Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Pengalaman sebagai seorang guru aktiviti pengajaran berlaku sebagai satu proses di
mana kerja-kerja perancangan dan pelaksanaan dibuat sebelum sesuatu pengajaran bermula di
bilik darjah.
Perancangan & pelaksanaan secara sistematik dibuktikan dalam buku persediaan dan
rekod pengajaran guru misalnya dinyatakan objektif & aktiviti p&p, media & kaedah
diintegrasikan dalam unit pelajaran yang akan diajar.
1.1 DEFINISI RANCANGAN PENGAJARAN
Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta
amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan
situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku.
Reka bentuk pengajaran merupakan satu aspek penting dalam menghasilkan sebuah
pengajaran yang berkesan. Di sini, satu model yang berorientasikan bilik darjah telah dipilih
iaitu satu model RP yang berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu
pengajaran.
1.2 DEFINISI MODEL
Model yang dipilih ini ialah model ASSURE. Model ini dibangunkan oleh Heinich
dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan
mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.
Model Assure merupakan satu rujukan kepada guru dimana guru boleh merancang
secara sistematik supaya alat dan bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi
kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran ( P & P ). Model Assure juga boleh
dijadikan panduan merancang penggunaan media dalam pengajaran ( Heinich et. Al , 1999).
Model Assure banyak digunakan dalam usaha merancang penggunaan media dalam
pengajaran.
2.0 HURAIAN MODEL ASSURE MENGIKUT RPH
2.1 Analisis Pelajar
Kelas ini terdiri 30 orang murid daripada murid tahun 2 Bestari yang berumur 8 tahun
dan sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Dari segi sosio
ekonomi, hampir ke semua murid ini adalah daripada golongan pertengahan yang mana
ibubapa mereka adalah merupakan lepasan sekolah menengah dan memiliki sekurang-
kurangnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Namun begitu ada juga murid yang datangnya
daripada keluarga yang berada, di mana ibubapa mereka adalah lulusan universiti dan
mempunyai pekerjaan yang baik. Dengan kata lain, murid yang berada di dalam kelas ini
terdiri daripada keluarga berpendidikan tinggi dan sederhana.
Oleh kerana murid yang berada di dalam kelas ini tergolong dari kalangan murid di
mana ibu bapa mereka tergolong dalam golongan yang berpendidikan, maka mereka telah
biasa mendengar istilah Bahasa Inggeris didalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan
dan pendedahan kepada peralatan ICT seperti komputer dan juga aplikasi komputer juga
sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Kebanyakan daripada mereka pernah
melihat bentuk bangunan-bangunan yang terdapat di dalam bandar Kota Bharu, mahupun di
bandar-bandar lain. Selain daripada itu, mereka juga biasa melihat objek yang berbentuk 3
dimensi seperti kon penanda di jalan raya, akuarium, kotak-kotak kasut dan sebagainya. Ini
akan memudahkan lagi murid memahami topik pelajaran unit 11 dari mata pelajaran
matematik yang akan diajar iaitu Bentuk dan Ruang .





2.2 Objektif
1. Murid-murid akan dapat mengenalpasti rupa sebenar bentuk 3 dimensi.
2. Murid-murid dapat membandingkan sifat model 3 dimensi dengan betul.
3. Murid-murid dari kumpulan A dapat mengenalpasti dan membezakan bentuk 3 dimensi
berdasarkan keterangan yang diberikan oleh guru.
4. Murid-murid dari kumpulan B dapat menjawab sekurang-kurangnya 7 soalan daripada 15
soalan berkenaan perbezaan bentuk-bentuk 3 dimensi dengan betul.
5. Murid-murid dari kumpulan C dapat melabelkan bahagian-bahagian tertentu yang terdapat
dalam model 3 dimensi dengan betul.
2.3 Pilih Kaedah, Media dan Bahan
2.3.1 Pilihan Kaedah
Kaedah pengajaran yang dipilih bagi mencapai objektif 1 dan 2 ialah kaedah
penyoalan. Kaedah ini digunakan bagi mencungkil pengalaman sedia ada murid-
murid dalam menyatakan bentuk-bentuk bangunan yang biasa dilihat.
Seterusnya kaedah perbincangan akan digunakan, di sini murid-murid akan
berbincang sesama mereka bagi membandingkan sifat model 3 dimensi yang biasa
dilihat oleh mereka serta dapat memberikan contoh kepada guru.
Kaedah membentuk kumpulan akan digunakan bagi mencapai objektif 3,4 dan 5.
Daripada hasil perbincangan, murid-murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan
iaitu A,B dan C. Melalui pembahagian kumpulan ini akan menyenangkan guru
mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pengalaman sedia ada murid-murid
seterusnya menjawab soalan yang akan diberikan.




