Anda di halaman 1dari 6

The Global Conference for Wikimedia

6 - 10 August 2014 London


FIND OUT MORE
[ Bantulah kami menterjemah! ]
Close
Keelektromagnetan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kelektromagnetan ialah fizik untuk medan elektromagnet. Sebuah medan melingkungi
semua ruang yang menekan zarah-zarah yang mempunyai cas elektrik dengan suatu d
aya, dan medan itu dipengaruhi pula oleh kehadiran dan gerakan zarah-zarah itu.
Isi kandungan [sorokkan]
1 Medan elektrik dan magnet
2 Daya elektromagnet
3 Asal teori elektromagnet
4 Kegagalan kelektromagnetan klasik
5 Konsep-konsep berkait
6 Unit elektrik SI
7 Rujukan
8 Lihat juga
9 Pautan luar
Medan elektrik dan magnet[sunting | sunting sumber]
Untuk memudahkan pemahaman medan elektromagnet, medan itu biasanya dipisahkan me
njadi dua medan yang berasingan, iaitu medan elektrik dan medan magnet. Sebuah m
edan elektrik bukan sifar akan dihasilkan oleh kehadiran zarah-zarah yang mempun
yai cas elektrik, dan medan itu pula akan menghasilkan daya elektrik; ini adalah
daya yang menghasilkan elektrik statik dan mendorong aliran cas elektrik (arus)
dalam pengalir elektrik. Sebaliknya, medan magnet boleh dihasilkan oleh gerakan
cas-cas elektrik, atau arus elektrik, dan menghasilkan daya magnet yang berkait
dengan magnet.
Istilah ""kelektromagnetan" datangnya daripada daya-daya juzuk elektrik dan magn
et yang berasingan. Sebuah medan magnet yang berubah-ubah akan menghasilkan sebu
ah medan elektrik (ini ialah fenomena aruhan elektromagnet yang mendasari operas
i penjana elektrik, motor aruhan, dan transformer). Serupa juga, sebuah medan el
ektrik yang berubah-ubah akan menghasilkan medan magnet.
Disebabkan kesalingbergantungan medan-medan elektrik dan magnet ini, adalah waja
r bagi kita menganggap kedua-dua medan ini sebagai satu entiti yang tunggal, iai
tu medan elektromagnet. Penyatuan ini yang disiapkan oleh James Clerk Maxwell me
rupakan salah satu kejayaan fizik abad ke-19. Konsep ini mempunyai kesan-kesan y
ang meluas, antaranya penjelasan sifat cahaya: apa yang telah dianggap sebagai "
cahaya" didapati merupakan gangguan ayunan terambat dalam medan elektromagnet, i
aitu gelombang elektromagnet.
Frekuensi-frekuensi ayunan yang berbeza menghasilkan bentuk-bentuk sinaran elekt
romagnet yang berbeza, dan terdiri daripada gelombang radio pada frekuensi-freku
ensi yang terendah, cahaya nampak pada frekuensi-frekuensi pertengahan, dan sina
r gamma pada frekuensi-frekuensi tertinggi.
Implikasi-implikasi teori terhadap elektromagnetisme telah menyebabkan pengemban
gan kerelatifan khas oleh Albert Einstein pada tahun 1905.
Daya elektromagnet[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Daya elektromagnet
Daya yang digunakan oleh medan elektromagnet (dalam Bahasa Inggeris Electro magn
et) untuk menekan zarah-zarah caj elektrik digelarkan daya elektromagnet. Daya i
ni merupakan salah satu daripada empat daya asas. Daya-daya asas yang lain ialah
daya nuklear kuat (yang mencantumkan nukleus-nukleus atom), daya nuklear lemah
(yang menyebabkan bentuk-bentuk susutan radioaktif yang tertentu), dan daya grav
iti. Kesemua daya yang lain pada asasnya berasal daripada daya-daya asas ini.
