Anda di halaman 1dari 9

Pak Tua bekerja sebagai pemandu jentolak, sedikit pun tidak mempunyai

perasaan simpati, sebaliknya terus memusnahkan kawasan hutan yang menghijau.


Binatang yang tinggal di hutan seperti kera, monyet, gajah, payau dan kijang lari
meninggalkan habitatnya. Pokok-pokok berharga di hutan turut musnah menyebabkan
permukaan tanah terdedah. Dalam sekelip mata hutan dara telah gondol. Pak Tua
teringat perkara itu berlaku 30 tahun yang lalu. Perasaan kesal Pak Tua apabila
melihatkan hutan kini yang tinggal serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati yang telah
menimbulkan rasa kesal di jiwa Pak Tua. Kini, Pak Tua ingin memastikan keadaan
hutan kembali merimbun. Pak Tua mengingati semula lori-lori balak keluar dan masuk
ke hutan membawa balak ke aliran Sungai Kinabatangan. Balak itu kemudiannya
dialirkan melalui Sungai Kinabatangan ke kilang-kilang papan di kawasan daerah
Sandakan. Dada Pak Tua terasa sebak apabila mengenangkan perkara tersebut.
Kekesalan Pak Tua telah dipujuk oleh isterinya, Mak Tua yang menganggap pekerjaan
suaminya selama ini bukan mahu merosakkan hutan, sebaliknya mahu mencari rezeki.
Menerusi rezeki itulah mereka mampu membesar dan menyekolahkan anaknya hingga
paling tinggi tanpa bantuan daripada sesiapa . Hal ini diakui oleh anak sulungnya, Ajam
yang kini membuka perniagaan bas antarkota hasil modal yang disediakan oleh
bapanya. Bakar pula, lulusan Sarjana Pertanian yang bekerja sebagai pengurus ladang
memujuk ayahnya dengan mengatakan bahawa hutan yang gondol telah ditanam
kelapa sawit secara besar-besaran. Manakala Budi, seorang guru yang memegang Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan. Pak Tua bangga dengan anak-anaknya yang telah berjaya
dan bersyukur kepada Tuhan atas semuanya.
Pak Tua teringat kata-kata Melati, dalam setiap pembangunan sesebuah negara
mesti ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Kata-kata itu menyebabkan timbul persoalan
dalam diri Pak Tua, mengapa hutan terpaksa dikorbankan. Pak Tua juga teringat, ketika
masih di kampung, dia bersama-sama beberapa orang nelayan menggunakan bom tangan
buatan sendiri untuk mendapatkan ikan yang banyak tanpa menyedari perbuatannya telah
memusnahkan terumbu karang dan hidupan laut. Kekesalan Pak Tua begitu menghimpit
dadanya. Setelah kehidupan di kampung semakin susah kerana tangkapan semakin
berkurangan, Pak Tua membawa diri merantau. Ternyata nasib Pak Tua berubah, bukan
sahaja mampu mendapatkan rezeki yang berlimpah, tetapi juga mampu membina rumah
tangga dan memakmurkan kehidupan keluarganya. Tetapi Pak Tua tetap maenyesali
kerana kesenangan harus terhasil daripada kehancuran hutan rimba. Secara tidak sengaja
kesesakan di dada Pak Tua terluah bersama-sama linangan air matanya. Mak Tua cuba
merasionalkan Pak Tua dengan alasan pekerjaan Pak Tua itulah yang menemukan Pak Tua
dengan Mak Tua. Pak Tua teringat kembali kisah pertemuannya dengan Mak Tua
sehinggalah dikurniakan empat orang anak. Mimpi Pak Tua terhadap kisah silam
terganggu apabila Mak Tua memintanya menghantar bubu kacang hijau ke masjid.


