Anda di halaman 1dari 18

BAB 4

HASIL KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini menjelaskan profil responden kajian ini yang terdiri daripada 5 orang murid
dari Kelas 3 Bijak. Seterusnya, bab ini akan membentangkan hasil analisis data dan
dapatan kajian

4.2 PROFIL RESPONDEN

Bahagian soal selidik profil responden ini melibatkan perkara-perkara berikut:
a. Jantina
b. Maklumat pencapaian gred Bahasa Melayu responden dalam Peperiksaan
Penggal Pertama 2014
c. Pengetahuan Bahasa Melayu ibu bapa responden
d. Taraf pendidikan ibu bapa responden
e. Pekerjaan ibu bapa responden
f. Maklumat perbincangan responden tentang pelajaran Bahasa Melayu dengan
ibu bapa
g. Maklumat sokongan moral dan motivasi dari ibu bapa responden

Kajian ini melibatkan 5 orang murid dari Kelas 3 Bijak di SK Yong Peng.
Kesemua murid ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kesemua mereka
berumur 9 tahun.

Jadual 4.1 : Taburan Subjek Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 3 60
Perempuan 2 40
JUMLAH 5 100


Berdasarkan soal selidik yang dijalankan serta maklumat yang dikumpul
melalui Sistem Analisa Peperiksaan akhir Tahun 2013, kelima-lima subjek terdiri
dari murid yang mempunyai gred pencapaian Bahasa Melayu yang pelbagai.
Seorang subjek lelaki yang mewakili 20% dan seorang subjek perempuan yang juga
mewakili 20% merupakan murid yang berpencapaian gred A dalan Bahasa Melayu.
Manakala tiga lagi subjek iaitu yang setiap seorang mewakili 20%, masing-masing
mempunyai pencapaian gred B, C dan D dalam Bahasa Melayu.




Jadual 4.2 : Taburan Gred Pencapaian Bahasa Melayu

Bilangan Subjek Jantina Gred Pencapaian Bahasa
Melayu
A B C D E


5 orang
3 lelaki
60%
1 1 1 - -
20% 20% 20%
2 perempuan
40%
1 - - 1 -
20% 20%


Rajah 4.1 : Gred Pencapaian Bahasa Melayu


Gred A
40%
Gred B
20%
Gred C
20%
Gred D
20%
GRED PENCAPAIAN BAHASA MELAYU
Oleh itu, Rajah 4.1 diatas menunjukkan bahawa 40 % subjek mendapat gred
A, 20% gred B, 20% gred C dan 20% gred D.

Jadual 4.3 : Taburan Tahap Pengetahuan Bahasa Melayu Bapa

Tahap Pengetahuan
Bahasa Melayu
Bapa Peratus (%)
Amat baik 4 80
Baik - -
Sederhana 1 20
Lemah - -
Amat Lemah - -
JUMLAH 5 100


Dapatan seterusnya mendapati 80% atau 4 orang bapa subjek mempunyai
latar belakang pengetahuan Bahasa Melayu yang amat baik dan 20% atau seorang
pula berpengetahuan Bahasa Melayu yang sederhana. Sementara itu, bagi kaum ibu
pula, kesemua lima orang atau 100% mempunyai latar belakang Bahasa Melayu
yang amat baik.


Jadual 4.4 : Taburan Tahap Pengetahuan Bahasa Melayu Ibu

Tahap Pengetahuan
Bahasa Melayu
Ibu Peratus (%)
Amat baik 5 100
Baik - -
Sederhana - -
Lemah - -
Amat Lemah - -
JUMLAH 5 100


Rajah 4.2 : Perbandingan Pengetahuan Bahasa Melayu Ibu dan Bapa


0
1
2
3
4
5
Amat Baik Baik Sederhana Lemah Amat
Lemah
4
1
5
Bapa Ibu
Berdasarkan Rajah 4.2 di atas, ia menunjukkan bahawa pengetahuan
Bahasa Melayu bagi kaum ibu para subjek adalah lebih baik berbanding kaum bapa.

Jadual 4.5 : Taburan Taraf Pendidikan Bapa

Tahap Pendidikan Bapa Kekerapan Peratus (%)
SPM 5 100
STPM - -
Diploma - -
Ijazah - -
Sarjana - -
Jumlah 5 100


Bagi taraf pendidikan bapa bagi subjek, kesemua lima orang mereka iaitu
100% mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Pelajaran Malaysia seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual4.5. Manakala pendidikan ibu bagi subjek pula, seorang
daripada mereka mempunyai pendidikan yang lebih baik iaitu Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia yang mewakili 20% berbanding empat orang lagi atau 80% yang
berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.


