Anda di halaman 1dari 2

Topik 3 Sifat Etika dalam Perniagaan Moden

3.1 Masalah Etika Sebagai - Suatu dilema kepada pengurus untuk mencapai
Masalah Pengurusan keseimbangan (balance) yang betul, sesuai dan saksama di antara prestasi ekonomi dengan
prestasi sosial.

3.2 Ciri/sifat Masalah Etika dalam Pengurusan

3.2.1 Akibat yang berpanjangan
Memberi impak ke atas pihak lain, sama ada di dalam mahupun di luar organisasi; atau di luar
kawalan pihak pengurus.

3.2.2 Alternatif yang pelbagai
Terdapat banyak alternatif dalam memilih penyelesaian yang beretika mana yang harus
dilakukan, mana yang tidak harus dilakukan.

3.2.3 Kesudahan yang berlawanan
- Setiap alternatif membawa kos dan faedah sosial yang berbeza-beza.

3.2.4 Akibat yang tidak pasti
Akibat setiap alternatif tidak jelas.

3.2.5 Implikasi peribadi
Alternatif-alternatif mempunyai kos serta faedah yang membri kesan peribadi kepada individu.

3.3 Contoh-Contoh -Perletakan harga suatu keputusan ekonomi yang boleh
Masalah Etika memberi kesan negatif/mudarat kepada pengguna.
Dalam Pengurusan
-Pengiklanan tahap kebenaran/memperdaya yang berbeza-beza, contohnya di antara iklan yang
seluruhnya benar, sebahagian sahaja yang benar atau seluruhnya tidak benar.

-Promosi produk tawaran promosi kadangkala mengakibatkan pihak lain terpaksa menanggung
kosnya.

-Keadaan tempat kerja ruang kerja yang lembab/tidak selesa, bising, kurang cahaya,
pengalihan udara tidak memadai, asap dan debu, tidak selamat dsb.

-Khidmat pelanggan kualiti produk yang menurun, rosak atau cacat.

-Pemberhentian pekerja untuk mengurangkan saiz operasi.

-Pencemaran alam sekitar pembuangan toksik yang tidak selamat, pencemaran dan pemupusan
air/udara/kawasan.

-Perhubungan komuniti firma gunakan kuasa ekonomi (contohnya memindahkan operasi)
sebagai tekanan untuk mendapatkan kelonggaran/keistimewaan.

-Perhubungan pembekal guna kuasa ekonomi terhadap para pembekal kcil dalam komuniti
mereka.

3.4 Analisis Masalah Untuk mencapai keseimbangan di antara prestasi ekonomi
Etika dalam dan prestasi sosial:
Pengurusan
-Analisis ekonomi sama ada sesuatu keputusan/tindakan dapat menggunakan sumber yang
terhad dengan paling efisien serta efektif.

-Analisis Perundangan sama ada sesuatu keputusan/ tindakan telah melanggar mana-mana
undang-undang. Masyarakat akan mewujudkan undang-undang dan peraturan untuk dipatuhi dan
dilayani secara adil. Jika tidak, undang-undang baru akan digubal bagi menangani keadaan.

-Analisis etika sama ada sesuatu keputusan/tindakan diambil secara rasional berdasarkan
prinsip konsistensi serta prinsip kebajikan supaya ahli masyarakat dapat di layani dengan cara
yang paling adil.

3.5 Etika dalam Islam -Suatu mesej universal (pendekatan holistik) dalam mencapai kesepaduan dengan:
Tuhan
Sesama manusia
Agama

-Syariah berasaskan Al-Quran; suatu sistem perundangan yang komprehensif yang mengatur
kesemua aspek kemasyarakatan; peraturan-peraturan yang ditafsirkan berdasarkan fahaman
beberapa mazhab.

-Perdagangan dan perniagaan telah menyebarkan Islam melalui orang-orang muslim Arab yang
mahir dalam mengemudi pelayaran, membina kapal, astronomi dan alat-alat pengukuran
saintifik. Amalan etika perniagaan dalam aktiviti perdagangan mereka turut tersebar.

-Ajaran-ajaran amalan ekonomi (Syariah dan Hadith):
Bercirikan perusahaan bebas, pendekatan ekonomi pasaran sektor swasta

Hak memiliki harta persendirian
Keuntungan dibenarkan, tetapi tidak mengatasi tanggungjawab persaudaraan,
perpaduan dan amal jariah
Hukum halal dan haram, contohnya faedah tetap

-Kewajipan kepada Tuhan, dalam:
Berbelanja/bersedekah demi cinta terhadap Tuhan
Menunaikan syarat kontrak dengan sempurna
Kebenaran dan kejujuran