Anda di halaman 1dari 26

1

Pengenalan
Pembangunan pekerja merujuk kepada pendidikan formal, pengalaman kerja, perhubungan dan
penilaian personality dan kebolehan yang dapat membantu para pekerja berprestasi dengan lebih
berkesan dalam pekerjaan semasa dan akan datang. Kepemimpinan bukanlah hal yang tidak
lazim didengar oleh masyarakat. Leadership atau kepemimpinan sangat berpengaruh terhadap
kemajuan dan kejayaan organisasi. Bagi setiap pemimpin yang tidak memiliki gaya
kepemimpinan yang sesuai dengan lingkungan kerja, maka para bawahan merasa tak termotivasi
untuk memajukan lingkungan kerjanya sendiri.
Maka dari itu, kepemimpinan sangat erat terhadap motivasi dalam konteks pencapaian
tujuan. Kepemimpinan juga akan memberi pengaruh besar terhadap sikap dan perilaku kerja
seorang bawahan. Pemimpin yang demokratis, setidaknya disukai oleh para bawahan dengan
perilaku dan sikap yang terbuka. Namun, bagi seorang pemimpin yang otoriter, kebanyakan
bawahan menolak gaya demikian. Hal ini memungkinkan terjadinya penyimpangan yang besar.
Namun juga tak bisa dipungkiri, pemimpin yang demokratis juga melakukan hal yang sama.
Jadi, hakikat dari kepemimpinan adalah menimbulkan motivasi kerja yang tinggi agar tujuan dari
rancangan program yang disusun, dapat terealisasi.
Pemimpin dapat mempengaruhi moral, kepuasan kerja, keamanan, kualitas kehidupan
kerja dan terutama tingkat prestasi suatu organisasi. Kemampuan dan ketrampilan kepemimpinan
dalam pengarahan adalah faktor penting efektif pengurus. Bila organisasi dapat
mengidentifikasikan kualiti-kualiti yang berhubungan dengan kepemimpinan, kemampuan untuk
menyeleksi pemimpin-pemimpin yang efektif akan meningkat, bila organisasi dapat
mengidentifikasikan perilaku dan teknik-teknik kepemimpinan efektif organisasi, berbagai
2

perilaku dan teknik tersebut akan dapat dipelajari. Penilaian prestasi kerja (performance
appraisal) adalah proses melalui mana organisasi-organisasi mengevaluasi atau menilai prestasi
kerja pegawai. Kegiatan ini dapat memperbaiki keputusan-keputusan personal dan memberikan
umpan balik kepada para pegawai tentang pelaksanaan kerja mereka. Kegunaan-kegunaan
penilaian prestasi kerja dapat dirinci sebagai berikut, perbaikan prestasi kerja, penyesuaian-
penyesuaian kompensasi, keputusan-keputusan penempatan, keperluan latihan dan
pengembangan, perencanaan dan pengembangan karier, penyimpangan-penyimpangan proses
staffing, ketidakakuratan informasional, kesalahan desain pekerjaan, kesempatan kerja yang adil.











3

Konsep Kepimpinan
Sejarah kepemimpinan organisasi awam di Malaysia dalam era terkini, iaitu sejak tahun 1980-an
hingga sekarang kebanyakannya dipelopori oleh dasar-dasar yang disarankan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Ini dapat dibuktikan melalui usaha
untuk meningkatkan daya pengeluaran negara, pihak kerajaan telah melancarkan dasar pandang
ke timur, mewajibkan rakaman waktu kerja, mengadakan kempen daya pengeluaran, dan
menganjurkan kempen kepimpinan melalui teladan (Mahathir, 1983). Perdana Menteri
seterusnya melihat bahawa apa yang diperlukan organisasi awam ialah perubahan yang drastik
dalam sikap di kalangan setiap orang yang terlibat, iaitu kakitangan kerajaan yang merupakan
nadi kepada jentera kerajaan Malaysia.
Oleh kerana daya pengeluaran masyarakat Jepun begitu tinggi, baik pada peringkat
individu mahupun pada peringkat negara, pihak kerajaan menganggap bahawa kalau kita ingin
mencapai matlamat, kita mestilah meniru etika kerja orang-orang Jepun yang memberi
sumbangan besar kepada daya pengeluaran mereka (Mahathir, 1982). Di peringkat hubungan
pekerja dengan pekerjaan pula, para pekerja dikehendaki berbangga dengan pekerjaan mereka.
Bagi beliau, pekerjaan boleh dinikmati seperti menikmati permainan. Menurut beliau, bila
seseorang bermain, dia berasa keletihan tetapi dia tetap menyatakan yang dia seronok bermain
walau betapa banyak pun tenaga dan wang yang dibuang dan keletihan yang dialami kerana dia
mendapat keseronokan dalam menghadapi cabaran kepada kemahiran dan staminanya. Jadi,
seperti permainan, pekerjaan juga boleh memberi thrill yang terhasil daripada cabaran-cabaran
kepada kemahiran dan kepantasan yang diperlukan daripada pekerjaannya. Tersirat di sebalik
saranan-saranan ini ialah kepercayaan bahawa untuk meningkatkan daya pengeluaran, para
pekerja harus merasa puas dan diberi kepuasan dalam pekerjaan mereka. Peranan ini diberi
4

kepada pemimpin. Walaupun semua orang mempunyai peranan yang sama pentingnya, para
pemimpin menjadi bahagian yang sangat perlu dalam skema ini. Bagi Mahathir pengurus
dan pentadbir kita mestilah mempunyai motivasi tinggi dan menyediakan kepimpinan dan arah
kepada enterprise mereka (1982:8).
Mereka dikehendaki menyediakan contoh yang baik kepada orangorang yang bekerja di
bawah mereka. Sesuai dengan hasrat ini, satu kempen besar-besaran bagi menggalakkan apa
yang dikenali sebagai kempen Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkan pada bulan Mac
1983 dengan harapan untuk melahirkan kakitangan awam yang menghayati nilai-nilai murni
kepimpinan, mengamalkan perilaku mulia kepimpinan dan menyemarakkan contoh-contoh
ungguk kepimpinan yang bersih, cekap dan amanah. Matlamat akhir kempen ini ialah untuk
meningkatkan hasil kerja.. Hasil kerja atau daya pengeluaran yang tinggi dalam sektor awam
bermakna perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. Sasaran utama kempen ini ialah
para pemimpin politik yang terlibat dalam pentadbiran kerajaan dan pegawai-pegawai yang
mengetuai setiap unit dalam organisasi sektor awam. Pelancaran kempen ini yang dilakukan
secara besar-besaran memperlihatkan kepercayaan tinggi pihak pemerintah kepada hakikat
bahawa kepemimpinan boleh memberi kesan kepada prestasi, kepuasan dan perasaan bangga
dengan pekerjaan masing-masing.
Di peringkat antarabangsa, para pemimpin organisasi dianjurkan supaya bersedia dengan
perubahan-perubahan yang akan datang bersama pensejagatan (globalization) pasaran (Bass &
Avolio, 1990). Bass dan Avolio (1990) menyarankan supaya fokus kini diberikan kepada apa
yang dinamakan pemimpin-pemimpin transformasi yang menyambut perubahan secara positif di
samping secara aktif mencipta perubahan dan tidak bergantung kepada pendekatan transaksi
yang diasaskan kepada kepimpinan peneguhan (reinforcement) sahaja. Nampaknya, terlalu
5

banyak harapan yang diberikan kepada kepemimpinan, satu fenomena interaksi sosial yang amat
sedikit difahami ini. Idea kepemimpinan juga dianggap bertentangan dengan keunggulan
masyarakat bebas kerana adanya pemimpin-pemimpin autokratik yang membuat kita terpaksa
tunduk kepada mereka dan melayani kita sebagai makhluk yang lebih rendah (Gardner, 1984).
KONSEP-KONSEP DI DALAM MODEL KEPIMPINAN
Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka, didapati
bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti
mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah
(berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial).
Di antara usaha yang cuba menyclidik mana satu di antara gaya-gaya kepimpinan
tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang paling berkesan, termasuklah kajian-kajian yang
dilakukan di Universiti Ohio. Di sini, para penyclidik mengkaji keberkesanan kelakuan
kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan mengutamakan hal ehwal pekerja.
Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan kerja,
penjadualan penubuhan matlamat. pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pernimpin
lebih mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan bergiat
mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi. Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin
menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberat dan menghormati idea-idea perasaan dan hal-
ehwal pekerja dengan cara niendengar masalah peribadi pekerja dan membantu
menyelesaikannya.
Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik
ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton. petak ini digunakan
6

di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti berbagai-bagai
kombinasi gaya kepimpinan. Teknik inii berasaskan kepada penyelidikan penyelidikan awal
yang menunjukkan betapa pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu
mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja. Mementingkan pengeluaran (di paksi
mendatar) terdiri daripada sikap penyclia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu
keputusan polisi yang diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan staf, kecekapan kerja, daya
kreativiti penyclidikan dan jumlah output. Mementingkan pekerja (di paksi inenegak) juga diberi
pengertian yang luas. mi merangkumi perkara seperti darjah komitmen peribadi yang ditanamkan
ke arah pencapaian sesuatu go1, mengekalkan kehormatan din para pekenja, pembenian
tanggungjawab b erdasarkan kep erc ayaan dan bukan kesetiaan belaka, pemberian keadaan kerja
yang baik dan menjaga agar perhubungan peribadi memuaskan.
Blake dan Mouton mengenal pasti empat gaya asas yang keterlaluan (tiap-tiap satu
dinyatakan mengikut suatu kontinum berdasarkan skala dan 1 hingga 9). Mengikutgaya 1,1,
(juga disebut pengurusan laissez-faire) pengurus-pengurus kurang menitikberatkan hal-hal
pekerja ataupun pengeluaran dan memegang peranan yang minimum sebagai pemimpin dan
pengurus. Yang paling bententangan dengan mi terletaknyagaya9, 9, (pengurusanberpasukan
atau yang demokratik) yang menunjukkan melalui kegiatan pengurus, terdapat peningkat
dedikasi yang tertinggi terhadap kedua-duanya, iaitu pekerja dan pengeluaran. Blake dan Mouton
menegaskan bahawa gaya mi merupakan kelakuan kepimpinan yang paling berkesan yang dapat
mempertingkatkan prestasi, merendahkan ketidakhadiran dan pusing ganti pekerja, serta
memupuk kepuasan yang tmggi.
Suatu lagi ialah gaya pengurusan 1, disebut juga pengurusan country club, di mana
pengurus-pengurus tidak ataupun paling kurang mementingkan pengeluaran, tetapi amat
7