Jadual 4.6 : Taburan Taraf Pendidikan Ibu

Tahap Pendidikan Ibu Kekerapan Peratus (%)
SPM 4 80
STPM 1 20
Diploma - -
Ijazah - -
Sarjana - -
Jumlah 5 100


Dari soal selidik yang telah dijalankan, didapati sebahagian besar pekerjaan
bapa bagi subjek adalah dalam kategori lain-lain atau lebih tepat bekerja sendiri iaitu
mewakili 60% atau dengan nilai kekerapan 3 orang, dan diikuti 20% masing-masing
seorang sebagai kakitangan kerajaan dan seorang kakitangan swasta.

Bagi pekerjaan ibu pula, didapati peratusan pekerjaan ibu subjek sebagai suri
rumah ialah 60% atau dengan nilai kekerapan 3 orang. Seterusnya diikuti dengan
seorang sebagai kakitangan kerajaan atau 20% dan seorang lagi, juga 20% sebagai
pembantu kedai.



Jadual 4.7 : Taburan Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Bapa Kekerapan Peratus (%)
Kakitangan Kerajaan 1 20
Kakitangan Swasta 1 20
Tiada Pekerjaan - -
Lain-lain 3 60
Jumlah 5 100


Jadual 4.8 : Taburan Pekerjaan Ibu

Pekerjaan Ibu Kekerapan Peratus (%)
Kakitangan Kerajaan 1 20
Kakitangan Swasta - -
Tiada Pekerjaan 3 60
Lain-lain 1 20
Jumlah 5 100



Rajah 4.3 di atas merumuskan bahawa majoriti kaum ibu adalah surirumah
sementara kaum bapa pula bekerja sendiri bagi menyara keluarga.

4.3 DAPATAN KAJIAN

Bab ini akan membincangkan dapatan kepada persoalan kajian berdasarkan
instrumen kajian yang telah digunakan iaitu temu bual, ujian pra, ujian pos dan
pemerhatian. Analisis akan dibentangkan dalam tiga bahagian iaitu analisa ujian pra,
ujian pos, huraian temu bual responden dan pemerhatian.

Bahagian pertama ialah analisa ujian pra dan ujian pos yang merangkumi
perkara-perkara berikut:
a. Perbandingan pencapaian keseluruhan bagi ujian pra dan ujian pos

Bapa
Ibu 0
1
2
3
Kerajaan
Swasta
Tiada Kerja
Lain-lain
B
I
L
A
N
G
A
N
Kerajaan Swasta Tiada Kerja Lain-lain
Bapa 1 1 3
Ibu 1 3 1
Rajah 4.3 : Analisa Pekerjaan Ibu dan Bapa
Bahagian kedua pula ialah huraian temu bual terhadap subjek yang akan disampaikan
dalam bentuk deskriptif. Manakala bahagian ketiga ialah hasil pemerhatian terhadap
responden oleh pengkaji sendiri.

4.3.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Objektif kajian yang pertama ialah untuk menambahbaik kemahiran
menulis huruf besar pada kata nama khas. Satu ujian pra diadakan
setelah pengkaji menjalankan PdP secara tradisional selama tiga
minggu. Ujian pra ini terdiri dari tiga bahagian iaitu Latihan 1, Latihan
2 dan Latihan 3. Latihan 1 mengandungi lima soalan di mana subjek
kajian perlu menandakan pangkal kata nama khas secara membulatkan
huruf tersebut di dalam ayat yang diberikan. Seterusnya Latihan 2 pula
terdiri dari sepuluh soalan. Latihan ini mengkehendaki para subjek
menandakan mana-mana kata nama khas yang terdapat di dalam ayat-
ayat yang disediakan. Bagi latihan terakhir iaitu Latihan 3, para subjek
hanya perlu menjawab empat latihan yang disediakan. Subjek
dikehendaki menandakan kata nama khas yang terdapat di dalam ayat,
kemudian menyalin semula ayat tersebut dengan betul.






