Anda di halaman 1dari 20

1

KERTAS KERJA CADANGAN


MEMPERLUASKAN
PERLAKSANAAN PENDIDIKAN
INKLUSIF DI SEKOLAH

NAMA :
I/C :
SEMESTER :
KOD DAN MATA PELAJARAN :
TARIKH SERAHAN :


2


ISI KANDUNGAN
I. PENGENALAN 3
II. MATLAMAT 4
III. SENARIO TERKINI BERKAITAN PENDIDIKAN 5
BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS DI NEGARA INI
YANG DILAKSANAKAN OLEH ORGANISASI KERAJAAN
DAN BUKAN KERAJAAN
IV. POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM) 7
YANG MENYOKONG PERLAKSANAAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH ARUS PERDANA
DENGAN BERPANDUKAN KEPADA PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
V. MAKLUMAT TERPERINCI MURID BERKEPERLUAN 11
KHAS YANG PERLU MENGIKUTI PROGRAM INKLUSIF
VI. KEPERLUAN LOGISTIK YANG SEDIA ADA ATAU YANG 14
DIPERLUKAN DI SEKOLAH
VII. SOKONGAN YANG DIBERIKAN INSTITUSI- INSTITUSI 16
ATAU ORGANISASI- ORGANISASI KERAJAAN DAN
BUKAN KERAJAAN KEPADA PROGRAM INKLUSIF DI
ARUS PERDANA
VIII. RUMUSAN 17


3

I. PENGENALAN

Secara umumnya, Pendidikan Inklusif merupakan salah satu opsyen persekolahan bagi
murid- murid Pendidikan Khas. Menurut Haji Sabri Salleh yang juga merupakan Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan (1996) menerangkan bahawa Pendidikan Inklusif merupakan
salah satu peluang pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang keperluan
pendidikan khas untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas
yang sama dan diajar oleh guru biasa. Program Pendidikan Inklusif yang ditubuhkan khas
untuk kanak- kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 lagi dibawah kelolaan
Kementerian Pendidikan. Pendidikam Inklusif ini juga telah digubal selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Pendidikan Inklusif ini juga sememangnya merupkan salah satu daripada program
pendidikan yang menumpukan perhatian ke arah membolehkan pelajar-pelajar berkeperluan
khas pengsealiran dengan pelajar- pelajar lain di sekolah normal. Hal ini memberi
pendedahan dan peluang kepada pelajar- pelajar Pendidikan Khas untuk menyesuaikan diri
dari dalam aspek- aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti
setempat bagi membolehkan mereka lebih berupaya untuk berdikari dan menjadi anggota
masyarakat seperti pelajar- pelajar lain.














4

II. MATLAMAT

Matlamat utama cadangan untuk memperluaskan Pendidikan Inklusif di Sekolah ini
adalah :

1. Membolehkan murid- murid Pendidikan Khas sealiran dengan murid- murid
normal .

2. Memberi peluang kepada murid- murid Pendidikan Khas untuk mendapatkan
pengjaran dan suasana pembeljaran yang sama dengan murid- murid biasa.

3. Membuka ruang dan peluang untuk murid- murid pendidikan khas bergaul,
berhubung, dan berkomunikasi dengan murid- murid biasa.


4. Memberi peluang murid- murid Pendidikan Khas untuk menyertai dan
melibatkan diri dalam semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah
bersama-sama murid lain.

5. Membantu murid- murid Pendidikan Khas untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran dan suasana kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di
dalam komuniti setempat .

6. Mengajar murid- murid Pendidikan Khas supaya mampu berdikari.

7. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran
tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh.






5

III. SENARIO TERKINI BERKAITAN PENDIDIKAN BAGI MURID
BERKEPERLUAN KHAS DI NEGARA INI YANG DILAKSANAKAN
OLEH ORGANISASI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN

Akta Pendidikan 1996:

Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan
ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan
masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah
mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh
mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:
Kanak-kanak Down Syndrom
Kanak-kanak Autistik Ringan
Kanak-kanak kurang keupayaan mental
Kanak-kanak bermasalah emosi
Kanak-kanak bermasalah kesihatan
Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

Jabatan Pendidikan Khas 1998

Mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow
learner). Syarat Penyertaan Program Khas:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh
dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:
a. Cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid
biasa
b. Mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang
terlalu serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah
JKM). Jadi murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika
mereka mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang
lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan,
pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai
berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

6

Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS)
Murid disaring dengan menggunakan:
IPP3M 1 (murid Tahun 1)
IPP3M2 (murid Tahun 2)
IPP3M 3 (murid Tahun 3).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem
pengasingan sementara (withdrawal)


Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia
Khusus untuk murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid
biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan
menulis. Syarat kemasukan ke program ini ialah melibatkan :
Murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-
kurangnya 6 bulan.
Murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau
pemulihan khas,
Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan
mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.