mementingkan pekerja sahaja. Apa yang diwujudkan ialah persekitaran di mana semua pekerja
merasa gembira dan senang hati tanpa apa-apa komitmen terhadap pengeluaran usaha bersatu
untuk mencapai matlamat organisasi. mi berbanding pula dengan gaya 9, 1, (kadangkala disebut
penguins autokratik) yang hanya menitikberatkan penubuhan operasi cekap tanpa inengambil
kira hal-eliwal pekerja. Dengan menggunakan keempat-empat titik yang keterlaluan mi, setiap
teknik atan gaya kepengurusan boich ditempatkan di dalam petak ini. Dengan jelasnya, pengurus
mengikut gaya secara sederhana mementingkan kedua-duanya, iaitu pengeluaran dan kepuasan
staf. Pengurus-pengurus ini rnencapai tahap moral dan pengeluaran yang mencukupi dan
memuaskan tetapi pada tahap yang tidak begitu tinggi, di mana penubuhan gol dan jangkaan
tidak begitu tinggi. Meskipun petak kepengurusan ini merupakan hal yang berfaedah untuk
mengenal pasti dan mengelaskan gaya kepengurusan, tetapi penggunaannya adalab terhad. ini
disebabkan petak ini tidak dapat rnemberi sebab mengapa seseorang pengurus itu terletak di
sesuatu bahagian tertentu di petak tersebut. Perlu diselidiki faktor-faktor seperti corak peribadi
pemimpin tersebut atan pengikut-pengikutnya, kebolehan dan latihan pengurus dan lain-lain
faktor situasi di sebaliknya, yang tuna mempengaruhi tingkah laku kedua-dua pemimpin dan
pengikut itu.





8

Isu dan Masalah yang wujud dalam menguruskan subordinates di Malaysia
Pengenalan
Tenaga buruh memainkan peranan penting dalam menentukan harga sesuatu produk dan
perkhidmatan. Semakin tinggi bayaran buruh, maka semakin tinggilah kos bagi menghasilkan
sesuatu produk atau perkhidmatan itu. Ini secara tidak langsung akan membebankan pengeluar
kerana terdapat produk dan perkhidmatan yang harganya jauh lebih murah. Kos menggajikan
seorang pekerja di Malaysia menyamai jumlah gaji bagi tiga orang pekerja di China. Jika gaji
pokok seorang operator di Malaysia ialah RM600, maka gaji bagi setiap operator di China ialah
RM200. Jadi bagaimana pelabur ingin memilih Malaysia jika pelaburan bagi setiap RM600,
mereka mampu pula mengupah tiga kali ganda bilangan pekerja di China? Cuba kita kaji analogi
ketika peperangan Yarmuk dimana tentera Islam berjumlah 39,000 orang, manakala tentera Rom
berjumlah 240,000 orang. Setiap 1 orang tentera Islam berjaya mengalahkan sekurang-kurangnya
6 orang tentera Rom.
Jika dinilai situasi kini, bayangkan jika gaji seorang operator tempatan dapat
menggajikan tiga orang pekerja di China, tetapi mampu menghasilkan kualiti dan jumlah
produksi yang menyamai dengan kerja yang dibuat oleh enam orang pekerja di China. Ini sudah
tentu menjadikan kualiti setiap pekerja di Malaysia mampu menjadi berkali ganda hebatnya
berbanding pekerja di China. Keadaan ini sudah pasti membebankan pelabur di China kerana
terpaksa membayar sebanyak RM1,200 (RM200 x 6 pekerja) jika ingin mendapatkan kualiti dan
jumlah produksi yang sama untuk hanya seorang pekerja di Malaysia. Sedangkan pelabur hanya
perlu membayar RM600 di Malaysia bagi mendapatkan seorang pekerja yang menyamai dengan
kerja yang dibuat oleh enam orang di China. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan. Jika konsep
9

ini dipraktikkan, maka sudah tentu tiada masalah untuk majikan memberikan kenaikan gaji yang
lumayan kepada pekerja di Malaysia sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan.
Isu dan Masalah Subordinate MAS
Kesatuan dan pertubuhan yang mewakili pekerja Penerbangan Malaysia (MAS) bercadang
membawa usul melupuskan perjanjian usahasama antara MAS dengan Air Asia ke Parlimen
ekoran perjumpaan dengan Perdana Menteri bulan lepas. Tindakan tersebut akan
mengetengahkan kepentingan politik yang tertera dalam perjanjian antara bekas pesaing, AirAsia
dan MAS, di mana kesatuan mendakwa majoriti ahli kesatuan kini beralih kesetiaan kepada
pihak pembangkang kerana ketidakpuas hatian terhadap perjanjian usahasama yang dimeterai.
Setiausaha Umum Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU)
Abdul Malek Ariff telah memberitahu The Malaysian Insider mereka akan menghantar
memorandum sama yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib Razak menentang pakatan
MAS-AA kepada ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat (PR).
MASEU, organisasi yang berpusat di Semanjung, mempunyai lebih 7,000 pekerja namun
Abdul berkata tujuh lagi kesatuan dan pertubuhan mewakili pekerja MAS, pengurus dan
juruterbang termasuk daripada Sabah dan Sarawak juga diwakili dalam memorandum, membawa
kepada jumlah 13,000 hingga 14,000 pekerja. Abdul berkata isu utama bagi ahli kesatuan adalah
mereka tidak percayakan AirAsia. Perundingan pekerja sudah parah apabila kepercayaan
sudah tidak wujud, beliau berkata. Antara rungutan yang diketengahkan MASEU termasuk
cadangan memotong gaji dan faedah pekerja sehingga 30 peratus dan kemasukan bekas pekerja
AirAsia mengambil alih jawatan penting MAS. Siapa akan tanggung beban dan kesusahan
pekerja MAS yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun. Berikutan penurunan
10

pendapatan dan penstrukturan semula bagi menjimatkan kos, MAS menawarkan cuti tanpa gaji
sehingga dua tahun kepada kakitangannya untuk mengurangkan kos operasi. "Apa yang
dibimbangi ialah bukan setakat tawaran sahaja tetapi akhirnya kakitangan MAS dipaksa
mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun, kakitangan MAS yang dipaksa bercuti tanpa gaji
pasti akan menghadapi pelbagai masalah dan beban ekonomi berikutan kehilangan pendapatan
yang tetap. Jika separuh dari kira-kira 20,000 pekerja MAS mengambil cuti tanpa gaji walaupun
dalam masa enam bulan sekalipun, ke mana mereka hendak mencari rezeki untuk menyara
keluarga mereka.

