Anda di halaman 1dari 10

1/10

SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG 2012


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
(LELAKI & WANITA)


1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,
pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan terbaru
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi
pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa
Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam
peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-

1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan
kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XV, PAHANG
2012.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas
kepada Peraturan Persekutuan Bola Tampar
Antarabangasa (FIVB).

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan Bola Tampar SUKAN MALAYSIA XV, Pahang
2012 adalah muktamad.


2.0 TARIKH PERTANDINGAN

5 13 Julai 2012

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Dewan Sekolah Rendah (J) Kebangsaan Chung Ching, Kuantan

Dewan Sekolah Menengah Tanah Putih, Kuantan








DIKEMASKINI : 260412
2/10
4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan
Negara Brunei Darussalam. Penyertaan hendaklah dibuat
melalui Majlis Sukan masing-masing.

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu pasukan
sahaja yang terdiri daripada :


Lelaki Wanita
Pengurus Pasukan 1 orang -
Jurulatih Pasukan 1 orang 1 orang
Peserta 12 orang 12 orang
JUMLAH 14 orang 13 orang


5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya peserta yang lahir pada tahun 1991 dan selepasnya
sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan
Kad Pengenalan dan tiga (3) keping gambar berukuran
Pasport Antarabangsa bagi setiap peserta bersama dengan
Borang Pendaftaran Peserta. Bagi peserta PDRM kesahihan
tarikh lahir hendaklah disahkan oleh Pengerusi/Setiausaha
Majlis Sukan PDRM. Semua peserta yang menggunakan
dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah
dibenarkan.

5.3 Hanya peserta yang didaftarkan dengan Yuran Pendaftaran
RM 100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja
yang layak menyertai pertandingan ini.

5.4 Peserta-peserta gantian mesti dikemukakan tidak lewat
daripada 1 Jun 2012 dengan disertakan yuran pendaftaran
RM 100.00 seorang. (Sila rujuk kepada Peraturan Am Perkara
4.9)

5.5 Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9, peserta yang
berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana
kontinjen/negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis
daripada Majlis Sukan berkenaan.


5.6 Atlet-atlet yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian
tinggi yang mendapat dermasiswa/biasiswa daripada
3/10
Kerajaan Negeri hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang
menaja mereka.

5.7 Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada
Peraturan Am Perkara 4.6, Sukan Malaysia XV, Pahang 2012.

5.8 Taraf pemastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan
Am Perkara 21.11.

5.9 Setiap pemain hanya boleh didaftarkan untuk satu (1)
discipline sahaja. Jika pemain didaftarkan untuk Bola
Tampar Indoor maka pemain tersebut tidak boleh
didaftarkan untuk Bola Tampar Pantai dan sebaliknya.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN.

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari
sebelum pertandingan bermula. Semua pengurus dan jurulatih
pasukan diwajibkan untuk hadir.

6.2 Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan
senarai nama peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau
Pasport Antarabangsa, dokumen pendaftaran, KPPK 1/9 atau
KPPK 1/11 yang asal untuk disahkan. Tambahan kepada
bilangan peserta yang telah didaftarkan tidak dibenarkan.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus
Pasukan adalah muktamad.


7.0 INKUIRI PASUKAN

7.1 Semasa ketibaan di kampung sukan , pengurus dan jurulatih
setiap pasukan mesti melaporkan diri di sekretariat untuk
menjalani inkuiri pasukan.

7.2 Dokumen berikut hendaklah dikemukakan untuk semakan
oleh jawatankuasa kawalan :-

(a) Borang pendaftaran 0-2Bis (Senarai 12 pemain
terakhir). 12 orang pemain mestilah terdiri daripada 18
pemain yang telah disenaraikan dalam borang 0-2
yang dihantar terlebih dahulu.

(b) Kad pengenalan pemain, atau passport, dokumen
pendaftaran JPN 1/9 atau JPN 1/11 yang asal.
(c) Minima 2 Set jersi dan seluar Ketua Pasukan untuk
menentukan warna dan nombor.
4/10

(d) Minima 2 Set jersi dan seluar Libero.

8.0 SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Jika penyertaannya terdiri daripada 8-12 pasukan, maka
sistem pertandingan adalah seperti berikut :-

8.1.1 Pusingan Awal

8.1.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga
satu pusingan dan dalam 2 kumpulan A dan
kumpulan B.

8.1.1.2 Keempat-empat pasukan yang berjaya ke
peringkat separuh akhir Sukan Malaysia XIII,
MELAKA 2010 akan menjadi pasukan pilihan
atau seeded. Pasukan Johan dan pasukan
tempat keempat akan dimasukkan ke dalam
kumpulan A. Pasukan Naib Johan dan
pasukan tempat Ketiga pula akan
dimasukkan ke dalam kumpulan B. Pasukan-
pasukan yang lain akan diundi bagi
menentukan kumpulan masing-masing.

8.1.2 Pusingan Suku Akhir dan Klasifikasi

8.1.2.1 Suku Akhir : 4 pasukan terbaik baik setiap
kumpulan akan bermain dalam pusingan
eliminasi seperti berikut :-

1A - 4B
2B - 3A
1B - 4A
2A - 3B

8.1.2.2 Klasifikasi (9-12) pasukan ke-5 dan ke-6 akan
bermain dalam pusingan eliminasi seperti
berikut :-

5A - 6B
5B - 6A





5/10
8.1.3 Pusingan Separuh Akhir dan Klasifikasi untuk 9-12

8.1.3.1 Separuh Akhir

M (1A-4B) - M (2B-3A)
M (1B-4A) - M (2A-3B)

8.1.3.2 Klasifikasi (5-8)

K (1A-4B) - K (2B-3A)
K (1B-4A) - K (2A-3B)

8.1.3.3 Klasifikasi (9-12)

Kedudukan 11-12 K (5A-6B) - K (5B-6A)
Kedudukan 9-10 M (5A-6B) - M (5B-6A)

8.1.4 Pusingan Akhir

8.1.4.1 Bagi kedudukan 1-2

Menang (Separuh Akhir 1) mln
Menang Separuh Akhir 2)

8.1.4.2 Bagi kedudukan 3-4

Kalah (Separuh Akhir 1)mln
Kalah (Separuh Akhir 2)

Sistem yang sama akan diaplikasikan
bagi kedudukan 5-8 dan 9-12.

8.1.4.3 Kedudukan 5-6

Menang klasifikasi 1 -
Menang klasifikasi 2

8.1.4.4 Kedudukan 7-8

Kalah klasifikasi 1 -
Kalah kasifikasi 2

8.2 Di mana terdapat bilangan pasukan antara 13 dan 16. Sistem
pertandingan terdiri daripada 4 pusingan dengan maksimum 52
perlawanan jumlahnya.

Pusingan awal - 24 perlawanan
6/10
Pusingan kedua - 6 perlawanan
Pusingan klasifikasi - 10 perlawanan
Pusingan akhir - 12 perlawanan

8.2.1 Pusingan Awal

Empat kumpulan (A,B,C,D) akan terdiri daripada maksimum 4
pasukan setiap satu. Pasukan-pasukan akan bertanding
secara liga dalam kumpulan. Pasukan yang Ranking ke 4
dalam setiap kumpulan akan dieliminasikan dan
meninggalkan kejohanan.

8.2.2 Pusingan Seeding dan Eliminasi

Johan setiap kumpulan (1A, 1B, 1C, 1D) akan diundi untuk
bermain 2 perlawanan Seeding. 2 pemenang dan 2
pasukan yang kalah akan ditentukan. Kumpulan Eliminasi
akan terdiri daripada 8 pasukan, iaitu 4 pasukan naib johan
dan 4 pasukan ke 3 dalam kumpulan.

Pembahagian pasukan dalam kumpulan Eliminasi akan
mengambil pertimbangan prinsip-prinsip berikut :-

a) Perlawanan antara 2 pasukan dalam pusingan akan
dielakkan.

b) 4 pasukan 2A, 2B, 2C dan 2D akan diundi ke dalam
kedudukan 1,4,5 dan 8.

c) 4 pasukan 3A, 3B, 3C dan 3D akan diundi dengan
undian berpandu ke dalam kedudukan 2,3,6 dan 7
mengikut prinsip yang disebutkan di atas.

4 pasukan yang menang dalam kumpulan Eliminasi akan
bersama 4 pasukan kumpulan Seeding (menang dan kalah)
untuk bermain dalam pusingan akhir. 4 pasukan yang kalah
dalam kumpulan Eliminasi akan meninggalkan kejohanan.

8.2.3 Pusingan Akhir dan Perlawanan Klasifikasi

4 pasukan kumpulan Seeding dan 4 pasukan yang menang
dalam kumpulan Eliminasi akan bermain dalam pusingan
akhir mengikut sistem kalah-mati untuk menentukan ranking 1-
8.

Kedudukan permulaan 8 pasukan untuk pusingan akhir akan
ditentukan dengan prinsip-prinsip berikut :-
7/10

a) 2 pemenang kumpulan Seeding akan diundikan ke
dalam kedudukan 1 dan 8.

b) 2 pasukan kalah kumpulan Seeding akan diletakkan
ke dalam kedudukan 4 dan 5 supaya mereka tidak
akan mengulang perlawanan mereka telah bermain.

c) 4 pasukan daripada kumpulan Eliminasi akan diundikan
ke dalam kedudukan 2, 3, 6 dan 7 dengan undian
berpandu supaya mengelakkan pengulangan
perlawanan.

9.0 SISTEM PENGIRAAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN

9.1 Berikut adalah sistem pemberian mata :

MENANG KALAH LUCUT TEKNIKAL
2 mata 1 mata 0 mata

9.2 Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat
dua (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang
sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat
mengikut sistem kiraan berpandu kepada Peraturan
Pertandingan Persatuan Bola Tampar Malaysia.

10.0 PAKAIAN SERAGAM

10.1 Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu
jersi dan seluar pendek.

10.2 Jersi mestilah bernombor yang berukuran sekurang-kurangnya
15cm tinggi didepan pada paras dada dan 20cm ti nggi
belakang. Lebar jalur pada nombor adalah 2cm. Kapten
pasukan mesti ada jalur berukuran 8cm panjang dan 2cm
lebar yang menggariskan nombor didepan. Jalur itu mesti
dijahitkan atau dicetakkan. Menggunakan "tape" adalah
terlarang.

10.3 Nombor jersi hendaklah dari nombor 1 hingga nombor 18.

10.4 Pemain yang tidak memakai pakaian seragam tidak
dibenarkan bermain.

10.5 Setiap pasukan mesti mempunyai dua set jersi yang berlainan
warna.

8/10
10.6 Pemain mesti memakai jersi (seperti dalam borang 0-2Bis)
yang sama pada semua perlawanan.

10.7 Pegawai-pegawai yang dibenarkan duduk dibangku
simpanan semasa perlawanan perlu memakai pakaian
seragam, kemas dan berkasut.

11.0 PEMBATALAN (WALK-OVER)

11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh
(30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

11.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit masa yang telah
dijadualkan itu tanpa memberi alasan yang munasabah
adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding
kepada pihak lawannya itu.

12.0 PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL PERTANDINGAN

12.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal,
Delegat-delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal
setelah berbincang dengan MAVA tertakluk kepada
Peraturan Am Perkara 14.2 (i).

12.2 Ketua Delegat Teknikal hendaklah mengemukakan laporan
bersama-sama dengan laporan pengadil atau hakim
mengenai peserta atau pegawai pasukan yang telah
digantung daripada menyertai satu atau kesemua
pertandingan bagi sukan berkenaan semasa SUKAN
MALAYSIA dijalankan kepada Persatuan Bola Tampar
Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

12.3 Pertandingan akan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa
Kawalan ( Control Committee ).

12.4 Jawatankuasa Kawalan terdiri daripada lapan (8) anggota,
seorang pengerusi dan dibantu oleh seorang Penyelia
Teknikal dan seorang Penyelia Pengadilan serta lima (5)
anggota juri.

12.5 Pada setiap perlawanan dua (2) ahli juri terdiri dari
Jawatankuasa Kawalan akan ditugaskan untuk mengawal
perlawanan.

12.6 Kejohanan ini akan menggunakan system Volleyball
Information System atau VIS.

9/10
13.0 MENARIK DIRI

13.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang
perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan adalah
dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan
tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

13.2 Tindakan disiplin akan diambil terhadap pasukan berkenaan
oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia.

14.0 BANTAHAN/TATATERTIB

14.1 Jika satu pasukan ingin membuat bantahan semasa
permainan, Kapten permainan hendaklah memberitahu referi
pertama bahawa pasukannya INGIN MEMBANTAH dan ini
akan direkodkan pada Borang Skor. Selepas tamat, Jika
pasukan masih mahu bantah, Kapten pasukan hendaklah
menulis 'Ingin bantah' dan menandatangani bantahan itu
dalam Borang Skor.

14.2 Surat bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh
pengurus pasukan dalam masa 30 minit selepas tamat
perlawanan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00
tunai. Bantahan itu hendaklah dihantar kepada Pengarah
pertandingan atau juri yang bertugas untuk perlawanan
tersebut.

14.3 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengarah
Pertandingan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas
pertandingan itu tamat.

14.4 Pada akhir sesuatu perlawanan, sekiranya mana-mana
pasukan ingin membuat bantahan, bantahan itu hendaklah
dikemukakan secara lisan kepada pengadil semasa
menandatangani buku rekod, ketua permainan mestilah
menulis perkataan Ingin Bantah di bawah tandatangannya
agar bantahan itu akan lebih berkesan.

15.0 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB

15.1 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib terdiri daripada
sembilan (9) orang anggota iaitu :-

(a) Pengerusi Jawatankuasa Kawalan MAVA.

(b) Pengarah Pertandingan.

10/10
(c) 3 orang ahli Jawatankuasa Kawalan MAVA.

(e) 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam
bantahan itu.

15.2 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib akan bersidang dalam
masa dua (2) jam setelah menerima laporan dari Pengadil
atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu
keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil.

15.3 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapat
sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang
berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu untuk
membuat sesuatu keputusan.

15.4 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Bantahan/Tatatertib Bola Tampar Sukan Malaysia XV, Pahang
2012 adalah muktamad.

16.0 HADIAH-HADIAH

16.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut:-

EMAS PERAK GANGSA
Pasukan Lelaki 1(12) 1(12) 1(12)
Pasukan Wanita 1(12) 1(12) 1(12)
JUMLAH 2(24) 2(24) 2(24)

16.2 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah
tertakluk kepada Peraturan Tetap Perkara 16.3.


Disediakan Oleh:

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Sukan Malaysia XV, Pahang 2012
Fol der Sukan Mal aysia XV, Pahang 2012
Bola Tampar

Anda mungkin juga menyukai