Anda di halaman 1dari 6

SISTEM AIRCON

Sistem penghawa dingin kereta atau lebih dikenali dengan nama "aircon kereta" adalah
gabungan sistem pemanas dan penyejuk. Ramai yang kurang arif akan sistem penghawa
dingin walaupun kita hari-hari menggunakannya. Kita akan membicarakan dengan lebih
lanjut lagi asas sistem ini dibawah.

Sistem penghawa dingin yang berfungsi dengan baik akan memberikan persekitaran
yang selesa semasa perjalanan dan boleh menyumbang kepada pengurangan
kemalangan dijalanraya.













KITAR AIR COND
Sistem penghawa dingin adalah himpunan komponen-komponen individu seperti diatas yang
disambungkan oleh hos dan tiub fleksibel untuk membentuk litar tertutup. Dalam litar tertutup
ini, penyejuk diedarkan oleh tekanan gas yang dimampatkan oleh kompresor.
Bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dipanggil sektor tekanan tinggi dan
bahagian antara injap pengembangan dan pemampat adalah sektor tekanan rendah. Gas
penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami pemanasan melampau.
Gas tersebut kemudiannya disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan dan suhu yang
tinggi. Gas penyejuk yang dalam tekanan tinggi dan panas ini kemudiannya mengeluarkan
haba yang menyebabkan pemeluwapan terhasil, dan gas penyejuk tersebut berubah daripada
bentuk gas kepada cecair. Penapis/penumpuk kering kemudiannya akan membersihkan dan
mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.
Dari penapis dan penumpuk kering, cecair tersebut bergerak ke injap pengembangan dan
akan bertukar menjadi cecair sejuk tekanan rendah yang kemudiannya disalurkan ke penyejat.
Selepas melepasi penyejat, penyejuk akan kehilangan haba lagi sehingga akhirnya menjadi
gas tekanan rendah yang sangat sejuk. Penyejat yang sangat sejuk itu akan ditolak oleh
motor blower ke kawasan dalaman penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang
menyejukkan dan nyaman di bahagian dalam kereta. Akhir sekali bahan pendingin yang kini
dalam bentuk gas tekanan rendah dan sejuk kini kembali ke pemampat untuk memulakan
kitaran tersebut sekali lagi. Proses yang berulang ini memastikan suhu sejuk dan nyaman
mengiringi perjalanan anda.






Sistem penghawa dingin adalah terdiri daripada 7 komponen utama: -

* Pemampat (compressor)



* Pemeluwap (condenser)

* Kipas Pemeluwap (condenser fan)


* Penapis dan penumpuk kering (filter/accumulator drier)




* Injap pengembangan (expansion valve)



* Penyejat (evaporator)



* Kipas Blower (blower fan)


AC COMPRESSOR
Saat ac kereta dimatikan iaitu gas frean berada dalam suhu dan tekanan sama iaitu 120-150
psi.saat ac kerate baru dihidupkan gas frean dipampa kompresor untuk mengalirkan kesemua
sistem dan dikabutkan oleh expansion valve ke evaporator yang menjadi wap dingin yang
kemudian ditiupkan oleh udara blower ke seluruh karbin pada tahap ini beban pendingin pada
ruang masih besar maka lubang pada expansion valve membesar dan pengabutkan pun lebih
banyak sehingga pendinginan ruangan akan lebih cepat tercapai.pada ac sudah lama
dihidupkan dan ruangan suhu rendah gas freon dipampa kompresor untuk dialirkan kesemua
sistem dan dikabutkan oleh expansion valve ke evaporator menjadiwap dingin yang kemudian
ditiup oleh udara blower keseluruhan kabin dan pada tahap beban pendinginan pada ruangan
sudah tercapai maka lubang pada expansion valve mengecil dan pengabutnya pun lebih
sedikit saat darjah kedinginannya mencapai darjah yang tertentu kompresor akan berhenti dan
kemudiannya akan berfungsi semula untuk proses pemampatan


EXPANSION VALVE
Expansion valve pada dasarnya adalah kutup mekanis di dalam terdapat
membran,pegas,sensor panas yang berisi air raksa ( heat sensitizing tube). Sensor panas
memindai suhu disalurkan keluar evaporator. Sensor panas ini berhubung dengan membrane
melalua perantaraan air raksa. Saat sensor panas mengalami kenaikan suhu air raksa akan
memuai menekan membrane sehingga menekan pegas dan membuka katup maka cairan
refrigerant dapat masuk. Saat suhu sensor panas air akan turun menyusut kembali membuat
tekanan pada membrane berkurang dan pegas mendorong katup untuk menutup.

Anda mungkin juga menyukai