Kekuatan Subordinates
Kepimpinan berperanan kearah pencetusan inovasi adalah penting. Inovasi dalam kepimpinan
yang di cetuskan ini perlu mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengatahuan yang
luas untuk mengurus sesebuah organisasi dengan baik. Selain memberi dorongan dan komitmen
kepada pekerja dalam menghasilkan kreativiti dan inovasi dengan menghantar mereka ke
seminar-seminar atau latihan yang diperlukan, kepimpinan haruslah merangka strategi yang
berkesan untuk membawa perubahan dinamik dan menjadikan organisasi itu kreatif dan inovatif.
Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam sesebuah organisasi boleh dilihat sebagai punca utama
kelemahan sesebuah organisasi dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi.
Di antara perubahan-perubahan inovasi yang dapat dilihat dalam kehidupan manusia
ketika ini adalah inovasi teknologi dan inovasi pengetahuan. Kejayaan perkembangan organisasi
banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif kerana itu pemimpin perlu
berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain.
11

Mereka juga perlu mempunyai sifat-sifat yang berwibawa dalam mencorakkan pelbagai
pembaharuan dalam organisasi. Dengan ciri-ciri tersebut, mereka boleh memberi dorongan
dalam meningkatkan kualiti produk dan kualiti intelektual. Pemimpin sesebuah organisasi juga
hendaklah berkeupayaan untuk memotivasikan pekerja serta mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan setiap mereka yang ada dalam organisasi.
Kekuatan Menguruskan Subordinates Pekerja MAS
Sekiranya pertukaran saham dikatakan telah mengakibatkan kemerosotan semangat bekerja
dalam kalangan pekerja MAS sehingga menjejaskan pemulihan syarikat penerbangan nasional
itu, oleh itu penarikan balik pertukaran saham ini diharap mengembalikan moral mereka.
Sebelum ini, penggabungan terbabit ditentang oleh Gabungan Kesatuan Pekerja Penerbangan
Malaysia (GUAM) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS (MASEU) yang telah menghantar
memorandum kepada Najib bagi memohon campur tangan beliau bagi menyelesaikan kemelut
berkenaan. Antara isu-isu yang dibangkitkan kesatuan terbabit adalah nasib lebih 10,000 pekerja
MAS yang dikatakan akan diberhentikan serta suasana kerja dalam syarikat itu yang telah
menjadi muram dan produktiviti kerja telah menurun kerana pekerja runsing mengenai masa
depan mereka.
Kegagalan mencapai objektif asal untuk mengurangkan kerugian MAS juga dikatakan
merupakan antara alasan penggabungan berkenaan tidak dipersetujui. Keadaan juga diburukkan
dengan tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang dikatakan sedang meneliti
rungutan orang ramai bahawa penggabungan MAS-AirAsia mempunyai unsur-unsur anti
persaingan. Berita pembatalan ini pasti akan disambut gembira oleh lapan kesatuan pekerja MAS
yang menentang pertukaran saham itu dari awal sejak termeterainya pakatan MAS dan AirAsia.
12

Walaupun ia satu "kemenangan" kepada pekerja-pekerja MAS, tetapi mereka masih memerlukan
"nafas baru" untuk keluar dari kemelut sekarang.

Kelemahan menguruskan pekerja subordinate
Tekanan pekerjaan ialah tekanan yang berpunca daripada atau melibatkan pekerjaan. Tekanan
yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh
menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang pekerja. Bidang ini telah mula dikaji oleh
penyelidik-penyelidik sejak lebih 100 tahun yang lalu. Menurut satu kajian, hamper 35 peratus
pekerja mengatakan pekerjaan mereka menggugat emosi dan kesihatan mereka, manakalah 42
peratus pula menyimpulkan bahawa tekanan pekerjaan menjadi masalah peribadi mereka.
Tekanan merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana
pekerjaan, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya.
Selain itu juga ada juga tekanan positif yang dikenali sebagai eustres, yang bermaksud tekanan
dialami secara sederhana dan mampu memotivasikan individu untuk mencapai matlamat dan
berjaya dalam usaha yang dilaksanakan.





13

Kelemahan Menguruskan Subordinate MAS
The Malaysian Insider melaporkan pada 9 Mac bahawa Putrajaya akan mengkaji semula
kerjasama berusia lapan bulan antara MAS dengan AirAsia setelah ia gagal menunjukkan
sebarang kemajuan mahupun menaikkan semangat pekerja seramai 20,000 orang di penerbangan
yang mencatat kerugian RM2.52 billion dalam 2011. Kerajaan turut mempertimbangkan
menswastakan MAS dengan mengarah pengurus asset negera Khazanah untuk membeli balik
20.5 peratus kepentingan saham yang diberi kepada Tune Air Sdn Bhd, pemilik majoriti Air
Asia, yang ditukarkan dengan kepentingan 10 peratus dalam AirAsia. Khazanah dan Tune Air
telah bersetuju kepada pertukaran saham itu Ogos lepas, setelah empat percubaan memeterai
perjanjian antara MAS dan AirAsia gagal.
Presiden MASEU, Alias Aziz yang diminta mengulas ura-ura pembatalan berkenaan
menegaskan, jika perkara itu benar-benar terjadi, ia akan disambut gembira oleh 20,000 pekerja
MAS dan semua pihak yang mahu syarikat penerbangan kebangsaan itu terus berkembang.
"Kalau ia menjadi realiti, ini bermakna Datuk Seri Najib benar-benar komited dalam
melaksanakan konsep Rakyat Didahulukan apabila mengambil kira semua pandangan pihak
pekerja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam. Beliau berkata, antara isu yang
dibangkitkan pihaknya dalam memorandum yang telah diserahkan kepada Datuk Seri Najib
adalah perasaan tidak berpuas hati apabila pengurusan atasan MAS dikuasai pegawai daripada
AirAsia dan suara mereka lebih didengari. "Ia melibatkan pelbagai bahagian penting termasuk
kejuruteraan, kewangan dan komersial. Ini menyebabkan orang MAS yang mempunyai bakat
hilang begitu sahaja dan dipinggirkan. "Kita berpendapat pertukaran saham berkenaan jelas
hanya memberi kelebihan kepada sebelah pihak sahaja iaitu AirAsia dan ini terbukti apabila
sehinggalah hari ini, tiada perubahan atau kelebihan dinikmati oleh MAS," ujarnya. Mengulas
14

bagaimana kerugian sebanyak RM2.52 bilion yang dialami MAS tahun lalu dapat dikurangkan,
Alias berkata, pihaknya dalam memorandum yang diserahkan kepada DS Najib telah
mengemukakan beberapa cadangan bagi memulihkan prestasi MAS dalam tempoh tiga hingga
enam bulan sahaja. "Sebagai kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan MAS kita tahu
macam mana hendak mengubati 'penyakit' yang dialami syarikat penerbangan ini," katanya.

Cabaran menguruskan subordinate Malaysia Airlines (MAS)
SUDAH lima bulan berlalu sejak Ahmad Jauhari Yahya mengambil alih teraju Penerbangan
Malaysia (MAS) bagi mencari jalan meletakkan semula syarikat penerbangan kebangsaan itu di
landasan menjana keuntungan. Selepas pantas mendalami selok belok perniagaan MAS,
memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman dalam industri penerbangan sebelum ini,
beliau kini lebih jelas apa yang perlu dilakukan. A380 akan menjadi pesawat utama kami untuk
bersaing dengan syarikat penerbangan lain. Ia juga adalah peluang yang baik untuk
menempatkan MAS sebagai entiti premium dan membantu kami memenangi kembali pelanggan.
- Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Eksekutif MAS
Ia lebih menjurus kepada kelangsungan hidup dan memenangi semula hati pelanggan,
katanya dalam temu bual dengan BERNAMA. Kelangsungan hidup bukan sesuatu yang asing
bagi Ahmad Jauhari, 57, kerana beliau telah melaluinya ketika membuat persiapan untuk
menyertai siri Trialthlon Ironman kira-kira 10 tahun lalu. Beliau berjaya mengharunginya.
Walaupun satu ketika dulu tidak tahu berenang, beliau belajar bersungguh-sungguh untuk
menyertai acara berkenaan.
15

Untuk misinya di MAS, keutamaannya adalah membendung kerugian besar dan
meletakkannya semula di kedudukan untuk menjana keuntungan tidak lama lagi, selain berusaha
mendapatkan semula reputasinya sebagai syarikat penerbangan premium pilihan. Rombakan
dalam pengurusan kanan baru-baru ini dan pengurangan laluan secara drastik antara beberapa
strategi yang diambil. Ahmad Jauhari berkata, adalah penting mencari penyelesaian menangani
isu syarikat penerbangan kebangsaan itu kerana MAS adalah kebanggaan rakyat Malaysia.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2011, MAS menanggung kerugian
sebelum cukai RM1.209 bilion berbanding keuntungan RM23.73 juta pada 2010. Ia dijadual
mengumumkan keputusan tahun kewangan penuh minggu depan. Untuk mengelakkan catatan
kerugian bagi tempoh agak lama jika tiada langkah drastik dilakukan, pemegang saham utama
MAS memutuskan melaksanakan perubahan pengurusan peringkat atas serta perjanjian
pertukaran saham akhir tahun lalu antara syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan pesaing
tempatannya, AirAsia. Mengikut perjanjian itu, pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn
Bhd, menguasai 20.5 peratus saham MAS, manakala Khazanah Nasional Bhd mendapat 10
peratus daripada saham syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Sebagai sebahagian pembaharuan itu, Ahmad Jauhari, seorang jurutera dan tokoh
korporat yang telah mencipta nama di Malaysian Resources Corporation Bhd dan Malakoff Bhd,
dilantik Ketua Eksekutif MAS pada September lalu. Kami perlu mengekang kerugian terlebih
dulu sebelum bergerak ke depan. Jadi, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengkaji semua
laluan yang rugi, kemudian pada kos pengurusan dan akhirnya, mengkaji semula rangkaian
laluan kami, katanya.
16

Lembaga pengarah baru MAS, kata beliau, juga telah melihat bagaimana faktor lain
boleh ditambah baik termasuk meningkatkan kekerapan pada sesetengah laluan menguntungkan
seperti ke Manila, Jakarta, Shanghai dan Beijing. Walaupun langkah MAS memberhentikan
laluan tertentu menimbulkan beberapa isu, termasuk daripada pekerja, Ahmad Jauhari berkata,
keputusan sedemikian adalah biasa dalam industri penerbangan. Japan Airlines mengurangkan
40 peratus daripada laluan ketika dalam kesusahan, katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, MAS boleh melihat semula beberapa laluan yang telah ditamatkan
jika keuntungan boleh dipastikan pada masa depan. Pengurangan laluan itu, jelas beliau akan
membantu MAS mengurangkan kos penyelenggaraan dan operasi, memandangkan 36
pesawatnya berada pada akhir pajakan, dan bermakna ia akan dikembalikan kepada pemajak.
Pada masa sama, MAS akan menerima 23 pesawat baru, seterusnya mengurangkan usia purata
kumpulan pesawatnya kepada lapan tahun daripada 14 tahun sebelum ini, serta meningkatkan
kecekapan kos melalui pesawat lebih baru dan enjin yang menjimatkan bahan api.
Menyangkal dakwaan pengurangan laluan memberi manfaat kepada rakan kongsi
strategiknya, Air-Asia dan AirAsia X, beliau berkata: Kedua-dua syarikat penerbangan (MAS
dan AirAsia) sebenarnya bertindak (secara berasingan) dari segi rangkaian. Sama seperti kami
mengurangkan dan memperkenalkan laluan baru, mereka juga melakukan perkara sama
sepanjang masa. Mengenai dakwaan sesetengah pihak perkongsian dengan AirAsia akhirnya
boleh menjadikan MAS syarikat penerbangan kos rendah bagi perjalanan jarak jauh, Ahmad
Jauhari dengan tegas berkata, MAS akan terus kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan
penuh.Mengulas rancangan menggiatkan semula MAS sebagai syarikat penerbangan premium
17

