Anda di halaman 1dari 38

HBAE1403

MENGGAMBAR
770516036401001

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER SEPTEMBER 2012(SMP AMBILAN MAC 2011)
HBAE 1403
MENGGAMBAR

NAMA

Norddin B. Mat Hussin

NO. MATRIKULASI

770516036401001

NO. KAD PENGENALAN

770516036401

NO. TELEFON

013-2717195

E-MEL

norddin_77@oum.com.my

TUTOR

En. Zamri Azuha B. Hamat

PUSAT PEMBELAJARAN

Kelantan Learning Centre

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN3
1.0 PENGENALAN.4
2.0 BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR.6
3.0 KEPENTINGAN MENGGAMBAR17
4.0 TEKNIK : KOLAJ19
5.0 TEKNIK : GOSOKAN........................23
6.0 TEKNIK : PERCIKAN.27

7.0 PORTFOLIO29
8.0 SOROTAN KAJIAN34
9.0 KESIMPULAN36
10.0RUJUKAN..37

LAMPIRAN..38

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Penghargaan






Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnia dan
keizinanNya maka saya dapat menyiapkan tugasan kecergasan fizikal ini. Kebimbangan
dan kekusutan yang dialami pada peringkat awal semakin lama semakin hilang seiring
dengan

perjalanan

proses penghasilan tugasan ini. Malah, proses penghasilan ini

memberikan sesuatu pengalaman yang bermakna dan memberi input yang berguna dalam
menghadapi situasi sebenar sebagai seorang pendidik.
Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada tutot saya En. Zamri Azuha B. Hamat atas segala bimbingan, tunjuk ajar
dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa tuan tidak sekali-kali saya lupakan.
Semoga terhasilnya tugasan ini, ia dapat membantu ke arah perkembangan seni
yang membantu kanak-kanak di peringkat sekolah dan negara.

NORDDIN BIN MAT HUSSIN


770516-03-6401
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

: 711005035319002

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

1.0 PENGENALAN

Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan
di atas permukaan rata. Menggambar juga mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan yang rata. Sesuatu gambaran mental
yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Menggambar juga didefinisikan
sebagai ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu
objek. Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik juga didefinisikan sebagai
menggambar. Menggambar juga representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua
dimensi. Hasil menggambar iaitu gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
Menggambar adalah proses yang teratur dan sesuai dengan perkembangan
tumbesaran mereka di peringkat kanak-kanak. Pengetahuan mengenai tahap dan
peringkat penghasilan lukisan dan karya seni mengikut perkembangan dan tumbesaran
kanak-kanak oleh guru guru boleh membantu mengenalpasti potensi dan aktiviti yang
sesuai dengan perkembangan biologi mereka. Terdapat banyak kajian yang dijalankan
bagi mengkaji perkembangan kanak-kanak dan pertumbuhan mereka. Kajian yang dan
pengamatan kebanyakan dilakukan melalui lukisan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses perkembangan tumbesaran
mereka.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan fefleksi pemikiran kanakkanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak
sehingga dia besar. Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang
dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi
kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan perasaan dan ekspresif
(Lowenfeld, 1975). Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni
visual sebagai satu kaedah menarik untuk melihat perkembangan kognitif mereka.
Bermula daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan
dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanakkanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru berupaya merancang
aktiviti yang sesuai dengan tahap murid-murid. Justeru itu kanak-kanak memang tidak
dapat dipisahkan dengan aktiviti melukis dan menggambar. Aktiviti menggambar
sebenarnya dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi diri kanak-kanak
secara berperingkat. Perkembangan diri kanak-kanak adalah sesuatu yang unik dan
abstrak hanya dapat dikaji melalui perlakuan,aktiviti serta hasil yang ditunjukkan oleh
mereka. Oleh sebab itu aktiviti menggambar mempunyai kepentingan yang tersendiri
kepada perkembangan kanak-kanak.