Sebagaimana yang didapati, daya elektromagnet ialah daya yang bertanggungjawab k
epada hampir semua fenomena yang ditemukan dalam kehidupan harian, dengan kekecu
alian graviti. Secara amnya, semua daya yang terlibat dalam saling tindak antara
atom-atom boleh dikesani kepada daya elektromagnet yang bertindak pada proton-p
roton dan elektron-elektron caj elektrik di dalam atom. Ini termasuk daya-daya y
ang kita alami dalam "menolak" atau "menarik" objek-objek bahan biasa yang datan
gnya daripada daya-daya antara molekul di dalam badan kita serta di dalam objek-
objek. Daya-daya itu juga merangkumi semua bentuk fenomena kimia yang muncul dar
ipada saling tindak antara orbit-orbit elektron.
Menurut teori elektromagnet moden, daya-daya elektromagnet dihasilkan melalui pe
ngantaraan pemindahan foton-foton maya.
Asal teori elektromagnet[sunting | sunting sumber]
Ahli sains William Gilbert, dalam karyanya De Magnete pada tahun 1600, mencadang
kan bahawa elektrik dan magnetisme merupakan dua fenomena yang berbeza walaupun
kedua-dua ini berupaya menarik dan menolak objek-objek. Pelaut-pelaut perasan ba
hawa kilat berupaya mengganggu jarum kompas, tetapi perkaitan antara kilat denga
n elektrik tidaklah disahkan sehingga uji kaji yang dicadangkan oleh Benjamin Fr
anklin pada tahun 1752. Salah seorang pertama yang menemui dan menerbitkan perka
itan antara arus elektrik buatan dan magnetisme ialah Romagnosi. Pada tahun 1802
, beliau mendapati bahawa sebatang jarum kompas yang berhampiran akan memesong j
ika cerucuk voltan disambung dengan wayar. Bagaimanapun, kesan ini tidak diketah
ui secara meluas sehingga tahun 1820, ketika Hans Christian Orsted melaksanakan
uji kaji yang serupa. Usaha Orsted kemudian mempengaruhi Andre-Marie Ampere untu
k menghasilkan sebuah teori elektromagnetisme berdasarkan matematik.
Teori elektromagnetisme yang tepat, dikenali sebagai elektromagnetisme klasik, d
iperkembangkan oleh pelbagai ahli fizik pada sepanjang abad ke-19, dan memuncak
ketika James Clerk Maxwell menyatukan kesemua perkembangan dahulu menjadi sebuah
teori yang tunggal, dan menemui sifat elektromagnet untuk cahaya. Dalam bidang
elektromagnetisme klasik, medan elektromagnet mematuhi satu set persamaan yang d
ikenali sebagai persamaan Maxwell, dengan daya elektromagnetnya dibekalkan oleh
hukum daya Lorentz.
Salah satu sifat aneh bagi elektromagnetisme klasik adalah bahawa bidang ini ama
t susah untuk diselaraskan dengan mekanik klasik. Sebaliknya, elektromagnetisme
klasik adalah serasi dengan kerelatifan khas. Menurut persamaan Maxwell, kelajua
n cahaya ialah satu pemalar semesta yang hanya bergantung kepada ketelusan elekt
rik dan kebolehtelapan magnet untuk vakumnya. Ini mencabuli ketakvarianan Galile
i yang merupakan asas yang lama bagi mekanik klasik. Salah satu cara untuk menye
leraskan kedua-dua teori ini adalah untuk menganggap bahawa adanya sejenis ether
yang membenarkan cahaya melintas. Bagaimanapun, usaha-usaha uji kaji yang kemud
ian gagal untut mengesan sebarang ether itu.
Pada tahun 1905, Albert Einstein mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan ker
elatifan khas yang menggantikan kinematik klasik dengan sebuah teori kinematik m
oden yang serasi dengan elektromagnetisme klasik. Selain itu, teori kerelatifan
menunjukkan bahawa bagi kerangka rujukan yang bergerak, sebuah medan magnet akan
berubah menjadi medan yang mempunyai komponen elektrik bukan sifar, dan sebalik
nya. Oleh sebab ini membuktikan bahawa elektrik dan magnetisme merupakan dua bel
ah untuk duit syiling yang sama, istilah Electromagnetisme telah dicipta.
Kegagalan kelektromagnetan klasik[sunting | sunting sumber]
Dalam lagi sebuah karya yang diterbitkan oleh Einstein pada tahun yang sama, bel
iau menghapuskan asas elektromagnetisme klasik dengan teori kesan fotoelektrikny
a. Teori itu menganjurkan bahawa cahaya wujud dalam bentuk zarah diskret yang ke
mudian dikenali sebagai foton. Disebabkan teori ini, Einstein dianugerahkan deng
an Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1921.
Teori Einstein memberi penerangan yang lebih jelas terhadap penyelesaian malapet
aka ultraungga yang diberikan oleh Max Planck pada tahun 1900. Dalam karyanya, P
lanck menunjukkan bahawa objek yang panas memancarkan sinaran jasad hitam, iaitu
sejenis sinaran kelektromagnetan, dalam pakej-pakej yang diskret dan pada jumla
h tenaga yang terhingga. Kedua-dua keputusan ini bercanggah secara langsung deng
an pandangan klasik terhadap cahaya sebagai suatu gelombang selanjar.
Teori-teori Planck dan Einstein merupakan pendahulu untuk mekanik kuantum yang k
etika dirumuskan pada tahun 1925, memerlukan rekaan teori kuantum untuk kelektro
magnetan. Teori ini yang disiapkan pada dekad 1940-an dikenali sebagai elektrodi
namik kuantum (atau "QED"), dan merupakan salah satu teori yang paling tepat dal
am bidang fizik.
Konsep-konsep berkait[sunting | sunting sumber]
Istilah elektrodinamik kekadang digunakan untuk merujuk kepada gabungan antara k
elektromagnetan dengan mekanik, dan mengolahkan kesan-kesan medan elektromagnet
pada tindakan dinamik bagi zarah-zarah caj elektrik.
Unit elektrik SI[sunting | sunting sumber]
edit
Unit Elektromagnetisme SI
Simbol Nama Kuantiti Unit Terbitan Unit Unit Asas
I Arus ampere (Unit asas SI) A A = W/V = C/s
q Caj elektrik, Kuantiti elektrik coulomb C As
V Beza keupayaan volt V J/C = kgm2s-3A-1
R, Z, X Rintangan, Impedans, Reaktans ohm O V/A = kgm2s-3A-2
? Keberintangan ohm meter Om kgm3s-3A-2
P Kuasa elektrik watt W VA = kgm2s-3
C Kapasitans farad F q/V = kg-1m-2A2s4
Anjalan farad salingan F-1 V/C = kgm2A-2s-4
e Ketelusan farad per meter F/m kg-1m-3A2s4
?e Kerentanan elektrik (tanpa dimensi) - -
G, Y, B Konduktans, Admitans, Rentanan siemens S O-1 = kg-1m-2s3A2
s Kekonduksian siemens per meter S/m kg-1m-3s3A2
H Medan magnet tambahan, keamatan medan magnet ampere per meter
A/m Am-1
Fm Fluks magnet weber Wb Vs = kgm2s-2A-1
B Medan magnet, ketumpatan fluks magnet,
aruhan magnet, kekuatan medan magnet tesla T Wb/m2 = kgs-2A-1
Engganan magnet ampere-lilit per weber A/Wb kg-1m-2s2A2
L Aruhan henry H Wb/A = Vs/A = kgm2s-2A-2
Kebolehtelapan henry per meter H/m kgms-2A-2
?m Kerentanan magnet (tanpa dimensi) - -
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Tipler, Paul (1998). Physics for Scientists and Engineers: Vol. 2: Light, Electr
icity and Magnetism (edisi ke-4). W. H. Freeman. ISBN 1-57259-492-6.
Griffiths, David J. (1998). Introduction to Electrodynamics (edisi ke-3). Prenti
ce Hall. ISBN 0-13-805326-X.
