Anda di halaman 1dari 47

HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 1




ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
MUKA
SURAT

1.0 Pengenalan : Larian Pecut 2

2.0 Peralatan Larian 3

3.0 Teknik-Teknik Dalam Lari Pecut 4

4.0 Latihan Ansur Maju 11

5.0 Fasa-Fasa Ansur Maju 17

6.0 Prinsip-Prinsip Mekanik 21

7.0 Pengenalan : Lompat jauh 24

8.0 Peralatan Lompat Jauh 26

9.0 Teknik-Teknik Dalam Lompat Jauh 29

10.0 Gaya Lompatan Dalam Lompat Jauh 32

11.0 Latihan Ansur Maju 38

12.0 Prinsip-Prinsip Mekanik 44

13.0 Rujukan 45


HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 2



1.0 PENGENALAN: LARIAN PECUT
Lari pecut 100m ialah acara olahraga jarak dekat yang memerlukan tenaga tinggi seperti
tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Lari pecut ialah berlari dengan
pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan
tangan dan kaki. Lari pecut juga adalah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m dan
400m) yang memerlukan tenaga tinggi untuk membuat larian yang pantas.
Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara
pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah
berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki, kaki belakang diluruskan setiap kali
mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut, tangan digerakkan dengan pantas,
leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak ditegangkan). Bagi seorang atlet,
teknik dan gaya larian merupakan faktor utama yang sangat penting. Lari pecut dalam
sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acara lain. Larian pantas ini
bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan
balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan insentif yang
ditawarkan.
Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Seseorang pelari berasa
amat sukar untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan dia bertindak sedemikian. Seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran
dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semula jadi untuk berlari dengan
pantas. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari
yang baik menerusi potensi sedia ada dalam diri seseorang. Terdapat dua faktor yang
boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa
berlari. Pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang tinggi dan keupayaan
merehatkan diri atau badan semasa berlari untuk menguasai kelajuan kaki. Faktor jarak
langkah pula bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak.
Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh
ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan
sendi pinggang.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 3




2.0 PERALATAN LARIAN






Rajah 2


Rajah 3

Blok Permulaan/ Starting Blok
Trek Larian/ balapan
Kasut Berpaku/ Spike
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 4


Rajah 4


3.0 TEKNIK-TEKNIK DALAM LARI PECUT

3.1 GAYA BERDIRI
Rajah 11 Gaya Berdiri
Gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para pelajar sekolah dalam mata
pelajaran pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum
(gerko). Gaya ini paling digemari di sekolah rendah kerana ia merupakan
gaya yang paling berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk
acara ini dalam pertandingan rasmi.

a) Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum
arahan ke garisan diberi.

b) Ke garisan
Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik
atau garis mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang
sedikit ke belakang (30-40cm) dan mengimbangkan badan.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 5


Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti
telah terkumpul di kaki hadapan.
Condongkan badan ke hadapan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan
bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka
tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

c) Sedia
Condongkan badan ke hadapan.
Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
Bengkokkan lutut kaki hadapan.
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol
ataupun tiupan.

d) Bang
Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat
kaki hadapan.

3.2 GAYA DEKAM

Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896, teknik lari pecut tidak berubah
pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas Burke dari Amerika
Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya peluru pada
masa ini.Gaya dekam ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari
baru. Gaya ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
a) Gaya Pendek atau Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start) - kedua-
dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang
ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan.
b) Gaya Sederhana (Medium Start) - lutut kaki belakang selari
dengan hujung kaki hadapan.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 6


c) Gaya Panjang (Elongated Start) - lutut kaki belakang selari dengan
bahagian tumit kaki hadapan.



3.2.1 Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

i. Gaya peluru
a. Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak.
b. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki
hadapan.
ii. Gaya sederhana
a. Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak
kaki.
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki
hadapan.
c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
iii. Gaya panjang
a. Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak.
b. Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki
hadapan.
c. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3.2.2 Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan
cepat.
Gaya larian juga melibatkan tiga gaya:

i. Gaya peluru
a) Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan
garis permulaan.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 7


b) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan
dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok
hadapan.

ii. Gaya sederhana
a) Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis
permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian
hadapan blok hadapan.

iii. Gaya panjang
a) Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan
dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan
blok hadapan.


3.2.3 Penempatan Blok Pemulaan
Mengikut Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Womens
hurdling: Novice, satu cara penempatan blok dengan ukuran
panjang kaki. Bagi acara larian 200 m dan 400 m melibatkan
bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan
adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan
berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan
ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok
adalah tangen kepada garis dalam.

Terdapat 3 fasa dalam gaya dekam ini. Antaranya:-

a) Fasa Permulaan

Keadaan ke garisan
Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri dengan blok itu
berada di bawah
kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 8


Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas
blok.
Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula.
Jarak di antara
kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang
bahu.
Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan
dan keseimbangan yang maksimum.

Keadaan sedia
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok
mulaan.


b) Fasa Pecutan
Pergerakan Tangan dan kaki
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan
ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan
kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan
pergerakan ke hadapan.
Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat.
Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Rajah 12
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 9


Lutut
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada
tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.
Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60
meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat
kuasa 'centrifugal'.
Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk
rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya
merendahkan badan ke arah dalam.
Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang
badan mengarah ke dalam.

Rajah 13
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 10


c) Fasa Penamatan
Pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia
hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya.
mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso)
digerakkan ke hadapan.
memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir.
menundukkan bahagian kepalanya.
kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan
bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas mencecah
alur menegak terdekat garisan penamat.







Rajah 14
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 11



4.0 LATIHAN ANSUR MAJU

i. Latihan Mendorong
Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam
kumpulan.
Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang
lagi untuk mengelakkan diri disentuh.
Lari berganti-ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan.


ii. Latihan Teknik Pecut

Rajah 5 Berlari dengan melangkah panjang.







HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 12



Rajah 6 Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.

HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 13













Rajah 5 Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian
bawah kaki diluruskan.
Rajah 6 Berlari menyepak ke belakang.
Rajah 7 Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 14




Rajah 8 Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan
90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.
iii. Latihan Kekuatan Kaki Dan Latihan Pecutan

Melonjak untuk jarak.


Rajah 9




HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 15





Melangkah panjang.




Melonjak dan melangkah melepasi halangan.




Rajah 10
Rajah 11
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 16







Melompat, memusing, mendekam dan memecut.




Berpasangan: Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.


Rajah 12
Rajah 13
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 17


5.0 FASA-FASA ANSUR MAJU

5.1 FASA PERMULAAN
Bukan semua atlet adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat
banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:
1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)
2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)

5.1.1 Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki
hadapan.


2. Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.


HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 18


5.1.2 Memulakan Larian Dengan Blok Permulaan
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.
Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan
melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang
berwibawa (dalam Payne, 1985).
a) Gaya larian
1) Gaya peluru
Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
2) Gaya sederhana
Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan
blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3) Gaya panjang
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

b) Penempatan Blok Permulaan Yang Lebih Tepat

Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling: Novice, to
championship mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat.
Cara ini melibatkan ukuran panjang kaki.

Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ 0.42

Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 0.42 = 36.12 cm

HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 19


5.2 FASA PECUTAN

Selepas arahan pelepas ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok
permulaan.

i. Kedudukan Tangan:
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari
dan jari penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di
antara satu sama lain, diletak di belakang garis mula.

ii. Kedudukan Leher dan Kepala:
KepaIa dari Ieher di dongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata
pandang ke hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia'
diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

iii. Pergerakan Tangan dan Kaki:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke
atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan
kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan
pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan
kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

iv. Lutut:
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah.
Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian
dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari
rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam
fasa ini.





HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 20


v. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari
pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada
kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang
atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan
oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak
mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 -
18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlet ialah untuk
mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.


5.3 FASA PENAMAT

Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari
10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210
m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlet untuk terus
pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk
menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan,
mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.







\






HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 21




6.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK
Ada beberapa aspek penting yang harus diberikan tumpuan oleh pelari pecut semasa
melakukan larian dan pecutan. lni termasuklah pergerakan tangan, pergerakan kaki,
kedudukan badan dan tumpuan fikiran. Perlu diingat juga selain aspek-aspek yang
hanya dimunculkan oleh pelari itu sendiri, terdapat beberapa aspek luaran yang
boleh menjejaskan larian dan pecutan jika pelari tidak dapat menangani masalah
tersebut. lni termasuklah saingan dan tekanan psikologi daripada peserta lain,
sorakan dan ejekan penonton, peralatan dan pakaian yang kurang selesa ,
pemakanan yang tidak seimbang, kecederaan tertentu, serta masalah-masalah lain
yang boleh menjejaskan prestasi pelumba.

i. Pergerakan Tangan
Dalam larian pecut, pergerakan tangan pelumba adalah penting. Dalam hal
ini pelari hendaklah menghayun tangan , khususnya sikunya ke belakang dan
ayunan tangan ke hadapan tidak semestinya melepasi bahu. Ada juga pelari
yang meluruskan tangan semasa menghayun ke belakang. Walau apa cara
pun ayunan tangan dapat mempengaruhi kepantasan pecutan dan larian.
Tanpa ayunan tangan sepenuhnya seorang pelari tidak akan berjaya
mengerak kakinya dengan pantas.Ini bermakna pergerakan tangan dan kaki
adalah gabungan penting dalam menentukan kederasan larian pecut.

Tangan pelari terayun ke belakang, akan membawa ke arah siku
semasa pelari memecut. kelihatan ketara semasa tangan melepasi pinggang.
Sudut ini akan berkurangan sehingga mencapai 90 darjah. Ayunan tangan
juga membantu mengelakkan peredaran yang tidak diperlukan akibat
pergerakan kaki. Pergerakan pantas serta cergas daripada paha menyebabkan
badan pelari berputar ke arah belakang, dan ini harus dielakkan atau
dikurangkan oleh pergerakan tepi siku.

HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 22


Bahagian Ieher dan bahu pelari yang sedia tertekan meningkat semasa
memecut. Kedudukan tangan hendaklah dalam keadaan tegang, kerana ini
boleh membantu pelari merehatkan badan. Tangan pelari pula tidak
seharusnya berada dalam keadaan yang menegang kerana ketegangan ini
boleh dipindahkan ke dada dan bahu. Pelari boleh memilih sama ada jan-jan
tangan terbuka atau digenggam semasa membuat ayunan ketika berlari.
Perkara yang penting sebarang kedudukan tangan pelari hendaklah
menjadikannya semasa untuk berlari dan memecut.

ii. Pergerakan Kaki
Pergerakan kaki dan ayunan tangan dapat menentukan kederasan larian
pelari. Dalam pergerakan kaki terdapat dua perkara yang harus diberikan
perhatian dalam larian pecut. Pertama ialah mengangkat lutut pada
kedudukan yang tinggi dan kedua ialah penamatan atau penghabisan
perlakuan drive semasa melangkah. Perlu diingat iaitu keseluruhan drive
adalah berpunca daripada bahagian belakang badan. Kaki yang membuat
drive hendaklah diregang penuh ke belakang badan. Selain itu pelari juga
hendaklah berlari dengan mengangkat pinggangnya ke atas bagi membantu
melengkapkan drive kerana biasanya adalah sukar untuk memindahkan kaki
daripada tanah apabila pemegang berada dalam kedudukan yang tinggi.
Kedudukan badan hendaklah condong sedikit ke hadapan semasa berlari.
Pelan seharusnya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk
mendarat dan memecut.

iii. Menamatkan Larian Pecut
Matlamat setiap pelari termasuklah menghabiskan larian dalam masa yang
sesingkat yang boleh dan lebih dahulu daripada pelari lain yang sama-sama
bertanding. Semasa menuju ke garisan penamat pelari tidak seharusnya cuba
memperlahankan larian atau membuat lompatan untuk mencapai pita
penamat. Pelari hendaklah terus berlari dengan lebih pantas dan tidak perlu
sama sekali memperlahankan lariannya. Dengan membuat diving juga tidak
akan membantu pelari sebaliknya perbuatan itu belum menjamin
penamatannya malah mungkin akan membahayakan diri sendiri sahaja.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 23


Apabila tiba ke garisan penamat, biasanya pelari akan mendepakan
tangannya ke belakang dengan membiarkan bahagian dadanya ditonjolkan
ke hadapan. Cara ini adalah digalakkan untuk larian pecut. Sesetengah pelari
pula gemar menamatkan larian dengan menundukkan kepalanya untuk
mencecah pita penamat. Tindakan begini mungkin akan menghalang
penglihatan pelari atau memudahkan pelari terjatuh. Satu cara lagi pelari
menamatkan lariannya ialah dengan memusingkan salah satu bahunya untuk
mencecah garisan penamat. Cara ini juga mungkin akan melambatkan larian
kerana mungkin pelari akan mengambil masa untuk memusingkan bahunya.
Sudah tentulah pelari yang lebih awal mencecah garisan penamat akan
dikira pemenang, manakala pemenang kedua, ketiga dan seterusnya
ditentukan oleh pencatat masa atau pegawai penamat. Dalam kebanyakan
perjumpaan olahraga khususnya di peringkat antarabangsa, sering berlaku
pemenang acara pecut tidak dapat diputuskan oleh pencatat masa atau
pegawai penamat disebabkan beberapa pelari mencecah garisan penamat
pada masa yang hampir sama. Jika berlaku perkara sedemikian pemenang
acara tersebut terpaksa ditentukan dengan menggunakan kaedah photo
finish. Menerusi kaedah ml pemenang acara itu akan diputuskan setelah
pegawai meneliti rakaman foto yang dikeluarkan selepas Iarian itu. Kini
penggunaan peralatan elektronik menggantikan penggunaan catatan tangan
yang mungkin kurang tepat. hal mi perlu khususnya untuk acara seperti 100
meter dan 200 meter.










HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 24


7.0 PENGENALAN :LOMPAT JAUH
Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau
atlet cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan.
Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya
mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh
dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak
minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu
memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi
papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan
ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan
direkodkan.
Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan
mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang
terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh
pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.Kelajuan semasa berlari dan tinggi
lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari
pecut turut bertanding dan memenangi acara ini.
Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara
ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam
sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia
yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston.

HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 25


Manakala di Malaysia, ramai yang meminati acara lompat jauh ini berbanding
acara-acara olahraga yang lain. Hal ini demikian kerana, acara lompat jauh boleh
dilakukan oleh semua orang kerana ia mudah dilakukan walaupun lompatan yang
dilakukan tidak terlalu jauh. Namun yang demikian, acara ini tetap mempunyai peraturan-
peraturan dan ansur maju yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, bagi atlet, acara ini memerlukan latihan yang teliti. Hal ini
kerana, atlet hendaklah menggunakan hukum-hukum sains seperti kedudukan pusat
graviti, kelajuan, momentum, daya, kedudukan kaki dan sebagainya. Hal ini perlu
dititikberatkan kerana ia mempengaruhi lompatan dan jarak lompatan yang sempurna dan
memuaskan.
Selain itu, khidmat jurulatih profesional adalah amat diperlukan oleh atlet ketika
menjalani latihan. Jurulatih profesional akan menjalankan latihan yang sistematik kepada
atlet untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dari tempat lonjakan. Matlamat utama bagi
pelompat jauh adalah berlari dengan kelajuan maksimum dan meletekkan kaki pada
papan lonjakan tanpa menggangu kelajuan atau pecutan larian awal. Namun, ada
beberapa masalah yang dihadapi oleh atlet lompat jauh, antara masalah utama bagi
pelompat jauh ialah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum
melakukan lonjakan. Di samping itu, pelompat jauh perlu meningkatkan komponen
kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif.



HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 26


8.0 KELENGKAPAN LOMPAT JAUH.

Acara lompat jauh memerlukan peralatan khususnya, iaitu ruang atau kawasan
dan juga alatan khas. Berikut adalah antara ruang dan peralatan yang diperlukan untuk
acara lompat jauh.
a. Lorong Larian
Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai adalah penting untuk
membuat pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian ialah 45 m X 1.22
m. Ia hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan yang boleh
mengganggu peserta membuat lompatan.

b. Papan Pelepas.
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas
yang standard ialah bersaiz 1.22 m panjang dan 20cm lebar yang diletakkan satu meter
dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan . Papan ini biasanya diwarnakan
putih seluruhnya.

HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 27


c. Kawasan Pendaratan
Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam setiap acara lompat jauh.
Ia diisikan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m
panjang dan 2.75m lebar.

d. Bendera
Bendera digunakan oleh pengadil yang mengawasi sesuatu lompatan. Terdapat dua
jenis bendera yang digunakan, iaitu bendera putih dan bendera merah. Bendera putih
untuk lompatan bersih manakala bendera merah untuk lompatan yang batal.

e. Pengukur Halaju Angin
Ia digunakan untuk mengukur halaju angina ketika satu-satu lompatan dibuat.

f. Petunjuk Plastisin

Petunjuk plastisin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan
dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Ia diletakkan pada hujung papan pelepas dan
sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu
batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

g. Pita Pengukur
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 28


Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat
pada tempat pendaratandalam kotak pendaratan.
Kini, dalam kejohanan-kejohanan olahraga utama dunia, pita pengukur telah digantikan
dengan alat pengukur elektronik , yang menjadikan pengukuran lebih mudah,cepat dan
tepat.

h. Kasut Berpaku
Kasut yang sesuai untuk digunakan ialah kasut yang berpaku dan bertumit plastik. Ini
adalah penting untuk larian dan juga perlindungan kepada pelompat.




HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 29



9.0 TEKNIK DAN ASPEK LOMPATAN.

Sebagai seorang pelompat jauh, setiap aspek-aspek berikut perlu dimiliki oleh
mereka.
a) Kelajuan Larian
1. Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang
kuat dan mungkin juga jauh.
2. Kebiasaannya, larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-
40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi,
check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan.





HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 30



b) Pelepasan Lompatan

1. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh
terkemuka peringkat antarabangsa, teknik seperti berikut disarankan :

a. Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap
pelepasan lompatan.
b. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah
tangan dari atas ke bawah dan pada kaki pula sudut hentian
yang wujud perlulah diubah.
c. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu
dengan kedua-duanya diangkat ke atas.


HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 31



c) Semasa di Udara
1. Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat
pada diri pelompat.
2. Pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan iaitu daya graviti di mana adalah
pada badan pelompat.
3. Walaupun wujud rintangan, tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang
ada pada badan seseorang pelompat.

d) Pendaratan
1. Teknik pendaratan yang dikenal sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk
tujuan ini.
2. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang
dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik lagi stabil.
Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian
hadapan.
3. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat
dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 32



10.0 GAYA LOMPATAN DALAM LOMPAT JAUH.

Terdapat 3 gaya lompatan, iaitu :

i. Gaya Layar



ii. Gaya Gantung
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 33




iii. Gaya Tendang Kayuh



Perbezaan yang terdapat dalam setiap lompatan di atas ialah pada fasa layangan,
teknik yanng lain adalah hampir sama.




HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 34


e) FASA LOMPATAN.
Acara lompat jauh mempunyai empat fasa lompat jauh.
Lari landas ( penujuan )
Lonjakan
Layangan
Mendarat
i. Fasa Penujuan
Fasa ini memerlukan:
Pelompat berlari dengan kepantasan yang maksimum dan terkawal.
Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan
maksimum untuk menghasilkan lonjakan yang berkesan.
Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat harus bersedia untuk melonjakkan
badan.
Pada langkah terakhir, pelompat harus merendahkan ( bengkokkan ) sedikit
bahagian badan untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang
dibengkokkan.

ii. Fasa Lonjakan
Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak
dengan tepat.
Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 35


Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu
lonjakan yang tinggi.
Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas mestilah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.
Kedua-dua belah tangan di hayun kehadapan dan ke atas untuk membantu
mencapai lonjakan yang tinggi.

iii. Fasa Layangan.
Tujuan utama ialah supaya pelompat berada di fasa ini lebih lama untuk melambatkan
masa pendaratannya. Selepas melonjak, gaya badan adalah seperti berikut:
1. GAYA LAYAR

Rapatkan lutut ke dada dan ayunkan kedua-dua tangan ke atas dan ke hadapan.
Fasa mendaratRapatkan kaki dan hulurkan ke hadapan apabila badan mula
jatuhGerakkan tangan ke hadapan apabila tumit mula mencecah tanah-
Condongkan badan kehadapan seperti duduk ketika mendarat.



HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 36


2. GAYA GANTUNG.

Ayunkan kedua-dua tangan kebelakang dan lentikkan badan supaya kelihatan
keadaan seperti tergantung.
Luruskan kaki supaya lutut diangkat ke udara.
Angkat kedua-dua belah lutut serentak dengan ayunan tangan ke hadapan untuk
persediaan mendarat.




3. GAYA TENDANG KAYUH.

Lakukan pergerakan tendang kayuh satu setengah atau dua setengah
langkah.
Pergerakan tendang kayuh dua setengah langkah :
Langkah 1 lonjakkan kaki dari papan lonjak dan kaki bebas ke
hadapan
Langkah 2 kedua-dua kaki berada bertentangan dengan langkahan 1.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 37


kaki bebas dan kaki lonjakan untuk mendarat. Badan membongkok
sedikit ke hadapan.
Tangan lurus ke hadapan.
Langkah setengah rapatkan kaki bebas dan kaki lonjakan untuk
mendarat.
Badan bongkok ke hadapan, tangan lurus ke hadapan.

Fasa Pendaratan

1. Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.
2. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki
dahulu) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan
tangan dihayun ke atas.
3. Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke
hadapan.




HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 38


11.0 ANSUR MAJU LOMPAT JAUH.


1. ANSUR MAJU LARI LANDAS.

Cara-cara :

Dilakukan secara berpasangan.
A berlari ke permukaan papan lonjakan, manakala B memerhatikan papan
lonjakan untuk melihat pijakan kaki A.
Jika pijakan A tidak tepat pada papan lonjakan ataupun terlebih, ubahsuai jarak
larian pada permulaan.
Jika menapak lebih dari papan lonjakan, anjakkan permulaan ke belakang dan
apabila kurang, anjakkan permulaan kehadapan.
Ulang pererakan tersebut sebanyak 6 kali ditempat permulaan yang baru.


HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 39



Perkara yang perlu diberi perhatian.
Kawal kelajuan larian dan jarak langkah yang konsisten dalam setiap larian.
Langkah pertama adalah penting untuk menentukan langkahan seterusnya.
Kederasan didapati selepas langkah keempat, kelima, dan keenam.
Larian sama dengan larian pecut badan ditegakkan.
Penggunaan penanda di tempat permulaan dan di tempat tidak kurang empat
langkah dari papan lonjakan.
Pelompat perlu berada dalam kelajuan terkawal pada penanda terakhir.
Mulakan larian dengan kaki yang akan melonjak jika jumlah jarak langkah angka
ganjil.







HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 40


2. ANSUR MAJU LONJAKAN

Ansur maju 1
Lonjak dari papan lonjak.
Bengkokkan lutut dan merendahkan badan rendah
Ayunkan kedua belah tangan untuk mendapatkan gaya lonjakan
Lonjak dengan kuat pada papan lonjakan dengan kuat dan mendarat dengan tumit.


Ansur maju 2

Melonjak dari hujung bangku.
Bargerak dua ke tiga langkah ke hujung bangku.
Lonjak dengan kuat dan hayunkan lutut kaki bebas setinggi yang mampu
Ayunkan kedua belah tangan ke atas dan mendarat dengan tumit
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 41





Ansur maju 3

Berlari melonjak melepasi kayu atau tali.
Rentangkan seutas tali atau kayu di atas pasir berjarak 1-1.5 meter dari papan
lonjakan.
Lari sejauh lima hingga enam langkah.
Melonjak dan melintasi kayu atau tali dan mendarat.



HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 42


3. ANSUR MAJU LAYANGAN DAN MENDARAT



Ansur maju 1

Melonjak dengan kaki lonjakan melintasi benteng pasir.
Berlari lima hingga enam langkah, melonjak dengan kaki lonjakan dari papan
lonjakan dan melepasi benteng pasir untuk mendarat di pasir.




HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 43


Ansur maju 2


Mencecah belon dengan dahi.
Gantung sebiji bola pada jarak 1-2 meter dari papan lonjakan dikawasan mendarat
dengan ketinggian yang boleh dicapai.
Lari 5-6 langkah dan melonjak dengan kaki lonjakan
Cuba mencecah bola dengan dahi
Lunjurkan tangan dan kaki ke hadapan
Mendarat dengan tumit.








HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 44



12.0 PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LOMPAT JAUH
Prinsip mekanik dalam acara lompat jauh ini terbahagi kepada 5 iaitu pusat
graviti, pengumpulan daya, pemindahan momentum, pergerakan dan sudut lonjakan.
Pertama sekali kita lihat pada pusat graviti. Badan seorang atlit lompat jauh
haruslah berbentuk projektif. Perjalanan pusat graviti seorang semasa lari adalah lurus
dan selari dengan landas. Langkah kedua terakhir atlit harus direndahkan sedikit bagi
merendahkan pusat gravity dan langkah terakhir pula harus dipendekkan supaya
membolehkan pusat gravity mula bergerak ke atas untuk fasa penerbangan.
Seterusnya kita lihat kepada pengumpulan daya seseorang atlit. Daya yang
dikumpulkan adalah bergantung kepada kelajuan dan kuasa dalam lari landas seorang
atlit. Bagi melakukan lonjakan yang baik daya yang mencukupi diperlukan.
Pemindahan momentum dikatakan juga perubahan momentum yang akan
berlaku dari hayunan bahu yang laju dengan larian semasa fasa lonjakan. Apabila
pergerakan bahu terhenti separas dengan tinggi bahu, maka berlaku perubahan
momentum ke bahagian bawah anggota badan dan ia akan menyebabkan berlakunya daya
angkatan. Kelajuan angin juga akan dikurangkan agar dapat menukarkan arah dengan
mendahulukan tumit pada papan lonjak. Bagi menghilangkan semua kekuatan lutut pula
akan dibengkokkan sedikit.
Seterusnya kita lihat pada pergerakan dalam acara ini. Semasa lari landas
kelajuan dalam pergerakan linear perlu ditukar ke pergerakan parabola agar dapat
mengekalkan pergerakan pusat graviti di badan. Pusat graviti ini akan bergerak mengikut
titik titik penerbangan dalam kekotak parabola.
Sekarang kita lihat pada sudut lonjakan semasa lompat jauh dilakukan. Sudut
lonjakan haruslah 15 - 25. Walaubagaimanapun, sudut projektif yang optima dikatakan
lebih kurang 45 bagi mendapatkan jarak yang maksimam. Didapati bahawa lonjakan dan
pendaratan mempunyai sudut yang sama tetapi sudut ini tidak begitu diamalkan kerana
graviti ini akan membuatkan pelompat akan lebih cepat jatuh. Walaubagaimanapun sudut
lonjakan seseorang adalah bergantung kepada tinggi pusat gravitinya.
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 45




13.0 RUJUKAN

Noorasikin (2008). Lari Pecut Teknik Dan Aplikasi.
http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-
dan-aplikasi/. Diakses pada 2 Mac 2013
Weng Eng Hoe (2009). 9th Edition , Panduan Pengajaran Olahraga -
Kejurulatihan dan Kepegawaian. Selangor : Karisma Publication.
Amran, Lee, Abdullah, P.Sundralingam (2007). 1st Edition, Siri Pendidikan
Jasmani dan Sukan Olahraga. Selangor : Putra Padu Sdn. Bhd
Shariman bin Mohd Haniff, .Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Cheras : Selangor, Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1994.
Vasudevan T.A. Olahraga-Acara Padang, Shah Alam : Selangor, Fajar Bakti Sdn.
Bhd, 1985.
Ahmad Ghazali, Siri Sukan Olahraga- Padang. Selangor: Nadi Ilmu Interprise,
1997.
Ng hai liew, Panduan Pengajaran Olahraga, Cheras : pulau pinang, Siri
Pendidikan Mahir, 1998.
Wikipedia. 2008. 13 Mac 2008<http : // www.wikipedia.htm//






HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 46
























LAMPIRAN
HBPE3303 Kegiatan Profesional (Olahraga)

ANUAR IBRAHIM 780405115069001 ms 47