pilihan dan menarik lebih ramai penumpang, Ahmad Jauhari berkata, MAS akan memulakan
pengiklanan dan kempen promosi utama mulai pertengahan tahun ini.
Ia adalah serentak dengan penerimaan pesawat jumbo pertama A380, yang akan
digunakan MAS untuk sektor Kuala Lumpur-London mulai 1 Julai. Kempen itu akan
dilaksanakan secara berperingkat di Asia Tenggara sebelum ke seluruh dunia. A380 akan
menjadi pesawat utama kami untuk bersaing dengan syarikat penerbangan lain. Ia juga adalah
peluang yang baik untuk menempatkan MAS sebagai entiti premium dan membantu kami
memenangi kembali pelanggan, katanya











18

Analisis dan Cadangan dalam Subordinates Malaysia Airlines
Kesatuan lazimnya merupakan organiasi demokratik yang memperjuangkan hak pekerjaan
mereka. Sebaliknya, kesatuan juga kerap dikaitkan dengan pihak yang sukar ditangani dan
memberi tekanan ke atas syarikat dari segi gaji atau tentangan mereka terhadap dasar-dasar
tertentu. Bagi kes Malaysia Airlines (MAS), kesatuan pekerjanya menentang cadangan
pertukaran saham dengan AirAsia, yang berkesudahan dengan pembatalan cadangan itu. Ramai
mengetahui bahawa kesatuan berkenaan tidak sukakan beberapa cadangan yang mereka
dianggap membelakangkan Malaysia Airlines berbanding syarikat penerbangan tambang rendah
itu.
Beberapa pihak juga mempersoal sikap para pemegang saham utama MAS yang
menyebabkan hubungan singkat itu terbatal. Namun, untuk masa hadapannya, MAS memerlukan
sokongan pelbagai kesatuan pekerjanya untuk menjayakan proses pemulihan baharu manakala
pakerja wajar berubah supaya mereka mempunyai masa depan yang lebih baik dan terjamin, kata
penganalisis. Ketua Ekonomi RAM Holding Group Dr Yeah Kim Leng berkata usaha
mengembalikan kegemilangan MAS sebagai syarikat penerbangan antarabangsa utama di Asia
tidak mudah memandangkan industri penerbangan global kini berhadapan dengan persekitaran
yang sukar dan mencabar.
Kos bahan api yang meningkat, permintaan yang menguncup, saingan sengit dan kawal
aturan, membelenggu industri itu," katanya kepada Bernama. Berdasarkan latar belakang suram
ini, semua syarikat penerbangan perlu melalui landskap perniagaan yang berubah, jika tidak,
syarikat yang lemah, tidak berdaya saing dan tidak cekap, akan tewas.

19

Dr Yeah percaya penstrukturan semula pelbagai syarikat sedang berlaku pada tahap yang
lebih pantas dalam negara sebagai respon kepada pengantarabangsaan perdagangan pelaburan
dan peluang perniagaan ketika wujudnya keperluan untuk keluar daripada sindrom perangkap
pendapatan sederhana. Sebaik pelan untuk menghidupkan semula MAS dibentangkan,
tanggungjawabnya terletak ditangan anggota kesatuan untuk memberi soongan penuh kepada
syarikat mereka. Dr Yeah juga berkata pengurusan MAS juga perlu bekerja keras bagi
memperkukuh sepenuhnya modal insan dan meningkatkan motivasi tenaga kerja bagi
memperbaiki bidang seperti kecekapan kos, produktiviti dan kualiti perkhidmatan, bagi
memenuhi matlamat perniagaan syarikat. Faktor kejayaan kritikal katanya ialah keupayaan
melaksanakan strategi perniagaan syarikat penerbangan itu dengan jayakanya dan perkara ini
perlu diterangkan kepada pekerja menerusi kerjasama kesatuan mereka. Seorang penganalisis
lain yang enggan dikenali, turut berkongsi pendapat yang sama. Menurutnya memandangkan
MAS merupakan syarikat berkaitan kerajaan dan perniagaan berasaskan perkhidmatan, syarikat
penerbangan itu sudah pasti memerlukan sokongan kesatuan untuk pulih. "Kesatuan perlu
memberi jaminan bahawa anggota mereka menyokong pelan pemulihan dan majikan pula perlu
memberi jaminan terhadap jaminan pekerjaan," katanya. Beliau berkata kesatuan perlu menerima
perubahan dalam pelbagai bidang supaya Malaysia Airlines mempunyai peluang besar untuk
kembali kukuh. Rombakan dalam pengurusan kanan baru-baru ini dan pengurangan laluan secara
drastik antara beberapa strategi yang diambil untuk meletakkan syarikat penerbangan
kebangsaan itu kembali ke landasan yang betul ke arah keuntungan dari tahun kewangan 2013-
14 dan seterusnya, katanya.

20

Beliau berkata adalah penting mencari penyelesaian bagi menangani isu-isu dalam
syarikat penerbangan nasional ini, sebagaimana nama Malaysia Airlines itu sendiri, memberi
kebanggaan di kalangan rakyat Malaysia. Bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 30
Sept, 2011, Malaysia Airlines menanggung RM1.209 bilion dalam kerugian sebelum cukai
berbanding dengan keuntungan RM23.73 juta untuk tempoh yang sama pada 2010. Ia dijadual
mengumumkan keputusan tahun kewangan penuh minggu hadapan.Untuk mengelakkan "catatan
kerugian" untuk tempoh yang agak lama jika tiada langkah drastik dilakukan, pemegang saham
utama Malaysia Airlines membuat keputusan untuk melaksanakan perubahan pengurusan
peringkat atas serta perjanjian pertukaran saham yang menjadi suatu peristiwa penting akhir
tahun lalu antara Malaysia Airlines dan saingan terdekat tempatan, AirAsia.
Mengikut perjanjian itu, pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd, menguasai
20.5 peratus saham di Malaysia Airlines manakala Khazanah Nasional Bhd mendapat 10 peratus
daripada syarikat penerbangan tambang rendah tersebut. Sebagai sebahagian daripada
pembaharuan berkenaan, Ahmad Jauhari, 57, jurutera dan tokoh korporat yang telah mencipta
nama di Malaysian Resources Corporation Bhd dan Malakoff Bhd, dilantik sebagai CEO pada
September lepas. "Kami perlu mengekang kerugian terlebih dahulu sebelum bergerak ke
hadapan. Jadi, perkara pertama yang kami lakukan adalah untuk mengkaji semua laluan
"merana", kemudian kepada kos pengurusan dan akhirnya, mengkaji semula rangkaian kami,"
kata beliau kepada Bernama dalam satu wawancara hari ini. Lembaga pengarah baru syarikat
tersebut, kata beliau, juga telah melihat bagaimana faktor-faktor lain boleh ditambah baik
termasuk meningkatkan kekerapan pada sesetengah laluan yang menguntungkan seperti ke
Manila, Jakarta, Shanghai dan Beijing.

21

Walaupun langkah Malaysia Airlines untuk memberhentikan laluan tertentu telah
menimbulkan beberapa isu, termasuk daripada pekerja, Ahmad Jauhari berkata keputusan
sedemikian adalah biasa dalam industri penerbangan. "Ia satu perkara biasa bagi syarikat
penerbangan. Anda mesti mendapatkan jumlahnya. Japan Airlines mengurangkan 40 peratus
daripada laluan apabila berada dalam kesusahan," katanya semasa memberi contoh.
Bagaimanapun beliau berkata Malaysia Airlines boleh melihat semula beberapa laluan yang
telah ditamatkan sekiranya keuntungan boleh dipastikan pada masa depan. Pengurangan laluan
berkenaan, jelas beliau, juga akan membantu Malaysia Airlines untuk mengurangkan kos
penyelenggaraan dan operasi, memandangkan 36 pesawat dalam kumpulan pesawatnya berada
pada akhir pajakan mereka, dan ini bermakna ia tidak perlu ditamatkan khidmat penerbangan
mereka memandangkan mereka akan dikembalikan kepada pemajak. Pada masa yang sama,
Malaysia Airlines akan menerima 23 pesawat baru, seterusnya mengurangkan usia kumpulan
pesawat kepada lapan tahun daripada 14 tahun sebelum ini, serta meningkatkan kecekapan kos
melalui pesawat yang lebih baru dan enjin yang cekap bahan api.
Semasa menyangkal dakwaan bahawa pengurangan laluan telah memberi manfaat kepada
rakan kongsi strategiknya, AirAsia dan AirAsia X, beliau berkata: "Kedua-dua syarikat
penerbangan (Malaysia Airlines dan AirAsia) sebenarnya bertindak (secara berasingan) dari segi
rangkaian mereka sendiri. Sama seperti kami mengurangkan dan memperkenalkan laluan baru,
mereka juga melakukan perkara yang sama sepanjang masa. " Ahmad Jauhari berkata Malaysia
Airlines menarik dari laluan Capetown dan Johannesburg tetapi AirAsia atau AirAsia X tidak
terbang ke sana.

22

Begitu juga, AirAsia X menamatkan khidmat dari London, Paris, New Delhi dan
Mumbai tetapi laluan ini masih dikendalikan oleh Malaysia Airlines, dan apabila AirAsia X
berhenti ke Abu Dhabi, Malaysia Airlines melakukan perkara yang sama dengan Dubai. "Jadi, ia
merupakan keputusan yang bebas daripada kedua-dua syarikat penerbangan. Tetapi apabila
syarikat penerbangan mengurangkan laluan, syarikat yang menyandang llauan berkenaan akan
mendapatkan trafik. Mana-mana syarikat penerbangan pun boleh," kata beliau. Mengenai
cadangan sesetengah pihak bahawa perkongsian dengan Air Asia akhirnya boleh menjadikan
Malaysia Airlines syarikat penerbangan kos rendah bagi perjalanan jarak jauh, Ahmad Jauhari
dengan tegas berkata syarikat akan sentiasa kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan
penuh. Mengulas mengenai rancangan untuk menggiatkan semula syarikat penerbangan itu
sebagai syarikat penerbangan premium pilihan dan menarik lebih ramai penumpang, Ahmad
Jauhari berkata syarikat akan memulakan pengiklanan dan kempen promosi utama mulai
pertengahan 2012.
Ini akan sama dengan masa Malaysia Airlines menerima pesawat jumbo pertama A380,
yang akan digunakan untuk sektor Kuala Lumpur-London mulai 1 Julai. Kempen berkenaan
akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, di Asia Tenggara dahulu sebelum ke seluruh
dunia. "A380 akan menjadi pesawat utama kami untuk bersaing dengan syarikat penerbangan
lain. Ia juga merupakan peluang yang baik untuk menempatkan Malaysia Airlines sebagai entiti
premium dan membantu kami memenangi kembali pelanggan, " kata beliau.