Jackson, John D. (1998). Classical Electrodynamics (edisi ke-3). Wiley. ISBN 0-4
71-30932-X.
Rothwell, Edward J.; Cloud, Michael J. (2001). Electromagnetics. Percetakan CRC.
ISBN 0-8493-1397-X.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Daya Abraham-Lorentz
Daya Lorentz
Eksperimen Dwicelah
Elektrik
Elektrostatik
Gelombang radio
Magnetisme
Mikrogelombang
Optik
Pandu gelombang
Pengutuban foton
Pengutuban
Persamaan gelombang elektromagnet
Persamaan Maxwell dalam ruang masa melengkung
Perumusan persamaan Maxwell dalam kerelatifan khas
Plasma (fizik)
Sinar gamma
Sinar X
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Pengenalan Elektromagnetisme dari peringkat asas ke peringkat tinggi
Syarahan Video MIT: Elektrik dan Magnetisme sejak Musim Bunga 2002. Diajar oleh
Profesor Walter Lewin.
Elektrik dan Magnetisme buku teks dalam talian yang menggunakan algebra, dengan
bahagian-bahagian tidak wajib yang menggunakan kalkulus
Teori Medan Elektromagnet - buku teks dalam talian (menggunakan kalkulus)
Elektromagnetisme Klasik: Kursus Peringkat Pertengahan buku teks dalam talian ya
ng boleh dimuat turun sebagai fail PDF
Bantuan Sains: Elektromagnetisme untuk remaja
Laman web Motion Mountain pengenalan moden untuk elektromagnetisme dan kesan-kes
annya terhadap kehidupan hairan
Gelombang Radio dan Sinaran Hertz menerangkan apakah kedua-dua itu dan bagaimana
kedua-dua ini dihasilkan
Empat "Daya" Asas Fizik
Kegravitian | Elektromagnetisme | Daya kuat | Daya lemah
Subbidang am dalam Fizik p b s
Elektromagnetisme | Fizik atom, molekul, dan optik | Fizik jirim termeluwap | Fi
zik zarah | Kerelatifan am | Kerelatifan khas | Mekanik klasik | Mekanik kontinu
um | Mekanik kuantum | Mekanik statistik | Teori medan kuantum | Termodinamik
Kategori: Elektromagnetisme
Menu pandu arah
Buka akaunLog masukRencanaPerbincanganBacaSuntingSunting sumberLihat sejarah
More
Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak
Perhubungan
Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi
Cetak/eksport
Cipta buku
Muat turun sebagai PDF
Versi boleh cetak
Peralatan
Pautan ke laman ini
Perubahan berkaitan
Laman khas
Pautan kekal
Maklumat laman
Perkara data
Petik laman ini
Dalam bahasa lain
Afrikaans
???????
Aragons
Asturianu
Bahasa Indonesia
?????
Bn-lm-g
Basa Sunda
??????????
?????????
??????
Catal
Cetina
Cymraeg
Dansk
Eesti
????????
Espaol
Esperanto
?????
Fiji Hindi
Franais
Frysk
Galego
???
???????
??????
Hrvatski
Ido
Igbo
Interlingua
slenska
?????
?????
???????
???????
Latina
Latvieu
Ltzebuergesch
Magyar
??????????
??????
?????
?????????
??????
Nederlands
????? ????
???
Norsk bokml
Norsk nynorsk
Occitan
??????
?????????
Polski
Portugus
Romna
??????????
Scots
Shqip
Sicilianu
?????
Simple English
Slovencina
Slovencina
?????
?????? / srpski
Srpskohrvatski / ??????????????
Suomi
Svenska
Tagalog
?????
???
Ti?ng Vi?t
Trke
??????????
????
Winaray
Wolof
??????
??
??
Sunting pautan
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:46, 9 April 2013.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa;
terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butira
n lanjut.
Dasar privasiPerihal WikipediaPenafianPembangunPaparan Mudah AlihWikimedia Found
ation Powered by MediaWiki

Anda mungkin juga menyukai