Anda di halaman 1dari 5

Pengertian Ulum Al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan:

1.Pengertian pada bahasa:


Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak daripada perkataan ilm. Ia boleh
ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar. Sementara
pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mujiz yang telah
diturunkan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara
mutawatir dan membacanya suatu ibadat.
Ulum Al-Quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran.
2.Pengertian pada Istilah:
Ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya,
bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan pentafsiran,
Ijaz, nasikh mansukh, sebab-sebab turun ayat, Irab serta gharib al-Quran.
Zarqani:
Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari segi
penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya,
Ijaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-
Quran.
Imam al-Suyuti:
Suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi
penurunannya , sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang
berkaitan dengannya.
Rumusannya:
Ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna kefahaman sebenar berhubung dengan
al-Quran yang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki dan Madani, Al-Nasakh dan Al-
Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai aspek yang
berkaitan dengan Al-Quran.


Ilmu ulum Al Quran telah bermula sejak turunnya wahyu pertama lagi. Hal ini boleh
dilihat melalui penurunan, sebab-sebab penurunan, pembacaan, cara pengumpulan
dan sebagainya yang mana semua perkara ini termasuk dalam perbahasan ilmu
ulum Al quran. Perkembangan ilmu ulum al quran semakin diperlukan dan semakin
meluas kerana islam semakin berkembang, merentasi pelbagai budaya dan bahasa
dan disamping menghadapi pelbagai permasalahan baru akibat pertambahan umat
islam bukan arab yang telah memeluk islam.

Pada zaman nabi, nabi Muhammad telah menerima wahyu daripada Allah
melalui malaikat jibril dan segera menghafaznya mengikut apa yang diwahyukan
oleh Allah. Kemudian, baginda segera menyampaikannya kepada para sahabat lalu
memerintahkan sahabat menulis wahyu tersebut pada tempat-tempat tertentu
supaya tidak hilang. Nabi Muhammad pernah melarang sahabat menulis selain
wahyu daripada Allah atau ayat daripada al quran itu sendiri. Hal ini dikhuatiri
bercampur dengan al quran dan susah dibezakan di kemudian hari nanti.

Para sahabat telah memahami al quran dengan baik, namun sekiranya
mereka mengalami masalah, mereka terus murujuk terus kepada rasulullah untuk
menjelaskan persoalan mereka. Kekurangan kemudahan alat-alat penulisan
menyebabkan ilmu ini tidak berkembang disamping kurangnya umat islam yang
pandai menulis. Penurunan al quran secara beransur ansur telah mempengaruhi
perkembangan ilmu ini kerana tidak mungkin dapat dibahaskan ilmu ini sedangkan
al quran atau wahyu itu sendiri belum selesai diturunkan atau diterima oleh
rasulullah. Setelah wahyu selesai diturunkan dan rasulullah wafat, umat islam mula
menghadapi pelbagai masalah baru, maka bermulalah ulumul quran sebagai suatu
perbahasan ilmu yang penting.

Pada zaman sahabat, islam telah diterajui oleh khulafa ar-rasyidin, antara
sebab mengapa para sahabat mengasaskan dan mengembangkan ilmu ini ialah:

1. Jajahan wilayah islam semakin meluas dengan bertambahnya orang bukan arab
yang memeluk islam yang sukar memahami bahasa arab.
2. Minat umat islam yang mendalam terhadap ilmu hasil daripada saranan al quran
itu sendiri agar umat islam mengembangkan ilmu pengetahuan.
3. Terdapat banyak rahsia al quran yang belum tersimpul dan tersembunyi.
4. Kesungguhan umat islam serta wujudnya rasa tanggungjawab dengan
meninggalkan warisan ilmu kepada generasi akan datang.
5. Wujudnya perbezaan dan perselisihan pendapat ulama mengenai al Quran
dalam semua aspek.
Peperangan yang berlaku menyebabkan ramai huffaz telah syahid, maka usaha
mengumpul al Quran telah dimulakan pada zaman khalifah Abu Bakar. Sewaktu
zaman Khalifah Umar al-Khattab, islam telah berkembang dengan pesat. Masalah
telah timbul apabila umat islam dibeberapa wilayah telah membaca al Quran
berbeza dengan cara masing-masing. Hal ini dikhuatiri para sahabat. Oleh yang
demikian, semasa pemerintahan khalifah Uthman Bin Affan, para sahabat telah
menyusun al Quran seperti yang ada sekarang iaitu mashaf uthmani.

Sewaktu di zaman pemerintahan Saidina Ali pula, beliau telah menemui masalah
apabila mendengar seorang yang bukan arab membaca ayat 3 dalam surah at-
Taubah salah menyebut barisnya sehingga mengubah maknanya. Jadi, Saidina Ali
telah memerintahkan Abu Aswad ad-Duali untuk membariskan al Quran dan
memberi titik kesemua huruf-huruf dalam al Quran seperti yang ada pada zaman
sekarang.




Mempelajari serta mendalami Ulum al-Quran menyumbang faedah yang amat besar
kepada setiap individu dan masyarakat antaranya:
Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat
dalam al-Quran.
Dapat menambahkan keyakinan kepada pengkaji al-Quran bahawa ia
merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.
Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia
diturunkan sampai sekarang di mana jalan penyampainya adalah secara
mutawatir.
Dapat membantu pengkaji untuk memahami kandungan al-Quran serta
mengeluarkan hukum daripadanya.
Dapat mempelajari ilmu serta ayat Nasakh dan Mansukh, Asbab al-Nuzul dan
perkara yang berkaitan dengan al-Quran.
Untuk memahami kalam Allah atau al-Quran sebagaimana yang diterangkan
oleh Rasulullah, para sahabat dan tabiin.
Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir al-Quran.

Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran.

Dapat mentafsir al-Quran dengan baik.
Kitab Ma'anil Qur'an Karangan Abu Ja'far An Nukhas
Kitab Ma'anil Qur'an Wa i'robuhi Karangan Abu Ishaq Ibrohim sari Bin Sahl
Kitab I'robu Al quran Al Karim Karangan Qosim Humaidan Du'as
Kitab Al 'Ajab Fi Bayanil Asbab Karangan Al Hafidz Ibnu Hajar al 'Asqolani
Kitab Tafsiru Ghoroibil Qur'an Karangan Abu Bakar As Sajastani
Kitab Manahilul 'Urfan Fi 'Ulumil Qur'an Karangan Al Imam Az Zarqoni
Kitab Al Burhan Fi 'Ulumil Qur'an Karangan Al Imam Az Zarkasyi
Kitab I'robul Qur'anil 'Adzim Karangan Syaikh Al Islam Zakaria Al Anshori
Kitab Ma Dalla 'Alaihil Qur'an Karangan Al Imam Al Alusi
Kitab Mabakhits Fi 'Ulumil Qur'an Karangan Syaikh Mana' Kholil Qothon
Kitab Mukhtasor At Tibyan Fi Adabi Khamlatil Qur'an Karngan Al Imam An
Nawawi
Kitab Al Itqon Fi 'Ulumil Qur'an Karangan Al Imam Jalaludin As Suyuthi
Kitab Al Mu'jizatul Kubro Karangan Al 'Allamah Muhammad Abu Zahroh
Kitab Fadoilul Qur'an Karangan Al Imam Ar Rozi download disini
Kitab Mu'tarokul Aqron Fi I'jazil Qur'an Karangan Al Imam Jalaludin As
Suyuthi
Kitab Bahirul Qur'an Fi Ma'ani Musykilatil Qur'an Karangan Syaikh Mahmud
Bin Abi Hasan An Naisaburi Al Ghosnawi
Kitab Fadoilul Qur'an Karangan Al Imam Al Hafidz Ibnu Katsir
Kitab Fathur Rohman Bikasyfi Ma Yaltabisu Fil Qur'an Karangan Abu Yahya
Zakaria Al Anshori
Kitab Ahkamul Qur'an Karangan Al Imam Abi Bakr Ahmad Bin Ali Al Jishos
Kitab Ahkamul Qur'an Karangan Al Imam Abu Bakr Bin Al Arobi Al Maliki