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

2.0 BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR

Terdapat berbagai-bagai teknik menggambar. Antara teknik-teknik menggambar adalah


seperti di dalam rajah di bawah

MOZEK
CAPAN

LUKISAN

GURISAN

PERCIKAN

CATAN

BIDANG-BIDANG
MENGGAMBAR

STENSILAN

KOLAJ

MONTAJ

GOSOKAN

CETAKAN

RESIS

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Lukisan
Lukisan merupakan lanjutan

daripada aktiviti melakar. Lukisan ialah aktiviti awal

sebelum menghasilkan karya seperti catan, cetakan dan sebagainya.lukisan merupakan


hasilan seni visual menggunakan media kering atau warna yang terhad.lukisan juga
bertujuan untuk melahirkan perasaan.

Contoh lukisan
Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan
karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat
gloss dan lain-lain lagi. Berbagai-bagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh
digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selaunya ,sapuan cat
akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan
prnyampaian gambar.

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Contoh catan
Kolaj
Kolaj

ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan

bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam
semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas
dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi
berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.

Contoh kolaj

Cetakan
8

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan
menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat
berbagai-bagau cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk
jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dengan warna dan dakwat cetakan
dicetak di atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan
lino,strawboard dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino,papan
strawboard atau polyfoam. Kemudian ,bahan warna disapukan di atas permukaandan
dicetak di atas kertas. Polyfoam adalah mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan
yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Misalnya, sifat garisan yang keras
akan ketara pada blok kayu dan sifat jalinan yang bertitik-titik pada polyfoam.

Contoh cetakan

Resis
9

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika
anda menggunakan warna air bersama lilin,atau warna air bersama cow gum. Warna air
tidak akan bercampur dengan warna lilin atau cow gum. Dengan teknik ini,lilin cair
ataupun pepejal boleh digunakan. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau
memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh
disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Di kawasan
yang berlilin pula, warna air tidak akan di serap. Lilin menolak warna air itu. Maka
terdapat dua jenis kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik warna air sahaja
yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh
digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di
sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau
krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.

Contoh resis

Gosokan

10

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Gosokan ialah kesan gosokan di atas sesuatu permukaan yang kasar, contohnya atas
objek dengan jalinan yang berlainan. Krayon juga boleh digunakan untuk membuat
gosokan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.

Contoh gosokan.

Stensilan
Stensil ialah rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas
stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau
lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan
kepada sigat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

11

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Contoh stensil
Percikan
Percikan ialah kesan percikan bahan warna daripada sesuatu alat. Misalnya, warna air
boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas
yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan
kertas. Obkek atau kertas berubah itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikan.
Contoh percikan

12

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Gurisan
Gurisan terhasil apabila kesan gurisan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk
mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari permukaan. Permukaan kertas boleh
disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal
berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti katu, paku atau plastik boleh
digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai
jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada
garisan yang dihasilkan.

Contoh gurisan

13

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Capan
Capan boleh digolongkan di bawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna cat(cat air atau
poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh boleh dihasilkan daripada
pelbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam \
semula jadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai
kesan jalinan pada capan.

Contoh capan.

Mozek
14

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan
seperti kertas warna,plastik, dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek
yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan
keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

.
Contoh mozek

Jadual 1: Bahan-bahan Digunakan untuk Menghasilkan Lukisan


Pensil H

Adalah sejenis pensel jenis keras

15

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Pensil B(2B-8B)

Adalah sejenis pensel lembut

Pensel warna

Terdiri daripada berbagai jenis warna

Arang

Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan

Pen dan Dakwat

Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas

Soft Pastel

Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan


lembut

Krayon

Juga lembut dan mempunyai kesan lilin

Pen marker

Menghasilkan garisan yang tebal

Marker pelukisan(rendering

Untuk mewarna lukisan

marker)
Kapur

Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

3.0KEPENTINGAN MENGGAMBAR

Terdapat pelbagai kepentingan menggambar kepada perkembangan kanak-kanak


terutama dari segi psikologi,mental emosi dan sosial. Kanak-kanak mesti diberi peluang
untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui.kanak-kanak akan
16

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan
kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan meneroka sebarang
kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.
Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi.
Perubahan berlaku dari segi rupa, atau wajah dan fizikal. Semakin kanak-kanak
meningkat usianya, pergerakan kordinasi otot kasar dan halus serta perkembangan dari
segi fizikal akan turut meningkat mengikut usia. Kanak-kanak pada peringkat di sekolah
rendah mempunyai otot-otot yang belum matang untuk itu latihan pergerakan dan seni
visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan otot-ototnya contoh memegang
pensil dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Kebanyakan perkembangan
motor dibahagian tangan lebih penting dan ketara daripada perkembangan di bahagian
kaki.
Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu
benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan
seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang
itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan
menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan,
dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Pada peringkat
kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan
semasa diperingkat prasekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah kini
emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat semakin matang
pengawalan emosinya. Pada peringkat kanak-kanak juga mereka mula belajar mengenai
emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga dia akan dapat memahami dan
meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil
lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya menyerlah tetapi jika sebaliknya
hasil lukisan yang dihasilkan kurang memuaskan.
Dari segi sosial pula, peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting
dalam membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru,
rakan, ibu bapa akan dapat dinilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat
17

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

di perkembangkan. Oleh itu peranan guru sangat penting membantu kanak-kanak untuk
menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk
menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Berdasarkan
teori Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana
pembelajaran akan diperoleh dengan berdasarkan kepada melihat,meniru dan
memerhatikan tingkah laku orang lain. Pendidikan seni visual kanak-kanak memberi
peluang kepada mereka untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain
meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti seni visual memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk saling hormat-menghormati dan memjadi landasan untuk memupuk perasaan
toleransi. Mata pelajaran pendidikan nseni visual juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam kumpulan yang dibentuk.

4.0 TEKNIK : KOLAJ

4.1 Definisi Kolaj


Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu
permukaan. Kolaj berasal dari perkataan perancis yang bermaksud gam. Kerja-kerja
18

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan
2D. Kolaj juga dapat didefinisikan sebagai hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej
seperti gambar foto atau lebih dari cetakan majalah disusun atau ditindih. Kolaj juga
adalah satu teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. Terdapat
berbagai bahan dilekat disatu permukaan khas yang disebut kolaj. Kolaj juga dikenali
sabagai satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Selain
daripada itu, kolaj juga bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej
atau gambar yang berlainan,latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna
dan corak. Kolaj adalah satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan disatukan di atas permukaan. Kolaj adalah teknik
dimana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secarasuperimpose di antara
satu sama lain.

4.2 Alat dan Media


Pengkarya kolaj selaunya menjadikan objek-objek di sekeliling mereka berharga
untuk dijadikan bahan-bahan dalam hasil kerj kolaj mereka. Mereka bebas menggunakan
apa saja peralatan, media, tiknik seperti dawai, kepingan besi,kaca, plastic, kulit pokok,
batu, dedaun kering,lalang kering,kain perca, butang, reja reben, benag, potongan
gambar,dari majalah atau suratkhabar, setem, gambar foto, tiub kadbod,berbagai jenis
kertas yang berjalinan, kotak telur,kapas,tisu, dan sebagainya. Kolaj juga boleh dihasilkan
daripada campuran pasta kering, beras dan kekacang seperti lentil dan pea yang
mempunyai bentuk dan warna yang menarik. Pengkarya menggunakan sekeping kadbod
yang kuat sebagai dasar. Biasanya bahan-bahan yang digunakan adalah tahan dan boleh
kekal pada kolaj tersebut. Mereka juga menjadikan stor sebagai tempat penyimpanan
peralatan dan bahan-bahan yang hendak digunakan dalam aktiviti kolaj.
Warna-warna basah seperti cat, warna poster, warna air, akrilik, dan tempera juga
digunakan untuk bahagian latarbelakang kolaj. Tujuannya ialah untuk mendapatkan
mood bagi sesuatu hasil kerja kolaj. Warna minyak adalah tidak digalakkan untuk
menghasilkan kolaj kerana bahan susah melekat pada permukaan. Warna yang paling

19

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

baik kerana berganding baik dengan berbagai jenis gam. Elakkan dari menggunakan
warna gouachekerana ia mudah retak dan terkopek.
Terdapat beberapa jenis gam sesuai digunakan dalam proses menghasilkan kolaj. Pelekat
akrilik adalah terbaik untuk digunakan pada kerja-kerja kolaj. Kadangkala kerja-kerja
menghasilkan kolaj ini tidak menggunakan pelekat tetapi menggunakan skru,ikatan dawai
untuk melekatkan bahan di atas kolaj.
Jadual 2: Contoh Jenis Gam atau Pelekat
Media
1.Gam kilat

