Anda di halaman 1dari 2

Persoalan

1- Keberanian menghadapi risiko peperangan


Persoalan ini ditunjukan oleh Panglima Tentera Darat dalam satu peristiwa
pengucapan beliau terhadap anak-anak buahnya yang akan berangkat menabur bakti
di bumi Johor. Contoh petikan:

Dalam peperangan biasanya ada dua prinsip mesti kita patuhi dan alami iaitu
membunuh dan dibunuh. Sekiranya kita berjaya membunuh musuh bererti kita
selamat. Sebaliknya jika kita dibunuh musuh kita akan mati sebagai seorang pahlawan
negara.

(Tenang Dalam Gelora ,hlm: 24)

Petikan di atas menunjukan seseorang yang akan ke medan perang perlu berani
mengambil sebarang risiko sekalipun terpaksa mengorbankan nyawanya. hal ini
demikian kerana tanpa keberanian untuk menghadapi risiko peperangan, seseorang itu
tidak akan dapat ke medan perang untuk menjalankan tugasnya dengan baik.

2- Ketekunan dalam menjalankan tugasan
Persoalan ini terdapat dalam bab 4 iaitu pengarang menggambarkan Adam yang
bekerja dengan tekun dan penuh minat sehingga menjadikannya seorang yang
berjaya. Contoh petikan:

Adam bekerja dengan tekun dan penuh minat sehinggakan kejayaan mengiringinya
di mana-mana. Segala beban kerja yang diserahkan kepadanya dilaksanakan dengan
begitu cemerlang. Adam akhirnya dinaikkan pangkat menjadi leftenan penuh.
(Tenang Dalam Gelora ,hlm:38)

Petikan di atas menunjukkan kita perlu menjalankan sesuatu tugasan dengan tekun
dan bersungguh-sungguh agar kita dapat mencapai hasil yang cemerlang dan dapat
mencapai kejayaan yang gemilang.

3- Yakin akan pertolongan Tuhan
Persoalan ini dapat dilihat dalam satu babak dalam novel Tenang Dalam Gelora ini
iaitu perbualan antara Hj. Hassim dengan Minhat. Dalam babak tersebut, Hj. Hassim
telah menasihati Minhat supaya percaya dengan pertolongan Allah yang Maha
Berkuasa. Contoh petikan:

Anda mungkin juga menyukai