Anda di halaman 1dari 5

PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, terima kasih saya ucapkan


kepada pengerusi, para hakim yang bijaksana, hadirin hadirat serta kawan-
kawan sekalian

Awal kalam pembuka bicara,
Selawat dan salam nabi tercinta,
Bertemu kita di pertandingan bercerita,
Kisah nabi Muhammad di Gua Hira

Tajuk cerita yang akan saya sampaikan buat anda sekalian iaitu kisah Nabi
Muhammad di Gua Hira

Sebelum kedatangan Islam, Penduduk kota Makkah hidup dalam
keadaan kacau bilau, pergaduhan dan perbalahan sering berlaku. Yang
kuat semakin hebat yang lemah semakin ditindas. Mereka menyembah
berhala, berjudi dan minum arak malah bunuh membunuh diantara satu
puak dengan puak yang lain. Oleh demikian Nabi Muhammad sering
mengasingkan diri digua Hira' yang terletak berhampiran kota Makkah.
NabiMuhammad bermunajat dan berzikir mengikut ajaran Nabi Ibrahim.
Pada saat Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun kesukaannya
mengasingkan diri semakin memuncak. Berbekal Roti rasulullah pergi ke Gua
Hira di Jabal Nur iaitu kira-kira 5 km dari kota mekah.

Siti Khadijah isteri kesayanganya sering menghantar makanan kepada
Rasulullah. Rasulullah yang berkhalwat di Gua Hira kusyuk beribadah dan
memikirkan keagungan alam untuk mendapatkan ketenangan dan
kedamaian. Begitulah betapa murninya nabi al-amin sebelum dilantik
menjadi rasul.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Ahzab.. Ayat 21



Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu
bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir
kepada Allah.

Di Malaysia kini pembuangan bayi semakin menjadi, sumbang
mahram hebat mencengkam, gejala sosial semakin melata lebih memilukan
hati haruan memakan anaknya. .negara kita seolah-olah telah kembali
seperti di zaman jahiliah dahulu kerana umat islam dewasa ini sudah jauh
terpesong dengan ajaran nabi dan al-quran..masyaallah Au
zubilallah himinn zalik.

Pada suatu hari, Malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad di
Gua Hira'. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika
itu Nabi Muhammad berusia 40 tahun. Malaikat Jibril datang memeluk Nabi
sambil berkata Bacalah. Jawab Nabi Aku tidak dapat membaca Lantas
Malaikat memeluk dan merangkul Nabi hingga sesak nafasnya. Kemudian
Jibrail melepaskannya dan berkata lagi Bacalah. Jawab Nabi Aku tidak
bisa membaca. Lantas Malaikat memeluk dan merangkulnya lagi sampai
ketiga kalinya sampai Nabi merasa sesak kemudian melepasknnya.

Lalu Jibril membacanya dan Nabi bersedia mengikutinya :



(Surat Al-Alaq ayat 1-5)

Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani

1. Bacalah ( wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu yang
menciptakan (Sekalian Makhluk)
2. Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
3. Bacalah dan tuhanmu yang maha pemurah.
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan
5. Dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Rasulullah mengulang bacaan ini dengan hati yang bergetar lalu baginda
segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lantas beliau berkata:

Selimutilahaku, selimutilah aku.
(Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah
menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau
kepada Khadijah:
Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi ke atas diriku ini? Lalu beliau
ceritakan segala yang telah beliau alami itu,akhirnya beliau berkata: Aku
ngeri atas diriku.

Lalu Khadijah berkata, Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai
Muhammad. Demi tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan
menghinamu, engkaulah selama ini menghubungkan silaturrahim,
menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu,
mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah yang sentiasa
bercakap benar.

Kata-kata lemah- lembut dari isteri kesayangannya inilah yang membuatkan
hati baginda tenang

Kemudian khadijah meminta izin untuk menemui sepupunya Waraqah
bin Naufal dan menceritakan kejadian yang dialami oleh Nabi. Waraqah
menjelas dan berkata `Mahasuci Allah. Mahasuci Allah. Demi Dzat yang
jiwa Waraqah ada di Tangan-Nya, jika apa yang engkau ceritakan benar,
wahai Khadijah, sungguh suamimu didatangi Jibril yang dulu pernah datang
kepada Musa. Sungguh suamimu adalah Nabi untuk umat ini. Katakan
padanya agar ia bersabar.'
Kemudian Khadijah pulang menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam
dan menceritakan perkataan Waraqah bin Naufal kepada beliau.
Sejak dari itulah nabi Muhammad mula berdakwah untuk menegakkan
Agama Allah selama 23 tahun Iaitu 10 tahun di Mekkah dan 13 Tahun di
Madinah..





Pengajaran daripada kisah ini.

1. Kita hendaklah sentiasa mempertahankan akidah dan keimanan kita
kepadaAllah S.W.T walaupun dilanda pelbagai masalah dan kesulitan.
2. Kita hendaklah saling menasihati antara satu sama lain tentang
perkara-perkara kebaikan dan menjauhi segala larangan.

3. Kita hendaklah menyakini bahawa Allah Maha Berkuasa dalam
melakukan setiap sesuatu, tiada perkara yang mustahil bagi-Nya.


NUN DI SANA INDAHNYA PELITA,
SAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBAR,
AKHIR KATA TAMATLAH CERITA,
AMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR.

Sekian sahaja,
Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh