Anda di halaman 1dari 16

0

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN



ABST1103
SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK

ASINGMENT

SEMESTER : JANUARI 2014




DISEDIAKAN OLEH : AHMAD ZAKARIA BIN YUSOFF
NO I/D : 890926065383
KURSUS : SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK (ASBT1103)
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM
(PENGURUSAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
FAKULTI : FAKULTI APLIKASI SAINS SOSIAL





1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 2
BAB 1 : PENGENALAN TUGASAN 3
BAB 2 : USAHAWAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM 5
2.1: USAHAWAN CEMERLANG DARIPADA DEFINISI ISLAM 5
2.2: GARIS PANDUAN USAHAWAN CEMERLANG YANG 6
MENGGEMILANGKAN ISLAM
BAB 3 : KRITERIA USAHAWAN ISLAM YANG BERJAYA 7
3.1: KAEDAH PERNIAGAAN RASULULLAH 8
3.1.1: TIDAK PERNAH BERDEBAT 8
3.1.2: TEKNIK MENJUAL YANG UNIK 8
3.1.3: SENTIASA SENYUM 8
3.1.4: JUJUR 9
3.1.5: TIDAK BERSUMPAH PALSU 9
3.1.6: LEMAH LEMBUT 9
3.1.7: BUKAN MENGEJAR HARTA SEMATA-MATA 9
3.1.8: FASIH TUTUR KATA 10
BAB 4 : BUDAYA KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM 10
4.1: MENGAMALKAN NILAI-NILAI MURNI KEUSAHAWANAN 11
4.2: KONSEP UBUDIYAH 11
4.3: KREATIF DAN INOVATIF 12
BAB 5 : KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14









2

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi syukur kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayah-Nya dapatlah
saya melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Berbanyak-
banyak terima kasih saya tujukan kepada ibubapa saya yang banyak berkorban untuk saya
selama ini. Pensyarah kursus Sirah Nabawiyah yang telah banyak memberi tunjuk ajar untuk
saya melaksanakan tugasan ini. Tidak ketinggalan rakan-rakan yang banyak berkongsi idea.
Juga mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung di dalam menyediakan tugasan ini. Sekian terima kasih.

























3

BAB 1 : PENGENALAN TUGASAN

Berniaga adalah satu sunnah yang sering dipandang serong oleh sesetengah orang.
Disebabkan sudah biasa dengan makan gaji, apabila ingin memulakan perniagaan, pelbagai
tanggapan akan muncul seperti :
Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan
Kalau kaya tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa
Cukuplah dengan harta yang ada, bukan boleh bawa mati
Menjadi usahawan itu adalah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi Muhammad
SAW. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya, tapi disebabkan tidak ramai yang
mengetahui sirah Baginda, maka tidak ramai yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai ahli
perniagaan disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.
Rasulullah SAW. telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda
sering mengikuti Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke Negeri Syam (Syria) Semasa
berusia 12 tahun. dari situ Rasulullah SAW. berlajar selok belok perniagaan sehingga baginda
diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy
yang lain. Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah ia sering disebut dalam
Al-Quran contohnya :
Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang
lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(as-Sof:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah
sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha sendiri, dan juga merugikan sekiranya
tidak dijalankan dengan betul.
9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga
(HR Tirmizi).
4

Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan
hingga lupa Allah dan tidak membayar Zakat. Bermakna berniaga adalah salah satru perkara
yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti
menunaikan zakat. Memang menjadi masalah apabila sudah memulakan perniagaan dan
mendapat keuntungan, lalu merasakan diri hebat serta kedekut untuk menginfaqkan harta juga
membayar zakat.
Kenapa kita perlu memiliki harta:
a) Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam.
b) harta boleh digunakan untuk membangunkan agama. Rasulullah bersabda :
Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran. Ia memeng
benar-benar terjadi. Apabila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa
saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.
c) harta untuk penyebaran dakwah Islam. Pemilikan harta membolehkan kita beribadah
dengan tenang. sebagai contoh pemilikan rumah yang membolehkan kita beribadah di
dalamnya.
d) Suara kita tidak didengar bila kita miskin. bayangkan kita dengan niat nak berdakwah
tetapi tiada duit. Pergi ke rumah orang akan disangka untuk meminta derma. Bila ada
kes kecurian, orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila nak beri
pendapat dalam mesyuarat orang taknak dengar sebab kita tiada pengaruh.

Jadi ternyata amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. harta itu
boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca
kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun. Jika diteliti sunnah-sunnah
Rasulullah SAW. dan ayat -ayat Al-Quran, harta dan hasil perniagaan adalah alat-alat untuk
menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita
dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh menjadi pintu ke Neraka
sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.




5

BAB 2 : USAHAWAN DAN KEGEMILANGAN ISLAM

Usahawan tidak boleh dianggap sebagai salah satu dari faktor pengeluaran. Jika
usahawan dianggap sebagai salah satu faktor pengeluaran, usahawan itu diturunkan status
mereka kepada status faktor-faktor pengeluaran yang lain, seperti tanah, modal dan
sebagainya yang semuanya sebenarnya dijadikan Allah untuk digunakan oleh manusia.
Mereka akan mengeksploitasi sumber-sumber alam dan faktor-faktor pengeluaran
yang lain secara berlebihan kerana diantara mereka termasuk usahawan itu sendiri sebagai
salah satu faktor pengeluaran yang terpaksa bersaing dengan faktor-faktor pengeluaran yang
lain.
Dalam banyak kes, usahawan begini bukan sahaja merendahkan statusnya kepada
status faktor-faktor pengeluaran berkenaan tetapi lebih dari itu menjadi hamba kepada faktor-
faktor pengeluaran itu dan seterusnya hamba kepada hasil pengeluaran. Dalam keadaan ini,
tidak mungkin usahawan berkenaan dapat menggemilangkan Islam.
Bagaimana hamba kepada kebendaan dan bukan hamba kepada Allah boleh
menggemilangkan Islam?. Mereka yang menjadi hamba kepada kebendaan adalah manusia
yang lemah dan tidak mempunyai tahap pengorbanan yang tinggi sedangkan usaha
menggemilangkan Islam memerlukan manusia yang kuat dalam pelbagai segi dan mesti
melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit.
2.1 USAHAWAN CEMERLANG DARIPADA DEFINISI ISLAM
Dapat disimpulkan bahawa usahawan yang mampu menggemilangkan Islam ialah
usahawan yang cemerlang mengikut definisi Islam itu sendiri. Dalam mengendalikan
perusahaannya mereka, status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah tetap dipertahankan.
Jiwa mereka kuat dan pengorbanan mereka adalah tinggi. Contohnya antara lain ialah seperti
Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Ibn Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Abdul
Rahman bin Auf pada zaman Rasulullah saw, budak pengembala kambing dan Jariah di
zaman Khalifah Saidina Umar Ibn Khattab.
Saidina Abu Bakar mengurbankan kesemua hartanya untuk menggemilangkan Islam,
manakala Saidina Umar tiga perempat, Saidina Uthman separuh dan Saidina Abdul Rahman
6

tidak kurang juga banyaknya. Budak pengembala kambing dan Jariah (ertinya budak
perempuan) di zaman Khalifah Saidina Umar pula menggemilangkan Islam melalui kejujuran
masing-masing.
Manakala budak pengembala kambing takut menjualkan ternakan pengembalaannya
tanpa diketahui tuannya kerana menyedari Allah SWT melihat perbuatannya, Jariah pula
enggan menurut perintah ibunya mencampurkan susu dengan air kerana taat kepada larangan
Khalifah dan sangat takut kepada Allah SWT. Kerana jujurnya Jariah, Saidina Umar
mengambil Jariah sebagai menantunya.
2.2 GARIS PANDUAN USAHAWAN CEMERLANG YANG MENGGEMILANGKAN
ISLAM
Daripada penghujahan di atas, jelas bahawa usaha menjadi usahawan cemerlang yang
boleh menggemilangkan Islam mesti bermula dengan Islam itu sendiri. Hal ini tidak mungkin
berlaku kecuali usahawan-usahawan Islam kembali mempelajari dan menghayati ilmu Islam.
Islam mempunyai empat sumber ilmu utama, iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulamak
dan Qiyas Ulamak. Dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu iaitu Ilmu Fardhu
Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Ilmu Fardhu Ain ialah kewajipan individu manakala ilmu
Fardhu Kifayah ialah kewajipan sosial. Ilmu Fardhu Ain terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu
ilmu Tauhid, ilmu Fekah dan Ilmu Tasauf. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang bersangkutan
dengan aqidah, ilmu feqah bersangkutan dengan syariat manakala ilmu tasauf bersangkutan
dengan akhlak. Dari ketiga-tiga ilmu ini, hanya ilmu Feqah terbahagi kepada empat bahagian
iaitu bahagian ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.
Ilmu fardhu kifayah pula ialah ilmu-ilmu gunaan yang khusus, umpamanya ilmu
perubatan, ilmu politik, ilmu pemerintahan, ilmu ekonomi, ilmu sosial, ilmu pembangunan,
ilmu perniagaan dan sebagainya.
Usahawan yang belajar dan mengamalkan kedua-dua ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah sahaja yang akan jadi cemerlang dan oleh itu akan dapat menggemilangkan Islam.
Ilmu fardhu ain akan meningkatkan iman dan taqwa serta meningkatkan kerohanian manakala
ilmu fardhu kifayah meningkatkan kecekapan dan profesionalisme. Para usahawan Islam
merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Mereka boleh menggemilangkan
Islam. Untuk ini mereka mestilah mempunyai dua asas yang penting. Pertama, mereka mesti
7