Ketika ditanya sebab Malaysia Airlines hilang kedudukan sebagai syarikat penerbangan
premium, Ahmad Jauhari berkata pesaingnya telah meningkatkan perkhidmatan dan tawaran
23

mereka dengan pesawat yang lebih baru. "Oleh itu, mendapatkan kembali pelanggan premium
bukan sahaja pada harga sahaja, memandangkan Malaysia Airlines perlu meningkatkan lagi
usaha untuk menarik mereka dengan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan dengan
kelebihan kerana mereka kini mempunyai banyak pilihan," kata beliau. Mengenai sektor Kuala
Lumpur-London, sebagai contoh, syarikat penerbangan seperti Etihad, Emirates dan Singapore
Airlines juga menawarkan khidmat pada laluan yang sama. "Kita tidak boleh memaksa
pelanggan untuk menggunakan Malaysia Airlines. Ini semua melibatkan usaha memenangi
semula pelanggan dengan menyediakan pilihan yang lebih baik. Pada masa kini, pelanggan perlu
dimanjakan.
"Misi ini adalah sangat jelas. Pada dasarnya kami mempunyai persaingan besar di luar
sana dan syarikat perlu melakukannya untuk terus bertahan. Ia benar-benar tentang kelangsungan
hidup dan memenangi semula pelanggan," katanya. Sebagai sebahagian daripada kempen untuk
menawan lebih banyak penumpang premium, Ahmad Jauhari berharap kemunculan Malaysia
Airlines sebagai anggota perikatan "One World" pada November tahun ini akan membantu,
kerana ia membenarkan akses kepada hampir 950 destinasi di 150 buah negara, yang
menyediakan perkhidmatan oleh gabungan kumpulan 2,600 pesawat yang beroperasi dengan
kira-kira 10,000 penerbangan sehari dan membawa 358 juta penumpang. Semasa diminta
mengulas lanjut mengenai pengenalan destinasi baru, beliau berkata perkara ini terpaksa
menunggu sehingga syarikat penerbangan itu kembali menguntungkan. "Ia memerlukan
sekurang-kurangnya satu tahun untuk membina trafik bagi satu laluan yang baru. Untuk
beberapa bulan pertama, anda akan kerugian. Jadi, sehingga kewangan yang baik, kita tidak
boleh mencuba, dan melainkan jika amat pasti trafik yang cukup," kata beliau.

24

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, didalam menguruskan subordinates memerlukan kecekapan yang
sistematik oleh pengurus untuk memastikan isu-isu dalam pekerja yang dibangkitkan dapat
diatasi dengan baik dan professional. Berdasarkan isu, masalah, kekuatan, kelemahan dan
cabaran serta beberapa analisis cadangan ini sekaligus memberikan alternatif untuk menguruskan
subordinates di Malaysia












25

RUJUKAN
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Aidit Ghazali (2001). Islamic thinkers on economic, administration and transaction. Kuala
Lumpur: Quil Publishers.
Ahmad Atory Hussain (1986), Tingkahlaku organisasi dalam pengurusan moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Mawardi, Abu Hassan (1996). The laws of Islamic government : Al-Ahkam alSultaniyah,
Translator Wafaa al-Wahba. UK: Garnet Publishing. Al-Quran dan Terjemahan
Azahari Ismail (1994). Policy leadership and school administrationns in Florida : toward a
reconceptualization. PhD. Thesis and Dissertation at the Florida State University.
Barnard, G. (1938). The function of executive. Cambridge: Harvard University,
Bass, B.M. dan Avolio, B.J. (1990). Bass and Stogdills handbook of leadership: Theory,
research, and management application. New York: The Free Press.
Daft, R. L. (2004). The leadership experience. Orlando: Harcourt College Publishers.
Dennis, H. (1975).The construction of a managerial communication climate inventory for use in
complex organizations. Kertas kerja yang dipersembahkan di Mesyuarat International
Communication Association, Chicago.
French, J.R.P dan Raven, B. (1960). The bases of social power, dalam Darwin Cartwright dan
A.F. Zander (ed.). Group Dynamics (2nd Ed.). Evanston III: Row, Peterson and Co. 607-23.
Gardner, J. W. (1984). Leadership and power. Washington: Independent Sector.
Hackman, M.Z. and Johnson, C.E (2004). Leadership : A communication perspective (4rd
edition), Prospect Heights, IL: Waveland Press.
Idris Zakaria (1996), Kepimpinan negara : persamaan pemikiran Plato, Al-Farabi dan
Ibnu Sina. Pemikir. 104. (Oktober-Disember 1996).
Ismail Noor (1999). Prophet Muhammads leadership. the paragon of excellence altruistic
management. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distrubutors.
Jaafar Muhamad (1996). Kelakuan organisasi. Kuala Lumpur: Leed Publication
26

Jablin, F. (1979). Superior-subordinate communication: the state of the art. Psycological
Bulletin. 86:1208
Jennings, E.E (1960). An anatomy of leadership. New York: Mc Graw-Hill.
Mahathir Mohamad (1982). Ucapan penting, Jabatan Penerangan Malaysia.
Maccoby, M. (1976). The gamesman. New York: Simon and Schuster Publication Company.
Mohd. Yusof Hussin (1995). Komunikasi kepimpinan dari perspektif Islam. dlm. Kecemerlangan
Pentadbiran, Dasar dan Amalan Dalam Islam. INTAN.

Anda mungkin juga menyukai