2.3.2 Pilihan Media dan bahan
Laptop, Projektor LCD dan cd interaktif akan digunakan bagi memaparkan
penerangan tentang bentuk-bentuk dan 3 dimensi.
Penggunaan internet bagi melayari laman-laman sesawang tertentu.
Penggunaan bahan-bahan maujud bagi menunjukkan 3 dimensi
Lembaran kerja bagi mengenalpasti tahap pengetahuan murid dalam memahami
bentuk-bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi.
2.3.3 Pilihan Bahan
Laptop
Projektor LCD
Cd interaktif
Makmal komputer yang mempunyai kemudahan internet
Bahan-bahan maujud
Kertas lembaran kerja yang siap dicetak
Pencetak

2.4 Gunakan Media dan Bahan
Cd ini akan memaparkan bentuk-bentuk 3 dimensi. Cd ini akan dipasangkan kedalam
komputer guru dan dipancarkan melalui projektor LCD. Aktiviti ini boleh dilakukan sama ada
di dalam kelas ataupun di dalam makmal komputer. Ini akan dapat menarik minat murid-
murid terhadap pengajaran guru dan seterusnya akan memberi pemahaman yang lebih jelas
tentang bentuk-bentuk 3 dimensi. Menerusi cd ini juga, murid-murid dapat menjawab
beberapa soalan yang dikemukan secara lisan oleh guru.

Seterusnya murid-murid akan dibawa ke makmal komputer untuk melayari internet
yang menerangkan / memaparkan bentuk-bentuk 3 dimensi seperti (http://cool-3d-
pictures.blogspot.com/2010/09/3d-shapes-clip-art.html ) . Pengalaman melayari internet
secara individu ini akan memberikan lebih pemahaman kepada murid-murid tentang bentuk-
bentuk 3 dimensi secara online. Bentuk-bentuk ini juga boleh dicetak oleh murid-murid
melalui pencetak yang disediakan dan bahan cetakan tersebut bolehlah ditampalkan kedalam
buku latihan masing-masing.
Bahan-bahan maujud yang sedia ada juga akan digunakan dalam mencapai objektif 1
dan 2. Bahan-bahan seperti kotak kasut ( bentuk segi empat ), Bola, sfera dan juga ais krim
kon atau ( bentuk kon ) akan ditunjukkan kepada murid-murid disamping bentuk-bentuk 3
dimensi yang dilukiskan pada poster. Bahan-bahan ini juga boleh dipegang oleh murid-murid
serta membuat perbandingan antara satu sama lain dan juga perbandingan antara bentuk 3
dimensi. Ini akan memberikan pengalaman sebenar kepada murid-murid akan perbezaan
antara bentuk 3 dimensi.
Lembaran kerja dan juga soalan keterangan akan disediakan dan diedarkan kepada
murid-murid untuk dijawab bagi mencapai objektif 3,4 dan 5. Setiap orang murid akan
diberikan lembaran kerja mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan A akan menjawab
soalan keterangan bagi mengenal pasti bentuk-bentuk 3 dimensi. Kumpulan B pula akan
menjawab 15 soalan perbezaan antara 3 dimensi, manakala kumpulan C akan melabelkan
bahagian-bahagian yang terdapat pada bentuk 3 dimensi. Kesemua lembaran kerja ini mesti
dijawab dalam masa sebenar di dalam kelas bukannya sebagai kerja rumah.