7

IV. POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA(KPM) YANG
MENYOKONG PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
DI SEKOLAH ARUS PERDANA DENGAN BERPANDUKAN KEPADA
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 merupakan pelan yang dibangunkan dengan
mengambil kira analisis, temu bual, tinjauan dan kajian yang melibatkan panel pakar
pendidikan negara dan antarabangsa. Selain itu, pelan ini juga merupakan pelan yang turut
melibatkan pegawai di kementerian, guru, pemimpin sekolah dan ibu bapa. Pelaksanaannya
beberapa siri Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun lalu telah
juga telah berjaya mengumpul input berupa pandangan, idea dan maklum balas daripada
hampir 12 ribu orang yang mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak
berkepentingan. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025 ini juga bakal mengupayakan
pelaksanaan berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan
kebangsaan secara menyeluruh.

Seterusnya, perlaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana
dengan berpandukan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 dapat
dilihat, ditinjau dan dihayati beradasarkan gelombang 1 : 2013 2015 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025. Berdasarkan Gelombang 1 (2013-2015)
iaitu : Mengukuhkan Asas Sedia Ada. Pelan tindakan yang dinyatakan pula adalah untuk
meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif.

Pelan ini amat bersesuaian berdasarkan Salamanca Statement and Framework for
Action on Special Needs Education (1994) yang menyebut bahawa murid keperluan khas
perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang
berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi
masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas,
dan masyarakat inklusif. Hal ini juga membolehkan para pelajar Pendidikan Khas diberikan
sokongan yang padu bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan.
Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian
komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan
inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.
8

Dalam pelan pembangunan ini juga telah dinyatakan bahawa Kementerian akan
melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini. Gelombang 1 memberikan
tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2 pula akan memberikan
tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi menangani
pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan. Seterusnya
diikuti gelombang 3 iaitu dengan menilai inisiatif- inisiatif yang akan dijalankan dan
menggabungkan inisiatif yang berjaya. Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan
menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education
Organisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN). Gelombang 1 (2013-
2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah
untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid
berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus
perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas
yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang
berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang
membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas
dan kemahiran sosial.
Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan
bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam
opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan
kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti
refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan
infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas,
meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan
pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan
tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum
dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Daripada 88,000 murid, 30%
murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif Gelombang 2 (2016-2020):
memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada
Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan
terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam
pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan Sekolah
anugerah Khas Kementerian mempunyai dua jenis sekolah anugerah khas yang telah diiktiraf
atas pencapaian cemerlang.
9

Sekolah berprestasi Tinggi (SbT) mula diperkenalkan pada tahun 2010 bawah Bidang
keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengiktiraf sekolah terbail di Malaysia. SBT
secara tekal menghasilkan murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan
akademik, mempunyai ciri yang terserlah dan berupaya bersaing pada peringkat
antarabangsa. Sekolah ini dipilih setelah melalui proses pemilihan yang ketat, dan melihat
kepada dua kategori: (i) pencapaian akademik; dan (ii) prestasi dalam aktiviti kokurikulum.
Sehingga kini, terdapat 66 sekolah berprestasi tinggi. bagi menghargai pencapaian mereka,
setiap SBT menerima peruntukan sebanyak RM700,000 pada tahun pertama, RM500,000
pada tahun kedua dan RM300,000 setiap tahun itu untuk melaksanakan program peningkatan
mengikut pilihan sekolah. Sekolah ini mempunyai lebih keluwesan operasi terhadap hal-hal
khusus berkaitan pengambilan murid, pengurusan kewangan, dan sumber manusia.

Sekolah Kluster merupakan sekolah yang mempamerkan inovasi dan kecemerlangan
dalam biang kebitaraan. Sekolah ini mula diperkenalkan pada tahun 2007 sebagai model
untuk sekolah lain dalam sistem. Setiap sekolah mempunyai pengkhususan masing masing
seperti seni dan muzik, atau sains dan teknologo. Seperti SBT, sekolah perlu memohon
untuk dipertimbangkan sebagai Sekolah Kluster. Walaubagaimana pun, syarat pemilihan
sebagai Sekolah Kluster adalah ketat, wujud kelonggaran dalam pencapaian dan
kecemerlangan akademik. Oleh yang demikian, Sekolah Kluster terdiri daripada sekolah
yang berada daripada Band 1 hingga 5. Sekolah ini mempunyai keluwesan dari segi
perbelanjaan kewangan untuk membangunkan bidang kebitaraan dan sekolah boleh memilih
10% daripada ambilan murid setiap tahun. Sehingga kini terdapat sebanyak 170 Sekolah
Kluster dalam sistem.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 Bab 4
Pembelajaran Murid 4-20 khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif
untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan
mereka dengan lebih inklusif.







10

Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain
seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan
lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh
dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program
bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang
audiologi dan terapi. Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif Dalam
Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan
dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan.
Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada
pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru
dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas
mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.






















11

V. MAKLUMAT TERPERINCI MURID BERKEPERLUAN KHAS YANG
PERLU MENGIKUTI PROGRAM INKLUSIF

Murid- murid berkepeluan khas yang perlu mengikuti program inklusif ini merupakan
murid- murid yang tidak melebihi 2 tahun umur kronologi seperti berikut :

1. Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdana
2. Tidak mempunyai pelbagai kecacatan
3. Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khasyang
berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

1. Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
2. Bersosialisasi
3. Menduduki peperiksaan awam

Murid- murid berkepeluan khas yang perlu mengikuti program inklusif ini melibatkan
penempatan pelajar berdasarkan program pra inklusif terlebih dahulu. Pra Inklusif
merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program
pendidikan inklusif dari aspek :
1. Kurikulum perdana
2. Masa pembelajaran
3. Asas kemahiran









12

Pendidikan Separa Inklusif juga akan didedahkan kepada pelajar- pelajar selepas pra inklusif.
Pendidikan separa inklusif ini membolehkan para pelajar :

1. Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
2. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.
3. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas.
4. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
5. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa.




Kemudiaanya, pelajar- pelajar pra inklusif ini akan mengikuti pula Pendidikan Inklusif
Sepenuh Masa iaitu :

1. Pelajar akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa.
2. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
3. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas
(guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari
segi pembelajaran atau tingkahlaku.
4. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam












13

Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah pula
adalah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada
pelajar itu layak atau sebaliknya. Laporan prestas atau RPI ini adalah berdasarkan model-
model berikut :

1. .Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian
kurikulum dan strategi P&P.
2. 2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas.
3. 3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat
Sumber.
4. 4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di
sekolah biasa.(OctopusModel)
5. 5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. 6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.



















14

VI. KEPERLUAN LOGISTIK YANG SEDIA ADA ATAU YANG
DIPERLUKAN DI SEKOLAH

Tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih
Pengetua/Guru Besar
Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah.
Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program
pendidikan inklusif.
Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif.
Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan programpendidikan
inklusif di sekolah.
Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid programpendidikan
inklusif di sekolah.
Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan
inklusif di sekolah.
Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif.


Guru Kelas
Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa .
Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
Membuat penilaian.
Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.








15

Guru Mata pelajaran
Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .
Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa .
Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas.
Membuat penilaian.
Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.


Guru pendidikan khas (guru pembimbing).
Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
Merancang dan melaksanakan penilaian.
Gunakan BBM yang sesuai.
Dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Layanan dan bimbingan yang adil.


Bilik Resos

Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran
sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat
menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

Jumlah Waktu

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan
inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah
waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30
waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah




16

VII. SOKONGAN YANG DIBERIKAN INSTITUSI- INSTITUSI ATAU
ORGANISASI- ORGANISASI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN
KEPADA PROGRAM INKLUSIF DI ARUS PERDANA


Program Pendidikan Badan Amal dan Sukarela

Badan amal merupakan sebuah organisasi atau individu yang bersedia membantu memberi
perkhidmatan atau pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan kepada pihak lain tanpa
mengharapkan apa-apa balasan atau sebarang ganjaran

Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki
peperiksaan umum.
Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya
dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.
Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.
Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar
sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran.



Program Mentor Mentee

Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang
terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar
Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan
tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi
menjalankan RPI.
17

Membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan
akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan
kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.
Penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi
kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat
dalam membentuk masa depan yang cemerlang.


