Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan
guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan
memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.
Manakala pembelajaran pula merupakan satu proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970)
dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak
termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku
kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berlaku dengan sempurna jika elemen-elemen tertentu yang akan
menganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran ini. Sekiranya elemen ini tidak ditangani dengan betul maka objektif sebenar pengajaran
dan pembelajaran dalam menyampaikan ilmu tidak akan tercapai. Disinilah ilmu psikologi pendidikan diperlukan.
Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal & pengetahuan empirikal mengenai
pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah (Borich & Tombari, 1997). Begitu juga mengikut Banks & Thompson, 1995, mengatakan bahawa
psikologi pendidikan adalah satu kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah .
Oleh itu dengan mengetahui dan mendalami ilmu Psikologi Pendidikan, diharap setiap orang guru dapat mengenal pasti masalah yang
berlaku didalam bilik darjah dan seterusnya mempunyai cara yang betul untuk menanganinya mengikut teori yang ada didalam ilmu psikologi
pendidikan.




2.0 SENARIO MASALAH PEMBELAJARAN

1. Tidak membuat atau menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru
Pelajar tahun 4 Gemilang ini selalu tidak membuat atau menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Biasanya pelajar ini akan
memberikan pelbagai alasan. Contohnya tertinggal buku latihan dirumah walalupun jika diperiksa buku latihan tersebut ada terdapat didalam
beg sekolahnya. Selain itu alasan lupa bahawa ada latihan yang diberikan oleh guru pada hari tersebut atau terpaksa mengikut emak melawat
nenek yang sakit juga sering bermain dibibir pelajar ini. Alasan yang sedemikian, jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru akan
menyebabkan pelajar ini akan terus beralasan untuk tidak menyiapkan kerja sekolah. Tambahan pula, jika kedua ibubapa pelajar tersebut tidak
mengambil berat tentang pelajaran anak mereka kerana sibuk mencari rezeki. Ini akan menyebabkan masalah tidak ada kesudahan.

2. Terlalu lambat menguasai sesuatu kemahiran dan cepat lupa
Kelas Tahun 4 Jaya adalah merupakan kelas yang terakhir bagi tahun 4 di Sekolah Tapang, hampir semua pelajar didalam kelas ini
mempunyai masalah yang sama iaitu lambat menguasai sesuatu kemahiran ( terutama mata pelajaran Matematik ) dan cepat pula lupa apa yang
baru diajar oleh guru. Guru terpaksa memberi banyak contoh atau latih tubi kepada pelajar-pelajar kelas ini dan ianya (latihan) perlulah
diberikan secara berterusan. Kadang-kadang guru terpaksa mengajar pelajar-pelajar ini dalam satu kumpulan yang kecil atau secara individu.
Masalah ini mungkin disebabkan genetik ataupun persekitaran.