Anda di halaman 1dari 10

KERANGKA RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN BERCERITA


DALAM P&P BAHASA MELAYU
Standard Kurikulum
Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan
bahasa badan secara kreatif semasa bercerita secara didik
hibur.
Standard Pembelajaran
Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi
yang jelas dan susunan idea yang tepat melalui
penceritaan secara didik hibur.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat:
Kumpulan Menguasai:
Menyampaikan cerita yang bertajuk Amin Budak
Pengakap dengan menggunakan sebutan yang betul
dan intonasi yang sesuai.
Kumpulan Tidak Menguasai:
Menyampaikan cerita tentang Amin Budak Pengakap
dengan bimbingan guru, dengan menggunakan
intonasi dan sebutan yang betul.
SET INDUKSI: (5 MINIT)
1. Murid mendengar dan menghayati lagu pengakap
sambil melihat paparan pada skrin.
2. Guru menyoal murid tentang pengalaman atau
pengetahuan mereka tentang pengakap.
3. Guru mengaitkan perbincangan dengan tajuk
pelajaran.
LANGKAH 1: (5MINIT)
1. Guru bercerita tentang kisah Amin Budak
Pengakap sambil membuat garisan.
2. Murid diminta mendengar cerita dengan teliti
sambil melihat lakaran yang dibuat oleh guru.
3. Guru berbincang dengan murid tentang kisah
Amin sebentar tadi.
LANGKAH 2: (25 MINIT)
Kumpulan Menguasai:
Secara berpasangan murid mengambil giliran untuk
bercerita sambil membuat garisan. Pasangan murid
tersebut mendengarnya dengan teliti sambil
membuat penilaian terhadap penyampaian
rakannya itu.
Kumpulan Tidak Menguasai:
Guru membimbing kumpulan untuk menyampaikan
cerita menggunakan perkataan dan ayat yang
betul, serta dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang sesuai
LANGKAH 3: (10 MINIT)
1. Guru memberikan penerangan tentang Kata Kerja
Transitif Aktif
Kumpulan Menguasai:
Dengan menggunakan STOK, murid membina ayat
dengan menggunakan Kata Kerja Transitif Aktif
berdasarkan cerita Amin Budak Pengakap. Murid
boleh memperbanyak contoh ayat menggunakan
Kata Kerja Transitif yang lain.
Kumpulan Tidak Menguasai:
Dengan menggunakan teknik STO, murid menulis
ayat menggunakan Kata Kerja Transitif Aktif.
PENUTUP: (5 MINIT)
1. Dengan bimbingan guru, murid membuat
rumusan tentang keseluruhan pelajaran pada hari
ini.
2. Murid menyanyikan lagu Pengakap Malaysia
secara beramai-ramai.
PRINSIP BERCERITA
Cerita berkaitan dengan tema dan pengalaman.
Mengandungi nilai, unsur kecindan dan menarik.
Cerita mengikut urutan- pendahuluan, puncak,
penutup.
Menggunakan perkataan, frasa atau ayat yang
sesuai.
Penekanan pada sebutan, intonasi yang betul dan
jelas.
Kelancaran, kelantangan dan kepelbagaian suara
mengikut situasi.
Penekanan mimik muka dan gerak laku.
TEKNIK BERCERITA
Teknik Bercerita Tanpa Alat
Tumpuan kepada gaya penyampaian cerita menggunakan intonasi
nada, sebutan dan mimik serta ekspresi yang sesuai dengan cerita
yang disampaikan.
Teknik Bercerita Dengan Alat
Bercerita menggunakan alat seperti topeng, pakaian, dan lain-lain
alat/bahan yang dapat menyokong gambaran cerita semasa
membuat persembahan.
Teater Bercerita
Penyampaian cerita melalui watak yang terdapat dalam cerita yang
telah dibaca, didengar atau dilihat dengan
menggunakan(menggantung di leher) gambar tunggal watak
tersebut semasa bercerita.
Teater Pembaca
Penyampaian cerita melalui pembacaan dialog bagi watak-watak
tertentu dalam sesebuah cerita. Aktiviti ini mengutamakan
penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.

Anda mungkin juga menyukai