Kini, Pak Tua berasa puas melihat longgokan buah-buahan tempatan yang
diusahakan di tanah peninggalan arwak mentuanya. Sebuah bas mini dan dua buah
kereta memasuki dusun Pak Tua. Mereka datang untuk menikmati buah-buahan yang
diusahakan oleh Pak Tua. Melihatkan keadaan kebun dan kawasan hutan, anak-anak
Pak Tua berbincang untuk mengusahakan bidang pelancongan dan modal boleh
diperoleh apabila mereka mengeluarkannya secara bersama-sama. Pak Tua hanya
mendengar perbincangan keempat-empat orang anaknya sambil disampuk oleh
menantu-menantunya. Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi
oleh cucu-cucunya sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang
indah dan damai. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian cengkerik dan aneka
bunyi-bunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu. Pak Tua berasa
tenang dan bahagia. Suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang misteri
memberi keyakinan kepada Pak Tau mimpi ngeri tentang kemusnahan sebuah hutan
rimba itu sudah lama berlalu.
Tema cerpen ini ialah memulihara hutan rimba yang
tercemar, contohnya Pak Tua sebelum ini bertugas
sebagai pembalak telah menyadari akan kesilapan
yang dilakukan lalu menanam pokok-pokok hutan dan
pokok buah-buahan di tanah lapang untuk
melestarikan harta warisan alam.
Persoalan
Kerakusan sikap manusia merosakkan alam sekitar. Contohnya, satu ketika
dahulu Pak Tua menggondolkan hutan dengan jentolak untuk mendapatkan
kayu balak.
Kekesalan kerana merosakkan alam sekitar. Contohnya, Pak Tua bekerja sebagai
pemandu jentolak, sedikit pun tidak mempunyai perasaan simpati, sebaliknya
terus memusnahkan kawasan hutan.
Sikap ketua keluarga yang mengutamakan akademik anak-anak. Contohnya, Pak
Tua sanggup bekerja keras untuk memastikan empat orang anaknya
memperoleh kejayaan dalam bidang akademik.
Konflik diri berakhir apabila suasana hutan berjaya dipulihkan. Contohnya,
suasana hutan yang asli dengan irama malamnya yang misteri memberi
keyakinan kepada Pak Tua mimpi ngeri tenteng kemusnahan hutan rimba itu
sudah lama berlalu.
Bertanggungjawab melestarikan alam sekitar. Contohnya, tanah peninggalan
arwah mertua Pak Tua, berjaya dilestarikan sebagai harta warisan alam oleh Pak
Tua dengan hanya sedikit sahaja kawasan dibersihkan untuk tapak rumah dan
untuk dusun buah-buahan, selebihnya dikekalkan sebagai hutan simpan.
Watak dan Perwatakan
Pak Tua
Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Pak Tua membesarkan
keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya.
Seorang yang rajin. Contohnya, Pak Tua rajin bekerja dan sanggup
meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.
Seorang yang gigih. Contohnya, Pak Tua gigih mencari rezeki untuk
menyara kehidupan keluarga.
Seorang yang rasional. Contohnya, Pak Tua menyesali akan
perbuatannnya selama ini yang merosakkan alam sekitar
menyebabkan dia berfikir secara matang dengan menebus kesilapan
yang dilakukan dengan cara menanam pokok hutan di kawasan
lapang.
Nilai Murni
Kerajinan. Contohnya, Pak Tua rajin bekerja sebagai pembalak
untuk mengumpul duit bagi menyara keluarga dan seterusnya
memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.
Kejujuran. Contohnya, berkat keluhuran budi Pak Tua dan sokongan
daripada ayah Mak Tua sebagai wali, akhirnya Pak Tua berjaya
memiliki Mak Tua.
Hemah tinggi. Contohnya, anak-anak Pak Tua: Ajam , Bakar, Budi
dan Melati begitu lemah lembut apabila berbicara dengan ayah dan
ibu mereka, sehinggakan hati ayah mereka yang berasa bersalah
merosakkan alam sekitar kembali menjadi tenang.
Kasih sayang. Contohnya, anak-anak Pak Tua yang saling
menyayangi antara satu sama lain berbincang dahulu sebelum
membuat sebarang keputusan.
Kegigihan. Contohnya, Pak Tua gigih mencari rezeki untuk menyara
kehidupan keluarga.

Pengajaran
Kita hendaklah memulihara hutan rimba yang tercemar. Contohnya,
Pak Tua sebelum ini bertugas sebagai pembalak telah menyedari
akan kesilapan yang dilakukan lalu menanam pokok-pokok hutan
dan pokok buah-buahan di tanah lapang untuk melestarikan harta
warisan alam.
Kita perlu bersepakat dalam memajukan sesuatu rancangan yang
baik. Contohnya, anak-anak Pak Tua: Ajam , Bakar, Budi dan Melati
mahu bersama-sama memajukan sektor pelancongan berdasarkan
kawasan hutan yang dimajukan oleh ayah mereka.
Kita hendaklah rajin beribadat. Contohnya, setiap malam Jumaat
Pak Tua menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat
fardu dan membaca surah Yasin.
Kita hendaklah melestarikan alam sekitar supaya sentiasa kekal
menghijau. Contohnya, tanah peninggalan arwah mertua Pak Tua,
berjaya dilestarikan oleh Pak Tua sebagai harta warisan alam.

Anda mungkin juga menyukai