Jadual 4.9 : Markah Ujian Pra

Subjek Jawapan Betul Jawapan Salah Markah (%)
S1 9 10 47.4
S2 8 11 42.1
S3 6 13 31.6
S4 5 14 26.3
S5 6 13 31.6


Setelah selesai ujian pra dijalankan, pengkaji mengumpulkan
kesemua latihan yang telah dijawab. Selepas penandaan, subjek pertama
telah mendapat markah 47.4% iaitu 9 jawapan betul daripada 19 latihan.
Subjek kedua mendapat markah 42.1% atau 8 jawapan betul. Seterusnya
subjek ketiga mendapat markah yang sama dengan subjek kelima iaitu
31.6% atau 6 jawapan betul manakala subjek keempat pula mendapat
markah terendah iaitu 26.3% dengan 5 jawapan betul sahaja.

Melalui markah yang mereka peroleh, dua subjek mendapat gred
C manakala tiga subjek lagi mendapat gred D.

Seterusnya pengkaji menjalankan PdP selama empat minggu lagi
berdasarkan objektif:
i. menambahbaik kemahiran menulis huruf besar pada kata nama khas.
ii. mengukuhkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar
dengan menggunakan Teknik Bulatan.
Sepanjang pembelajaran ini, para subjek diberi penekanan terhadap
penggunaan Teknik Bulatan sebagai inovasi terhadap pencapaian
kemahiran menulis huruf besar pada kata nama khas.

Selepas itu, satu ujian pos dijalankan ke atas murid-murid
tersebut. Berikut adalah jadual yang menunjukkan data bagi ujian pos
yang telah dijalankan.

Jadual 4.10 : Markah Ujian Pos

Subjek Jawapan Betul Jawapan Salah Markah (%)
S1 18 1 94.7
S2 17 2 89.5
S3 18 5 94.7
S4 13 6 68.4
S5 17 5 89.5





Rajah 4.4 : Analisis Perbezaan Peratus Markah Ujian Pra dan Ujian Pos



Rajah 4.4 menunjukkan perbezaan markah yang diperoleh
subjek melalui ujian pra dan ujian pos. Perbezaan pencapaian yang
sangat positif oleh setiap subjek menunjukkan keberkesanan Teknik
Bulatan yang diaplikasikan dalam tempoh PdP bagi menambahbaik
kemahiran menulis huruf besar pada kata nama khas dan mengukuhkan
daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar pada pangkal kata
nama khas.

4.3.2 Analisis Temu Bual

Seterusnya akan dibincangkan dapatan hasil temu bual yang dilakukan
terhadap subjek-subjek kajian. Di dalam temu bual tersebut, pengkaji
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100
S1
S2
S3
S4
R5
47.4
42.1
31.6
26.3
31.6
94.7
89.5
94.7
68.4
89.5
Pra Pos
telah mengemukakan tiga soalan kepada subjek. Soalan-soalan tersebut
ialah :
1. Apakah pandangan anda terhadap teknik bulatan yang cikgu
gunakan semasa mengajar dalam penulisan ayat dengan
menggunakan huruf besar?

2. Adakah kamu rasa cara ini dapat membantu kamu menulis ayat
dengan menggunakan huruf besar dengan betul?

3. Apakah cadangan kamu untuk membantu cikgu memperbaiki
teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa pengajaran tadi?

Semasa temu bual soalan yang pertama, kesemua subjek
mengatakan bahawa penggunaan Teknik Bulatan bagi mengesan kata
nama khas amat berkesan serta dapat mengurangkan kesilapan dan
kesalahan semasa menulis perkataan kata nama khas. Mereka juga
berpendapat Teknik Bulatan dapat memudahkan mereka menulis kata
nama khas.

Bagi soalan kedua, kesemua mereka menyatakan bahawa
Teknik Bulatan memang sangat membantu penulisan perkataan atau
ayat yang mengandungi kata nama khas dengan huruf besar yang
betul. Menurut salah seorang subjek, Teknik Bulatan merupakan satu
reminder agar dapat menulis kata nama khas dengan betul. Mereka
juga merasa semakin seronok membuat latihan kata nama khas
menggunakan Teknik Bulatan.

Bagi soalan ketiga, agak sukar mereka memberikan idea atau
pandangan. Tambahan pula mereka bukanlah murid-murid terbaik di
dalam kelas. Namun begitu, seorang subjek telah mencadangkan
huruf-huruf yang ditandakan tersebut menggunakan pensel warna
supaya jelas kelihatan berbanding perkataan yang lain.

4.3.3 Analisis Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan
untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga
merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat selain
soal selidik dan temu bual. Jenis pemerhatian yang dibuat ialah
pemerhatian bukan peserta. Tempat pemerhatian ialah Bilik ICT
yang mempunyai kemudahan dan keperluan kepada pengkaji untuk
memaksimumkan pemerhatiannya. Pengkaji telah menggunakan
alatan seperti gambar dan video.