Jenis
Cair

Ketelusan
Lut sinar

Kegunaan
Pelekat untuk kertas,kain,bahan
ringan. Boleh digunakan sebagai

2.Gam tidak

Cair

berkilat

Lut sinar pada

varnish pada akhir proses kolaj


Pelekat untuk kertas,kain, bahan,

lapisan pertama.

ringan. Boleh digunakan sebagai

Lapisan seterusnya

varnish pada akhir proses kolaj.

lut cahaya.

Terlalu banyak lapisan akan


mengaburkan gambar di

3.Gam gel

Krim

bawahnya.
Pelekat untuk kertas, kain, kulit

Lut sinar

kayu pokok, logam. Media yang


4.Gam model

Pekat

terdedah akan kelihatan kusam.


Pelekat untuk batu. Boleh

Legap

digunakan untuk 3D,


dipotong,kikis,warna apabila
kering. Kawasan yang tebal
memerlukan berjam-jam untuk
5.Gesso

Krim

kering.
Serupa degan cat akrilik putih.

Legap

Digunakan untuk menutup bahan


berasid sebelum mengecat atau
menghasilkan kolaj.

20

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Jadual 3: Peralatan Digunakan untuk Menghasilkan Kolaj


Alat
1.Pisau kraf

Kegunaan
Memotong bahan nipis seperti kertas dan fabrik. Hujung mata
pisau boleh digunakan untuk mengangkat cebisan kertas.
Tukar mata pisau selalu untuk mendapatkan mata yang tajam

2.Gunting

dan pemotongan yang bersih dan licin.


Memotong bentuk bulat, kain

3.Plastik tiga segi

Sudut rata dalam setiap potongan, menggunakan sudut empat


segi untuk memeriksa bentuk empat segi yang diperlukan.

4.Pembaris

Membuat potongan yang panjang

5.french curve

Melukis dan memotong kepingan kertas yang bengkok.

6.Palet

Untuk kegunaan air atau akrilik

7.Berus

Digunakan untuk aplikasi warna atau pelekat pada kolaj.

8.Bekas air

Membersihkan berus daripada kekotoran warna dan gam

9.Penggelek

Menekankan kepingan bahan-bahan diatas tempatnya.

10.Plastik pembungkus

Menutup kerja kolaj dikedudukan sebenar. Melindungi kolaj

makanan

dari tangan

11.Span

yang kotor dan lebihan gam.


Menekankan warna untuk mendapatkan kesan jalinan.

12.kertas tekap

Membuat lakaran.

13.Pensel atau pen


14.Kompas

Membuat lakaran.
Untuk melukis bulatan, atau memotong bulatan apabila pisau
21

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

bladedigunakan bersamanya.

4.3 Teknik
Dalam menghasilkan sebuah kolaj,seseorang perlu menggunakan idea dan kreativiti
tersendiri untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan bermutu. Penggunaan bahantara
yang bersesuaian dengan tema atau tajuk catan juga perlu diambil kira apabila menjalani
proses kolaj. Antara teknik-teknik kolaj ialah:
1. Fikirkan tema atau tajuk yang hendak dihasilkan supaya mesejnya sampai.
2. Sediakan dan racik/koyak/gunting bahan-bahan seperti kertas atau fabrik yang
diperlukan untuk kolaj tersebut.
3. Dapatkan kertas pelbagai warna untuk menimbulkan kesan jalinan,harmoni,kontra
pada kolaj.
4. Buat lakaran pada kertas lukisan untuk menyenangkan kerja-kerja menampal.
5. Sapukan gam pada permukaan kertas.
6. Gam cebisan kertas atau fabric mengikut gaya tertsendiri untuk mendapatkan satu
hasil kerja kolaj yang baik.
7. Apabila sudah kering sapukan pula gam di atas lapisan pertama untuk menampal
kertas bagi menimbulkan kesan objek.
5.0 TEKNIK : GOSOKAN
5.1 Definisi Gosokan
Glosari Seni Lukis mendefinisikan gosokan sebagai pemindahan reka bentuk atau corak
dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas
permukaan yang hendak dipindahkan.
BINGKAI GAMBAR YANG DIHASILKAN MENGGUNAKAN TEKNIK GOSOKAN

22

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

5.2 Bahan & Alatan

23

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

5.3Langkah-langkah Menggambar Menggunakan Teknik Gosokan

24

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

5.4Demonstrasi Teknik Gosokan


LANGKAH 1
MEMILIH PERMUKAAN YANG SESUAI

LANGKAH 2
MEMBUAT GOSOKAN PADA KERTAS LAKARAN

25

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

LANGKAH 3
MEMBUANG BAHAGIAN TENGAH BINGKAI

LANGKAH 4
MENGHIAS BINGKAI GAMBAR

26

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

LANGKAH 5
MEMPAMERKAN HASIL KARYA

6.0 TEKNIK :PERCIKAN


6.1 Definisi Percikan
Satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan
mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan
speckled granite. Percik-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk
menghasilkan kesan antik. Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan
menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas permukaan yang rata. Ia
adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas permukaan.
27

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau
menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style
finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikanpercikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik.
Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna
yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna
basah dan kertas.

Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna

dengan kaedah yang berlainan.

Teknik Percikan
6.2 Alat dan Media
Di antara alatan yang boleh digunakan untuk menghasilkan percikan ialah :
a.Berbagai jenis berus lukisan yang berbagai saiz dan bentuk.
b.Berbagai berus gigi dari permukaan rata hingga permukaan beralun.
c.Berbagai berus cat dari permukaan lembut hingga ke permukaan keras.
d.Berbagai jenis warna air seperti warna air, warna poster, warna tempera, warna minyak,
cat dinding dan dakwat.
28

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

e.Warna semburan dan pistol semburan.


f.Penggelek cetakan yang berbagai saiz.

7.0PORTFOLIO MURID
Teknik Kolaj
Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja murid,pengetahuan murid,intelek
dan kebolehan menyelesaikan masalah murid. Menurut Paulson dan Meyer (1991),
portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan
dan pencapaian seseorang murid dalam satu atau lebih bidang pelajaran.
Contoh hasil karya murid.
Karya 1:

Tajuk

: Permandangan
29

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Umur murid

: 11 tahun

Media

:kertas lukisan, kulit kayu kering.pasir,daun kering, ranting kayu


Dam gam

Teknik

:kolaj

Lukisan ini dihasilkan oleh Ahmad Mirza B. Rosli. Beliau berumur 11 tahun merupakan
murid tahun 5 Cemerlang Sk Padang Garong 1. Kolaj ini dihasilkan dengan
menggunakan cebisan-cebisan kertas warna yang dikoyak kecil-kecil pada permulaannya.
Pada permulaanya kertas lukisan saiz A4 ini dilakarkan dengan permandangan yang
mempunyai rumah dan pokok. Kemudian gam di sapu pada setiap bahan yang digunakan.
Seterusnya murid menampal bahan-bahan tadi ke atas setiap kertas lukisan yang disapu
gam satu demi satu mengikut dikehendaki. Aktiviti ini dapat disiapkan dengan cepat
kerana murid kelihatan berminat dengan bahan yang berwarna-warni.
Karya 2.

Tajuk

: Rama-rama

Umur murid

: 8 tahun

Media

:kertas lukisan, kertas warna,gam

Teknik

:kolaj
30

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Lukisan ini dihasilkan oleh Mohamad Amri B. Zainal.Beliau berumur 8 tahun merupakan
murid 2 Bestari Sk Padang Garong 1. Kolaj ini dihasilkan dengan menggunakan cebisancebisan kertas warna yang dikoyak kecil-kecil pada permulaannya. Pada permulaanya
kertas lukisan saiz A4 ini dilakarkan dengan gambar seekor rama-rama. Kemudian gam
di sapu pada setiap bahagian pada sayapnya.Seterusnya murid menampal cebisan-cebisan
kertas warna tadi ke atas setiap sayap yang disapu gam satu demi satu mengikut warna
dikehendaki. Murid menggunakan warna yang bebeza pada badan rama-rama. Murid
kelihatan menampal dengan tekun dan teliti untuk menghasilkan karya yang terbaik. Pada
peringkat ini murid lebih peka terhadap benda-benda baru dan pelik. Murid juga dapat
mengaitkan pengalaman lalu dengan benda-benda yang mereka lihat sekarang.Murid
lebih mahir memilih dan menggabungkan warna-warna yang lebih cantik dan menarik.
Karya 3

Tajuk

: Kucing

Kesayanganku
Umur murid

: 12

tahun
Media

:kertas

lukisan, kertas
warna,gam
Teknik

:kolaj

Lukisan ini dihasilkan oleh


Nur Diana Amalin B. Norlan. Beliau berumur 12 tahun merupakan murid Tahun 6 Bestari
Sk Padang Garong 1. Kolaj ini dihasilkan dengan menggunakan cebisan-cebisan kertas
warna yang dikoyak kecil-kecil pada permulaannya. Pada permulaanya kertas lukisan
saiz A4 ini dilakarkan dengan gambar seekor kucing yang sedang berbaring di atas
rumput.Kelihatan awan biru menggambarkan cuaca yang cerah.Murid ini telah dapat
31

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

mengilhamkan satu pemandangan yang indah dan kucing yang jinak dan manja.
Kemudian gam di sapu pada setiap bahagian pada badannya dengan warna
kuning.Seterusnya murid menampal cebisan-cebisan kertas warna tadi ke atas setiap
tompok-tompok yang berwarna jingga. Murid menggunakan warna yang berbeza pada
badan kucing mengikut warna imaginasi mereka. Pada peringkat umur 12 tahun murid
telah dapat menghasilkan karya dengan menggunakan unsur-unsur asas seni

Murid

kelihatan menampal dengan tekun dan teliti untuk menghasilkan karya yang terbaik. Pada
peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz
di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil
berbanding dengan objek yang dekat.
Teknik Percikan

Tajuk

: Daun

Umur murid

: 10 tahun

Media

:kertas lukisan, berus gigi, warna air dan daun

Teknik

:kolaj

Lukisan ini dihasilkan oleh Fakrullah B. Fadil.Beliau berumur 10 tahun merupakan murid
5 Bestari Sk Padang Garong 1. Percikan ini dihasilkan dengan menggunakan berus gigi
32

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

dan warna air. Daun diletakkkan di atas kertas lukisan bersaiz A4. Murid menggunakan
berus gigi yang disapu warna air dan direnjiskan ke seluruh kertas lukisan.Hasilnya
menarik kerana penggunaan berbagai jenis warna. Pada peringkat ini murid lebih peka
terhadap benda-benda baru dan pelik. Murid juga dapat mengaitkan pengalaman lalu
dengan benda-benda yang mereka lihat sekarang.Murid lebih mahir memilih dan
menggabungkan warna-warna yang lebih cantik dan menarik
Teknik Gosokan

Tajuk

: Bunga

Umur murid

: 9 tahun

Media

:kertas lukisan, warna air dan daun

Teknik

:Gosokan

Lukisan ini dihasilkan oleh Siti Aisyah Bt. Aziz. Beliau berumur 9 tahun
merupakan murid Tahun 3 Bestari Sk Padang Garong 1. Gosokan ini dihasilkan
dengan menggunakan daun yang warna air.Pada permulaanya kertas lukisan saiz
A4 ini diletakkan daun bersama warna air serta dilipat kepada 2 bahagian.Setelah
itu murid menggosok mengikut daun yang terdapat di dalam lipatan lukisan..Murid
ini telah dapat mengilhamkan satu corak yang menarik. Murid menggunakan warna
33

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

yang berbeza pada lukisan kerana hasil yang terbaik.Selepas itu terhasilah satu
corak bunga yang menarik.Ia hasil dari imaginasi dan kreativiti murid itu sendiri.

8.0 SOROTAN KAJIAN

Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak
kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat
manipulative,peringkat membuat symbol serta peringkat pra-remaja.
1)Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak(2-4 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan
tangan kerana usia mereka yang masih muda,selalunya di dalam lingkungan umur
dua hingga lima tahun. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan
banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada
usia ini ,kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan
pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.
2)Peringkat Membuat Simbol(6-9 tahun)
Peringkat penghasilan symbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak
berumur lapan tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak sangat terpengaruh dengan
alam sekelilingnya. Pada peringkat ini juga, symbol yang dihasilkan oleh kanakkanak mudah dikenalpasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang
seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Pada peringkat pertama
simbolisme ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi focus utama dan
tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula
diperlihatkan contohnya imej langit dikaitkan dengan warna biru,warna matahari
ialah kuning dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada
peringkat ketiga simbolisme, lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada
imej yang konkrit iaitu imej yamg dilihat berbanding imej yang mereka tahu.
34

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

Pra-Remaja (10-13 Tahun)


3)Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman
remaja. Murid mula menghasilkan karya mengikut saiz sebenar objek. Hasil karya
pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan
saiz figura yang betul,mereka juga telah mementingkan warna yang tepat selain
dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolaholah nampak realistik.

35

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya penghasilan lukisan dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk


meluahkan ekspresi mereka melalui hasil lukisan. Ia juga mampu membina dan
meningkatkan psikomotor halus pelajar dalam proses menggambar.pembentukan sikap
melalui nilai murni dapat dilakukan semasa proses penghasilan lukisan di dalam
kelas.Jika guru menyediakan bahan bantu mengajar, ia akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran menarik dan lebih berkesan bagi melahirkan kreativiti pelajar.Tanpa
penggunaan alat bantu mengajar , murid akan berasa cepat jemu dan pembelajaran satu
hala atau pengajaran yang hanya menggunakan satu medium kurang memotivasikan
murid pada zaman sekarang ini. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan ICT,carta atau
contoh model murid-murid yang terdahulu.
Merujuk kepada kajian pakar-pakar pendidikan maklumat yang diperolehi melalui
deria penglihatan ialah 75%, deria pendengaran 13%, deria sentuhan 4% dan deria bau
4%. Oleh sebab itu perlu melibatkan kesemua deria murid dalam proses pembelajaran
melalui alat bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan tahap murid serta objektif
yang diingini.Dengan penggunaan contoh lukisan yang telah siap, pelajar dapat melihat
sebuah hasil dan memberi peluang kepada mereka untuk meniru atau mencetus idea
mereka sendiri. Contoh-contoh gambar sebenar boleh digunakan sebagai rujukan. Ia
sedikit sebanyak dapat membantu mereka pemilihan teknik yang sesuai. Guru perlu
memberi kebebasan kepada pelajar untuk melihat sendiri bahan sebenar seterusnya
mengaplikasikan unsur tersebut ke dalam lukisan menggunakan idea tersendiri. Oleh
yang demikian, amatlah penting guru menjadi fasilitator semasa proses pengajaran dan
pembelajarannya bagi memperkembangkan kreativiti pelajarnya.
Secara

keseluruhannya

dapat

dirumuskan

bahawa

semua

kanak-kanak

mempunyai potensi untuk berkarya. Perkembangan artistik kanak-kanak dipengaruhi


faktor umur. Semakin meningkat umur kanak-kanak tersebut semakin matang hasil karya
yang dihasilkan oleh mereka. Perkara yang paling penting dan perlu diberi keutamaan
ialah kebebasan kepada kanak-kanak sebagai peluang mereka menghasilkan karya
mengikut kreativiti dan imaginasi tersendiri.

36

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

10.0 RUJUKAN

Dr.Haji Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria
(2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.OUM. Meteor Doc.Sdn.Bhd.
Ee Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur.Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Haslinda Madon (2011). HBAE Menggambar, (OUM), Meteor Doc.Sdn. Bhd.
Iberahim Hassan (2000a). Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan
Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.
Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan
Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan
Idris Tanjong Malim.
Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York : McGraw Hill.
Krieger, et. al. (2003). Children art. Munich Chee Kim Mang, 2002, Menilai Pendekatan
Pembelajaran Dengan Menggunakan Taksonomi Pembelajaran, Jurnal Pendidikan
GERAK Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Bil. 14, 39-44.

37

HBAE1403
MENGGAMBAR
770516036401001

LAMPIRAN

38

Anda mungkin juga menyukai