menjadi usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana ditetapkan oleh Islam
iaitu manusia yang mempunyai gabungan rohani dan jasmani yang hidup di dunia ini untuk
memenuhi janji mereka dengan Allah sebagai hamba dan khalifah Allah. Kedua, sebagai garis
panduan, mereka mestilah berilmu dengan ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan
bersumberkan Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas Ulamak, dan mengamalkan ilmu-ilmu
berkenaan dengan sebaiknya.

BAB 3 : KRITERIA USAHAWAN ISLAM YANG BERJAYA

Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan
atau lain-lainnya. Beliau adalah sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau
adalah Abdullah bin Abdul Mutalib, ibundanya bernama Aminah dan keduanya dari suku
Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia
untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW,
manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegaknya
tamadun ketika itu telah hancur.
Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar
ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.
Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as,
Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib
adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu
berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam
rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda
berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika
berumur 25 tahun.

8


3.1 KAEDAH PERNIAGAAN RASULULLAH
3.1.1 Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini
diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat
menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang
menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, Mari, mari. Selamat
datang saudara saya dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar, kata Rasulullah .
Saib membalas dengan berkata, Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang
sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.
3.1.2 Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh
kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan
Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan
mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan
cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa
harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak
tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi
paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga
mengambil sikap menjual pada harga modal apabila pembelinya seorang yang benar-benar
miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat
pengasih kepada sesama manusia.
3.1.3 Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk
mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berniaga. Selaku
seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan
senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh
Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan
9

senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu
semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi para pelanggan tetap
menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.
3.1.4 Jujur
Baginda bersabda, Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah akan bersama
para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid (Riwayat
Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan
antara elemen terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan
seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang
membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan dan piawaian ini
tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
3.1.5 Tidak Bersumpah Palsu
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu
daya. Apalagi sampai bersumpah palsu serta mengandungi unsur riba atau berniaga di pasar
gelap. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, Penjual dan
pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu
menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan
jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli
mereka. (HR. Muslim). Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak
melakukan sumpah selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.
3.1.6 Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut
ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda
yang bermaksud: Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia
berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.
3.1.7 Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan
perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan
10

potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka
untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu
membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah
Al Maidah ayat 2: Bermaksud:
Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan
taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara
kejahatan dan permusuhan.
3.1.8 Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya.
Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu,
tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda
memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan
Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud:
Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat
difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

BAB 4 : BUDAYA KEUSAHAWANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Budaya bermaksud kemajuan fikiran, akal budi (cara pemikiran, berkelakuan dan
sebagainya). Ia juga ditafsirkan sebagai satu set sikap, tingkah laku, nilai-nilai dan tindakan
yang dikongsi bersama oleh sekumpulan manusia, syarikat dan sebagainya.Keusahawanan
pula adalah merupakan kata terbitan usahawan yang merujuk kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan usahawan. Oleh yang demikian budaya keusahawanan bolehlah disimpulkan
sebagai cara pemikiran, sikap, norma dan kelakuan yang dimiliki dan dipraktikkan oleh
individu usahawan itu sendiri. Sebagaimana yang telah dinyatakan, Islam amat menyanjung
bidang keusahawanan dan memberikan keistimewaan khusus kepada usahawan. Untuk
menyemai budaya keusahawanan ini kita perlu mengenali dan mengetahui apakah ciri-ciri dan
gelagat yang perlu ada dan harus diamalkan oleh setiap usahawan muslim. Antara ciri-ciri
tersebut adalah seperti berikut:
11



4.1 Mengamalkan nilai-nilai murni keusahawanan
Nilai dan akhlak tidak dapat dipisahkan daripada keusahawanan. Ia merupakan asas
pembentukan peribadi setiap individu muslim termasuklah usahawan. Dalam bidang
perniagaan, Islam mewajibkan setiap usahawan untuk berpegang teguh dengan nilai yang baik
dan menjauhi nilai-nilai yang buruk. Oleh sebab itulah jaminan hanya diberikan kepada
usahawan yang benar-benar jujur dan ikhlas sahaja. Terdapat banyak nilai-nilai baik yang
perlu diamalkan oleh para usahawan. Kajian menunjukkan terdapat banyak nilai-nilai murni
dan gelagat yang baik wujud dalam diri mereka. Nilai dan gelagat inilah yang menyebabkan
mereka berjaya mengharungi pelbagai rintangan dalam perniagaan. Antara nilai dan gelagat
yang wujud menurut beberapa kajian adalah seperti berani menanggung risiko, berdikari,
mempunyai ciriciri kepimpinan, murah hati, optimis, kuasa, perihatin, keperluan pencapaian
yang tinggi, keyakinan diri dan banyak lagi.Ciri-ciri, gelagat serta sikap-sikap tersebut boleh
dikategorikan sebagai sikap yang positif atau terpuji (mahmudah). Malah Rasul sendiri
sebagai peniaga yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan seharian
baginda. Baginda berjaya membuktikan bahawa dengan mengamalkan sifat-sifat yang baik,
perniagaan masih menguntungkan malah lebih baik berbanding peniaga yang tidak jujur.

4.2 Konsep Ubudiyah
Islam sebagai agama yang syumul tidak memisahkan segala urusan perniagaan dengan
nilai-nilai agama. Perniagaan bukan sahaja dianggap sebagai kerjaya tetapi juga dikira ibadat
dalam Islam dan akan mendapat ganjaran sewajarnya di akhirat.
Firman Allah yang bermaksud:
Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan
dilihatnya. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)
al-Zalzalah (99):7-8

12

Usahawan muslim tidak seharusnya menjadikan untung material semata-mata sebagai
objektif tertinggi. Objektif akhir haruslah difokuskan ke arah mencapai keredaan Allah. Hal
ini telah ditegaskan oleh Allah melalui maksud ayat:
Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku,
semuanya kerana Allah, Tuhan semesta alam. Tiada baginya sekutu dan dengan
demikian aku disuruh dan aku orang yang mulamula Islam (tunduk kepada Allah)
al-Anam (6): 162-163
Sebagai khalifah yang mentadbir dan memakmurkan bumi Allah, manusia haruslah
sentiasa menuruti segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Manusia tidak
mempunyai kuasa yang mutlak dalam semua hal, bahkan segala-galanya adalah dalam
pengetahuan dan ketentuan Allah semata-mata. Inilah yang menjadikan banyak konsep yang
berbeza antara perniagaan dalam Islam dan konvensional.
Kefahaman dan penghayatan konsep ubudiyah ini akan memberikan impak yang nyata
dalam prestasi seseorang individu. Seseorang muslim yang menyedari hal ini akan bekerja
bersungguh-sungguh dan mengamalkan budaya kerja cemerlang. Mereka akan mematuhi
segala arahan dalam melaksanakan tanggungjawab dan menghindari perkara-perkara yang
dilarang. Ini akan memudahkan organisasi mencapai objektifnya dengan cepat dan tepat.

4.3 Kreatif dan inovatif
Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea yang asli. Manakala inovatif adalah perihal memulakan sesuatu
yang baru. Sebagai individu yang sentiasa mengenal pasti peluang, nilai kreatif dan inovatif
merupakan nilai yang amat penting bagi setiap individu usahawan. Sifat inovatif ini amat
digalakkan oleh Islam memandangkan Allah menciptakan setiap sesuatu adalah untuk
digunakan oleh manusia. Hal ini dinyatakan melalui ayat yang bermaksud:
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi
al-Baqarah (2): 29
Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah menciptakan segala yang ada di muka bumi
ini untuk dimanfaatkan oleh manusia. Walau bagaimanapun manusia perlulah berfikir
bagaimana untuk mengubah sumber asas kepada produk yang dapat memenuhi kehendak
13

mereka. Oleh sebab itu mereka dikurniakan akal fikiran dan keistimewaan ini haruslah
digunakan sebaik-baiknya untuk kemudahan semua pihak.

BAB 5 : KESIMPULAN

Keusahawanan merupakan bidang istimewa yang perlu diceburi oleh lebih ramai umat
Islam di Malaysia. Selain daripada objektif ekonomi, keusahawanan mengandungi nilai-nilai
murni yang harus dihayati oleh masyarakat Islam. Antara nilai-nilai yang wujud meliputi sifat
sabar, berani menanggung risiko, kreatif, berpengetahuan tinggi, bersungguh-sungguh dan
pelbagai sifat mahmudah yang lain. Ciri- ciri dan nilai dalam keusahawanan ini sebenarnya
merupakan nilai-nilai yang sejajar dengan tuntutan Islam. Selain itu, perniagaan dan
keusahawanan itu sendiri merupakan kerjaya yang mendapat tempat yang cukup istimewa
dalam Islam. Walaubagaimanapun, masyarakat Islam kini tidak lagi mempelopori bidang ini
dan hanya lebih selesa sebagai golongan pengguna dan pembeli sahaja. Ini menimbulkan
pelbagai masalah terhadap umat Islam secara keseluruhan. Oleh yang demikian, usaha
perlulah digembeling agar bidang keusahawanan dan perniagaan ini menjadi bidang pilihan
umat Islam semula sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui sejarah Rasulullah dan para
Sahabat. Sebagai permulaan, kesedaran perlulah diterapkan kepada keseluruhan lapisan
masyarakat Islam melalui pembudayaan nilai dan sikap usahawan. Dengan menghayati dan
membudayakan nilai-nilai keusahawanan ini, masyarakat Islam akan secara langsung atau
tidak langsung akan berusaha dengan lebih keras dan cuba meningkatkan kemampuan diri
untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Ini akan mendekatkan mereka dan
seterusnya menjadikan perniagaan dan keusahawanan sebagai bidang kerjaya pilihan di masa
akan datang. Insya Allah.









14






Rujukan
1. Al-Quranulkarim
2. Abdul Sami Al-Misri, Terjemahan:Ahmad Hj. Hasbullah. 1993. Perniagaan Dalam
Islam.Dewan Bahasa Dan Pustaka:Kuala Lumpur.
3. Dato Seri Abdul rahman Maiden, 2003. Mengurus Kejayaan: Pengurusan Aset dan
Tanggungan dari Perspektif Islam. Kertas Kerja dibentangkan diMuzakarah Pakar,
Dewan Besar IKIM, 29-30 April 2003.
4. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, Islam Menuntut Kecemerlangan Dalam
Perniagaan
dan Keusahawanan
5. Nik Mohamed Affandi N.M.Y, 2002. Islam and Business. Pelanduk Publications.
Prof. Madya Syed Omar Bin Syed Agil, Garis Panduan Tingkah Laku Etika Islam
Dalam Perniagaan
6. Atikullah Abdullah (2007), Penetapan Syarat Dalam Akad Perniagaan: Kedudukan
dan
Garis Panduannya Menurut Fiqh Islam, Jurnal Syariah,15 (1), hh. 15-28
7. Muhammad syukri salleh (1999), Dewan Ekonomi edisi julai 1999
8. Muhamad Salleh Majid (2003), Budaya Usahawan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication, h 108
9. Sabri Hj Hussin (2001), Falsafah Pemikiran Barat Dalam Konteks Perniagaan di
Malaysia
10. Ahmad Ibrahim Abu Sin (2002), Pengurusan dalam Islam,(terj). Kuala Lumpur : DBP,
h. 224
11. Muhammad Syukri Salleh (2001), Pembangunan Zaman Rasulullah s.a.w Antara
Kemiskinan dan Kekayaan, Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan IDMP
USM : Pulau Pinang, h. 7
12. Zainal Rashid (2013), Kenapa perlu berniaga ikut gaya Rasulullah s.a.w.?

15