Pemerhatian peringkat pertama dilakukan sebelum ujian pra
dijalankan kepada subjek kajian. Pengkaji mendapati bahawa semua
subjek telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang kata nama
khas. Namun pengetahuan sedia ada mereka berbeza antara satu sama
lain. Dua daripada lima orang subjek didapati benar-benar faham
akan konsep kata nama khas dan kategorinya. Dua lagi subjek
memahami bahawa kata nama khas ialah setiap perkataan yang
bermula dengan huruf besar. Manakala seorang lagi subjek masih
agak lemah dan keliru antara kata nama khas dan kata nama am.
Secara amnya, mereka hanya mengecam kata nama khas melalui
huruf besar yang digunakan pada kata nama khas. Perkara ini terbukti
apabila pengkaji membuat analisa terhadap Ujian Pra yang dijalankan.

Selepas Ujian pra dijalankan, pemerhatian peringkat kedua
pula dilakukan. Pada peringkat ini pengkaji mula menggunakan
Teknik Bulatan bagi mengesan kata nama khas yang terdapat di dalam
ayat atau petikan. Pada peringkat awal, murid-murid agak kurang
jelas tentang penggunaan teknik tersebut. Pengkaji menganggap
bahawa ini adalah fenomena biasa bagi sesuatu perkara baru yang
diajar. Setelah beberapa sesi PdP, perubahan ketara mula kelihatan.
Semua subjek secara automatic akan menggunakan Teknik Bulatan
bagi setiap latihan yang diberi tanpa menunggu arahan guru.
Beberapa subjek didapati sangat berkeyakinan menggunakan teknik
ini. Mereka juga dilihat membantu rakan yang sedikit lemah untuk
menyiapkan latihan yang diberi. Bagi dua orang subjek yang agak
lemah, kelihatan bertanya kepada rakan untuk memastikan latihan
mereka adalah betul. Tiga daripada lima subjek juga kelihatan
gembira semasa membuat latihan-latihan. Mereka menyatakan
bahawa teknik ini memudahkan mereka menyiapkan latihan-latihan
yang diberi.
Pemerhatian peringkat ketiga pula dijalankan selepas Ujian
Pos. Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang amat
memberangsangkan daripada kesemua subjek yang terlibat. Ianya
dibuktikan dari markah yang diperoleh melalui Ujian Pos.

Jadual 4.11 : Peratus Peningkatan Ujian

Subjek
Markah Ujian
Pra (%)
Markah Ujian
Pos (%)
Peningkatan
(%)
S1 47.4 94.7 47.3
S2 42.1 89.5 47.4
S3 31.6 94.7 63.1
S4 26.3 68.4 42.1
S5 31.6 89.5 57.9

Jadual 4.11 menunjukkan markah-markah yang diperoleh di
dalam Ujian Pra dan Ujian Pos. Subjek 1 memperoleh markah 94.7%
berbanding 47.4% dengan peningkatan sebanyak 47.3%. Subjek 2
pula memperoleh markah 89.5% berbanding 42.1% dengan
peningkatan sebanyak 47.4%. Seterusnya, subjek 3 memperoleh
markah 94.7% berbanding 31.6% dengan peningkatan sebanyak
63.1%. Subjek 4 memperoleh markah 68.4% berbanding 26.3%
dengan peningkatan sebanyak 42.1%. Akhir sekali, Subjek 5
memperoleh markah 89.5% berbanding 31.6% dengan peningkatan
sebanyak 57.9%. Subjek 1 memperoleh markah 94.7% berbanding
47.4% dengan peningkatan sebanyak 47.3%.

Terdapat dua subjek iaitu Subjek 1 dan 2 yang meningkat dari
gred C kepada gred A. Dua lagi subjek iaitu Subjek 3 dan 5 pula
meningkat dari gred D kepada gred A. Manakala Subjek 4 meningkat
dari gred D kepada gred B.

4.4 Rumusan

Pada bahagian ini, pengkaji melaporkan dapatan kajian yang mengkaji hubungan
Teknik Bulatan dengan penambahbaikan kemahiran menulis huruf besar pada kata
nama khas terhadap Murid Tahun 3 Bijak. Turut dilaporkan ialah perubahan
pencapaian yang diuji melalui Ujian Pra dan Ujian Pos serta penguasaan kemahiran
dalam kalangan murid setelah mengaplikasikan Teknik Bulatan yang dikesan melalui
pemerhatian dan latihan-latihan yang diberikan.