Anda di halaman 1dari 5

1

ORGANISASI JABATAN SAINS DI SEKOLAH RENDAH











TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Ahli Tugas dan tanggungjawab
Guru Besar Menyelia pengurusan berkaitan
Membuat keputusan berkenaan apa-apa perkara selepas berbincang dengan
Ketua Panitia Sains
Ketua Panitia Sains Mengendalikan program kurikulum dan ko-kurikulum daripada segi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan.
Bimbingan profesional kepada guru sains dan staf / LPS
Menyelia dan memastikan guru, staf dan murid mematuhi peraturan di bilik
sains
Merancang dan menyediakan senarai tugas dan waktu kerja / jadual waktu
Mengurus dan memastikan penyemakan stok dibuat enam bulan sekali
Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan
Menyemak dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains yang
diterima
Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa
Guru Kanan Sains Membantu Ketua Panitia Sains terutama daripada segi pentadbiran
Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa
Guru Mata
Pelajaran Sains
Memberi maklumat keperluan Mata Pelajaran Sains
Memastikan murid mematuhi peraturan di bilik sains
Memastikan bilik sains sentiasa kondusif
Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains digunakan secara selamat
dan berhemah
Membantu Ketua Panitia Sains merekod, menyemak dan mengemas kini stok
Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa
Staf Sokongan Membuka pintu dan tingkap bilik sains pada awal pagi persekolahan
Mengawas murid supaya mematuhi peraturan di bilik sains
Memastikan bilik sains sentiasa kondusif
GURU BESAR
KETUA PANITIA SAINS
GURU MATA PELAJARAN SAINS
STAF SOKONGAN BILIK SAINS
GURU KANAN MATA PELAJARAN SAINS
2

Menyediakan peralatan dan bahan sains yang dipesan guru melalui borang
pesanan
Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja
amali / Taman Sumber Sains
Mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan / buat
laporan
Memastikan meja/papan tulis/sinki bersih selepas kerja amali terakhir setiap
hari, tutup bekalan gas/air/elektrik, menutup tingkap dan mengunci bilik sains
Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

BELANJAWAN
I. Kontrak Pusat dibeli daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Syarikat lain
perlu mendapat kelulusan KSU Kewangan Malaysia melalui JPN.

II. Bukan Kontrak Pusat
i. Pembelian Terus bagi bekalan dan perkhidmatan kurang RM10,000 setahun bagi satu item / kelas
jenis item dari mana-mana pembekal (berdaftar atau tidak) atau bagi bekalan dan perkhidmatan antara
RM10,000 RM50,000 setahun bagi satu item / kelas jenis item dari pembekal Bumiputera berdaftar.
ii. Sebut Harga bagi bekalan dan perkhidmatan antara RM50,000 RM100,000 setahun, sekolah perlu
mempelawa sebut harga sekurang-kurangnya dari 5 pembekal Bumiputera berdaftar. Jawatankuasa
Sebut Harga Sekolah terdiri dari sekurang-kurangnya 3 ahli dengan dipengerusikan oleh Guru Besar.
Kriteria pembekal terbaik ialah (a) spesifikasi, (b) kualiti, (c) khidmat selepas jualan, (d) mudah
diperolehi, (e) reputasi syarikat dan (f) keupayaan syarikat membuat pembekalan.

III. Sumber lain sekolah digalakkan berusaha sendiri untuk menambah bekalan kegunaan mata
pelajaran sains.

Cara bayaran
1. Panjar wang runcit
2. Pesanan tempatan (LO local order)



3


Rajah carta pembelian barang/peralatan Sains
Wang peruntukan Sains adalah untuk perbelanjaan berikut:
a) Membeli alat dan radas sains
b) Membeli bhn kimia yg diperlukan
c) Membeli carta, model, ABM
d) Membeli bhn rujukan utk kegunaan guru dan murid
e) Memberi upah penceramah jika bermanfaat kepada murid
f) Membeli bhn runcit utk p&p sains garam, minyak, telur, ikan
g) Subsidi utk Persatuan Sains spt bayar tambang bas ke Olimpiad Sains
h) Perbelanjaan membina Taman Sumber Sains
i) Subsidi utk kakitangan makmal menghadiri kursus tertentu jika kursus yg dihadiri
menguntungkan murid dan pendidikan sains
PENYELENGGARAAN STOK
1. Daftar Harta Modal (KEW. PA-2) bahan lebih RM1000 seunit (bahan yang memerlukan
penyelenggaraan)
2. Daftar Inventori (KEW. PA-3) bahan kurang RM1000 seunit (langsir, pinggan mangkuk, perabot)
3. Daftar Stok Bekalan Pejabat (KEW. PS-4) - untuk bahan habis guna (alatulis, dakwat pencetak)
4

4. Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW. PA-6) untuk merekod pergerakan harta modal /
inventori






Selain 4 buku daftar di atas, sekolah juga perlu mengadakan Buku Rekod Kerosakan / Pecah dan Buku
Rekod Pelupusan Peralatan Sains.
KEW. PA-2 diikuti KEW. PA-4 iaitu Senarai daftar harta modal.
KEW. PA-3 diikuti KEW. PA-5 iaitu Senarai daftar inventori.

Cth melabel aset:
KPM/IPGKPT/JS/I(T)/11/1
KPM- Kementerian Pendidikan Malaysia
IPGKPT Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
JS Jab Sains
H Harta Modal / I jika Inventori
(T) - tumbuhan
11- tahun pembelian
1- No. siri

PELUPUSAN satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan, simpanan dan rekod
mengikut kaedah yang ditetapkan.
- Tindakan pelupusan diambil untuk peralatan atau bahan yang tidak ekonomi dibaiki, usang,
rosak, luput tarikh, keupayaan aset tidak lagi di peringkat optimum, tiada alat ganti, pembekal
Peralatan / bahan sains
Bahan habis guna
Bahan tidak habis guna
Bekalan pejabat
Inventori Harta modal
5

tidak lagi memberi khidmat sokongan, disyor oleh pemeriksa, tidak lagi diperlukan Jabatan,
perubahan teknologi dan melebihi keperluan.
- Setiap sekolah perlu melantik 2 org ahli Lembaga Pemeriksa yang tidak terlibat secara langsung
dengan stor. Tempoh pelantikan tidak melebihi 2 thn.
- Perbendaharaan bertanggungjawab untuk pelupusan aset melebihi RM200,000 atau jumlah
keseluruhan melebihi RM 1 juta. Juga aset yg diterima sbg hadiah, pindahan dsb.
- Kementerian/Jabatan bertanggungjawab untuk pelupusan aset tidak melebihi RM200,000 atau
jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 1 juta. Juga utk aset yg dipindahkan antara Jabatan bagi
nilai perolehan asal tidak melebihi RM50,000 jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 500,000.
- Permohonan dibuat menggunakan Borang Perakuan Pelupusan KEW.PA-16 dan Laporan
Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17
- Pelupusan dibuat sebaik sahaja kelulusan diperolehi dengan mengambil kira sekiranya bahan
kimia, pencairan hendaklah dilakukan terlebih dahulu atau jika bukan bahan kimia, cara yang
sesuai dibenarkan.

KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
KEHILANGAN aset yg tiada lagi dlm simpanan disebabkan oleh kecurian, kemalangan, kebakaran,
bencana alam, kesusutan, penipuan atau kecuaian pegawai awam.
HAPUS KIRA proses untuk membatalkan rekod aset yg hilang.
Ringkasan Proses Kerja Hapus Kira:
a) Mendapatkan maklumat aset hilang melalui Daftar Harta Modal / Inventori
b) Mendapatkan laporan awal KEW.PA-28 daripada Ketua Jabatan
c) Mengemukakan laporan awal dan salinan laporan polis kepada KSU
d) Menguruskan pelantikan Jawatankuasa Penyiasat dengan menggunakan format KEW.PA-29
e) Jawatankuasa Penyiasat mengemukakan Laporan Akhir KEW.PA-30
f) KSU boleh meluluskan Hapus Kira dengan nilai perolehan asal kurang daripada RM200,000 atau
jumlah keseluruhan tidak melebihi RM 1 juta, bukan melibatkan aset ICT dan tidak melibatkan
soal kecurian, penipuan atau kecuaian.
g) Perbendaharaan pula meluluskan Hapus Kira dengan nilai perolehan asal melebihi RM200,000
atau jumlah keseluruhan melebihi RM 1 juta, melibatkan aset ICT dan melibatkan soal kecurian,
penipuan atau kecuaian.
h) Sijil Hapus Kira Aset Alih Kerajaan KEW.PA-31 dikeluarkan, catatkan kelulusan Hapus Kira pada
Daftar Harta Modal/Inventori dan makluman kedudukan tindakan surcaj/tatatertib.
i) KPM memaklumkan kelulusan Hapus Kira kepada Perbendaharaan dalam tempoh 1 bulan.

Anda mungkin juga menyukai