2.5 Penglibatan Pelajar / Murid
Aktiviti pembelajaran menggunakan cd interaktif ini berlaku di dalam bilik kelas
sebenar murid-murid tahun 2 Bestari. Sebaik sahaja cd interaktif ini dipasang dan dipancar ke
skrin, murid-murid akan diberi peluang oleh guru untuk bertanyakan soalan berdasarkan apa
yang dilihat pada skrin. Murid juga akan disoal oleh guru tentang dan juga 3 dimensi serta
kaitkan dengan bentuk-bentuk bangunan yang biasa dilihat oleh mereka.
Di dalam makmal komputer, setiap 2 orang murid akan menggunakan sebuah
komputer yang akan digunakan untuk melayari laman sesawang mengikut arahan guru.
Menerusi laman sesawang ini, murid-murid akan didedahkan cara untuk memasukkan url
yang betul dan seterusnya melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Setelah bentuk-
bentuk 3 dimensi dapat dikenali, murid-murid akan mencetak bentuk-bentuk tersebut dan
cetakan itu akan ditampalkan ke dalam buku aktiviti mereka.

2.6 Nilai dan Semak
2.6.1 Menilai Pembelajaran
Murid-murid akan dinilai dengan menggunakan kaedah penyoalan dan juga edaran kertas
soalan. Kaedah penyoalan secara lisan akan dikemukakan dari masa ke masa semasa
penayangan cd interaktif menerusi projector LCD. Soalan latihan yang terdapat didalam
aplikasi cd interaktif juga akan disoal oleh guru dengan memilih murid secara rambang
mengikut kumpulan masing-masing.



Seterusnya guru akan mengedarkan kertas lembaran kerja kepada murid-murid mengikut
tahap pembahagian kumpulan, dimana :-
Kumpulan A akan mendapat lembaran kerja berbentuk keterangan mengenai bentuk-
bentuk 3 dimensi. Berdasarkan keterangan yang diberi, murid-murid diminta
mengenalpasti bentuk model 3 dimensi yang dipelajari.
Contohnya : Mempunyai satu permukaan rata dan satu permukaan melengkung.
Jawapan palajar ialah Kon.
Kumpulan B pula akan diberikan 15 soalan mudah yang berkisar tentang perbezaan
bentuk 3 dimensi. Murid-murid diminta mengenalpasti antara bentuk 2 dimensi
dengan 3 dimensi.
Seterusnya kumpulan C akan diminta melabelkan bahagian-bahagian tertentu yang
terdapat pada bentuk 3 dimensi.
Rancangan Penilaian
Sebelum Semasa Setelah
Murid tidak mengenal
definisi bentuk 2 dimensi
dan juga 3 dimensi
Murid mula tertarik dan
memahami apa yang
dimaksudkan dengan
bentuk 2 dimensi dan juga 3
dimensi.
Murid-murid telah
mengenal bentuk-bentuk
3D, dapat melabelkan
bahagian-bahagian 3D, dan
dapat menyatakan
perbezaan bentuk-bentuk
3D




2.6.2 Menilai Perancangan Guru
Penilaian terhadap kaedah pengajaran guru dalam menentukan sama ada objektif
tercapai atau pun tidak akan dilakukan menerusi beberapa aspek :-
Persembahan :
Adakah persembahan yang dibuat oleh guru itu memberi kesan yang mendalam
seterusnya menarik minat murid-murid tahun 2 Bestari dalam mengetahui bentuk-bentuk 3
dimensi.
Kaedah :
Pemilihan kaedah sama ada sesuai atau tidak akan ditentukan dengan cara melihat
respon murid-murid dalam aktiviti yang dijalankan. Sekiranya murid lebih banyak diam
semasa aktiviti berlangsung, ini menandakan kaedah yang digunakan adalah tidak sesuai.
Media dan bahan :
Penggunaan media ini akan dinilai keberkesanannya dengan cara melihat adakah
media ini dapat membantu murid mencapai objektif. Sekiranya semasa media digunakan dan
murid-murid kelihatan mula untuk mengambil bahagian dalam aktiviti , ini menunjukkan
penggunaan media pilihan ini adalah tepat dan begitulah juga sebaliknya.
Penglibatan murid :
Penglibatan murid ini akan dinilai dengan cara melihat adakah semua murid akan
berebut-rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan lisan yang dikemukan oleh guru.
Sekiranya selesai sahaja satu-satu soalan itu dikemukakan dan hampir kesemua 30 orang
murid mengangkat tangan untuk menjawab, ini bermakna murid faham dan berminat dengan
kaedah serta cara yang disampaikan oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai