Anda di halaman 1dari 2

MODEL BUNKER & THORPE 1982

TEACHING GAMES for UNDERSTANDING


( TGfU )
TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk
pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:

Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan

Meningkatkan tahap aktiviti fizikal

Menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat yang sesuai
untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria

Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan Pendidikan
Jasmani sehingga masa kini.

Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada
1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU:

Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan

Kekurangan pengetahuan tentang permainan

Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat
keputusan

Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan

Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak
menonjolkan

Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran
seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu
bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting
untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan

Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam
pelbagai permainan

Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU
masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa

Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah
diaplikasikan dalam permainan bola

Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan
permainan kepada empat kategori utama:

Sasaran ( Target )

Pukulan / Padang ( Striking / Fielding )

Jaring / Dinding ( Net / Wall )

Serangan / Kawasan ( Invasion )

Anda mungkin juga menyukai