VIII. RUMUSAN

Oleh itu, sememangnya pendidikan Inklusif ini merupakan salah satu program pendidikan
yang amat sesuai bagi memberi peluang kepada pelajar- pelajar Pendidikan Khas ini
mendapatkan layanan dan peluang yang sama dengan peljar- pelajar aliran biasa. Hal ini juga
selaras dengan matlamat pendidikan untuk semua dengan memberikan peluang kepada
pelajar- pelajar Pendidikan Khas sama- sama cemerlang dengan pelajar lain.Secara tidak
langsung juga, jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat
dirapatkan. Selain itu, dengan wujudnya program pendidikan inklusif ini akan dapat
membantu mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah
kecemerlangan pendidikan khas.














18



































LAMPIRAN
19

Puad Zarkashi: Pendidikan inklusif diperluas

3 November 2012

Mohd Puad Zarkashi
KAJANG - Pendidikan inklusif akan diperluaskan untuk mencapai sasaran 30 peratus pelajar
berkeperluan khas belajar di sekolah harian biasa menjelang tahun 2015, kata Timbalan Menteri
Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, penempatan pelajar berkeperluan khas yang mengalami ketidakupayaan yang ringan
di sekolah harian biasa akan memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan bersosial dengan
pelajar lain.
Selain itu, beliau berkata pelajar berkeperluan khas ini akan dapat memberi motivasi dan dorongan
kepada pelajar yang sempurna anggota fizikal untuk berusaha gigih untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.
"Kini , hanya terdapat 7.5 peratus pelajar berkeperluan khas belajar di sekolah harian biasa. Jumlah ini
masih jauh ketinggalan kalau berbanding dengan negara-negara maju.
"Sehubungan itu, kita akan memberi perhatian untuk memperluaskan pendidikan inklusif agar lebih
ramai pelajar berkeperluan khas boleh belajar bersama pelajar biasa untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah
Kecemerlangan Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas Kebangsaan 1Malaysia 2011 di
sini hari ini.
Mohd Puad berkata pelajar berkeperluan khas akan menjalani ujian saringan bagi mengetahui
kelemahan dan kekuatan masing-masing sebelum ditempatkan di sekolah harian biasa di peringkat
prasekolah, Tahun Satu dan Tingkatan Satu, mulai tahun depan.
"Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan rawatan lanjut, bantuan dan terapi akan diberikan agar mereka
cepat sembuh dan boleh ditempatkan di sekolah-sekolah harian biasa. Pengesanan dan rawatan awal
akan membantu pelajar berkeperluan khas ini," katanya.
Beliau berkata kajian mendapati terdapat 400 bentuk ketidakupayaan, maka Kementerian Pelajaran
akan melihat pendidikan khas dengan lebih komprehensif agar semua pelajar berkeperluan khas tidak
tertinggal untuk belajar.
20

Sementara itu, Mohd Puad berkata kerajaan memperuntukkan RM22.3 juta kepada kementerian untuk
meningkatkan infrastruktur di sekolah-sekolah pendidikan khas, pada tahun ini.
Selain menjaga kebajikan, beliau berkata kerajaan juga memberi elaun RM150 sebulan kepada pelajar
berkenaan.
"Pada tahun ini sahaja, kerajaan telah memperuntukkan RM95 juta untuk memberi elaun kepada
pelajar-pelajar berkeperluan khas. Ini menunjukkan keprihatian kerajaan Barisan Nasional (BN)
kepada golongan ini," katanya.
Kini terdapat sebanyak 33 buah sekolah pendidikan khas di seluruh negara iaitu 28 buah sekolah
rendah dan lima buah sekolah menengah manakala terdapat 1,971 buah sekolah harian biasa yang
menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang menempatkan 53,024 pelajar
berkeperluan khas yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.
Pada majlis itu, Mohd Puad telah menyampaikan anugerah kepada 139 pelajar berkeperluan khas dari
seluruh negara.
Nur Sahana Ramlan dari SMK Yong Peng dan Mohamad Rafiqnasyreen Mat Ropi dari SMK Bachok
menerima Anugerah Tokoh Murid manakala Kang Kia Chun (SMK Raja Muda Musa) dan Safiah
Sulaiman (Maktab Sultan Abu Bakar) menerima Anugerah Tokoh Murid Harapan. - Bernama

Anda mungkin juga menyukai