberalisme di negara-negara barat, disusuli pula dengan letusan globalisasi, maka negara kita Malaysia
tidak ketinggalan secara sedar atau tidak, mahu tidak mahu, pengaruh liberalisme telah mula berkembang dengan pesatnya.
Menurut Muslim Bin Abdullah Zain, seorang aktivis mahasiswa, mengatakan bahawa golongan ini (liberalisme) semakin menonjolkan
diri semenjak peristiwa 11 September 2001, ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan oleh Barat dan pendokong-
pendokong mereka. Ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, cuba menjadi wira dengan memperkenalkan
moderate muslim, kononnya bagi menunjukkan ajaran Islam itu ramah (Islam baru yang lebih ramah), walhal agama Islam sudah
sememangnya ramah dan sememangnya bersifat wasatiyah. Mereka bukanlah meramahkan Islam sebaliknya meremehkan hukum dan ketetapan
Islam itu sendiri. Semestinya golongan ini mendapat pengiktirafan dan sumbangan dari Barat sama ada dari segi peruntukan dan sebagainya.

Sebenarnya di negara kita, Malaysia, pengaruh liberal ini mungkin tidak ketara wajahnya, tetapi bagi negara berpenduduk majoritinya
Islam seperti Indonesia dan juga Turki, liberalisme ini bukan satu perkara baharu, ianya telah bertapak sejak sekian lamanya. Malah Turki
adalah merupakan negara Islam pertama yang mempelopori Islam liberal terutamanya dalam bidang politik.
Sudah berpuluh-puluh buah buku diterbitkan bagi membongkar, mendedahkan akan kepincangan Islam liberal ini, namun begitu,
semakin ianya dibongkar, semakin kencang pengaruhnya semakin menular dan merosakkan umat Islam di kedua buah negara tersebut.
Kesannya kita sebagai jiran terdekat Indonesia, sudah terasa akan pengaruh Islam liberal. Lebih-lebih lagi dengan kemajuan dan kepesatan
perkembangan teknologi maklumat masa kini.
Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya Liberal, tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal
berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah. Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral Al Quran
melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka. Dr Gred adalah
seorang pengkaji Islam Liberal, yang merupakan profesor di Monash University, Australia, malah beliau menghabiskan sebahagian hidupnya
untuk meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia dan tesis PhDnya juga berkaitan dengan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di
Indonesia,
Dalam melebar pengaruhnya ke Malaysia, golongan liberalisme ini telah menggunakan konsep ijtihad dalam laungan perjuangan mereka
dan menolak autoriti agama Islam. Dengan menolak autoriti agama, mereka menekankan kebebasan memberi pendapat dan menentukan fikiran.
Dalam apa pun masalah agama, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing kerana semua manusia mempunyai hak untuk bersuara
walaupun bukan dalam hal-hal yang mereka pakar mengenainya. Jadi, mereka membuat kesimpulan bahwa, ijmak ulama tidak diperlukan.
Mereka sebenarnya terpengaruh dengan analisa-analisa yang dibuat oleh orientalis-kristian. Alasannya, pandangan orientalis ini lebih kritis dan
lebih pandai serta munasabah dengan peredaran zaman.
Kita dapat lihat sekarang ini, terutamanya di laman-laman sesawang, ramai ustaz atau pendakwah yang baharu dan mungkin tidak
dikenali telah muncul dan mengeluarkan pandangan masing-masing terhadap permasalahan agama pada masa kini. Perlu diingat bahawa ramai
anak muda yang mengakses laman sesawang untuk mencari jawapan permasalahan mereka dengan bertanyakan ustaz atau pendakwah atas
talian (online) tanpa menyelidik terlebih dahulu latarbelakang mereka. Di sinilah pengaruh Islam liberal akan memainkan peranan dalam
menyebarkan fahaman mereka.